You are on page 1of 25

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

ALAM SEKITAR MANUSIA

DAMPAK PEMBANGUNAN EKONOMI PEKAN PUTATAN


TERHADAP ALAM SEKITAR TEMPATAN

Nama Pelajar : Safiah bt. Masbaka


No. Kad Pengenalan : 910314-12-5934
Kelas / Tingkatan : 6 Atas 1
Guru Matapelajaran : En. Asnie b. Marjan
ISI KANDUNGAN
1
Perkara Halaman

Pengenalan------------------------------------- 3

Penghargaan----------------------------------- 4

Objektif Kajian-------------------------------- 5

Kaedah Kajian-------------------------------- 6

Kawasan Kajian------------------------------- 7

Hasil Kajian----------------------------------- 9

Rumusan--------------------------------------- 23

Rujukan---------------------------------------- 24

Lampiran--------------------------------------- 25

2
PENGENALAN

Kajian luar terhadap aktiviti perniagaan/ ekonomi telah kami jalankan


terhadap kawasan Pekan Putatan bersesuaian dengan tajuk yang kami pilih.

Kajian ini kami jalankan dalam sebuah kumpulan yang terdiri daripada 4
orang pelajar (saya sendiri, Safiah binti Masbaka, Ireena binti Landasan, Su’Aidah
binti Majamin dan Siti Nur Ain binti Yaakub) dan pendokumentasiannya kami
lakukan secara individu.

Kami sepakat memilih tajuk ini atas faktor jarak, iaitu Pekan Putatan
merupakan pekan yang paling hampir dengan sekolah kami, dan pekan ini juga
sedang mengalami pembangunan ekonomi yang amat pesat .

3
PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran
Geografi 2 (Alam Sekitar Manusia) kami iaitu En. Asnie b. Marjan kerana telah
memberi peluang kepada kami melakukan kajian ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan- rakan sekelas yang telah
banyak membantu saya, meminjamkan bahan- bahan rujukan, memberi panduan
dan bekerjasama sepanjang penghasilan kertas kerja ini.

Seterusnya saya juga meletakkan setinggi- tinggi penghargaan kepada ahli


keluarga saya yang telah menyumbangkan sokongan moral dan kewangan agar
saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan lancar.

4
OBJEKTIF KAJIAN
Secara khusus kajian ini bertujuan untuk:

1. Mengenal pasti jenis dan ciri kegiatan ekonomi di Pekan Putatan

2. Menjelaskan faktor fizikal dan kemanusiaan yang mempengaruhi pembangunan


kegiatan ekonomi tersebut.

3. Menjelaskan kepentingan pembangunan ekonomi kepada penduduk setempat.

4. Mengenal pasti kesan negatif aktiviti pembangunan ekonomi terhadap alam


sekitar
fizikal setempat.

5. Menyenaraikan langkah bagi mengurangkan impak negatif pembangunan


terhadap
alam sekitar fizikal.

5
KAEDAH KAJIAN
Kajian luar ini kami jalankan dengan menggunakan beberapa kaedah iaitu:

1. Pemerhatian dan pencerapan dijalankan bagi mengenal pasti jenis- jenis


kegiatan ekonomi di sekitar Pekan Putatan serta kesannnya terhadap alam
sekitar fizikal.

2. Temu bual juga telah kami lakukan terhadap beberapa responden yang terdiri
daripada pekerja dan penduduk setempat. Temu bual berkisar kepada
pendapatan bulanan yang diperoleh, kawasan yang menjadi pilihan untuk
perniagaan, kesan jangka masa pendek dan jangka masa panjang akibat
kegiatan ekonomi tersebut.

3. Kaedah merujuk sumber sekunder seperti rujukan internet dan buku- buku
geografi pula kami jalankan untuk memperoleh peta topo dan maklumat
tambahan tentang Pekan Putatan.

6
KAWASAN KAJIAN
Pekan Putatan terletak di daerah Putatan (5’’52’60 N, 116”2’60 E). Purata
suhu tahunan di kawasan ini ialah 26 ̊C. Keadaan topografi di Pekan Putatan ialah
sebuah dataran yang dikelilingi hutan belukar, hutan paya bakau, sungai- sungai
dan pantai.

