You are on page 1of 85

SARJANA BIMBINGAN

KAUNSELING (UPSI)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TANJONG MALIM

FAKULTI SAINS KOGNITIF & PEMBANGUNAN MANUSIA

SARJANA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

_____________________________________________________

Nama Kursus : KAUNSELING KERJAYA

Kod Kursus : KKC 6013

Pensyarah : Dr. Noraini binti Ismail

Nama Ahli : Nurul Aida binti Jaafar (M20091000388)

Siti Huzaimah binti Roghibin (M20091000386)

Rowena Ak Dunsin (M20091000382)

Tajuk : FOLIO KERJAYA (REALISTIK dan SOSIAL)

1
KAUNSELING KERJAYA

PENGENALAN

Terdapat beberapa pandangan oleh pakar kerjaya terhadap pertumbuhnan dan perkembangan
kerjaya yang akan dilalui oleh seseorang individu. Menurut Super (Osipow, 1973) terdapt 3
unsur penting dalam pembentukan konsep kendiri yang memberi kesan kepada perkembangan
kerjaya seseorang individu iaitu ;

 Pembentukan konsep kendiri iaitu satu proses apabila seseorang itu melihat perbezaan
dirinya dengan orang lain.
  Menterjemah konsep kendiri ke dalam istilah pekerjaan, mengenal pasti peranan
orang-orang yang signifikan dan sedar akan kebolehan diri tentang sesuatu pekerjaan.

 Pelaksanaan konsep kendiri iaitu keperluan latihan professional bagi satu-satu kerjaya
yang dipilih.

2.0 DEFINISI KERJAYA

 Kerjaya adalah satu rangkaian pekerjaan dan pengalaman yang dilakukan oleh
seseorang itu dalam jangka masa tertentu bagi menjalankan tugas ( Rohany & Fatimah
(1987).
 Satu proses menolong seorang memperkembangkan dan menerima satu gambaran
lengkap tentang dirinya dan peranannya dalam dunia pekerjaan, dan seterusnya cuba
berusaha menukarkan gambaran ini menjadi satu realiti ( Super (1981).

 Merupakan penglibatan yang berterusan dan perkembangan serta kemajuan seseorang


dalam sesuatu lapangan/bidang (profesiona, kegiatan dan sebagainya).

 Aktiviti berterusan yang bertujuan untuk mencapai matlamat yang berkaitan dengan
ekonomi seperti pendapatan tetap untuk keperluan seharian.

2
3.0 PERSEDIAAN KERJAYA

Persediaan kerjaya perlu dimulakan dari awal persekolahan lagi kerana kerjaya memainkan
peranan penting dalam kehidupan seseorang. Antara aspek yang ditekan dalam persediaan
kerjaya ialah ;

 Akademik
 Kemahiran

 Mental

 Emosi

 Sosial

 Dokumentasi

Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya


http://www.ums.edu.my/hep/index.php/laman/index/9

PENGENALAN

Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya pada asalnya dikenali sebagai Unit Bimbingan
dan Kaunseling. Namun menjelang tahun 2006, Unit ini dipisahkan kepada dua unit yang
berbeza iaitu Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Kerjaya telah diberikan nama baru iaitu
Pusat Kerjaya dan Alumni dan ditadbir oleh seorang Pengarah. Bahagian ini turut mengalami
pertambahan Pegawai Psikologi dan seorang ke lima orang Pegawai psikologi (Seorang di
UMS-KAL) dan dibantu oleh tiga orang Pembantu Tadbir (Seorang di UMS-KAL). Namun
pada tahun 2009, unit ini telah digabungkan semula menjadi Bahagian Kaunseling dan

3
Bimbingan Kerjaya.

Pertambahan Pegawai Psikologi dan perubahan secara spesifikasi adalah satu perkara yang
penting dalam menjalankan tugas hakiki sebagai seorang Pegawai Psikologi di Bahagian
Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya. Perubahan ini menjadikan khidmat bimbingan dan
kaunseling semakin meluas dan menyeluruh dengan iltizam untuk memberikan perkhidmatan
yang terbaik kepada warga kampus. Kini bahagian ini memainkan peranan yang penting
dalam aktiviti pencegahan, pembangunan dan pemulihan. Peranan bahagian ini kini juga
semakin meluas, bukan sahaja kepada para pelajar malah juga kepada staf dan alumni.

Walaupun mempunyai kakitangan yang kecil jumlahnya, namun ia bukan halangan bagi
Bahagian Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya membuat atau menganjurkan pelbagai aktiviti
kepada pelajar sama ada berbentuk akademik, sosial dan kerjaya.

FUNGSI

Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya berfungsi merancang, melaksana dan


menyelaras sesi motivasi, kaunseling, khidmat nasihat dan hal-hal lain yang berkaitan dengan
peningkatan mutu perhubungan mahasiswa. Selain itu ia juga membantu membina jati diri
pelajar ke arah kecemerlangan dan mampu menangani cabaran kehidupan di kampus.

PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya adalah meliputi perkara-perkara


seperti berikut:

1)    Kaunseling akademik

 Strategi Belajar
 Pengurusan Masa

 Maklumat Tentang Pemilihan Dan Pertukaran Kursus

 Permasalahan Lulus Bersyarat, Mengulang dan Jam Kredit

 Peraturan Pengijazahan

4
 Menghadapi Peperiksaan

 Teknik Mendapatkan Nota Di Bilik Kuliah

 Kaedah Membuat Rujukan Dan Temujanji Dengan Penysarah

2)    Kaunseling Psikososial

 Memahami Diri Sendiri, Orang Lain Dan Masyarakat


 Hubungan Dalam Keluarga

 Hubungan Antara Lelaki Dan Perempuan

 Kesihatan (Pemakanan Dan Gaya Hidup)

 Personaliti Dan Ketrampilan Yang Sesuai

 Adab Sopan Dan Etika Berpakaian

 Kemahiran Sosial

 Perancangan Kewangan

3)    Ujian Psikologi

 Inventori Kerjaya Dan Personaliti Holland


 TAJMA

 Inventori Warna

 Inventori Minat Kerjaya

 Minnesota Multiphasic Personality Inventory (MMPI)

 Attitude Adjustment Scale

 Ujian Minat Dr. Peter Shephard

 Inventori Nilai Pekerjaan Sidek - INPS

 Ujian Kecenderungan Personaliti Jenis A dan B

 Kenali Kecenderungan Kerjaya Melalui Personaliti Anda

5
 Inventori Pemiliharan Kerjaya (UPI)

 Skala Konsep Kendiri Tennessee - TSCS

 Senarai Semak Masalah Mooney - MPCL

 Tajma Personaliti Profile (TPP)

 Human Figure Drawing Test

 Skala Konsep Kendiri Tennessee Dan Ujian Kecerdasan IASK

 Developing Leadership Skills

 Panduan Perancangan Kerjaya

 The Keirsey Temperament Sorter

 Ujian Minat Kerjaya Rothwell-Miller

4)    Perundingan dan Bimbingan

 Memberikan khidmat bimbingan bagi mengendalikan program diperingkat kolej dan


persatuan pelajar
 Memberikan khidmat komuniti setempat

 Memenuhi undangan ceramah, bengkel, pameran dan seminar daripada pihak luar

 Program sekolah angkat bagi sekolah-sekolah setempat

 Menjalankan promosi perkhidmatan Bahagian Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya

 Membuat Kajian berkenaan program yang melibatkan pembangunan sahsiah pelajar

6
4.0 SUMBER MAKLUMAT KERJAYA

4.1 MENGENAL PASTI MINAT KERJAYA

~ Menurut Sidek Mohd Noah (1992) untuk memastikan ciri-ciri personal individu selaras
dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu bidang kerjaya yang diceburi, 5 fasa telah
dikenalpasti dan perlu dilalui supaya individu mencapai kepuasan di samping memberi
sumbangan kepada produktiviti yang tinggi.

~ 5 Fasa tersebut ialah ;

Fasa 1 - Mengenal pasti kekuatan & kelemahan diri

 Teknik psikometrik adalah satu teknik saintifik yang boleh digunakan oleh para
kaunselor kerjaya dalam membantu para pelajar mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan diri dan seterusnya memilih kerjaya yang selaras dengan diri & personaliti
mereka.
 Antara alat psikometrik yang boleh pelajar gunakan ialah Ujian Personaliti (Inventori
Personaliti Sidek-IPS), Ujian Minat Kerjaya (Selt Directed Search-SDS), Ujian Nilai
(Inventori Nilai Pekerjaan Sidek-INPS) - Bagi medapatkan ujian-ujian tersebu, sila
rujuk Kaunselor di institusi anda.

Fasa 2 - Membina matlamat berasaskan potensi diri

 Pelajar perlu merangka matlamat hidup berdasarkan maklumat yang mereka perolehi
dalam Fasa 1.

 Pelajar perlu merangka tindakan jangka pendek dan jangka panjang.

Para pelajar atau pencari kerja boleh mendapat maklumat-maklumat berkaitan kerjayayang

7
diminati di ;

a) IKLAN DI MEDIA MASA

- Pencari kerja perlu peka dan mengikuti maklumat semasa di media masa

- Media popular: akhbar dan buletin serta majalah, radio dan tv

b) AGENSI PEKERJAAN

- Membantu majikan mendapatkan pekerja dari IPT dan pusat latihan kemahiran

- Ada yang menggunakan internet untuk dihubungi seperti www. JenJOBS.com

c) TEMUDUGA TERBUKA

- 'Walk-In Interview’ ini mudah dan cepat bagi majikan

- Pencari kerja berbaris untuk temmuduga dengan membawa segala dokumen perlu

d) JABATAN TENAGA KERJA

- Ibu Pejabat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya (www.jtksm.mohr.gov.my)

