You are on page 1of 12

9.

0 PELAKSANAAN DALAM MATA PELAJARAN KT DAN PSK


Di dalam setiap sekolah, sistem pengurusan fail adalah amat penting bagi
memastikan setiap maklumat yang di perolehi, dapat di failkan dan menjadi salah
maklumat penting untuk kegunaan rasmi.Sebagai contoh jika terdapat kunjungan rasmi
daripada Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah.Setiap fail
merupakan maklumat rahsia sekolah dan penting jika terdapat sebarang permasalahan
berhubung dengan program yang di jalankan.
Berdasarkan kepada garis panduan pelaksanaan program pemulihan khas,
pengurusan fail dalam kelas pemulihan adalah selari dengan pengurusan fail sekolah.
Maklumat dalam sistem fail ini seperti maklumat pelajar, prestasi pelajar dan
Page | 13
sebagainnya, menjadikan sistem pengurusan fail ini sangat penting di dalam sesebuah
pentadbiran sekolah.
Objektif pelaksanaan sistem pengurusan fail ialah:-
 Memastikan setiap rekod yang ada di simpan dengan baik
 Memahami kepentingan penyimpanan rekod dan penyelenggaraan yang baik
setiap rekod-rekod kerajaan.
 Mempermudahkan pengurusan pentadbiran sekolah dalam mengemaskini profil
pelajar
 Mengenalpasti rekod individu murid dengan lebih berkesan
11.0 REFLEKTIF 1
Berdasarkan kepada pengamatan dan pemerhatian saya kepada sistem
pengurusan fail kelas pemulihan di Sekolah Kebangsaan Telok Mas ini, secara
keseluruhannya berada di landasan yang betul, serta mengikut Garis Panduan
Pelaksanaan Program Pemulihan Khas,Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Terdapat beberapa perkara yang pada pandangan saya perlu di perbaiki
mengenai sistem pengurusan fail, kelas pemulihan di sekolah ini. Pertama, berkaittan
dengan tempat penyimpanan fail. Berdasarkan kepada pemerhatian, penyimpanan
rekod fail-fail tersebut, kurang efektif kerana tempat penyimpanan fail bercamur dengan
Page | 14
fail-fail murid, buku latihan serta alat-alat bantu mengajar. Perlunya ada tempat
penyimpanan yang khusus bagi kesemua fail-fail ini.
Perkara kedua yang perlu di beri perhatian ialah penggunaan fail yang kurang
kualti. Mengikut spesifikasi ISO yang sebenar, penggunaan fail keras adalah paling
tepat sekali untuk urusan-urusan rasmi fail. Kualiti yang tahan lama serta penyimpanan
setiap helaian rekod yang di jamin keselamatannya, membantu mewujudkan satu
sistem pengurusan fail yang berkesan dan efisyen.
Perkara ketiga adalah di lihat dari aspek kesesuian rekod yang yang di perolehi
dengan fail yang bertepatan dengan nama fail yang ingin dibuka. Ketika membuat
pemerhatian, di dapati terdapat kekeliruan rekod yang sepatutnya di masukkan di
dalam fail yang bersesuaian. Sebagai contoh surat daripada Jabatan Pelajaran Negeri
dengan surat mesyuarat kelompok Zon, di masukkan pada fail yang sama. Seharusnya
di asingkan rekod tersebut di dalam Fail Mesyuarat Kelompok dengan Fail Surat
Sebaran.Secara keseluruhannya, sistem pengurusan fail di kelas ini, masih perlu di
perkemaskan lagi untuk memudahkan setiap pergerakan, dan membantu pentadbiran
sekolah dengan lebih kemas, teratur dan berkesan.
Page | 15
12.0 SISTEM PENGURUSAN FAIL KELAS PEMULIHAN KHAS SEK.KEB. TELOK
MAS, MELAKA.