Ciri kemanusiaan istimewa di kawasan ini ialah kedudukannya yang


menjadi pintu masuk penduduk dari kawasan Papar, Beaufort, Limbang, Sarawak,
Labuan dan Brunei untuk ke Kota Kinabalu (jarak Putatan- Kota Kinabalu: 10.7
km).Putatan merupakan kawasan petempatan yang berstatus pekan yang
dilengkapi dengan kemudahan bandar seperti kawasan perniagaan, bank,
perkhidmatan kerajaan, hotel, kolej swasta dan sebagainya.

Berdasarkan Peta1.0, dapat dilihat bahawa taburan penduduk dan


pembangunan tertumpu di kawasan pekan.

7
Peta 1.0 Peta menunjukkan lokasi kajian dijalankan

8
HASIL KAJIAN
1. Jenis dan ciri kegiatan ekonomi di Pekan Putatan
Antara kegiatan ekonomi yang terdapat di Putatan adalah seperti berikut :-

1. pertanian
2. perikanan
3. perindustrian
4. perkhidmatan

Pertanian

Kegiatan pertanian di Putatan dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu :-

1. sistem pertanian sara diri intensif


- monokultur
- multikultur
2. sistem pertanian kebun kecil

Foto 1.0: Penanaman padi sawah merupakan salah satu kegiatan


pertanian sara diri di kawasan Putatan.

9
Perikanan

Memandangkan keadaan muka bumi Pekan putatan yang terletak berhampiran


dengan laut, aktiviti perikanan dapat dijalankan dengan giat di sini dan
dikomersialkan untuk menambah pendapatan sampingan. Jenis perikanan yang
dijalankan di Putatan ialah perikanan pinggir pantai di sekitar kawasan taman
Teluk Villa yang berhadapan dengan Laut China Selatan.

10
Perindustrian

Sektor perindustrian di Pekan Putatan lebih menjurus kepada industri sekunder dan
tertiar sahaja. Industri sekunder ialah industri pembuatan yang menukarkan hasil
pemerosesan industri primer (berasaskan sumber alam) kepada barang siap atau
separa siap.

Industri sekunder atau industri peringkat kedua di Putatan boleh dibahagikan


kepada dua iaitu:
a) Industri pebuatan berasaskan sumber alam seperti pembuatan papan lapis
dan pemerosesan semula kertas terpakai.
b) Industri pembuatan bukan berasaskan sumber alam seperti industri
pembuatan minuman ringan.

Ciri- ciri industri sekunder di Pekan Putatan adalah seperti berikut:


a) Bergantung kepada hasil industri primer sebagai bahan mentah atau input
bagi menghasilkan barangan siap dan separuh siap. Misalnya pembuatan
papan lapis dan perabot bargantung kepada kayu- kayan.
b) Lokasinya terletak berdekatan dengan kawasan pasaran atau Bandar kerana
hasil industri ini berorientasikan pengguna. Lokasi yang dekat dengan
pasaran membolehkan kos pengangkutan dijimatkan.
c) Menggunakan modal yang besar dan tingkat teknologi tinggi untuk
menghasilkan produk bermutu tinggi.

11
12
Perkhidmatan

Industri perkhidmatan atau industri tertiar menyediakan segala jenis perkhidmatan


kepada pelanggan. Misalnya industri pengangkutan dan telekomunikasi,
pembinaan perumahan dan infrastruktur, sektor kewangan dan bank, kemudahan
insurans, perkhidmatan utiliti seperti elektrik dan air, dan sebagainya.

13
2. Menjelaskan faktor fizikal dan kemanusiaan yang
mempengaruhi pembangunan kegiatan ekonomi tersebut.
Faktor Fizikal

Iklim yang sesuai bagi kegiatan ekonomi seperti pertanian dijalankan.


Elemen seperti suhu purata tahunan 26 ̊C, taburan dan intensiti hujan yang banyak
(kira- kira 2500 mm setahun bagi kawasan khatulistiwa) dan sinaran matahari
yang baik amat menggalakkan aktiviti pertanian dijalankan. Sehubungan itu, hasil
pertanian ini akan dijual bagi mendapatkan keuntungan seterusnya mendorong
pembangunan ekonomi di pekan ini.