- Cawangan di seluruh negara

- Boleh terus daftar dengan mana-mana JTK dan menunggu jawapan

e) MAKLUMAT RAKAN

- Rakan-rakan yang sedang bekerja

- Maklumat lebih jelas tentang pekerjaan yang diminati

- Rakan menjadi orang tengah

- Banyak laman web berkaitan seperti www.jobsmalaysia.com , http://www.jobdb.com.my/,


http://www.graduan.com.my/ dan jobstreet.com.my

- Permohonan terus melalui borang dalam laman web

f) SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)

- Boleh mendaftar terus ( http:// www.spa@gov.com.my /)

- Maklumat yang diberi betul dan tepat

- Borang SPA8 perlu diisi

8
g) TEMUDUGA DI KAMPUS

- Majikan buat temuduga di Universiti atau Kolej

- Temuduga di Universiti atau Kolej

- Biasanya di akhir pengajian Majikan buat temuduga di Universiti atau Kolej

h) PROGRAM LATIHAN INDUSTRI

- Disediakan oleh IPT atau Pusat kemahiran

- Syarikat atau badan tempat LI akan menerima bekerja dengannya

i) HARI KERJAYA

- Hari Kerjaya anjuran IPT dan sekolah

- Melibatkan banyak syarikat dan IPT

- Terus mengisi borang di tempat pameran

Tip Kerjaya: Antara potensi diri dan kerjaya pilihan


Oleh Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin
mohdyma@um.edu.my
2010/07/08
INDIVIDU yang tiada kebolehan membuat keputusan mengenai pekerjaan mungkin
disebabkan minat yang pelbagai, minat yang tidak jelas atau tiada minat sama sekali.

9
Sebagai mahasiswa, anda tidak dapat menjangka dengan baik mengenai personaliti, minat,
nilai, serta kebolehan menyebabkan pilihan yang dibuat tidak sepadan dengan ciri yang
dimiliki.

Maka, wujud dilema dalam diri akibat berlaku pertentangan antara potensi diri yang dimiliki
dengan pekerjaan yang menjadi minat dan pilihan hati.

Bagi membantu mengatasinya, Teori Perkembangan Kerjaya Holland yang diperkenalkan


oleh Holland (1958) dilihat sangat sesuai untuk dijadikan panduan kepada pencari kerja
kerana teori ini dapat membantu mengenal pasti potensi diri termasuk personaliti, minat, nilai
dan pencapaian individu.

Menurut Holland terdapat hubungan erat di antara personaliti dengan persekitaran kerja yang
diceburi oleh seseorang individu. Setiap individu akan mencari persekitaran kerja yang sesuai
dengan personalitinya.

Kesesuaian antara personaliti individu dengan persekitaran akan menghasilkan kepuasan,


kestabilan dan pencapaian dalam bidang kerjaya yang diceburi oleh individu. Malah banyak
kajian Holland dan sarjana lain membuktikan hubungan berkenaan.

Hasil kajian mereka menunjukkan individu yang terbabit dalam bidang kerjaya, berjaya
memilih bidang pekerjaan yang selaras dengan jenis personaliti yang dimiliki.
Sehubungan itu, Holland mengkelaskan individu kepada enam jenis personaliti iaitu realistik,
investigatif, artistik, sosial, keusahawanan dan konvensional yang boleh dikaitkan dengan
kerjaya.

Pada ruangan ini diterangkan dua jenis personaliti iaitu realistik dan investigatif merangkumi
ciri personaliti, pekerjaan yang sesuai dengan anda dan bidang pengajian yang boleh diikuti
di universiti.

Buatlah analisis supaya anda mengenali personaliti diri seterusnya mampu menyesuaikan
dengan kerjaya yang menjadi impian.

1. Realistik

Personaliti ini dimiliki individu jenis praktikal. Mereka cenderung untuk menjadi kompetitif
dalam kerja yang dilakukan serta terbabit dengan aktiviti yang memerlukan kemahiran fizikal
dan kekuatan.

Setiap masalah akan diselesaikan menggunakan pendekatan yang konkrit sebaliknya, tidak
menonjolkan kemahiran verbal dan interpersonal.

Ciri personaliti: Berterus-terang, praktikal, fokus, mekanikal, gigih, cekal, tanah lasak,
stabil, maskulin, berdikari, jujur, pemalu, akur, berpendirian tetap, cermat dan keras hati.

10
Bidang pekerjaan yang sesuai: Seni bina, pengurusan hospitaliti, kulinari, kejuruteraan,
teknologi maklumat, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan automotif, muzik, farmasi,
veterinar, optometri, juruterbang, tukang masak (chef), perekaan fesyen, fotografi dan ukur
bahan.

