Professional Documents
Culture Documents
(BIL. 2/2010)
Hadir :
Hadir Bersama :
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Abdul
Qohar b. Mohamad Radzi.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ketua-ketua Jabatan, IPG
Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur yang hadir dalam mesyuarat
dan berharap dapat memberi bekerjasama serta melancarkan lagi
perjalanan mesyuarat.
4.1 Antara perkara penting yang dibincangkan ialah pemantapan dari segi
sahsiah dalam memantapkan profesionalisme guru pelatih.
4.1.1 Encik Muhamad Siddik b Juraimi menyatakan bahawa penggunaan
kad matrik diwajibkan kepada semua guru pelatih dan para
pensyarah. Ini adalah untuk menimbulkan rasa kesedaran dalam
diri guru pelatih yang bakal menjadi seorang guru.
4.1.2 Encik Muhamad Siddik b Juraimi – beliau mencadangkan semasa
berurusan di Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), pemakaian kad
matrik diwajibkan sama ada dalam urusan rasmi atau tidak rasmi
semasa waktu pejabat.
4.1.3 Guru pelatih yang melanggar peraturan penggunaan kad matrik
hendaklah didenda. Bagi guru pelatih yang membuat kesalahan ini
berulang-ulang, pihak pentadbir hendaklah menggantungkan
keputusan peperiksaan.