You are on page 1of 6

PKG TUARAN

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI

“PUZZLE CERITA”
GKATKAN MINAT, MOTIVASI DAN SIKAP MURID DALAM PROGRAM M

OLEH:

SJK (C) CHEN SIN  


PETI SURAT 1  
89207 TUARAN SIAW YANN YANN
SABAH
Phone: 088-788361
E-mail: yannsiaw80@hotmail.com

FASILITATOR : LOSININ BIN JOHALIN


Draf Kertas Cadangan Kajian Tindakan
1. Nama dan alamat penuh organisasi
SJK (C) CHEN SIN, TUARAN
PETI SURAT 1,
89207 TUARAN,
SABAH.
2. Nama Atau AJK Penyelidik (Ahli Kumpulan)
SIAW YANN YANN
3. Tajuk Kajian
“PUZZLE CERITA”
MENINGKATKAN MINAT, MOTIVASI DAN SIKAP MURID DALAM PROGRAM MEMBACA
4. Pernyataan Masalah
i) murid kurang minat dan perlu ditegur untuk membaca buku.
ii) murid tidak peka terhadap peraturan Pusat Sumber Sekolah.
5. Refleksi Masalah / Refleksi P & P yang lalu
Pada dasarnya membaca merupakan satu kebutuhan yang mendasar yang muncul sejak
kecil. Tetapi minat membaca menjadi turun setelah seseorang menjadi dewasa. Penyelidik
mendapati murid-murid di sekolah semakin jarang ke Pusat Sumber untuk meminjam buku
disebabkan kurang minat membaca. Penyelidik juga mendapati murid-murid tidak dapat
menjaga buku yang dipinjam dengan baik.
6. Fokus Kajian / Isu Keprihatinan yang dikaji
Dalam program ini, penyelidik akan memperkenalkan kepada murid-murid Tahun 3 aktiviti
yang seronok dan menarik minat murid untuk membaca dengan bahan bantu yang diberi
nama”Puzzle Cerita”. Kajian ini hanya memfokuskan sasaran kepada 10 orang murid Tahun
3
yang jarang melawat dan meminjam buku di Pusat Sumber Sekolah. Tempoh pelaksanaan
kajian selama tiga bulan iaitu dari bulan April 2010 hingga bulan Jun 2010.
7. Objektif Kajian
7.1 Am:
i) Meningkatkan rasa minat dan motivasi murid semasa membaca
7.2 Khusus:
Melalui bahan bantu “Puzzle Cerita”, penyelidik berharap
i) sekurang-kurang 6 daripada sasaran kajian dapat meningkatkan minat dan motivasi
membaca
ii) memupuk murid menjadi seorang yang bertanggungjawab
8. Kumpulan Sasaran
Kajian ini dibuat di atas 10 orang murid Tahun 3 daripada 2 kelas Tahun 3.
9. Tindakan yang dicadangkan
1) Langkah 1
Pemerhatian dijalankan ke atas 10 orang murid dan Instrument Temubual dibina dan
dilaksanakan untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang masalah murid tidak
gemar membaca terhadap murid yang terpilih dalam kajian tindakan ini.
2) Langkah 2
Data dikumpul dan dianalisis selepas pemerhatian dan temubual dilaksanakan. Data-data
tersebut akan membantu penyelidik memikirkan dan membangunkan program yang
bersesuaian untuk mencapai objektif kajian.
3) Langkah 3
Bahan-bahan dihasilkan dan digunakan dalam kajian untuk membantu murid-murid
meningkatkan minat membaca.
4) Langkah 4
Instrumen Soal Selidik dan Instrumen Temubual dijalankan ke atas 10 orang murid untuk
mengesan keberkesanan program “Puzzle Cerita” dalam kajian tindakan ini.
5) Langkah 5
Analisis daripada pemerhatian, temubual dan soal selidik, diambil dan dibuat
perbandingan dengan pemerhatian sebelum kajian dijalankan untuk melihat
keberkesanan program yang digunakan.
6) Langkah 6
Refleksi kendiri tentang kekuatan dan kelemahan yang ada dalam kajian tindakan ini
disenaraikan. Seterusnya penambahbaikan dijalankan untuk memperbaiki segala
kelemahan program dan strategi yang digunakan dalam kajian tindakan ini.
7) Langkah 8
Laporan kajian tindakan ditulis, diperhalusi dan hantar ke PKG.
10. Bahan dan Anggaran Kos
Bil. Jenis Barang Kuantiti Harga Seunit (RM) Jumlah
1. Kertas A4 2 rim RM 12 RM 24
2. Kertas A4 (warna) 2 bungkus RM 6 RM 12
3. Kad Manila 10 keping RM 0.80 RM 8
4. Gum 5 botol RM1.20 RM 6
5. Kertas Limineting 1 rim RM 10 RM 10
6. Hadiah RM100
JUMLAH RM 160

