Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
31Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Topik 1-Nota Penglibatan Keluarga

Topik 1-Nota Penglibatan Keluarga

Ratings: (0)|Views: 677 |Likes:
Published by zulkiply yaakob

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: zulkiply yaakob on Sep 01, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/25/2013

pdf

text

original

 
Topik 1 ± Penglibatan Keluarga:
.
Topik ini akan membincangkan mengenai sangkutan yang meliputi definisi, kerenahsangkutan, autonomi, isu menangani pengawalan dan pengekalan. Topik ini jugaakan membincangkan tentang inisiatif, perkembangan konflik, peranan persekitarandan aplikasi inisiatif kanak-kanak serta kendiri, persekitaran peningkatan kendiri danaplikasi kendiri kanak-kanak.
 
Terdapat beberapa pandangan berhubung dengan perkembangan kanak-kanak dan tingkahlakunya. Setiap kanak-kanak mempunyai perbezaan perkembangan dan tingkah lakunya.Keadaan ini dipengaruhi oleh persekitaran yang berkaitan dengan sangkutan, autonomi,inisiatif dan kendiri. Pendidik perlu memahami dan melihat kanak-kanak di institusi tadikadaripada berberapa sudut untuk menangani permasalahan yang dihadapi oleh kanak-kanak.Kefahaman ini akan membantu melaksanakan program pendidikan awal kanak-kanakdengan lebih berkesan.
SANGKUTAN
Definisi Sangkutan
Terdapat beberapa definisi sangkutan atau perapatan berdasarkan beberapa orang ahliteori ethologi. Kajian ethologi adalah kajian yang berhubung dengan tingkah laku manusiadan haiwan dalam keadaan semulajadi. Berikut adalah pandangan dan definisi sangkutanmenurut tokoh-tokoh ahli ethologi.(a) Lorenz melalui pemerhatiannya mengkaji ke atas corak tingkah laku sekumpulan anakangsa. Beliau merumuskan bahawa kita tidak akan memahami kanak-kanak kalau kita tidakmemerhatikan tingkah lakunya dalam persekitaran semula jadi mereka.(b) John Bowlby telah meneruskan kajian Lorenz. Beliau menyatakan bahawa kanak-kanakkecil membentuk sangkutan dan perapatan emosi yang intim kepada ibu bapa atau orangdewasa yang menggantikan ibu bapa sebenar.Bowlby mendefinisikan tingkah laku sangkutan sebagai apa jua tingkah laku yang menolongmerapatkan hubungan bayi dengan individu sangkutan tersebut. Sangkutan juga bolehdimaksudkan sebagai hubungan rapat dan mesra yang mewujudkan kasih sayang yang kuatdan mengikat seseorang dengan yang lain.(c) Hubungan sangkutan yang kuat dan tinggi semasa kecil akan memberi kesan sepanjangkehidupan individu berbanding dengan hubungan sangkutan yang lemah. Kesannya adalahseperti berikut:(i) Mempunyai harga diri yang tinggi(ii) Merasa lebih diterima oleh keluarga(iii) Merasa lebih diterima oleh rakan sebaya(iv) Merasa lebih diterima oleh masyarakatContohnya seorang anak yang terlalu rapat dengan ibunya akan mengalami kesukaranberpisah dengan ibu terutama apabila ingin dihantar ke TADIKA.
 
Karenah dan Sangkutan
Sangkutan melibatkan hubungan anak dengan ibu bapa, ahli keluarga ,adik beradik dandatuk nenek. Kanak-kanak yang terikat dengan sangkutan ibu bapa yang kuat mengalamikesukaran untuk berjauhan buat beberapa ketika. Mereka yang kuat sangkutan akanmengalami gangguan emosi tingkah laku berkerenah. Contohnya anak yang dipelihara olehdatuk dan nenek sejak kecil kemudian diambil oleh ibu bapanya akan mengalami tekananemosi. Untuk mengatasi masalah ini, pertemuan yang kerap akan mengurangkan kesunyianyang dialami oleh kedua pihak.Peristiwa yang lain seperti masalah rumah tangga, perpisahan di kalangan ibu bapa,kematian, tinggal berjauhan adalah gangguan yang sering terjadi dan menimbulkan masalahdalam sangkutan. Sangkutan yang melampau menyebabkan kanak-kanak suka merajuk,memencilkan diri atau mengheret ibunya menemaninya ke sekolah. Ini meyebabkansesetengah ibu bapa terpaksa berhenti kerja demi menemankan anak-anak di sekolah.
Ciri-ciri Pembentukan Sangkutan
Pembentukan sangkutan adalah berpunca daripada pelbagai pihak. Sangkutan mengikutkeperluan masing-masing. Sangkutan sangat penting untuk membina tingkah laku yangdiingini. Pembentukan sangkutan kanak-kanak perlu perhatian, tetapi perhatian berlebihanakan mendatangkan kesan buruk iaitu kanak-kanak tidak dapat berdikari dan menyusahkanorang lain. Antara pembentukan sangkutan yang positif adalah seperti berikut:(a) Kanak-kanak perlu diberitahu tentang peranannya sebagai anak dan apakah yang patutdilakukan. Contohnya tentang menguruskan diri dan menjaga kebersihan. Kanak-kanakperlu makan sendiri kalau sudah boleh berbuat demikian. Kanak-kanak hendaklah menepatiwaktu pergi sekolah dan balik ke rumah apabila selesai hari persekolahan.(b) Latihan modifikasi tingkah laku boleh menolong kanak-kanak mengurangkan sangkutanyang keterlaluan agar kanak-kanak dapat menyesuaikan diri di kalangan rakan-rakansebaya di TADIKA atau di persekitaran(a) Ciri-ciri pembentukan sangkutan(i) Ibu kepada bayi yang membentuk sangkutan yang selamat akan lebih responsif kepadakeperluan bayi semasa 3 bulan pertama. Contohnya: Ibu dengan cepat memujuk bayiapabila bayi menangis, memberi makan kepada bayi bila menjangkakan bayi itu lapar.(ii) Ibu bersikap konsisten dalam bertindak balas kepada keperluan bayi.(iii) Ibu bapa biasanya akan menyesuaikan tingkah laku mereka dengan mengambil kirareaksi dan kerenah bayi.(iv) Sangkutan yang tidak selamat timbul apabila ibu gagal menyediakan keprihatinan yangsensitif dan responsif terhadap keperluan dan harapan bayi.Bolwlby berpendapat bahawa semua bayi telah bersedia secara biologi untuk membentuksangkutan yang selamat dengan ibu yang sensitif dan responsif kepada keperluan mereka.(b) Prinsip-prinsip Pembentukan SangkutanTeori Etologi sangkutan oleh Bowlby menggariskan prinsip-prinsip sangkutan seperti berikut:(i) Tingkah laku sangkutan di kalangan bayi adalah merupakan tingkah laku yangberdasarkan kepada tingkah laku naluri dan evolusi manusia yang telah diprogramkansecara semula jadi.(ii) Sangkutan di kalangan manusia tidak hanya bergantung kepada keperluan bayi untukmakan atau menyusu semata-mata.(iii) Bayi membentuk sangkutan dengan orang-orang yang berinteraksi dengan merekasecara kerap.
 
