You are on page 1of 7

1.

0 REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


Saya telah ditugaskan untuk menjalani program Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Marang 21600 Terengganu, selama dua
minggu iaitu bermula dari pada 22 Ogos 2010 sehingga 2 September 2010. Pada hari
pertama PBS, saya dan 2 orang guru pelatih daripada Institut Perguruan Dato’Razali
telah membuat sesi pengenalan dengan Guru Penolong Kanan1, Puan Hajjah Zahani
Binti Bidin.Saya menerangkan tujuan kehadiran saya ke sekolah ini beserta surat-
menyurat. Saya telah di berikan sedikit taklimat mengenai sekolah ini, latarbelakang,
prestasi akademik , ko-kurikulum dan sebagainnya.

Saya di bawa ke bilik guru yang kelihatan agak padat untuk para guru yang
bertugas di sekolah tersebut. Guru-guru di sana amat memberikan kerjasama kepada
kami terutama apabila kami ingin membuat tinjauan semasa mereka mengajar. Mereka
juga ada berkongsi bahan-bahan pengajaran. Terdapat ruang untuk menempatkan
bahan-bahan alat bantu mengajar, dan ini memberi peluang untuk para pelajar
melakukan aktiviti bacaan mereka sendiri.

Sikap ibu-bapa turut mewarnai pengalaman saya ketika menjalankan PBS di


sekolah ini. Sepanjang sesi persekolahan yang berlangsung dari ahad hingga khamis
pelbagai ragam dan gelagat murid-murid sekolah dapat dilihat. Namun, gelagat ibubapa
atau waris murid-murid tersebut menjadi satu persoalan tentang persekitaran sekolah
tersebut. Apabila loceng pertama dibunyikan pada 7.25 pagi, ibu bapa masih sibuk
menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan apabila loceng kedua dibunyikan pada
7.45, yang menandakan waktu pembelajaran pertama akan dimulakan,

Sewaktu loceng tamat waktu persekolahan dibunyikan pada 1.35 petang,


ibubapa menjemput anak-anak mereka hingga ke dalam kelas. Semua pengalaman di
atas adalah amat bermakna untuk saya pelajari dan jadikan tauladan. Semua ini juga
menjadi pembakar semangat untuk saya menjadi seorang guru yang cemerlang demi
menghasilkan modal insan selari dengan tuntutan falsafah pendidikan negara.
2.0 PROFIL SEKOLAH

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Marang

Alamat Sekolah : Jalan Sekolah , 21600 Marang Terengganu

Kod Sekolah : TBA4001

No Telefon : 09 - 6182225

No Fax : 09 - 6183454

Homepage : http://www.wargaskmarang.blogspot.com/

Gred Sekolah : Gred A

Sessi Sekolah : Pagi Sahaja

Bilangan Kelas Biasa : 24

Bilangan Kelas Pra Sekolah : 1 Kelas

Bilangan Kelas Pemulihan :1 Kelas

Bilangan Guru : 49 Orang

Bilangan Jaga : 3 Orang

Guru Besar : Tuan Haji Alias Bin Ismail

Penolong Kanan Pentadbiran : En Ghazali Md Yasin

Penolong Kanan HEM : Puan Khatijah Binti Awang

Penolong Kanan Ko K : En razali Bin Che MAt

Guru Media : En Ros Al-sha’ary B Yaakob

Guru Kajian Tempatan : Puan Ramlah Binti Che Abdullah

Pembantu Tadbir : Pn Aneng @ Rohani Binti Ibrahim


3.0 SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Marang terletak di Daerah Marang , 25 kilometer dari
Bandaraya Kuala Terengganu. Terletak di antara laluan antara Bandaraya Kuala
Terengganu dan Dungun. Sekolah ini merupakan sekolah tertua di Daerah Marang.
Sekolah ini di bina sebelum merdeka iaitu pada tahun 1922 di atas sebidang tanah
seluas 1.75 ekar. Di tapak masjid daerah Marang sekarang. Bangunan sementara di
buat daripada kayu dan beratap nipah. Luasnya kira-kira 16 meter panjang dan 10
meter lebar. Bangunan ini di robohkan apabila bangunan baru didirikan pada tahun
1955 di atas satu lot tanah seluas 11.894 ekar ( tapak sekarang ). Bangunan baru
keluasannya 50 meter panjang dan 7 meter lebar mengandungi 5 bilik darjah dan mula
digunakan pada 21hb April 1955. Memandangkan bangunan di bina pada tahun 1960.
Bangunan ini menempatkan 3 bilik darjah.

