650716-01-5094
2.0DEFINISI KONSEP2.1Pengajaran
Menurut Mok Soon Sang (2009), konsep pengajaran ditafsirkan sebagai suatuproses, komunikasi atau interaksi, sains dan seni. Pengajaran boleh dihuraikansebagai suatu
proses
yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan ataukemahiran supaya pelajar dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan.Pengajaran juga sebagai proses
komunikasi
yang meliputi aktiviti perhubungan daninteraksi di antara guru dengan pelajar. Pengajaran juga dianggap sebagai suatubidang
sains
kerana pengajaran yang berkesan hanya boleh berlaku ataspenggunaan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar yang telah dikaji dan diujioleh pakar pendidik. Pengajaran juga mengandungi ciri
seni
kerana ia melibatkanemosi, nilai dan tingkah laku manusia. Guru perlu mempunyai bakat seni mengajar iaitu boleh mengubahsuai model dan teori P&P agar sesuai dengan kebolehankumpulan pelajar yang berbeza-beza.Kesimpulannya, pengajaran melibatkan proses mengubah tingkah laku danpemikiran melalui penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Ia meliputiperkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingandan penilaian, yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahirankepada pelajar-pelajar secara berkesan.
2.2Pembelajaran
Pembelajaran merupakan suatu usaha berterusan yang dilakukan oleh setiapinsan untuk menguasai ilmu, nilai dan kemahiran. Pembelajaran itu sendiri adalahsatu fungsi berkombinasi 'multi-faceted experience'. Pengalaman yang pelbagai rupadan bentuk dialami melalui rangsangan luaran dan dalaman. Rangsangan inimengakibatkan pengamatan atau persepsi tertentu pada insan yang menerimanya.Berdasarkan persepsi tersebut individu berkenaan akan memproses segala maklumatyang diterimanya.
3