Bidang pengajian: Seni bina, seni bina lanskap, pengurusan hospitaliti, kejuruteraan awam,
kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan automotif, teknologi maklumat, muzik, farmasi,
perubatan veterinar, optometri, juruterbang, masakan, perekaan fesyen, fotografi dan ukur
bahan.

Oleh itu, anda adalah individu dalam kategori ini jika memiliki ciri personaliti di atas dan
sesuai bekerja dalam bidang yang disenaraikan.

Mempunyai sebarang pertanyaan/masalah tentang isu-isu yang berkaitan dengan kerjaya?

Sila hubungi kami di :

JobsMalaysia Cyberjaya
Unit W001, Tingkat Bawah, Blok 3440,
Enterprise Building 1 (EB 1),
Jalan Teknokrat 3,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-83202713/4/5
Fax : 03-83202661
Email : jobsmalaysia@mohr.gov.my

Jenis personaliti Realistik adalah jenis individu yang mempunyai kemahiran etletik
atau mekanikal. Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan, dan
binatang. Lebih suka bekerja di luar bangunan dari di dalam bangunan.

Contoh pekerjaan Realistik ialah: Jurutera Awam, Jurutera Keratapi, Jurutera


Automotif, Jurutera Elektrik, Operator Mesin, Mekanik Kapalterbang, Mekanik
Kereta, Juruteknik Elektronik, Ahli Ilmu Perkebunan dan Tukang Kayu.

PROFESOR MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH

Jabatan Pengajian Perlakuan & Pergerakan Manusia

Fakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia

43400 UPM SERDANG

11
pemilihan kerjaya
Disertakan oleh En Rahim B. Haron
Saturday, 26 December 2009
Terakhir dikemaskini Saturday, 20 March 2010
KONSEP PEMILIHAN KERJAYA
Individu akan cuba mengimplimentasikan konsep kendiri dengan memilih pekerjaan yang
akan membenarkan ekspresi diri. • Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung
kepada sejauh mana individu berupaya mencari jalan keluar untuk menyalurkan ciri-ciri yang
ada pada dirinya. • Semakin hamper keselarasan antara ciri-ciri personal dengan
keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinan seseorang
itu untuk berjaya dalam bidang berkenaan. • Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian
dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau darjah kongruens antara jenis
personaliti denganpersekitaran kerja.

MASALAH PEMILIHAN KERJAYA REMAJA


Remaja kurang atau tiada kebolehan dalam membuat keputusan tentang kerjya kerana
mempunyai minat yang pelbagai, minay yang tidak jelas atau tiada mempunyai minat. •
Remaja tidak dapat menjangka dengan baik tentang personalitinya, minatnya, nilainya, serta
kebolehannya hingga pilihan yang dibuat tidak setimpal dengan ciri-ciri dirinya. •
Remaja kekurangan atau tiada pengetahuan serta maklumat berkaitan dengan dunia
pekerjaan.

STRATEGI PEMILIHAN KERJAYA


1. Mengenalpasti trait-trait dan ciriciri
individu termasuklah personaliti, minat, nilai, dan pencapaian individu iaitu mengenal potensi
diri.
2. Mengenalpasti dan menganalisis keperluan-keperluan pekerjaan iaitu mengenali dunia
pekerjaan. 3. Memadankan
individu dengan pekerjaan iaitu memadankan potensi diri dengan kerjaya yang sesuai.

TEORI KERJAYA HOLLAND

12
1. REALISTIK- ORANG JENIS PRAKTIKAL (KEMAHIRAN PERTUKANGAN
DAN MEKANIKAL)
- a. CIRI-CIRI
Stabil, natural, maskulin, praktikal, tekun, terus terang, berdikari, fizikal,materealistik, jujur,
pemalu, akur, tulen, inventif, normal, berpendirian tetap, cermat, keras, hati, berulang-ulang,
kurang celik akal.
- b. SUKA
Aktiviti mekanikal, kerja luar, atletik (sukan), aktiviti manual, benda konkrit (wang, kuasa
- dan status), bekerja dengan peralatan, tumbuhan, dan haiwan.
- c. TIDAK SUKA
Aktiviti akademik, aktiviti sosial, pendedahan kendiri, bekerja dengan orang lain.
- d. ORIENTASI
Penglibatan secara lansung dengan aktiviti konkrit, manipulasi objek.
- e. PEKERJAAN
Jenis pembaikan mekanikal, elektrikal, kejuruteraan, mekanik, guru kemahiran hidup,
juruteknik, pegawai perikanan, pegawai perhutanan, pegawai mergastua, tukang masak,
- pereka fesyen, jurufoto, juruukur, penyelam, pemandu, atendan pam minyak, tukang kayu,
- tukang paip.
- f. BIDANG PENGAJIAN
Kejuruteraan awam, kejuruteran mekanikal, perhutanan, teknologi
- perubatan, penyediaan makanan, bidang teknik dan vokasional, pertanian dan penternakan.
- g. PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian daripada teknikal dan
- memanipulasikan benda, mesin, pertanian, dan penternakan. Ganjaran bernialai seperti
wang,
- kuasa, status, dan sesuatu yang dimiliki. Menggalakkan individu melihat dunia secara
mudah
- dan tradisional.

