Masalah ini mula dikesan sejak 5 tahun yang lalu dan menjadi semakin seriusapabila pembelajaran Sains di dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan. Akibat daripada tidak dapat menguasai topik tersebut pelajar gagal menjawab soalan yang dikemukakan ketika peperiksaan akhir semester dengan tepat dan ini memberi impak terhadap markahkeseluruhan pelajar dalam subjek Sains.
3.0TINJAUAN BACAAN
Kajian-kajian terdahulu membuktikan wujudnya masalah pelajar sukar memahamikonsep-konsep sains dalam pendidikan sains. Dalam sebuah artikel Science Educationyang berjudul "An Evaluation of Certain Popular Science Misconceptions" yang dikarangoleh Hancock ada menyatakan masalah salah kefahaman mengenai sains berpuncadaripada sebab yang salah “faulty reasoning”.Terdapat beberapa laporan yang dikeluarkan oleh
Institute for Research on Teaching
diMichigan State University (Roth, 1985) menyatakan masalah yang dihadapi oleh pelajar adalah disebabkan oleh kekurangan aktiviti pembelajaran yang dapat membantu pelajar untuk memahami sains.Smith dan Anderson (1984) mencadangkan guru perlu membantu pelajar menjana idea berkaitan konsep sains. Guru perlu sedar bahawa pelajar mempunyai cara berfikir yang berbeza dalam memahami konsep sains yang dipelajari. Pendapat ini turut disokong olehFisher dan Lipson (1986) yang menyatakan pemahaman konsep sains yang dibina oleh pelajar secara formal di dalam bilik darjah seringkali salah dan tidak bertepatan dengankonsep sebenar yang dikuasai oleh ahli sains. Banyak kajian mendapati ramai pelajar mempunyai kerangka alternatif atau membina idea mereka sendiri berdasarkan pengalaman seharian yang bercanggah dengan konsep-konsep saintifik yang tepat.Akibatnya, pelajar mengalami kesukaran bagi menguasai konsep sekali gus menjejaskan pencapaian dan penguasaan mereka dalam mata pelajaran sains.3
Add a Comment
Cecillia Asleft a comment
waheeda_wawaleft a comment
izzat_asyraf_1left a comment
nanachrleft a comment
hidayah87left a comment