Pada tahun 1968 sebuah bangunan tambahan telah didirikan lagi yang
mengandungi 3 bilik darjah, 1 bilik pejabat dan bilik guru. Kesemua bangunan ini masih
kekal hingga ke hari ini. Pada tahun 1979 satu bangunan satu bangunan telah di bina
dab merupakan 2 tingkat yang menempatkan 3 bilik darjah , 1 bilik guru, 1 bilik pejabat
dan bilik guru besar, bilik perpustakaan dan bilik TV pendidikan dan di gunakan
sepenuhnya pada tahun 1980. Pembukaan rasmi sekolah ini telah di sempurnakan oleh
Yang Berhormat Dato’ Seri Musa Hitam pada 15hb Februari 1980 yang ketika itu beliau
memgang jawatan Menteri pelajaran Malaysia.

Pada era 2000 kepadatan penduduk di sekitar Sekolah Kebangsaan Marang ini
menyebabkan bangunan tambahan di bina untuk menampung keperluan semasa
penduduk setempat. Maka pada 2002 Kementerian meluluskan permohonan membina
4 blok bangunan setinggi 3 tingkat. Kawasan baru ini juga telah mengubah infrastuktur
dewan sekolah, kantin, pejabat, bilik guru dan kelas permulihan. Untuk memodenkan
lagi kawasan sekolah, pihak sekolah telah menyediakan bilik berhawa dingin untuk
pelajar tahun enam untuk member keselesaan dalam meninti hari-hari peperiksaan
awam UPSR setiap tahun.
4.0 BENDERA SEKOLAH KEBANGSAAN MARANG

Putih - Melambangkan kesucian, keikhlasan , kebersihan rohani serta


jasmani yang perlu ada pada semua guru-guru, murid-murid
serta masyarakat untuk melahirkan insan yang seimbang dalam
semua aspek

Hitam - melambangkan kecekalan serta sikap tidak mudah putus asa di


kalangan guru-guru dan murid-murid dalam sebarang usaha
yang di lakukan.

Kuning - melambangkan kecemerlangan sekolah di dalam semua bidang


yang di ceburi sama ada dalam bidang akademik serta ko-
kurikulum.

Ungu - melambangkan warna rasmi daerah marang. Ini adalah kerana


Sekolah Kebangsaan Marang terletak di dalam penadbiran
Majlis Daerah Marang
6.0 LENCANA SEKOLAH KEBANGSAAN MARANG

SAIZ SEBENAR LENCANA SEKOLAH

Tinggi : 32mm ( 3.2cm )

Lebar : 26mm ( 2.6cm )

Makna lambang-lambang yang terdapat pada lencana sekolah :

Selendang - Melambang sekolah penyayang


Obor - Ilmu sebagai penyuluh hidup
Buku - Sekolah sebagai gedung ilmu
Lima gelung - Pegangan kepada lima prinsip Ruku Negara, lima Rukun Islam,
melambangkan perpaduan sekolah dengan masyarakat.
Putih - Melambangkan keikhlasan hati guru-guru dan murid-murid
Hitam - Melambangkan kecekalan dan dedekasi guru-guru dan murid-
murid
Kuning - Melambangkan kecemerlangan sekolah
Hijau - Melambangkan Agama Islam
Merah - Melambangkan keberanian dan keazaman
7.0 COGAN KATA SEKOLAH KEBANGSAAN MARANG

" BELAJAR BEKERJA BERUSAHA "

Maksud cogan kata :-

BELAJAR : Guru-guru serta murid-murid perlu sentiasa menimba ilmu


pengetahuan dan kemahiran dalam semua bidang
serta berusaha memajukan diri kearah pembentukan
individu yang berfikaran positif, inovatif dan kreatif serta
melahirkan insan yang seimbang di dalam
semua aspek.

BEKERJA : Sekolah Berjaya melahirkan satu kumpulan tenaga kerja


yang mantap, kukuh dan harmoni serta sanggup
berganding bahu di kalangan guru-guru dan murid-murid untuk
mewujudkan iklim dan suasana sekolah yang
berdaya maju.

BERUSAHA : mempunyai daya saing dan daya maju di kalangan guru-


guru dan murid-murid serta berusaha unuk
mewujudkan dan manghasilkan kecemerlangan sekolah di
dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum

You might also like