FAIL MAKLUMAT
MURID
FAIL PERANCANGAN
PROGRAM PEMULIHAN
FAIL JAWATANKUASA
PEMULIHAN KHAS
FAIL DATA MURID
FAIL PERANCANGAN
PROGRAM PEMULIHAN
FAIL SURAT SIARAN
FAIL PERALATAN
PEMULIHAN
FAIL MESYUARAT
KELOMPOK
FAIL LEMBARAN
KERJA
FAIL PENILAIAN MURID
JENIS-JENIS
FAIL
FAIL UJIAN
DIAGNOSTIK
13.0 JENIS-JENIS SISTEM FAIL
KELAS PEMULIHAN KHAS SEK.KEB. TELOK MAS
13.1 FAIL MAKLUMAT MURID
Di dalam fail maklumat pelajar ini, maklumat yang terdapat di dalam fail ini ialah,
senarai nama murid-murid kelas pemulihan tahun 2009. Sebagai contoh terdapat 2
kelas yang terlibat di dalam kelas pemulihan khas iaitu kelas 2 pandai dan 3 pandai
(rujuk lampiran).
Selain daripada itu, maklumat berkaitan dengan profil murid pemulihan khas
Lampiran E ( rujuk lampiran) yang mempunyai maklumat berkaitan latar belakang
murid secara umum, latar belakang keluarga, jenis pemakanan di rumah, penggunaan
masa lapang , hobi dan sebagainnya.Selain daripada itu, borang pencalonan
kemasukan ke program pemulihan khas juga terdapat di dalam fail maklumat murid ini.
Borang ini merupakan salah satu data penting dalam carta aliran proses pelaksanaan
program pemulihan khas.
13.2 FAIL PENILAIAN MURID
Di didalam fail ini, secara keseluruhannya ianya merangkumi maklumat
berkaitan degan prestasi individu murid-murid.Sebagai contoh keputusan ujian IPP2M
saringan 1, IPP2M saringan 2dan sebagainnya. Saringan ini di jalankan untuk
menentukan samada murid tersebut lulus dan gagal di dalam kemahiran membaca dan
menulis.
Selain daripada itu, maklumat berkaitan dengan rekod prestasi individu, di mana
pelbagai kemahiran yang di uji seperti berkikut:-
 Huruf kecil,
 Huruf besar,
 Huruf vokal,
 Sukukata KV,
 Perkataan KVKV,
 Perkataan VKV
 Perkataan KVKVKV
 Sklils Maths
 IPP2M
13.3 FAIL PERANCANGAN PROGRAM PEMULIHAN
Maklumat fail ini. berkaitan dengan laporan
pemulihan khas, perancangan pemulhan khas secara
tahunan, perancangan jadual waktu kelas, takwim
program pemulihan khas sekolah, analisa SWOT bagi
kelas pemulihan, carta gantt dan sebagainnya.
Secara keseluruhannya, fail ini mempunyai
maklumat berkaitan perancangan serta programprgram
yang akan di jalankan oleh penyelaras kelas
pemulihan secara peringkat sekolah, ataupun
peringkat zon dan negeri.
13.4 FAIL DATA MURID
Fail di dalam data murid ini, merangkumi data murid
pemulihan khas, berdasarkan kepada format Unit Pendidikan
Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan
Pelajaran Melaka. Maklumat tersebut, merangkumi jumlah
keseluruhan enrolmen murid SK Telok Mas mengikut jantina,
bilangan murid yang belum menguasai 3M mengikut jantina,
bangsa serta peratusan murid-murid yang memasuki kelas
pemulihan khas.
Data ini penting, bagi tujuan pemantauan serta jumlah
sebenar murid pemulihan secara keseluruhannya di Melaka. Data ini, akan di gunakan
oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), untuk melaksanakan pelbagai program, serta
memastikan setiap aktiviti dapat di laksanakan dan mencapai objektif.
13.5 FAIL JAWATANKUASA PEMULIHAN KHAS
Di dalam fail ini, maklumat yang terdapat di dalam fail ini ialah berkaitan dengan
minit mesyuarat pemulihan yang dianggotai oleh
jawatankuasa program pemulihan khas peringkat sekolah
2009. Di dalam fail ini, setiap pergerakan kelas
pemulihan akan di catatkan laporan, dan di bentangkan
di dalam mesyuarat pemulihan peringkat sekolah.
Selain daripada itu, jawatankuasa pemulihan khas
yang terdiri daripada Guru Besar, Guru Penolong Kanan
1, Ketua Panitia BM dan Matemaik, Guru Bahasa Melayu
dan Guru Matematik.