Bentuk muka bumi daerah Putatan yang terdiri daripada tanah rata, kawasan
rendah yang hampir dengan laut dan terdapat banyak anak sungai. Ia amat sesuai
dijadikan kawasan tumpuan aktiviti ekonomi. Kekayaan sumber alam yang
dimiliki Putatan juga menjadi salah satu faktor kawasan ini dimajukan dan
dieksploitasi untuk mendapatkan faedah ekonomi jangka panjang.

14
Faktor Kemanusiaan

Kedudukan strategik Putatan sebagai pintu masuk penduduk dari selatan


Sabah ke ibu negeri akan menggalakkan peningkatan jumlah penduduk. Justeru,
pembangunan perlu dilakukan untuk mengurangkan pengangguran.

Jika para peniaga bertumpu di pekan Putatan ini, mereka boleh saling
memperoleh keuntungan dalam konteks perkongsian sumber- sumber bahan
mentah dan juga sumber tenaga. Pemodenan ekonomi dalam aktiviti pertanian
seperti jenis tanaman, penjagaan, pengurusan ladang dan teknik penanaman turut
memberi kesan positif ke atas ekonomi setempat.

Pekan ini juga dibangunkan atas faktor perkembangan ekonomi moden


khususnya perindustrian. Perkembangan pembangunan pekan Putatan amat
bergantung kepada kemajuan perindustrian negara. Proses industrialisasi yang
cepat pastinya akan menggalakkan pembangunan. Ini kerana perindustrian akan
mencipta banyak peluang pekerjaan yang akan menjadi tumpuan penduduk.
Justeru, kawasan petempatan dan perumahan juga akan bertambah.
Permintaan masyarakat ke atas kemudahan pembandaran seperti pendidikan,
kemudahan bank, perkhidmatan perhubungan dan komunikasi, kemudahan
kesihatan dan lain- lain.

Dalam Negara Malaysia yang sedang membangun ini perkembangan


pembandaran juga amat dipengaruhi oleh keputusan kerajaan. Faktor politik
memainkan peranan penting. Melalui beberapa strategi seperti peruntukan RM 2
bilion untuk membangunkan Putatan, kerajaan berusaha membangunkan prasarana
dan menambah baik kemudahan sedia ada di Putatan.

Melalui kemudahan dan sistem jaringan pengangkutan, kemudahan


pendidikan khususnya pendidikan tinggi, kemudahan kesihatan seperti klinik serta
kemudahan asas elektrik, bekalan air, sistem perhubungan dan sebagainya. Dalam
konteks jaringan pengangkutan misalnya ia akan mempengaruhi proses rebakan
bandar kerana jaringan dan sistem pengangkutan akan menentukan ketersampaian.
Kewujudan pendidikan tinggi seperti diploma di Inti Kolej Putatan akan
mempercepatkan lagi pembudayaan penduduk ke arah kehidupan moden,
berinovasi, mengembangkan penyelidikan dan pembangunan dan sebagainya.

15
Dari segi demografi (kependudukan) pula, faktor ini meliputi dua elemen
penting iaitu migrasi penduduk dan pertumbuhan semula jadi penduduk di pekan
ini. Pertambahan penduduk Bandar berlangsung menerusi proses masuk dari luar
bandar atau bandar- bandar yang lain ke pekan ini. Pada tahun 2000, penduduk
Putatan dianggarkan seramai 61782 jiwa berdasarkan bancian manakala pada
pertengahan tahun 2010 jumlah itu meningkat kepada 88709 jiwa berdasarkan
anggaran tidak rasmi.

16
3. Menjelaskan kepentingan pembangunan ekonomi kepada
penduduk setempat.
Pembangunan ekonomi di Pekan Putatan akan mempengaruhi pendapatan
penduduk. Apabila pekan dibangunkan, migrasi akan berlaku iaitu orang dari luar
Putatan terutamanya luar Bandar akan berhijrah ke Pekan Putatan untuk
mendapatkan peluang pekerjaan. Memandangkan aktiviti perikanan merupakan
salah satu kegiatan ekonomi utama di Putatan, kemudahan para nelayan dan
pengguna sentiasa dimajukan oleh kerajaan seperti membina pasar perikanan yang
sesuai.