(iv) Di kalangan manusia kehidupan tahun pertama adalah masa yang paling kritikal dalampemebentukan sangkutan.(v) Bayi akan lebih membentuk tingkah laku sangkutan terhadap seorang manusia iaitu ibu,kerana ibu lebih berpengaruh.(vi) Semasa tiga tahun pertama seorang bayi sangkutan membina hubungan dua halaantara ibu dengan anak.(vii) Apabila anak membentuk sangkutan dengan ibu beliau akan membentuk model bekerjadalaman mengikut ibu mereka.(viii) Sangkutan anak-anak dengan ibu berbeza dari segi keselamatan Bayi membentuksangkutan yang selamat sekiranya ibu bertindak balas kepada keperluan mereka.(ix) Sangkutan yang selamat membentuk kesan yang positif terhadap perkembangan hidupbayi.
AUTONOMI
Definisi Autonomi
Mengikut Teori Erikson, tahap perkembangan manusia bermula pada umur 18 bulan hingga3 tahun. Perkembangan pada peringkat ini adalah berdasarkan konflik yang wujud dalam dirikanak-kanak iaitu autonomi lawan rasa malu atau sangsi. Pada peringkat ini kanak-kanakperlahan-lahan mula memahami bahawa mereka boleh mengawal tindakannya.Ini bermaknakanak-kanak sudah mempunyai autonomi ke atas diri mereka. Menerusi kefahaman ini,dapat autonomi bermaksud kanak-kanak pada peringkat usia 18 bulan hingga 3 tahunberusaha menunjukkan autonomi untuk berdikari daripada orang dewasa atau orang lainyang sebaya dengannya. Walau bagaimanapun semasa kanak-kanak hendak mendapatkanautonomi, mereka mengalami perasaan sangsi sama ada boleh menangani situasi. Merekarasa malu jika gagal menangani sesuatu tindakan. Campuran autonomi, malu dan sangsimemberikan satu kekuatan kepada kanak-kanak bahawa mereka boleh bertindak ke atasdunia dengan kekuatan sendiri.
Menangani Isu Pengawalan
Konsep pengawalan adalah sistem kawalan yang digunakan oleh ibu bapa dalam mengawaltingkah laku anak. Selalunya ibu bapa menggunakan perkataan Âjangan...jangan...Ê Ibubapa kurang memberi alasan kenapa tidak boleh melakukan sesuatu tindakan secararasional. Alasan yang diberi lebih kepada ugutan dan menakut-nakutkan kanak-kanak. Inimenyebabkan kanak-kanak kurang yakin kepada diri sendiri dan bergantung kepada oranglain dan kurang berdikari. Ini bermakna kanak-kanak tidak mencapai autonomi. Isupengawalan adalah permulaan modifikasi tingkah laku terhadap kanak-kanak.Bandura (1988) berpendapat kanak-kanak suka meniru perbuatan yang dilakukan olehorang dewasa. Kanak-kanak akan membuat pemerhatian yang berulang-ulang danmemperoleh maklumat sama ada perbuatan yang ditiru mendapat sambutan atau tegurandan tegahan daripada orang dewasa.
Contohnya perbuatan bersalaman akan menimbulkan keserasian dan membentuktabiat kepadanya, maka kanak-kanak akan bersalaman apabila diminta berbuatdemikian berbanding dengan kanak-kanak yang kurang selesa untuk bersalaman.
 

Activity (31)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
NorhanisUsaizan liked this
cenkodok_gandum liked this
L'na Dodong liked this
afiq_amran liked this
Mohd Padil Piut liked this
norlelaabu7320 liked this
norlelaabu7320 liked this
ctnira665247 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->