13.6 FAIL PERALATAN PEMULIHAN KHAS
Di dalam fail ini, maklumat yang ada ialah berkaitan dengan senarai peralatan
yang terdapat di Kelas Pemulihan seperti meja murid, rak carta, langsir, air-condition,
white-board, lampu, kipas dan sebagainnya.Fail ini
berkaitan dengan pembelian peralatan , surat akuan
penerimaan. Dengan kata lain ianya berkaitan dengan
invois pembelian.
Secara keseluruhannya, fail ini merangkumi setiap
maklumat yang berkaitan dengan pembelian untuk kelas
pemulihan seperti kelengkapan peralatan kelas dan
sebagainnya.
13.7 FAIL MESYUARAT KELOMPOK
Fail ini, merangkumi maklumat mesyuarat pemulihan
secara kelompok. Iaitu mengikut kawasan/zon di dalam
sesuatu kawasan. Sebagai contoh, SK Telok Mas, di bawah kawasan Dun Bukit
Cina.Setiap mesyuarat kawasan bagi sekolah-sekolah di bawah satu DUN, akan
bekerjasama menjalankan aktiviti yang di rancangkan.Sebagai contoh baru-baru ini
satu sukan pemulihan khas telah di jalankan, dan di hadiri oleh murid-murid di kawasan
DUN Bukit Cina.
13.8 FAIL SURAT SIARAN
Fail ini mempunyai maklumat berkaitan dengan suratsurat
yang di perolehi daripada Jabatan Pelajaran Negeri,
Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah, berhubung
dengan perkara-perkara yang bekaitan dengan program
pemulihan.Sebagai contoh kursus –kursus
pengajaran,taklimat kutipan data. Kebiasaanya, fail surat
siaran ini, memerlukan guru pemulihan untuk menghadiri
sessi taklimat serta aktiviti-aktiviti yang di rancangkan oleh
jabatan pendidikan khas,
13.9 FAIL LEMBARAN KERJA
Fail ini, menghimpunkan hasil kerja
/latihan secara individu. Lembaran kerja
tersebut, merangkumi kertas latihan
matematik serta lembaran kerja bahasa
melayu. Setiap murid mempunyai satu fail individu yang mempunyai setiap kertas
latihan.Jika pelawat datang untuk melihat sistem pengurusan pemulihan, fail ini boleh di
jadikan bukti kelas pemulihan khas ini, berjalan seperti yang di rancang.
13.10 FAIL UJIAN DIAGNOSTIK
Ujian Diagnostik merupakan satu bentuk ujian yang di gunakan untuk
memastikan murid-murid menguasai kemahiran membaca atau menulis.Ujian ini di
gunakan untuk murid-murid pemulihan
khas, yang di berikan kepada mereka,
untuk menentukan samada mereka sudah
menguasai kemahiran ini ataupun tidak.
14.0 SISTEM PENGURUSAN FAIL ( GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM
PEMULIHAN KHAS 2008 JABATAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA)
Mengikut sistem pengurusan fail yang standard,spesifikasi garis panduan
pelaksaaan program pemulihan khas adalah seperti berikut:-
1. Fail Individu Murid yang mengandungi dokumen
seperti berikut:
 Borang Pencalonan.
 Profil Murid Pemulihan.
 Ujian Saringan dan Diagnostik
 Rekod Prestasi Ujian Diagnostik
 Hasil Penilaian yang telah dijalankan.
 Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid.
2. Fail Lembaran Kerja Bahasa Melayu/ Matematik (disediakan secara individu)
 Rekod Prestasi Ujian Diagnostik
 Lembaran Kerja
3. Fail Jawatankuasa Pemulihan Khas Peringkat Sekolah
4. Fail Data Murid
5. Fail Perancangan Program Pemulihan Khas
 Pelan Tindakan Program
 Takwim program
 Carta Gantt aktiviti sepanjang tahun
 Jadual Waktu
 Borang Tindakan Susulan
15.0 BANDING BEZA SISTEM PENGURUSAN FAIL
Banding beza sistem pengurusan fail sekolah ini akan di lihat persamaan dan
juga perbezaannya dengan sistem pengurusan fail mengikut standard garis panduan
pelaksanaan program pemulihan khas, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
PERSAMAAN
1. Sistem pengurusan fail di laksanakan adalah bertujuan untuk
memudahkan pentadbiran sekolah dan juga pengurusan pejabat
pendidikan negeri masing-masing.
