You are on page 1of 2

KENAPA KITA MESTI BOIKOT POLISTERIN?

Oleh:NURHAFIZAH BINTI HUSIN

Polisterin? Pada sesiapa yang peka dengan isu alam sekitar pasti sudah dapat
terbayang keburukannya apabila perkataan polisterin disebut. Pada era langit yang terbuka
ini, penggunaan polisterin semakin berleluasa bukan sahaja di negara Malaysia malah di
seantero dunia.

Jika kita lihat di dada-dada akhbar,sering kali permasalahan alam sekitar menjadi
tajuk utama.Penggunaan polisterin adalah salah satu penyebab berlakunya masalah alam
sekitar di negara ini dan ini memerlukan perhatian yang tinggi untuk mengurangkan
penggunaan polisterin dan seterusnya mengharamkan terus penggunaannya.

Kenapa kita mesti mengharamkan polisterin?Bahan pembungkus polisterin yang biasa


kita guna mengandungi bahan karsinogen yang boleh mendatangkan kesan mudarat kepada
kesihatan. Menurut kajian,Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa(IARC) ,Pertubuhan
Kesihatan Sedunia(WHO) mengelaskan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu
agen penyebab kanser kepada manusia.Bahan-bahan kimia daripada bekas itu akan menyerap
ke dalam makanan dan kemudian ke dalam tubuh manusia.

Untuk pengetahuan umum juga,stirena adalah suatu mutagen yang boleh


mengakibatkan perubahan genetic yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan.Mutagen
ini amat berbahaya terhadap alam sekitar malah manusia juga.Pendedahan kepada stirena
dapat merendahkan bilangan sel darah merah dan boleh menyebabkan seseorang perempuan
itu mengalami gangguan haid.

Polisterin mengandungi tirena dan benzena yang boleh menjejaskan alam sekitar yang
mana bahan-bahan berbahaya ini 500 tahun untuk dimusnahkan secara semulajadi.Tambahan
pula,hasil kajian yang dilakukan oleh Institut for Energy and Environmental Research(IEER)
pada tahun 1992 menunjukkan polisterin yang diperbuat daripada HCFC-22 berpotensi
mengancam persekitaran 3 hingga 5 kali lebih tinggi berbanding bahan-bahan buangan yang
lain.Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat yang ke-5 paling bahaya.
Jadi,tiada sebab lagi yang boleh kita bantah daripada mengharamkan penggunaan
polisterin.Kita seharusnya tidak memandang enteng tentang bahaya yang akan timbul ekoran
daripada penggunaan polisterin .Alternatif yang boleh kita guna untuk menggantikan
penggunaan polisterin ini antaranya adalah membawa bekas makanan sendiri yang dijamin
tidak memudaratkan, ‘order’ makanan yang tidak menggunakan polisterin dan bawa makanan
sendiri dari rumah.

Usaha pengharaman penggunaan polisterin haruslah menjadi perhatian semua


pihak.Sukar untuk mengharapkan masyarakat melakukan perubahan drastik jika tiada satu
usaha agresif tidak dipraktikkan dalam menghapuskan penggunaan polisterin.Oleh sebab
itu,pihak berkaitan seperti Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar haruslah bekerja
keras dalam merangka jalan penyelesaian dalam mengurangkan bekas makanan dan cawan
polisterin terutamanya di majlis-majlis.Alam sekitar adalah anugerah dari Tuhan, jadi
,menjadi tanggungjawab setiap umat manusia untuk menjaganya bukan memusnahkannya.

RUJUKAN:

1.http://www.mail-archive.com/sahabatinteraktif@yahoogroups.com/msg05582.html.

2. http://kdoclass0809.blogspot.com/2009/03/keburukan-penggunaan-polisterin.html

You might also like