Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
13Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Budaya & Adat Resam

Budaya & Adat Resam

Ratings: (0)|Views: 920 |Likes:
Published by Nazeira Dahalan

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Nazeira Dahalan on Aug 31, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/25/2013

pdf

text

original

 
 
Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapatdinafikan. Adat tersebut bermula dari dalam perut ibu, kelahiran, perkahwinan sehinggalahkematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakankebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak  budaya masyarakat tersebut.Bangsa Melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santun. Kehidupan sehariansangat dipengaruhi oleh persekitaran masyarakatnya dan kebiasaannya ini telah menjadi amalanturun-temurun sejak azali lagi yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas, begitulah amalan-amalan tertentu ini tetap diamalkan walaupun aruskemodenan telah lama menyerapi kehidupan masyarakat Melayu di negara kita ini.Pepatah melayu "Biar mati anak, jangan mati adat", merujuk kepada betapa pentingnya adat sertaamalannya dalam masyarakat melayu. Terdapat banyak pepatah serta ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu. Kebanyakkan adat adalah juga merupakan peraturanterhadap kehidupan seharian, ia juga dipanggil ritual.
 
 
Kelahiran
 
 
Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangansuami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalahdipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeruitu setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Iamerangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir.
S
ewaktu Mengandung
i.
 
Melenggang Perut
 
 
Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utaraSemenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacaraini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusiadalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.
 
 
Peralatan untuk upacara ini termasuk:-
 
Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan
 
Segantang beras
 
Beberapa urat benang mentah
 
Damar 
 
Minyak kelapa atau minyak urut
 
 
 
L
ilin
 
Tepak sirih yang lengkap isinya
 
Pengeras sebanyak RM 1.25
 
Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanitahamil tadi. Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur.
 
Seterusnya adat mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan dikain basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah cermin kecil dibawa bersama.Wanita itu didudukkan di atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu ditambat seekor ayam. Kemudian air buyung dijiruskan ke badannya manakala telur tadi dilepaskanatau dijatuhkan dengan kepercayaan ia akan memudahkan wanita tadi bersalin.
 
Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yang bakal lahir nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai bidanakan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atassehelai yang lain. Ibu yang hamil dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut. Bidanakan mengurut ibu yang yang hamil dengan menggunakan minyak kelapa atau minyak urut. Bidan mengambil buah kelapa yang telah dibersihkan lalu menggulingkannya perlahan-lahan di atas perut terus ke hujung kakinya sebanyak tujuh kali. Adalahdipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan matanya ke atas, anak yangdikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika sebaliknya. Akhirnya bidan akanmelenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita hamil itu. Mengikutadatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan beserta dengan peralatanupacara tadi.
L
azimnya pada hari tersebut, kenduri doa selamat akan diadakan dan ibu

Activity (13)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Kee Hui Tan liked this
Mohd Hafiz liked this
azanzamri liked this
Nazeira Dahalan liked this
yjelita liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->