11. Carta Gantt


Bil. Aktiviti April Mei Jun Julai
1. Penyediaan kertas cadangan /
2. Instrumen Temubual / /
3. Data dikumpul dan dianalisi / /
4. Instrumen Soal Selidik /
5. Bahan-bahan digunakan / / /
6. Refleksi /
7. Menulis dan menghantar laporan /

12. Cadangan Jadual Pelaksanaan Kajian


Bil. Aktiviti Tarikh Pelaksanaan Tindakan
1. Mesyuarat Jawatankuasa Kajian Tindakan 5 April 2010 Sekolah
2. Pembentangan Kertas Cadangan 8 April 2010 Sekolah
3. Mesyuarat Perancangan Kajian 12 April 2010 Sekolah
4. Mesyuarat Penyediaan Soalan Temubual, Soal Selidik 14 April 2010 Sekolah
5. Melaksanakan Pemerhatian 15 April 2010 Sekolah
6. Menjalankan Sesi Temubual Dengan Murid 19 April 2010 Sekolah
7. Pemprosesan Data Temubual Dan Merumus Data 21 April 2010 Sekolah
8. Pelaksanaan Aktiviti Kajian 23 April 2010 Sekolah
9. Pemprosesan Data 14 Julai 2010 Sekolah
10. Penilaian Kendiri / Renungan 19 Julai 2010 Sekolah
11. Penulisan Laporan Kajian 23 Julai 2010 Sekolah
12. Pemurnian Laporan 26 Julai 2010 Sekolah
13. Membentang Laporan Kajian 28 Julai 2010 Sekolah
14. Menghantar Laporan Kajian Dihantar ke PKG 30 Julai 2010 PKG
13. LAMPIRAN
13.1 Instrumen Temu Bual

Arahan: Sila √ pada ruang berkenaan

Bil Item Ya Tidak

1. Adakah anda langsung tidak minat membaca buku?

2. Adakah anda suka membaca semasa kecil?

3. Adakah berlaku sesuatu perkara menyebabkan anda tidak


minat membaca?

4. Adakah anda merasakan membaca ialah suatu perkara yang


susah bagi anda?

13.2 Instrumen Soal Selidik


Arahan : Sila √ pada ruang berkenaan.

Bil Item Ya Tidak

1. Adakah anda suka masuk ke Pusat Sumber?

2. Adakan anda suka dengan permainan “Puzzle Cerita”?

3. Adakah anda seronok dengan “Puzzle Cerita” ?

4. Adakah anda mendapat manfaat dari “Puzzle Cerita”?

5. Adakah anda mula minat membaca?


DISEDIAKAN OLEH:

( SIAW YANN YANN )


AHLI PASUKAN KAJIAN TINDAKAN TUARAN (APKTT)

PENGESAHAN:

1.

( EN. MAKMUR IBAK )


PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN
PKG TUARAN

2.

( EN. TAN WING WAH )


SJK (C) CHEN SIN
TUARAN

You might also like