13
SOSIAL - ORANG JENIS SOSIAL (PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN)
- a) CIRI-CIRI
Kerjasama, menolong, rasional, bijaksana, ambil berat, memujuk, prihatin,
bertanggunhjawab, peramah, penyabar, baik hati, idealistik, riang, ekstrovert, agresif,
memahami orang lain, mudah berinteraksi, suka bergaul, pemurah, kewanitaan. SUKA
Perhatian, berurusan dengan orang lain, bersosial, menolong, kerja-kerja amal dan
kemasyarakatan, perbincangan, pendidikan, menghadiri majlis sosial, aktiviti kebajikan,
menunjuk ajar, memikirkan masalah masyarakat. http://www.kaunselingkerjaya.com
Dikuasai oleh Joomla! Dijanakan : 15 August, 2010, 11:18
- TIDAK SUKA
Kerja-kerja fizikal, aktiviti luar, kerja dengan peralatan, kerja-kerja terlalu berstruktur, bidang
mekanikal
dan saintifik.
- ORIENTASI
Kebajikan, kemasyarakatan dan pendidikan.

d. PEKERJAAN
Pensyarah, guru, ustaz, ahli politik, jururawat, kaunselor, pegawai kastam, pegawai
kebajikan, juruacara, pramugari, ahli psikologi klinikal, diplomat, ahli sosiologi

- BIDANG PENGAJIAN
Sosial, pentadbiran, pendidikan, sejarah sains, kemasyarakatan, pengajian agama, sains
politik, pembangunan sumber manusia, ekologi manusia.

- PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan interpersonal, minat dalam memberitahu, melatih, mengubati,
menyedarkan orang lain. Ganjaran bernilai sosial dan kemasyarakatan. Menggalakkan
individu melihat dunia dandengan cara yang fleksibel.

Sumber:

http://www.kaunselingkerjaya.com/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=12)

14
1000 Peluang Kerja
Harian Metro Oleh Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my, 27 July 2010
__________________________________________________________________________
_________________________

PEMBANGUNAN empat program di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) akan  


menyediakan lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, sekali gus
membantu masyarakat tempatan meningkatkan taraf hidup masing-masing dalam usaha
merapatkan jurang sosio ekonomi antara wilayah.

Ketua Pegawai Eksekutif NCER, Datuk Redza Rafiq berkata, program pembangunan
membabitkan pelaburan RM835 juta itu akan merangkumi tiga sektor utama iaitu
penternakan, pembuatan dan pelancongan.

“Setiap pelaburan yang diserapkan ke sesebuah negeri akan mewujudkan peluang pekerjaan
baru kerana setiap pelaburan akan ada komponen rangkaian sokongan, dan setiap komponen
akan beri peluang pekerjaan lain.

“Bermakna akan wujud peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung. Sebagai
contoh, pihak Advanced Micro Devices Export Sdn Bhd (AMD) saja akan mewujudkan
sekurang-kurangnya 500 peluang pekerjaan dalam bidang kejuruteraan dan teknikal,”
katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksana Koridor Utara
(NCIA) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jabatan Perdana
Menteri di Putrajaya, semalam.

Pada majlis itu, Najib turut menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian program
pembangunan di NCER membabitkan empat syarikat swasta termasuk Progressive Ocean
Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusan, Azhar Mohd Yusof; Ace Front Industries Sdn Bhd
(AFISB) diwakili Pengarah Urusan, Hasamudin Ami, Pens Holdings Sdn Bhd diwakili
Pengerusinya, Datuk Diraja Syed Razlan Jamalulail dan AMD diwakili Naib Presiden dan
Pengarah Urusannya, Datuk Dr Mohd Sofi Osman.

Hadir sama, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu; Menteri Besar Kedah, Datuk
Seri Azizan Abdul Razak; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir dan
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Pertukaran dokumen itu menyaksikan persetujuan semua pihak terbabit untuk

15
membangunkan program pembangunan sosio ekonomi dan meningkatkan nilai rantaian
ekonomi secara keseluruhan dengan mewujudkan program ladang kontrak, peluang
pekerjaan dan kesan limpahan ekonomi.

Redza Rafiq berkata, projek pembangunan itu termasuk program akuakultur Sungai
Mengkudu di Kedah untuk membangunkan penternakan ikan dalam 800 sangkar
membabitkan 32 usahawan akuakultur daripada masyarakat setempat yang berpeluang
mempelajari dan mengusahakan ternakan ikan dalam sangkar.

