You are on page 1of 7

KPR 5063 – KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN 1

TUGASAN 2 : ULASAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN

ULASAN KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI


PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO

Laporan kajian tindakan yang disediakan oleh Aida Ibrahim ini memfokuskan kepada peningkatan
kemahiran murid dalam mencongak fakta asas darab melalui pendekatan permainan domino yang
melibatkan 6 orang murid Tahun 5 Arif, Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah Kluang Johor.

Menerusi proses pengajaran dan pembelajaran, penyelidik mendapati bahawa terdapat


segelintir anak didikannya mengalami masalah dalam mencongak fakta asas darab berikutan
kesukaran mengingat fakta asas darab. Keadaan ini menyebabkan prestasi murid-murid kurang
memuaskan dalam matapelajaran matematik kerana gagal menyelesaikan soalan yang berkaitan
pendaraban terutamanya mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Bagi melaksanakan kajian,
penyelidik telah menjalankan proses tinjauan masalah seperti pemerhatian, temu bual, soal selidik
dan ujian pra dengan harapan dapat membantu meningkatkan penguasaan mencongak fakta asas
darab ke arah yang lebih berkesan. Di samping dapat memberi keseronokan kepada murid-murid
dan seterusnya merealisasikan slogan “Mathematics is fun and easy”. Justeru itu, satu
perancangan tindakan telah dijalankan bagi tujuan tersebut dengan mengadakan sesi bimbingan
yang dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran selama 4 minggu pada setiap hari
Isnin hingga Khamis selama sejam bagi setiap sesi melalui pendekatan permainan domino.

Objektif kajian ini secara amnya adalah untuk membantu meningkatkan kemahiran
mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 di kalangan murid-murid Tahun 5 Arif dengan cepat dan
tepat. Manakala bagi objektif khusus pula, penyelidik menjangkakan murid dapat memadankan
soalan fakta asas darab dengan hasil darabnya secara tepat atau sebaliknya, murid boleh
mencongak fakta asas darab secara bertulis dengan cepat dan tepat, menimbulkan minat
terhadap matapelajaran matematik terutama kemahiran mencongak fakta asas darab serta
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis.
KPR 5063 – KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN 2
TUGASAN 2 : ULASAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN
Berdasarkan kepada analisa yang telah kami lakukan, didapati laporan kajian tindakan ini
lebih menjurus kepada penggunaan Model Somekh (1989) dalam menyelesaikan persoalan yang
timbul. Menurut Bridget Somekh (1989), model ini mengandungi 8 langkah utama dalam
pelaksanaan kajian tindakan. Langkah-langkah tersebut adalah mengenalpasti masalah / fokus
yang diminati diikuti mengumpul data, menganalisis data / membentuk hipotesis, merancang dan
melaksanakan pelan tindakan seterusnya mengumpul data untuk mengesahkan perubahan dan
akhir sekali menganalisis dan menilai. Proses-proses ini akan berulang mengikut putaran urutan
seterusnya. Jadual 1 dibawah adalah ringkasan kitaran Model Somekh:

Rajah 1 : MODEL SOMEKH (1989)

Penyelidik telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam proses mengenalpasti


masalah. Hasil pemerhatian ini, penyelidik mendapati kaedah mencongak menjadi punca masalah
kepada 6 orang murid tersebut yang memperolehi markah yang rendah dalam matapelajaran
matematik, di mana mereka menggunakan teknik hafalan kaedah jari dan membaca secara
berturutan. Implikasinya murid-murid tersebut tidak dapat menjawab soalan dengan tepat dan
cepat mengikut masa yang ditetapkan.

Seterusnya bagi langkah kedua dan ketiga iaitu pengumpulan data dan menganalisis
data / membentuk hipotesis , penyelidik telah menggunakan kaedah temu bual, soal selidik dan
juga ujian pra. Tujuan temu bual dan soal selidik dijalankan adalah untuk mengetahui punca
sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran mengingat dan menghafal serta maklumat yang
berkaitan dengan matapelajaran matematik dan mencongak fakta asas darab 9 x 9. Berdasarkan
kepada kedua-dua kaedah ini, dapat disimpulkan bahawa semua murid amat berminat dengan
KPR 5063 – KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN 3
TUGASAN 2 : ULASAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN
matapelajaran matematik tetapi hanya lima orang sahaja yang berminat terhadap topik
‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’. Semua murid juga didapati tidak dapat menguasai
kaedah mencongak fakta asas darab dengan baik kerana atas alasan sukar menghafal dan mudah
lupa. Ini dapat dibuktikan lagi apabila 4 orang murid mengatakan teknik hafalan yang mereka
amalkan membosankan. Bagi Ujian Pra pula, ia adalah untuk menguji tahap sebenar pencapaian
murid-murid dalam topik ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’ di mana dijalankan
sebelum sesi bimbingan bermula dengan mengedarkan soalan berbentuk objektif. Hasil ujian pra
menunjukkan bahawa hanya 6 orang murid menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan dan
telah dikenalpasti puncanya iaitu kurang menguasai kaedah mencongak fakta asas darab.
Masalah ini dianggap serius oleh penyelidik memandangkan ia merupakan asas penting dalam
matapelajaran matematik.