2. Memudahkan pemantauan bagi setiap rekod dan murid.Sebagai contoh
prestasi akademik
3. Memudahkan membuat proses ‘follow-up’ dan perancangan serta aktiviti
program pemulihan khas, di peringkat zon/ daerah dan negeri, mengikut
rekod serta profil di dalam fail pemulihan khas.
4. Proses pelaksanaan dan pencerapan di lakukan untuk memastikan
kelemahan dan kekuatan sesuatu program.
PERBEZAAN
PENGURUSAN FAIL
SEK KEB TELOK MAS
PENGURUSAN FAIL
STANDARD
KUALITI FAIL
- Fail yang di gunakan daripada
kertas yang nipis dan mudah
rosak dan tidak tahan lama
- Fail keras adalah fail yang
sangat sesuai di gunakan
kerana tahan lama dan tidak
mudah rosak
PENGEMASKIN
IAN DATA
- Data-data yang disimpan
tidak di kemaskini secara
teratur
- Data-data perlu di kemaskini
secara teratur dan di asingkan
mengikut tahun-tahun terbaru
PENYIMPANA
N
- Sistem pengurusan fail tidak
sistematik. Tidak mempunyai
tempat khusus penyimpanan
fail dan rekod
- Perlu mempunyai tempat
penyimpanan fail yang
sistematik. Tidak bercampur
dengan bahan-bahan lain
RUJUKAN
NOMBOR FAIL
- Tiada nombor rujukan fail
untuk setiap surat siaran yang
di failkan.
- Perlu ada rujukan nombor
tertentu untuk memudahkan
pengurusan sekolah dan guru
pemulihan
18.7 IKLIM DAN APLIKASI BILIK DARJAH
Suasana bilik darjah harmonis membantu peningkatan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih bermakna. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk
membentuk iklim dan budaya bilik darjah yang baik. Gaya kepimpinan yang berwibawa
tanpa terlalu banyak memberi arahan dianggap sebagai pemimpin demokratik hanya
akan mengambil masa untuk mendapatkan buah fikiran bagi menyelesai sesuatu isu,
dan kelihatan kumpulan-kumpulan yang ujud di bilik darjah mempunyai hubungan yang
lebih mesra dan saling bekerjasama. Berbeza dengan pemimpin Laiissez-faire yang
memberi arahan-arahan yang tidak jelas dan jawapan-jawapan yang ringkas tentang
sesuatu persoalan.
Pendekatan-pendekatan yang hendak digunakan bagi mengawal iklim dalam
bilik darjah perlu berlandaskan tahap perkembangan murid-murid. Iklim bilik darjah
yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid bersama guru
dalam bilik darjah tersebut. Guru yang memiliki gaya kepimpinan yang matang sedia
menerima dan menghormati setiap murid dalam bilik darjah, memperbaiki
peraturanperaturan
supaya peraturan itu boleh berubah mengikut keadaan dan suasana serta
menekan kepada jangkaan-jangkaan yang positif. Apabila keadaan ini berlaku guru
sebagai pemimpin dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dan pertumbuhan
diri murid-murid serta bersikap keterbukaan dalam perkara-perkara yang membawa
kepada kebaikan.
Pengurusan bilik darjah akan menjadi bertambah baik jika sistem penyeliaan
diurus dengan berkesan. Murid-murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang
kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan-tugasan yang
diberikan kepada setiap murid pada awal tahun lagi dapat membantu mengembangkan
budaya bertanggungjawab, berkerjasama serta hubungan yang baik antara mereka dan
juga hubungan antara guru dengan murid, dan peranan guru sebagai pembantu
penyelsaian masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
Secara umumnya, pengurusan bilik darjah sebaik-baiknya merangkumi ciri-ciri
kesesuaian (releven) dengan murid, persediaan suasana pembelajaran yang berkesan,
organisasi pengajaran dan sokongan-sokongan yang membantu peningkatan
aktivitiaktiviti
perkembangan pembelajaran secara lebih aktif dan produktif, teknik-teknik
motivasi dan penyelesaian konflik dan pergabungan semua elemen dalam satu sistem
bagi menampakkan keberkesanannya. Peranan dan pengorbanan guru sebagai
penggerak dan pengubah iklim yang kurang menyerlah kepada suasana yang lebih
kondusif sebagai jambatan utama susanan pembelajaran yang memberangsangkan ke
arah pembentukan modal insan di kalangan murid..
