Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Apa Itu Fatwa

Apa Itu Fatwa

Ratings: (0)|Views: 53 |Likes:
Published by Wahab Chik
Pamplet Apa Itu Fatwa
Jabatan Mufti Negeri Selangor
Pamplet Apa Itu Fatwa
Jabatan Mufti Negeri Selangor

More info:

Published by: Wahab Chik on Sep 02, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/11/2012

pdf

text

original

 
 
Fatwa dari segi bahasa arab iaitu
fata
-
yaftu
-
fatwa
atau
futya
 ( ). Ia membawamaksud menjawab perkara-perkarayang menjadi kemusykilan sepertiseseorang berkata "meminta fatwadaripadanya maka ia pun memberifatwa"
(Ibrahim Najaib Muhammad Iwad, Al-Qada  Al-Islam, Kahirah:Majma’ Al-Bunuth Al-Islamiyyah:1975 hal :10)
.Fatwa dan segi istilah ialahpemberitahuan tentang sesuatuhukum syara' berdasarkan istinbatyang dilakukan oleh seseorangmufti yang mempunyai kewibawaanIslam untuk memberi jawapankepada sesuatu kemusykilan,walau bagaimanapun jawapannyaitu tidak mengikat.
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMAISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003
Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti44.
(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklahmelantik mana-mana orang yang layak dan sesuai menjadiMufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Selangor.(2) Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklahdisiarkan dalam
Warta.
(3) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, orangyang menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi NegeriSelangor sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasahendaklah disifatkan telah dilantik di bawah seksyen inisebagai Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Selangordan hendaklah terus memegang jawatan itu.
Fungsi Mufti45.
 