Cabaran jururawat lelaki


Harian Metro, 27 Februari 2010
__________________________________________________________________________
_________________________

Oleh SHAMRAN SARAHAN


shamss@hmetro.com.my
2010/02/27

BAGAI satu stigma, kerjaya membabitkan kejururawatan dan sains kesihatan sinonimnya
sering dikaitkan dengan wanita dan ramai berasa janggal apabila mengaitkan ia dengan
lelaki.
Alasannya, wanita dianggap lebih relevan dengan kerjaya terbabit memandangkan mereka
memiliki perwatakan lembut, penyayang, penyabar dan lebih mudah didampingi pesakit.

Memang sukar menafikan sifat dominan wanita itu bagaikan satu aura yang berupaya
menjadi senjata berguna untuk mendekati pesakit, namun adakah itu bermakna lelaki tidak
sesuai menjadi jururawat? Pensyarah Informasi Kesihatan, Ahmad Suhaimi Alias, 26, dari
Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill (MUCH), berkata tanggapan mengenai kerjaya
jururawat di dominasi golongan wanita dan dikatakan tidak sesuai untuk lelaki hanya
persepsi masyarakat.

Katanya, ini kerana jika dilihat daripada skop luas, bidang berkenaan sebenarnya sudah
sekian lama menerima kehadiran jururawat di kalangan lelaki tetapi bilangannya terlalu
kecil.

"Ada tugas dalam kejururawatan, atau apa saja bidang sains kesihatan, sangat memerlukan
kehadiran lelaki bagi menjalankan tugas tertentu.

"Sebagai contoh, tugas mengangkat pesakit, keberanian menghadapi kecemasan kritikal dan
membantu dalam sesi pembedahan dalam waktu panjang. Semua tugas ini lebih praktikal
dilakukan lelaki," katanya.
Menyentuh mengenai pembabitan lelaki dalam bidang berkenaan, Suhaimi berkata,
walaupun bilangan jururawat lelaki tidak ramai, itu tidak bermakna bidang berkenaan tidak

16
diminati golongan terbabit.

"Masyarakat kini lebih terbuka dan bersikap optimis dengan pembabitan lelaki dalam bidang
ini, cuma perlu ada pendedahan menyeluruh dalam masyarakat supaya dapat menarik minat
lebih ramai lelaki menjadi jururawat," katanya.

Bercerita lanjut soal lelaki yang memilih untuk membina karier masing-masing sebagai
jururawat, empat penuntut dari MUCH, iaitu Mohd Redzuan Mohd Nizam, 20; Vinod Tynan
Greig, 21; Mohammad Amirullah Mohd Azlan, 20, dan Jelysham Jamson, 26, masing-
masing bersetuju bahawa kejururawatan bukan khusus untuk wanita saja dan hanya ego
segelintir masyarakat memandang enteng pembabitan lelaki di bidang itu.

Ikuti dengan lanjut komen penuntut bidang kejururawatan dan sains kesihatan ini mengenai
minat terhadap bidang yang mereka ceburi.

NAMA: Mohd Redzuan Mohd Nizam KURSUS: Diploma Kejururawatan, Kolej Universiti
Sains Kesihatan Masterskill PENAJA: Biasiswa Kementerian Pertahanan UMUR: 20 tahun.

ANAK muda kelahiran Taiping, Perak ini memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang
kejururawatan didorong atas dasar minat sejak di bangku sekolah lagi.

Redzuan berkata, sikap suka membantu orang serta keinginan untuk dihargai individu yang
dibantu itu menjadi satu faktor dia memilih kerjaya jururawat.

"Tugas ini (jururawat) sebenarnya membabitkan skop luas. Selain membantu pesakit dan
melakukan kerja di wad, kami memainkan peranan memberi pendidikan kesihatan terhadap
mereka (pesakit).

"Ia bukan tugas mudah dan memberi cabaran besar buat kami yang bergelar jururawat lelaki.
Namun bagi saya, itu satu kepuasan dan mampu menjadikan saya individu yang lebih
bertanggungjawab," katanya.

Selain itu, kata Redzuan, dia bukan saja seronok, malah berbangga dengan keputusan
memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang terbabit.

"Mana tidaknya, bukan ramai lelaki memilih untuk menjadi jururawat, malah jumlah
jururawat lelaki yang sedia ada juga bukan ramai sangat. Jadi, kami boleh dikatakan lelaki
istimewa kerana memilih kerjaya ini," katanya.

NAMA: Vinod Tynan Greig KURSUS: Diploma Kejururawatan, Kolej Universiti Sains
Kesihatan Masterskill UMUR: 21 tahun ASAL: Batu 9, Cheras.

BAGI Vinod, lelaki tidak perlu malu memilih kerjaya jururawat kerana tanggapan demikian
hanya ego golongan terbabit yang mengaitkan karier berkenaan untuk wanita.

"Selain minat, saya lihat banyak kelebihan menjadi jururawat. Tugas kami membabitkan
banyak perkara mengenai kesihatan dan bukan hanya terhad pada orang sakit.