Selain itu, penduduk dapat memasarkan hasil pertanian mereka di pasar


dengan lebih menguntungkan kerana dengan peningkatan jumlah penduduk Pekan
Putatan, jumlah permintaan terhadap hasil pertanian akan meningkat. Peningkatan
daya saing dalam kalangan penggiat ekonomi di Putatan juga akan menggalakkan
inovasi dan meningkatkan peratus sumbangan ke KDNK negara.

17
4. Mengenal pasti kesan negatif aktiviti pembangunan ekonomi
terhadap alam sekitar fizikal setempat.

Pembangunan pesat yang berlaku di Pekan Putatan telah membawa pelbagai


dampak ke atas alam sekitar fizikal. Antaranya adalah seperti:

Perubahan Alam Sekitar

Proses pembangunan yang dijalankan telah mempengaruhi kualiti alam sekitar di


Pekan Putatan. Walaubagaimanapun, kemerosotan kualiti alam sekitar di pekan ini
masih terkawal dan tidak mendatangkan risiko kepada penduduk. Antara keadaan
persekitaran fizikal yang terjejas akibat perubahan pemodenan ekonomi adalah
seperti berikut:
1. kerosakan struktur tanih di tapak pembinaan dan jalan raya,
2. parit- parit tersumbat dengan air bertakung bersama mendapan sampah dan
tanah laterit mengakibatkan banjir kilat,
3. pencemaran udara akibat kesesakan lalulintas dan asap yang dikeluarkan
oleh kenderaan berat untuk kerja- kerja pembinaan, disertai debu, habuk
lain- lain,
4. kemusnahan sumber alam seperti hutan dan paya bakau serta lereng bukit,
5. peningkatan kadar pelupusan sampah dan pembuangan sisa domestik ke
dalam sungai, dan
6. masalah alam sekitar fizikal yang lain seperti hujan asid, pulau haba dan
hakisan tanah.
7. Gangguan habitat dialami oleh haiwan- haiwan pelbagai spesies yang
mendiami hutan, paya, dan sungai.

18
19
20
5. Menyenaraikan langkah bagi mengurangkan impak negatif
pembangunan terhadap alam sekitar fizikal.
Antara langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan dampak pembangunan
Pekan Putatan terhadap alam sekitar termasuklah:

Langkah perundangan

1. Tindakan undang- undang seperti mengenakan denda, menarik balik permit


atau lessen perniagaan dan mengarahkan pengusaha industri memulihara
alam sekitar yang telah tercemar perlu dilakukan oleh pihak berkuasa.
2. Dalam hal ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) perlu mengambil tindakan yang
tegas dan segera. JAS juga boleh mengarahkan mana- mana pemaju yang
berpotensi menjejaskan alam sekitar untuk menyediakan EIA dari semasa ke
semasa untuk dinilai tahap keadaan alam sekitar di kawasan berkenaan.

Pengurusan sisa yang cekap

1. Jika ada pengilang yang yang ingin menyalurkan sisa kumbahan ke sungai
atau laut, sisa tersebut perlu dirawat terlebih dahulu agar mengurangkan
risiko pencemarannya.
2. Sisa- sisa makanan daripada restoran dan gerai pula diuruskan dengan lebih
sempurna dengan penyediaan atau penambahan tong sampah. Majlis Daerah
Penampang bertanggungjawab untuk menjalankan kerja pembersihan agar
kebersihan pekan ini terjamin.

Menjalankan kempen kesedaran

1. Kempen kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam sekitar di balik


pembangunan pesat di pekan ini perlu diadakan bagi memupuk rasa cinta
akan alam sekitar dalam kalangan pengusaha dan penduduk.
2. Antara tindakan yang boleh diambil adalah member pengiktirafan kepada
kilang- kilang yang berjaya beroperasi tanpa mencemarkan alam sekitar.
3. Risalah tentang tanggungjawab menjaga kebersihan dan mengawal
pencemaran alam juga boleh diedarkan agar masyarakat menghargai
kepentingan alam sekitar.