Merancang pelan tindakan pula adalah merupakan langkah keempat yang digunakan
oleh penyelidik dalam menyelesaikan permasalahan utama. Penyelidik telah merancang pelan
tindakan dengan mengadakan 4 jenis aktiviti iaitu:
i) Aktiviti 1 : Permainan Domino Fakta Asas Darab;
ii) Aktiviti 2 : Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 5 Minit;
iii) Aktiviti 3 : Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 4 Minit;
iv) Aktiviti 4 : Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 3 Minit.

Bagi setiap aktiviti yang dijalankan dalam setiap sesi, penyelidik akan mengedarkan borang soal
selidik kepada murid-murid agar murid lebih berani dan bebas dalam menjawab soalan. Kemudian,
temubual dan ujian pra dijalankan sebelum aktiviti dimulakan dan sekali lagi temubual dan ujian
pos dilaksanakan selepas aktiviti selesai bagi mendapatkan respon terhadap matapelajaran
matematik dan aktiviti yang dijalankan.

Di bawah langkah kelima dan keenam pula iaitu pelaksanaan pelan tindakan dan
pengumpulan data untuk mengesahkan perubahan, penyelidik telah menyediakan alat bantu
mengajar untuk keempat-empat jenis aktiviti tersebut. Di bawah adalah keterangan bagi aktiviti-
aktiviti yang dilaksanakan dan hasil pemerhatian yang diperolehi:

i) Aktiviti 1
KPR 5063 – KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN 4
TUGASAN 2 : ULASAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN
a) Pelaksanaan : Melibatkan penggunaan buah dadu, sekeping kad permulaan
bertanda dan 100 keping kad berkembar yang setiap hujungnya mengandungi
soalan fakta asas darab dan hasil darab fakta asas darab. Murid dibahagikan
kepada 2 kumpulan dan dikehendaki memadankan kesemua kad yang ada dalam
jangkamasa yang singkat.
b) Pemerhatian : Penyelidik mendapati aktiviti ini dapat meransang minat murid-murid
terhadap penguasaan mencongak fakta asas darab kerana mereka perlu bersaing
sesama sendiri untuk menjadi pemenang ditambah dengan suasana yang begitu
ceria, harmonis dan memberi keseronokan kepada mereka.

ii) Aktiviti 2
a) Pelaksanaan : Penyelidik mengedarkan satu set soalan yang mengandungi 60
soalan yang bertujuan untuk mengukuhkan daya ingatan mereka terhadap fakta
asas darab. Murid perlu menjawab kesemuanya dalam tempoh masa 5 minit.
Kemudian, jawapan disemak bersama murid-murid.
b) Pemerhatian : Murid dapat menjawab kesemua soalan dengan lebih tenang dan
tepat dalam tempoh masa kurang dari 5 minit serta mempunyai lebihan masa untuk
menyemak jawapan.

iii) Aktiviti 3
a) Pelaksanaan : Penyelidik mengedarkan satu set soalan yang sama seperti dalam
aktiviti 2. Namun murid perlu menjawabnya dalam tempoh masa 4 minit.
b) Pemerhatian : Murid tenang dan berkeyakinan menjawab kesemua soalan dengan
tepat dalam tempoh kurang daripada 4 minit.

iv) Aktiviti 4
a) Pelaksanaan : Penyelidik mengedarkan satu set soalan yang sama seperti dalam
aktiviti 3. Namun murid perlu menjawabnya dalam tempoh masa 3 minit.
b) Pemerhatian : Murid tenang dan berkeyakinan menjawab kesemua soalan dengan
tepat dalam tempoh kurang daripada 3 minit. Penyelidik merasa gembira kerana
semua murid dapat menguasai kemahiran mencongak fakta asas darab dengan
memberi latih tubi secara berterusan terhadap pembelajaran mereka.
KPR 5063 – KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN 5
TUGASAN 2 : ULASAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN

Jadual 1 : Keputusan pencapaian murid dalam Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab

Jadual di atas menunjukkan pencapaian bagi setiap murid yang terlibat dalam kajian ini
melalui Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab. Ujian ini adalah berbentuk individu dan bertujuan
menguji tahap kefahaman dan ingatan murid dalam mencongak fakta asas darab. Dapat dilihat di
sini, bahawa pencapaian bagi setiap murid adalah sangat memberangsangkan dan telah
membuktikan model kajian ini adalah sangat berkesan dan efektif dalam menangani masalah
tersebut.

Pada akhir pelaksanaan kajian, penulis telah menganalisis dan menilai pelan tindakan
yang dilaksanakan. Menerusi hasil Ujian Pra dan Ujian Pos yang dijalankan, kajian tindakan ini
telah memberikan impak yang positif dalam membantu meningkatkan prestasi murid terhadap
matapelajaran matematik terutamanya topik pendaraban. Pencapaian yang ditunjukkan oleh
kesemua murid adalah sangat memberansangkan dengan peningkatan gred C kepada gred A.
Murid juga berasa tidak bosan dengan teknik pengajaran ini, sekaligus dapat meransang minat
murid untuk terus menguasai kemahiran mencongak fakta asas darab dalam matapelajaran
matematik. Suasana yang terkawal, ceria dan harmonis turut memberikan kesan yang mendalam
terhadap konsentrasi dan minat murid. Di samping itu, aktiviti permainan domino ini dapat
membina keyakinan diri yang tinggi dalam diri murid. Penyelidik juga berhasrat untuk
mengaplikasikan kajian tindakan ini kepada kumpulan sasaran yang lain agar dapat membantu
meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab. Selain itu, penyelidik juga akan
mengaplikasikan kajian tindakan ini dalam fakta asas tambah, tolak dan bahagi bagi meningkatkan
prestasi dan minat murid terhadap matapelajaran matematik.
KPR 5063 – KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN 6
TUGASAN 2 : ULASAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN

Perbandingan Pencapaian Murid Secara


Keseluruhan
120
100
Markah (%)

80
60
40 Ujian Pra
20 Ujian Pos
0
M1 M2 M3 M4 M5 M6
Murid

Graf 1 : Perbandingan Pencapaian Murid Secara Keseluruhan

Graf di atas menjelaskan secara terperinci mengenai pencapaian murid-murid secara


individu terhadap peningkatan pencapaian yang sangat memuaskan. Mereka telah mencapai gred
A daripada gred C dalam masa yang singkat sekaligus dapat membantu mereka memperbaiki
teknik hafalan mencongak fakta asas darab dengan lebih baik lagi.

Kesimpulan terhadap laporan kajian tindakan ini, kami dapati bahawa ianya amat berguna
dan berkesan kepada murid yang mengalami masalah dalam penguasaan matapelajaran
matematik. Selain itu, kajian tindakan ini dapat membantu para guru meningkatkan lagi kualiti
pengajaran dan pembelajaran khususnya matapelajaran matematik. Kami berpuas hati dengan
hasil laporan kajian tindakan ini kerana ianya telah membincangkan dengan jelas dan terperinci
tentang isu tersebut. Selaras dengan itu, ia amat berguna kepada kami untuk menghasilkan kajian
tindakan yang baru kelak.
KPR 5063 – KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN 7
TUGASAN 2 : ULASAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN
RUJUKAN

Rujukan Utama
Jurnal Asal;
Portal Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Negeri Johor
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 – Sekolah Rendah (Matematik)
http://www.arjpnj.com/ktindak/files/congak.pdf

Rujukan Tambahan
Prof. Dr. Othman Bin Lebar, Modul Kursus Kajian Tindakan Dalam Pendidikan, Universiti
Pendidikan Sultan Idris

LAMAN WEB

Laman web jurnal asal


http://www.arjpnj.com/ktindak/files/congak.pdf

Laman web blog pelajar


www.sholiatihafizahKPR5063E.blogspot.com

Laman web shareslide


a) Jurnal Asal : http://www.slideshare.net/shopza/congak
b) Ulasan Jurnal : http://www.slideshare.net/shopza/esei-ulasan
c) Power Point : http://www.slideshare.net/shopza/ulasan-jurnal-kpr

You might also like