You are on page 1of 14

CARA JIMAT

Minyak Kereta
oleh :
CODE7 aka Fahmy
Webmaster RahsiaEbiz.Com
NOTIS UNDANG-UNDANG & PENAFIAN
Segala maklumat di dalam ebook ini adalah pandangan semasa untuk tujuan
pembelajaran dan makluman pembaca sahaja.

Tiada sebarang jaminan sama ada semua orang mampu mendapat hasil yang
sama dengan teknik atau maklumat yang diberikan kerana masing-masing
mempunyai perbezaan dari segi skills, pengetahuan, pengalaman dan apa jua
aspek & faktor kemanusiaan.

Oleh itu pihak RahsiaEbiz.Com tidak akan bertanggungjawab ke atas


mana-mana liabiliti, kerugian, kehilangan atau risiko yang ditanggung
oleh orang perseorangan atau sebagainya, yang timbul akibat daripada
penggunaan mana-mana kandungan buku ini sama ada secara langsung
ataupun tidak langsung.

EBOOK INI DIBERI HAK JUALAN SEMULA !


[YA] boleh diberikan percuma kepada orang lain.
[YA] boleh dipakejkan di website/email anda
[YA] boleh diberikan sebagai hadiah atau bonus
[YA] boleh dijual semula sebagai Master Resale Rights
[TIDAK] boleh mengedit apa jua isi kandungan dalam ebook ini
[TIDAK] boleh copy/paste isi kandungan ebook ini ke tempat lain
[YA] boleh dijual semula di web lelong atau shopping cart
[YA] boleh diletakkan di dalam web keahlian berbayar
[YA] boleh diletakkan di dalam web forum, portal & komuniti

Keluaran Eksklusif :
RAHSIAEBIZ.COM

Konsep Isi Kandungan, Rekabentuk & Grafik :


CODE7 aka FAHMY (Webmaster Softhands & RahsiaEbiz)

Cara Penggunaan Ebook ini adalah dengan perisian :


+ Adobe Acrobat Reader (bagi membuka file PDF)
+ Internet (bagi membuka link yang ada di dalam ebook ini)

Copyright © 2008 RahsiaEBiz.Com


Minyak oh Minyak...
mukaddimah bicara dari meja penulis..

M
inyak... suatu elemen yang cukup penting dalam kehidupan
seharian rakyat di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Bebaru ini
kita dikejutkan dengan kenaikan harga minyak petrol dan diesel
paling tinggi dalam sejarah Malaysia. Sememangnya ia menimbulkan
kegusaran dan tidakpuashati masyarakat dengan tindakan kurang popular ini.

Namun, apa jua yang berlaku merupakan satu ujian untuk kita semua
untuk mencuba sekurang-kurangnya usaha untuk meminimumkan
pengunaan minyak dengan lebih berkesan. Di dalam report ringkas saya ini
cuma akan fokus kepada jalan penyelesaian yang boleh dipraktikkan dengan
mudah. Kesemua tips ini merupakan himpunan idea daripada pelbagai
sumber dan web automotif yang sempat saya kumpulkan buat masa ini.

Apa yang penting adalah kita gunakan dan amalkan sebaik mungkin.
Minyak merupakan salah satu unsur yang akan kehabisan suatu hari nanti.
Ataupun kos mengeluarkan minyak dari perut bumi akan semakin mahal dan
tidak praktikal untuk dijual semula.

Tambah lagi spekulator minyak di pasaran Future Trading sentiasa


memanipulasi harga minyak untuk keuntungan dan ketamakan mereka. Ini
terjadi terutamanya puak Freemasonry di kalangan tokei-tokei Yahudi
menguasai pasaran minyak Arab dan menjadikan ia emas hitam untuk
agenda kapitalisme mereka. Minyak Arab ditukar menjadi menjadi
petrodollar dan membantu Yahudi untuk menindas orang lain di Palestin dan
juga negara-negara lain yang terpaksa membayar harga yang mahal kerana
bergantung kepada minyak negara-negara Arab.

Malaysia merupakan antara negara pengeluar minyak berkualiti dengan


kandungan sulfur yang rendah. Sepatutnya Malaysia mempunyai kadar
harga minyak yang lebih rendah dan lebih kurang sama dengan negara
pengeluar minyak di dunia. Tidak boleh dibandingkan dengan negara-negara
ASEAN lain yang tidak mengeluarkan minyak. Tambahan pula PETRONAS
mempunyai untung berbillion ringgit yang tidak pernah membayar zakat
hasil bumi ar-Rikaz sejak di awal penubuhannya.
Adakalanya ia menimbulkan lebih banyak persoalan di fikiran rakyat
mengapa kita selaku negara pengeluar minyak mempunyai kadar harga
tinggi sangat sehingga RM2.70 seliter dan tambahan pula dinaikkan harga
paling tinggi dalam sejarah Malaysia 78sen dalam notis 24 jam ?

Sedangkan rakyat Thailand yang berada di sempadan Malaysia diberi notis


sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh kuatkuasa pembatalan subsidi di
stesen minyak dalam lingkungan 30 - 50 kilometer daripada sempadan.