"Kami boleh memberi khidmat nasihat dan kefahaman mengenai penyakit kepada sesiapa
saja, tetapi ada hadnya. Menjadi jururawat bukan semudah yang orang lain fikirkan,"

17
katanya.

Dia berkata, perkara penting menjadi jururawat adalah mengawal diri dan emosi ketika
mengendalikan pesakit, lebih-lebih lagi bila berdepan pesakit yang cerewet.

"Daripada situlah kita dapat menilai kehebatan seseorang jururawat, iaitu bagaimana dia
berusaha membantu dan cuba mengawal pesakit berkenaan.

"Satu sikap baik yang ada pada jururawat ialah kesabaran, jika sikap tidak pada seseorang,
dia tidak sesuai bergelar jururawat," katanya.

NAMA: Mohammad Amirullah Mohd Azlan KURSUS: Diploma Kejururawatan, Kolej


Universiti Sains Kesihatan Masterskill UMUR: 20 tahun ASAL: Sungai Petani, Kedah.

"JIKA ada menganggap tugas jururawat mudah dan senang, mereka silap. Selain persediaan
fizikal, kekuatan mental sangat perlu bagi semua jururawat, terutama ketika berdepan situasi
kecemasan, ancaman nyawa dan bencana," kata Amirullah.

Menurutnya, ramai tidak sedar apabila berdepan situasi terbabit, bukan semua orang dapat
menghadapinya dan itu antara tugas sukar yang perlu dilalui seorang jururawat.

"Dalam situasi beginilah kehadiran jururawat lelaki sangat diperlukan, ini kerana lazimnya
lelaki memiliki kekuatan fizikal dan mental yang lebih stabil.

"Itu jugalah kepuasan menjadi jururawat. Selain keinginan membantu pesakit, berdepan
situasi getir begitu memberi pengalaman yang tidak ternilai," katanya.

Selain itu, kata Amirullah, banyak perkara menarik apabila menceburi bidang
kejururawatan, terutama kepada yang berminat dengan kerja sukarelawan.

"Banyak aktiviti kemanusiaan yang memerlukan khidmat jururawat, dan biasanya jururawat
lelaki memiliki kelebihan untuk mendapatkannya," katanya.

NAMA: Jelysham Jamson KURSUS: Diploma Kesihatan Persekitaran, Kolej Universiti


Sains Kesihatan Masterskill UMUR: 26 tahun ASAL: Kota Marudu, Sabah.

WALAUPUN bukan daripada bidang kejururawatan, Jelysham mengakui pengetahuan


umum masyarakat mengenai bidang terbabit dan sains kesihatan secara keseluruhannya
masih rendah.

Katanya, tiba masanya pendedahan menyeluruh mengenai kerjaya dalam bidang terbabit
diberi pendedahan meluas dalam masyarakat.

"Di MUCH, selain kejururawatan, ada hampir 20 bidang dalam sains kesihatan yang boleh
diikuti dan prospek pekerjaannya juga sangat cerah.

"Bagaimanapun, masih ada yang takut untuk mencuba bidang begini kerana memikirkan ia
tidak menjanjikan peluang pekerjaan yang memberangsangkan, terutama kepada lelaki.

"Itu tanggapan salah. Malah di negara kita ketika ini masih ketandusan dan kekurangan

18
tenaga kerja membabitkan pelbagai lapangan dalam bidang ini, terutama perubatan,"
katanya.

Di MUCH, Jelysham mengikuti pengajian Kesihatan Persekitaran iaitu satu bidang berkaitan
pemantauan, siasatan dan memberi pendidikan awam mengenai sesuatu penyakit, misalnya
masalah demam denggi atau H1N1 kepada umum.

INFO > Dalam bidang penjagaan kesihatan, jururawat adalah petugas yang merujuk kepada
penjagaan profesional membabitkan aspek kesihatan > Jururawat bertanggungjawab
menjaga keselamatan dan membantu menyembuhkan pesakit, penjagaan kesihatan
(termasuk yang individu sihat) serta menangani kecemasan dalam semua keadaan > Hingga
hari ini karier sebagai jururawat masih didominasi golongan wanita, walaupun pembabitan
lelaki juga penting dalam bidang ini > Berdasarkan statistik Kementerian kesihatan, ada
71,905 jururawat di seluruh negara iaitu 54,350 berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan
sementara 17,555 dengan institusi swasta sehingga Mei 2008 > Kementerian terbabit
menganggarkan jumlah jururawat yang diperlukan menjelang 2018 ialah 110,185 jururawat

Lima punca siswazah gagal dapat kerja


Utusan Malaysia , 1 Mac 2010
_________________________________________________________________________
__________________________

KUALA TERENGGANU 28 Feb. - Kurang latihan industri, kemahiran komunikasi dan


penguasaan bahasa Inggeris yang lemah, tidak mahir menyelesaikan masalah, suka bertukar
tempat kerja dan kurang keyakinan diri.