18.8 PENGURUSAN MURID
Murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah, mereka akan
bersama setiap kali pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati
mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan yang terbaik, yang melampaui tingkahlaku
manusia. Terdapat perbezaan antara individu murid atau kumpulan murid dengan yang
lain yang mendesak guru menggunakan yang optimum dalam pengurusan bilik darjah,
dan adalah penting guru memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang
tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.
Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang
yang ditunjukkan oleh guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang
lembut dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah,
di samping menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses
kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya, dan kemujaraban pemindahan
maklumat daripada guru kepada muridnya.
Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan
budaya penyayang, komunikasi berkesan dalam dijelmakan dalam cara bertutur,
penggunaan bahasa badan, penulisan, juga melalui penggunaaan alat-alat tertentu
seperti komputer, telipon dan sebagainya. Apabila seorang guru menggunakan
kemahiran berkomonikasi terhadap muridnya, dapat menghasil suasana pembelajaran
yang lebih dinamik, pembentukan akhlak, kemahiran-kemahiran tertentu dapat diterap
dengan lebih mudah dan berkesan.
Komunikasi berkesan menghasilkan motivasi yang berkesan, murid mudah
menerima motivasi yang disampaiakn secara berhemah dan berhikmah, nilai-nilai murni
yang hendak ditanam dalam diri murid akan melalui laluan yang lebih mudah dan
berkesan. Berdasarkan kepada pemerhatian, pengurusan murid bagi kelas pemulihan
ini, agak mencabar terutamanya murid-murid tahun 3 berbanding dengan murid-murid
tahun 2. Faktor sikap serta ketegasan guru, menjadi penumbang kepada pengurusan
murid di kelas ini yang masih perlu di perbaiki.
Sebagai contoh, guru pemulihan di sekolah ini, agak berusia dan ini
menyebabkan murid-murid ini menganggap guru ini kurang tegas dan menyebabkan
proses P&P terganggu.Kajian ‘Pengurusan Bilik Darjah Dinamik- Ke arah pembinaan
modal insan yang berkualti’ oleh Hj Shamsudin Bin Md Noor menyatakan Kemahiran
mengawal kelas apabila guru melangkah masuk ke kelas tersebut menjadi penting
kerana seorang guru tidak boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
berkesan sekiranya muird-murid dalam kelas berkenaan tidak dapat dikawal dengan
baik. Guru mungkin berhadapan dengan beberapa murid yang nakal, tetapi harus ingat
bahawa bukan semua murid menjadi punca permasalahan tetapi jika tiada pengawalan
yang baik, jumlah murid yang akan menimbulkan ketidakselesaan guru akan bertambah
dan akhirnya menjejaskan penumpuan guru terhadap penyampaian pengajaran .
Cikgu Shukri (2008, Januari 21). Pengurusan Bilik Kelas. Retrieved 30 Mac, 2009 , from
http://pemulihankhas.blogspot.com/2008/01/pengurusan-bilik-kelas pendidikan_20.html
Jabatan Pendidikan Khas.(2008)Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan
Khas(Edisi Percubaan).Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Kamus Dewan (3th ed)(2008). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Pemulihan Khas. Retrieved 2 April 2009.from
http://apps.emoe.gov.my/bppdp/KajianBPPDP/2001/2001(1)kajianPelaksanaanProgram
PemulihanKhasdiSek.R.pdf
Mok Soon Sang (2009) Ilmu Pendidikan untuk KPLI.Subang Jaya, Kumpulan Budiman
Sdn Bhd
Rosniza Mohd Taha. (2009). Program pemulihan khas bantu murid kuasai 3M.
Retrieved 4 April 2009,from
http://www.kejorasakti.net/v1/modules.php?name=News&file=print&sid=32
SK Telok Mas (2009) Takwim dan Senarai Tahun 2009. Jabatan Pelajaran Negeri
Melaka.

You might also like