Walau apapun kini, setidak-tidaknya kita sudah mempunyai langkah-langkah


untuk meminimumkan kos perbelanjaan minyak yang mana dalam report
saya menyertakan 20 cara praktikal untuk meminimumkan penggunaan
minyak yang berhemah seterusnya mendapat penjimatan lebih bagi setiap
sen yang anda keluarkan untuk membeli petrol.
Anda boleh sebarkan ebook iui kepada sesapa sahaja sama ada di web,
email, forum, social site di mana jua untuk memberi manfaat kepada rakan-
rakan kita yang lain.

Selain itu anda boleh juga dapatkan ebook saya yang lain yang telah saya
buat untuk rakyat Malaysia khususnya dalam bahasa Melayu. Antaranya
seperti di bawah :

Kesemua ebook ini telah mendapat hits begitu tinggi sekali sehingga
di download lebih daripada 2500 kali sejak ia dilancarkan kepada umum.
Kini yang terbaru ebook saya iaitu 20 Cara Jimat Minyak merupakan
ebook keempat edisi percuma dilancarkan pada tahun 2008 adalah terlalu
istimewa untuk manfaat semua.

Fi khulasatil qaul, sebagai penutup bicara saya mohon maaf jika ada salah
dan sebarang kelemahan yang ada di dalam report ini, anda boleh usulkan
cadangan dan pandangan di email saya admin@rahsiaebiz.com atau mengisi
borang maklumbalas online di web RahsiaEBiz.

Sekian, salam kejayaan untuk anda !

Sahabat siber anda...


Mohd Nuur Fahmy Bin Massailan (Code7)
Webmaster Softhands, RahsiaEbiz & EbookJutawan
8 Jun 2008, Kuala Lumpur Malaysia
20 cara jimat minyak
ketahui... pelajari... praktik..

D i sini saya akan memberikan 20 cara praktikal secara ringkas dan padat
untuk menjimatkan minyak petrol anda dengan mudah. Kita boleh
jimat petrol lebih banyak jika mengetahui dengan lebih mendalam mengenai
pelbagai bahagian teknikal kereta yang sememangnya berkaitrapat antara
satu sama lain.

Panduan ini merupakan asas sahaja untuk orang biasa, sekurang-kurangnya


ia membolehkan kita lakukan sesuatu supaya mendapat lebih petrol dengan
setiap sen yang kita belanjakan.

CARA #1
Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu
sejuk. Ini kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak
cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktu
panas siang hari yang banyak wap sahaja.

Sekiranya anda perhatikan, jika isi minyak di waktu


tengah hari petrol akan meruap lebih cepat dan
membuatkan ia dapat dibau dengan terlalu ketara.

Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol


anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan
mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.

CARA #2
Isi minyak dengan perlahan-lahan (tidak berterusan)
supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke
dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap
petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda.
CARA #3
Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana
lagi banyak baki minyak dalam tangki akan
mengurangkan kapasiti ruang udara sekaligus anda
akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih
optimum.

CARA #4
Kurang beban atau berat – Jangan bawa barang yang
tidak perlu (kereta anda bukan stor). Penambahan
berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan
penggunaan minyak sebanyak dua peratus.

CARA #5
Perhatikan tayar anda, mesti ada tekanan angin mesti
betul. Jika tidak, penggunaan minyak bertambah lima
peratus kerana geseran lebihan.

CARA #6
Penyelenggaraan – Penalaan enjin yang teruk
meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50
peratus. Jangan malas check tahap palam
pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa
secara berkala.

CARA #7
Kelajuan – Lebih perlahan anda memandu, lebih
jimat minyak digunakan (dan tidak disaman).
Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan
meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak

Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j,


penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j
(15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).

Ia berbeza bagi setiap cc kereta, lagi tinggi cc lagi


banyak minyak dibakar.
CARA #8
Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar
menunggu seseorang. Elakkan menekan pedal minyak enjin
ketika kenderaan tidak bergerak..

CARA #9
Penggunaan gear – Pilih gear yang sesuai dengan
kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan
tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin
menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu
menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda
memilikinya.

CARA #10
Brek – Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti,
perlahankan kenderaan secara beransur-ansur.
Elakkan brek mengejut.

CARA #11
Perancangan – Rancang perjalanan untuk
mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkan
masa, wang dan mengelakkan tekanan.

Anda juga boleh buat multi task kerja anda.. iaitu dgn
memaksimumkan sebaik mungkin satu perjalanan dgn
pelbagai kerja.. misalnya balik kerja dari opis boleh
singgah beli barang rumah kat memana berdekatan.
So ujung minggu dah x perlu lagi nak kuar kereta
lagi.. minyak pun save...

CARA #12
Minimum – Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana
ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40
peratus. Kalo dah terlalu dekat elok guna basikal atau
motosikal saja berbanding kereta.
CARA #13
Tak perlu pasang aircond kete kalo cuaca dah sejuk..
atau matikan aircond apabila dah nak dekat sampai
destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10%
apabila menggunakan aircond.