21
Menjalankan amalan pengurusan strategik

1. Penapis dalam cerobong asap dari kilang minuman ringan, kilang kertas,
kilang papan dan kilang roti boleh digunakan untuk mengurangkan kadar
pencemaran udara dan bahan- bahan pencemar seperti karbon monoksida,
karbon monoksida, sulfur dioksida dan hidrokarbon yang dibebaskan ke
udara.
2. Cerobong- cerobong asap perlu ditinggikan dan di dalamnya terdapat
mangkin yang menghalang pembebasan bahan- bahan pencemar secara
langsung ke udara. Denda yang setimpal dikenakan ke atas pengilang yang
ingkar demi mengurangkan risiko pencemaran ini.

22
RUMUSAN
Berdasarkan kajian luar ini, kami mendapati Pekan Putatan telah mengalami
pemodenan dan perubahan ekonomi yang agak pesat. Pembangunan ekonomi ini
merupakan indikator yang positif dari aspek sosioekonomi penduduk tetapi ia
perlulah seimbang dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi. Jika
kepentingan alam semula jadi diabaikan, penduduk akan terus menghadapi
masalah seperti pencemaran dan bencana alam.

Putatan adalah sebuah pekan yang berpotensi besar untuk dibangunkan ke


tahap seterusnya. Namun demikian, usaha pembangunan pekan ini tidak harus
dilakukan secara intensif sehingga membelakangkan penjagaan alam sekitar.
Segala dampak yang dialami di Pekan Putatan baik dari segi fizikal mahupun
kemanusiaan tidak harus dibiarkan. Justeru, setiap pihak perlulah memainkan
peranan masing- masing demi memastikan masyarakat dapat hidup dengan selesa.
Sesungguhnya pembangunan ekonomi tidak membawa apa- apa makna jika
masyarakat menderita akibat eksternalitinya.

23
RUJUKAN
Teks Pra- U STPM Geografi Alam Sekitar Manusia Longman 2009
-Hj. Rusly Musa
- Hjh. Nurashikin Abdullah

http://www.maplandia.com/malaysia/sabah/putatan/

http://travelingluck.com/Asia/Malaysia/Sabah/_1733440_Putatan.html

http://www.google.com.my/imglanding?q=putatan
%20sabah&imgurl=http://2.bp.blogspot.com/_SF6n5baGRsg/SKa20KfZWnI/AAAAAAAAB0Y/dW
KG0XkDnQE/s400/SMK
%2BPutatan.jpg&imgrefurl=http://iezwan1981.blogspot.com/2008/08/sekolah-sekolah-aku-
dulu-dan-
kini.html&usg=__lc8iNQsiwhMpOvoQpRaLYuTIXkU=&h=259&w=400&sz=38&hl=en&um=1&itbs
=1&tbnid=7K2PJa7c1G0YOM:&tbnh=80&tbnw=124&prev=/images%3Fq%3Dputatan%2Bsabah
%26um%3D1%26hl%3Den%26client%3Dfirefox-a%26sa%3DN%26rls%3Dorg.mozilla:en-
US:official%26tbs%3Disch:1&um=1&client=firefox-a&sa=N&rls=org.mozilla:en-
US:official&tbs=isch:1&start=2#tbnid=wuV8b1iZ9bMSoM&start=12

http://www.google.com.my/imglanding?q=putatan
%20sabah&imghttp://2.bp.blogspot.com/_SF6n5baGRsg/SKa20KfZWnI/AAAAAAAAB0Y/dWKG0
XkDnQE/s400/SMK
%2BPutatan.jpg&imgrefurl=http://iezwan1981.blogspot.com/2008/08/sekolah-sekolah-aku-
dulu-dan-
kini.html&usg=__lc8iNQsiwhMpOvoQpRaLYuTIXkU=&h=259&w=400&sz=38&hl=en&um=1&itbs
=1&tbnid=7K2PJa7c1G0YOM:&tbnh=80&tbnw=124&prev=/images%3Fq%3Dputatan%2Bsabah
%26um%3D1%26hl%3Den%26client%3Dfirefox-a%26sa%3DN%26rls%3Dorg.mozilla:en-
US:official%26tbs%3Disch:1&um=1&client=firefox-a&sa=N&rls=org.mozilla:en-
US:official&tbs=isch:1&start=2#tbnid=wuV8b1iZ9bMSoM&start=12

http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/print/11975

24
LAMPIRAN

25

You might also like