Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
27Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
sekolah satu aliran

sekolah satu aliran

Ratings: (0)|Views: 3,315 |Likes:
Published by aidie

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: aidie on Aug 31, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/12/2013

pdf

text

original

 
1.0 PENGENALAN
Kini media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik banyak membincangkan mengenai sekolah satu aliran. Saranan tokoh akademik, Prof. Emeritus TanSri Dr. Khoo Kay Kim supaya kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan perpaduan antara kaum tercapai telah membangkitkan banyak isu oleh semua pihak sepertiahli politik, tokoh akademik serta pelbagai kaum di Malaysia seperti India dan Cina. Isu-isuyang dibincangkan adalah adakah cadangan ini dapat membentuk perpaduan Malaysia.Bagi kaum India dan Cina, mereka khuatir dengan pembentukan sekolah satu aliran, bahasa dan adat mereka akan dilupakan oleh generasi pada masa akan datang. Banyak  persoalan timbul mengenai isu ini. Namun begitu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah menjelaskan kerajaan hanya akan mengubah dasar itu berdasarkan kepadakehendak masyarakat demi kepentingan mereka. Beliau turut menjelaskan, kerajaan perlumengambil kira pandangan rakyat terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan bagimenjaga sensitiviti kaum di negara ini.Oleh itu, isu terbabit masih lagi dibincangkan sehingga kini untuk melihat pro dan kontraterlebih dahulu sebelum dilaksanakan kerana terdapat segelintir masyarakat yang tidak  bersetuju dengan cadangan yang telah dikemukakan. Isu ini menjadi semakin hangat apabilaterdapat segelintir rakyat yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa berfikir secaramendalam mengenai cadangan yang telah dikemukakan dan menyebarkan pelbagai fitnahyang kurang enak kepada masyarakat.
2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN
Menurut tokoh pendidikan, Prof Datuk Dr Kamaruddin, sistem pendidikan satu aliranialah sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa pengantar di sekolah. Ia bertujuanmewujudkan perpaduan dan integrasi nasional. Menurut beliau, wujudnya sisitem pendidikanyang menggunakan satu bahasa pengantar , secara tidak langsung akan mewujudkan satusistem nilai dan budaya sosial. Melalui sekolah satu aliran, murid kaum lain masih berhak mempelajari bahasa ibunda masing-masing di samping membolehkan mereka memupuk danmencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional menerusi pendidikan.
1
 
Jika pengasingan pendidikan mengikut kaum ini berterusan, ia akan menghasilkanmasyarakat yang terpisah di antara satu sama lain, mengakibatkan satu suasana segrasidengan memiliki bibit perpecahan yang berbahaya. Semangat kekitaan dalam satumasyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu akan tercapai sekiranya sistem persekolahan yang menggabung terus ketiga-tiga aliran ini menjadi satu dapat direalisasikan.Menurut beliau lagi sekolah satu aliran dilihat sebagai reformasi pendidikan yang harusdiperjuangkan bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional selaras matlamat utamaDasar Pendidikan Kebangsaan.Melalui cara ini, di samping boleh bergaul secara meluas di antara mereka, secara tidak langsung, mereka juga boleh memahami budaya kaum lain. Jika perkara ini dapatdipraktikkan, maka masalah semangat perkauman akan terhakis dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling faham-memahami. Ia akan mewujudkan satu sistem nilaidan budaya sosial. Pengwujudan sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa pengantar juga diberi jaminan tidak akan menggugat bahasa ibunda kaum lain seperti yangdibimbangi selama ini.Menurut tokoh pendidik, Tan Sri Ainuddin Wahid, sekolah satu aliran adalah sebuahsistem yang dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di Malaysia khususnya Melayu, Indiadan Cina. Menurut beliau jika sekolah satu aliran tidak dilaksanakan, ia akan member kesan pada masa hadapan seperti timbulnya masalah perkauman berikutan setiap kaum mendapat pendidikan di sekolah yang berlainan.Perpaduan kaum tidak dapat dicapai jika semua pelajar diletakkan di sekolah yang berasingan. Sekolah adalah tempat terbaik untuk memulakan hubungan integrasi. Apabilakanak-kanak sudah terdedah dan biasa dengan pergaulan antara berbilang kaum di sekolah,mereka tidak lagi mengalami kejutan apabila memasuki alam pekerjaan dan bermasyarakat.Menurut beliau lagi, dalam kehidupan realiti kita sekarang, pergaulan antara kaun hanyaterjadi dalam keadaan luaran dan tidak mendalam. Tembok perkauman mesti diruntuhkanuntuk memberi laluan kepada kehidupan satu bangsa Malaysia yang lebih harmoni. Tempatterbaik untuk memulakan usaha mencambah rasa harmoni ini ialah melalui sekolah satualiran baik di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah.
2
 
Menurut tokoh akademik Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim pula menerangkankonsep sekolah aliran ialah semua pelajar akan ditempatkan di sekolah yang sama dan penggunakan bahasa pengantar yang sama. Namun begitu bahasa ibunda setiap kaum akandiselitkan sebagai sebahagian daripada kokurikulum di bilik darjah. Menurut beliau lagi,sekolah satu aliran penting untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dan ia bersesuaiandengan konsep Satu Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kita iaitu Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.Beliau berkata sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika initidak membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan 1Malaysia. Katanya, sejak darikecil lagi rakyat sudah diasingkan mengikut aliran dan bahasa ibunda masing-masing danapabila dewasa, semangat kerjasama dan persefahaman sukar untuk dijalankan. Walaupunterdapat beberapa pihak yang membantah cadangan pembentukan sekolah satu aliran, merekayang berbuat demikian perlu menilai semula sejauh mana sistem pendidikan ketika ini bolehmembantu mengukuhkan pembentukan sebuah negara bangsa.Dalam perspektif lain, Tun Mahathir Mohamad menyatakan bahawa sistem pendidikansatu aliran sebernarnya telah pun diamalkan tetapi kebanyakan daripada kita tidak faham peranan sistem sekolah kebangsaan. Beliau menjelaskan, semasa kerajaan membentuk sistemsekolah kebangsaan dahulu, sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil sudah pun ada. Kerajaanmemberi bantuan kepada sekolah aliran tersebut dengan harapan pada akhirnya murid-muriddari sekolah itu kelak menyertai sekolah kebangsaan.Tetapi sehingga kini orang Cina dan India tidak berminat menghantar anak mereka kesekolah kebangsaan kerana suasananya kurang menarik serta bimbang anak-anak merekaterpengaruh dengan adat resam orang Melayu dan Islam. Sikap dan fahaman agama yangterlalu kuat juga menakutkan bukan Melayu terhadap sekolah kebangsaan. Lalu apa yang berlaku dalam sistem persekolahan sekarang adalah faktor sikap perkauman yang masihmenebal di kalangan masyarakat.Oleh itu kesedaran masyarakat terhadap sekolah satu aliran harus dipertimbangkan untuk memupuk perpaduan antara kaum supaya perpecahan tidak akan berlaku dan tragedy 13 Meitidak akan berulang lagi.
3

Activity (27)

You've already reviewed this. Edit your review.
Firdaus Che Aziz liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Sylrene Blade liked this
Mat Noor Man liked this
fatimahsalleh liked this
Fakhrul Ruru liked this
Nor Ida Faridah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->