CARA #14
Tok sah merempit cilok sana sini.. Kalo boleh
perlu bijak tekan pedal accelerator dengan
berhemah.. kalo nak jimat kenalah bawa
bersederhana tak yah laju-laju.. yang penting rileks
dan steady saja.. Kalo nak racing gi masuk Sepang
Circuit...

CARA #15
Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu utk
melancarkan pergerakan kereta. Jika tidak, kete anda
akan bertambah geseran dan perlahan dan
menyebabkan anda menekan minyak lebih byk untuk
bergerak.

CARA #16
Kurangkan perjalanan kereta semasa waktu peak
hour.. kalo KL biasanya pegi awal keje sebelum jalan
utama sibuk. Sbb bila jem, makin kuat minyak habis
terutamanya auto. Kalo bole guna kete manual.. bagi
mereka yang nak jimatlah.. kalo auto ni mmg makan
minyak daripada manual.

CARA #17
Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa
diservis ... Tukar minyak pelincir mengikut jadual
- selaras dengan cadangan pengeluar kenderaan. Dan
juga gunakan minyak pelincir berkualiti tinggi untuk
memaksimumkan keberkesanan enjin. Bab ini kene
tanya mekanik yang lebih arif mengenai kereta anda.
CARA #18
Warming up enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat
setelah enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal untuk
warming up kerana ia akan membazirkan minyak sahaja.

CARA #19
Guna NGV berbanding petrol. Sekarang ni NGV sudah
semakin popular sejak kenaikan harga petrol. Sehingga
kini banyak kedai NGV installer/conversion sudah
kehabisan stok dan pelanggan terpaksa menunggu giliran.

Apa yang bagusnya adalah anda boleh ‘switch’ memana


jenis minyak anda mahukan, sama ada NGV semasa di jalan
bandar atau petrol semasa berada perjalanan jauh.

Cumanya perlukan ruang di belakang kereta anda untuk


letakkan tangki NGV dan ini akan makan space sedikit.
Selain itu NGV lebih mesra alam dan kurang pencemaran
berbanding petrol biasa. Harganya jauh lebih murah iaitu
dalam lingkungan RM0.635 seliter.

Untuk info lanjut, anda disarankan mencari NGV installer


yang bertauliah dan dapatkan pandangan yang boleh
dipercayai di forum AutoWorld.

CARA #20
Tip saya yang terakhir.. Tingkatkan pendapatan passive
income anda...

Sekiranya harga petrol naik 40%, ini bermakna anda perlu


mencari pendapatan tambahan untuk penggunaan petrol
kenderaan anda. Namun, jika anda sudah mulakan
perniagaan sendiri, mempunyai passive income yang stable,
maka ia tidak akan menjadi masalah di masa akan datang
sekiranya harga petrol naik lagi.

Lagipun dalam hadis Nabi ada menyatakan 9/10 punca


rezeki itu datangnya dari perniagaan. Sepatutnya kita
praktikkan sunnah ini yang mana hikmahnya besar.
Nak cari duit poket tambahan mudah saja.. Cuma
kene mendalami model perniagaan yang sesuai
dengan diri anda. Saya sudah huraikan dalam salah
satu bab mengenai SWOT Analysis di dalam
penulisan saya yang terbaru di web EbookJutawan.

Ia merupakan kaedah saintifik untuk menilai


kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang
ada dalam persekitaran model bisnes anda. Kaedah
sudah terbukti keberkesanannya krn turut
digunakan oleh syarikat gergasi dunia seperti Apple
Inc, Dell, Microsoft dan banyak lagi.

Dan kini perniagaan atau bisnes mungkin akan


menjadi satu fenomena selepas ini. Ia bukan
sahaja kerana nak tampung duit minyak semata-
mata, malah ia juga sebagai trend masa kini untuk
hidup lebih selesa dan bahagia.

Demikian di atas 20 cara mudah nak jimat petrol dan idea-idea extra income
untuk kebaikan anda. Sememangnya harga minyak petrol sentiasa
berubah-rubah dan mudah dispekulasikan oleh para penyangak di pasaran
Future Trading. Walau apapun, kita seharusnya melaksanakan apa jua cara
untuk menjamin survival di arena serba serbi ini.

Moga tips dan petua yang diberikan dapat memberi nilai tambah kepada diri
anda, dan jangan lupakan untuk sebarkan ebook ini kepada sesiapa sahaja.
Kita berkongsi maklumat, pengalaman dan idea-idea bernas untuk faedah
bersama. Bak kata kumpulan Scorpion.. What You Give.. You Get Back !

Sekian... senyum dan ceria selalu.. :)

Untuk lebih banyak info bermanfaat sila layari

Portal RahsiaEbiz.Com
EKSKLUSIF !


Sumber grafik Photoshop yang terhebat di Malaysia !

P Lebih
masa !
daripada 1000 fail PSD yang boleh digunakan bila-bila

P Tak perlu buang banyak duit upah graphic designer untuk


merekabentuk grafik professional bagi anda !

P Bonus istimewa bernilai $200 usd percuma !


P Boleh lihat secara lebih detail di www.cdgrafix.rahsiaebiz.com
� �
Ketahui Lebih Lanjut Di Web Rasmi
RAHSIA10K.COM !

You might also like