You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SIBU,

JOHOR DARUL TAKZIM

KERTAS KERJA PROGRAM


GOTONG ROYONG DI SEKOLAH KEBANGSAAN
PULAU SIBU

TEMPAT:
SK. PULAU SIBU, MERSING, JOHOR

ANJURAN:
UNIT KECERIAAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SIBU,
MERSING, JOHOR
KERTAS CADANGAN
Gotong Royong Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu

1.0 Tujuan Mengemukakan Kertas Kerja

Tujuan mengemukakan kertas kerja ini adalah untuk memohon kebenaran


untuk mengadakan gotong royong di Sekolah Kebangsaan Danau Kota.

2.0 Pendahuluan

Biro Keceriaan, Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu dengan kerjasama


Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) bercadang mengadakan gotong royong
membersihkan kawasan sekolah serta memulihara taman-taman dan
mempertingkatkan keceriaan kawasan SK Pulau Sibu.

3.0 Objektif

3.1 Merapatkan silaturrahim dan memupuk kepersefahaman yang jitu


diantara ibubapa, guru dan murid SK Pulau Sibu.

3.2 Memberi peluang kepada ibubapa bekerjasama dengan guru-guru


dengan lebih optimum dalam memartabatkan institusi pendidikan anak
mereka.

3.3 Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar lebih


kondusif dan lebih terjamin akan  keselamatan anak-anak serta warga
sekolah semasa waktu belajar.
4.0 Kumpulan Sasaran

Semua warga SK Pulau Sibu iaitu Ibubapa, Murid-murid dan Guru-guru serta
semua kakitangan sekolah.

5.0 Rasional Menjayakan Program

5.1 Bersama-sama mengembeling tenaga anatara guru, ibu bapa dan


kakitangan sekolah dalam membantu menceriakan kawasan sekolah.

5.2 Memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang


ceria, selesa, bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar.

5.3 Memberi gambaran yang lebih jelas kepada ibu bapa akan suasana
pembelajaran dan pengajaran yang dilalui oleh anak anak mereka sewaktu di
sekolah.

6.0 Justifikasi

Guru, kakitangan sekolah dan Ibubapa dapat bekerjasama dalam


menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta
perasaan seronok untuk hadir ke sekolah demi menimba ilmu baik di waktu
pagi dan petang. Menghayati konsep sekolahku rumahku

7.0 Anjuran

Unit Keceriaan SKPS, PIBG, SK. Pulau Sibu.


8.0 Lokasi Cadangan

Kawasan sekolah SK Pulau Sibu

9.0 Cadangan Tarikh Perlaksanaan

19 Jun 2010 bersamaan hari Sabtu

10.0 Struktur Organisasi

Penasihat:
(1) Guru Besar
(2) Pengerusi PIBG.
(3) Penolong Kanan Kokurikulum.
(4) Kaunselor.

JAWATANKUASA KURSUS.
Pengerusi : En. Abedilah b. Abd. Ghani
Naib Pengerusi : En. Saiful Bahri b. Saudi
Setiausaha : Cik. Siti Hajar b. Sanussi

Ahli Jawatankuasa:

En. Mohd. Yassin b. Mat Adam


En Mohd. Radhi b. Mat Ludin
En. Mohd Jarkashi b Redzuan
En. Mohd Asrul Isham b Sobri
Ym. Tuan Ramzuzzaman b. Tuan Omar
11.0 Tentatif Program

  8:00 pagi               Berkumpul di Tapak Perhimpunan

  8:15 pagi               Ucapan YDP PIBG

  8:20 pagi              Ucapan GB SKPS

  8:25 pagi              Taklimat ringkas

8:45 pagi Gotong Royong Bermula

10:00 pagi              REHAT

10:45 pagi              Aktiviti Gotong royong diteruskan lagi

11:45 pagi             Berkumpul dan menyimpan alatan

12:00 tengahari      Jamuan dan Bersurai

13.0 Anggaran Perbelanjaan

1.  Peralatan mengecat                 RM200.00

2. Alatan membersih RM 200.00

2.  Jamuan  RM100.00

                                Jumlah           RM500.00


14.0 Penutup

Program gotong royong ini adalah salah satu rancangan bagi Unit Keceriaan
bagi tahun 2010 dan dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan
bantuan dari pelbagai pihak terutama dari ibubapa dan guru-guru SK Pulau
Sibu. Semoga rancangan ini dapat membantu menceriakan sekolah agar
mencapai slogan "Sekolahku, rumahku".

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………. ..................................................
(En. Abedilah b Abd. Ghani) (En. Zainal Aznam b A. Kadir)
Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu, Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu,
86000 Mersing, Johor 86000, Mersing, Johor.
.

You might also like