Mufti hendaklah membantu dan menasihati DuliYang Maha Mulia Sultan berkenaan dengan semuaperkara Hukum Syarak, dan dalam semua perkarasedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama diNegeri Selangor selepas Duli Yang Maha Mulia Sultan,kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini.
Jawatankuasa Fatwa46.
(1) Maka hendaklah ada suatu jawatankuasabernama Jawatankuasa Fatwa.(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada:-
(a)
Mufti, sebagai Pengerusi;
(b)
Timbalan Mufti;
(c)
Penasihat Undang-Undang Negeri;
(d)
dua orang anggota Majlis yang dinamakanoleh Majlis;
(e)
seorang pegawai dan Jabatan Agama IslamSelangor yang mahir dalam Hukum Syara'yang akan dilantik oleh Majlis;
(f)
tidak kurang daripada dua orang dan tidaklebih daripada tujuh orang yang layak dansesuai, yang dilantik oleh Majlis; dan(g) seorang pegawai dari Jabatan Mufti yangdilantik oleh Majlis, sebagai Setiausaha.(3) Mana-mana orang yang, sebelum sahajaseksyen ini mula berkuat kuasa, menjadi anggotaJawatankuasa Perunding Hukum Syara' yang ditubuhkandi bawah Enakmen terdahulu hendaklah tertakluk kepadasubseksyen (4), disifatkan telah dinamakan atau dilantikmenjadi anggota Jawatankuasa Fatwa dan hendaklahmenjadi anggota Jawatankuasa Fatwa sehingga tempohpelantikannya di bawah Enakmen yang terdahulu itutamat.(4) Jawatankuasa Fatwa boleh, tertakluk kepadaEnakmen ini, memutuskan segala persoalan berhubungandengan tatacara dan amalannya.
Kuasa Jawatankuasa Fatwa untukmenyediakan fatwa47.
Tertakluk kepada seksyen 51, JawatankuasaFatwa hendaklah, atas perintah Duli Yang Maha MuliaSultan, dan bolehlah atas kehendaknya sendiri atau ataspermintaan oleh mana-mana orang yang dibuat melaluisurat yang dialamatkan kepada Mufti, menyediakan suatufatwa atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atauyang menimbulkan kontroversi berhubungan denganHukum Syara'.
Tatacara pembuatan fatwa48.
(1) Sebelum Jawatankuasa Fatwa membuat fatwa,Mufti boleh menyebabkan supaya kajian atau penyelidikandijalankan sebagaimana yang diarahkan olehnya dankertas kerja disediakan.(2) Apabila Jawatankuasa bercadang hendakmembuat fatwa Mufti hendaklah memanggil suatumesyuarat Jawatankuasa Fatwa bagi maksudmembincangkan fatwa yang dicadangkan itu.(3) Selepas fatwa disediakan oleh JawatankuasaFatwa, Mufti hendaklah, bagi pihak dan atas namaJawatankuasa Fatwa, mengemukakan fatwa yangdisediakan itu kepada Majlis.(4) Majlis boleh, selepas menimbang teliti fatwaitu, membuat syor kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanuntuk mendapatkan perkenannya bagi penyiaran fatwa itudalam
Warta.
(5) Syor yang dibuat di bawah subseksyen (4)hendaklah disertakan dengan memorandum penjelasandan ulasan daripada Majlis jika Majlis berpendapatpenjelasan dan ulasan itu perlu.(6) Apabila fatwa itu telah diperkenankan oleh DuliYang Maha Mulia Sultan, Majlis hendaklah memaklumkankepada Kerajaan Negeri tentang fatwa itu dan selepasitu hendaklah menyebabkan fatwa itu disiarkan dalam
Warta.
(7) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam
Warta
hendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itudibuat di bawah seksyen ini.(8) Sesuatu fatwa hendaklah disiarkan dalam bahasakebangsaan dalam tulisan rumi, tetapi teks fatwa itu dalamtulisan jawi boleh juga disiarkan.(9) Apa-apa pernyataan yang dibuat olehJawatankuasa Fatwa tidak boleh diambil sebagai fatwamelainkan jika pernyataan itu disiarkan dalam
Warta
menurut subseksyen (6).
Fatwa yang disiarkan dalam
Warta
adalah mengikat49.
(1) Apabila disiarkan dalam
Warta,
sesuatu fatwahendaklah mengikat tiap-tiap orang Islam yang berada diNegeri Selangor sebagai ajaran agamanya dan hendaklahmenjadi kewajipannya di sisi Agama Islam untukmematuhi dan berpegang dengan fatwa itu, melainkan jikadia dibenarkan oleh Hukum Syara' untuk tidak mengikutfatwa itu dalam perkara-perkara amalan peribadi.(2) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semuaMahkamah di dalam Negeri Selangor tentang semuaperkara yang dinyatakan dalamnya.
Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa50.
 
(1) Jawatankuasa Fatwa boleh meminda, mengubah-suaikan atau membatalkan mana-mana fatwa yang telahdisiarkan dalam
Warta
di bawah Enakmen ini, atau dibawah Enakmen terdahulu.(2) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalansesuatu fatwa hendaklah disifatkan sebagai suatu fatwa danperuntukan-peruntukan seksyen 48, kecuali subseksyen48(7), hendaklah terpakai baginya.(3) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalansesuatu fatwa yang disiarkan dalam
Warta
hendaklahdisertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat dibawah subseksyen (1).
Fatwa yang ada hubungan dengan kepentingannasional51.
(1)
 
Walau apa pun kuasa Jawatankuasa Fatwadi bawah seksyen 47, apabila Jawatankuasa Fatwamendapati bahawa suatu fatwa yang dicadangkan dibuatadalah berkaitan dengan perkara-perkara yang menyentuhkepentingan nasional, Jawatankuasa Fatwa hendaklahmenangguhkan perbincangannya tentang fatwa yangdicadangkan itu dan mengemukakan perkara itu kepadaMajlis.(2) Selepas menimbang teliti perkara itu Majlis bolehmembuat syor kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan untukmendapat perkenannya supaya fatwa yang dicadangkanitu dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan,melalui Majlis Raja-Raja.(3) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1),suatu fatwa adalah dianggap berkaitan dengan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan nasional jikapersoalan itu ada hubungan dengan apa-apa perkara, dasar,program atau aktiviti yang secara langsung menyentuh
 A
PA ITU FATWA?

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->