Itu adalah lima punca yang menyebabkan ramai siswazah tempatan gagal mendapat
pekerjaan sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian di universiti.

Pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Dr.
Mohd. Fauzi Ramlan berkata, kelemahan dan kekurangan siswazah itu menyebabkan
mereka gagal meyakinkan para majikan untuk mengambil mereka bekerja.
 
Katanya, sikap siswazah yang terlalu memilih pekerjaan turut menyebabkan mereka
terpaksa menganggur walaupun mempunyai segulung ijazah.

"Kita boleh perhatikan bahawa kebanyakan siswazah pada masa ini gemar memilih
pekerjaan dan terlalu statik dengan bidang yang mereka pelajari.

"Ini menyebabkan mereka sukar mendapat pekerjaan selain sering terikat dengan tempat
kelahiran dan enggan keluar mencari kerja di tempat lain," katanya ketika berucap pada
Majlis Penutup Program Etiket Siswa 2010 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di
sini hari ini.

19
Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT,
Prof. Dr. Yahaya Ibrahim.

Program yang diadakan selama dua hari bermula kelmarin mendapat sambutan
menggalakkan apabila dihadiri oleh lebih 1,000 pelajar universiti itu daripada pelbagai
jurusan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Program Etiket Siswa yang dianjurkan universiti itu
merupakan satu inisiatif pihak universiti membentuk sahsiah pelajar bagi memenuhi
keperluan pasaran pekerjaan.
Tambahnya, ia juga mendedahkan pelajar UMT dengan kemahiran insaniah yang dapat
meningkatkan potensi mereka.

"Melalui program ini saya harap ia dapat memberi nilai tambah kepada pelajar sebagai
persiapan untuk menghadapi dunia luar," jelasnya.

Majikan diminta tawar gaji menarik


Berita Harian, 26 Mac 2010
_________________________________________________________________________
__________________________

Najib mahu pekerja tempatan diutama bagi kurangkan kebergantungan buruh asing

CYBERJAYA: Datuk Seri Najib Razak meminta majikan menimbangkan tawaran gaji
yang lebih menarik untuk pekerja tempatan kerana kerajaan banyak menerima aduan gaji
yang ditawarkan tidak memadai untuk menarik minat mereka bekerja.

Perdana Menteri berharap majikan memberikan gaji yang lebih menarik, terutama gaji
permulaan sebagai insentif kepada rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pekerjaan
membuat pilihan, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.  
"Kalau beri gaji terlalu rendah akhirnya tak ada tawaran oleh rakyat Malaysia dan majikan
akan desak kerajaan meluluskan pekerja asing"

Najib Razak ,Perdana Menteri , berkata


“Kalau beri gaji yang terlalu rendah akhirnya tak ada tawaran oleh rakyat Malaysia,
mereka (majikan) akan desak kerajaan untuk meluluskan pekerja asing”.

20
“Apabila keadaan itu berlaku, kadar gaji akan sentiasa berada pada tahap rendah. Saya
ingin sarankan supaya kita berlaku adil juga kepada pekerja Malaysia," katanya pada sesi
sidang video bersama Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, selepas
merasmikan serentak 11 Pusat JobsMalaysia (JMC), sebuah agensi di bawah Kementerian
Sumber Manusia, di sini semalam.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam dan Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.

Mengenai peluang pekerjaan di Iskandar Malaysia, Johor, yang disentuh oleh Abdul
Ghani, Perdana Menteri berharap sebahagian besar pekerja di kawasan pertumbuhan baru
itu terdiri daripada rakyat Malaysia.

"Sebagai pusat pertumbuhan yang amat berpotensi dengan projek yang akan (dan) sedang
dilaksanakan, saya harap ia menjadi contoh terbaik bukan saja dari segi tempat menarik
pelabur, tapi dari segi kepentingan pekerja dari kalangan rakyat Malaysia," katanya.

Beliau juga berkata penubuhan JMC adalah tanda prihatin kerajaan memperjuangkan
untung nasib semua golongan termasuk mereka yang tiada pekerjaan, terutama ketika
menghadapi kegawatan ekonomi, sekali gus dapat mengurangkan masalah pengangguran.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib berkata sejak penubuhan JMC, 387,210 pencari kerja
didaftarkan dan pada masa sama berjaya mendaftar 159,968 kekosongan jawatan pelbagai
sektor.

"Daripada jumlah itu, 102,769 berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh 15 bulan
pertama, dari 1 Januari 2009 hingga 18 Mac 2010," katanya.

Perdana Menteri berkata, bagi mengurangkan impak kegawatan ekonomi, kerajaan melalui
Pakej Rangsangan Ekonomi 1 dan 2 berjaya meminimumkan pekerja yang diberhentikan
kepada 46,860 berbanding jangkaan 200,000 pekerja.

Najib berkata, kejayaan itu antaranya melalui tiga program utama Kementerian Sumber
Manusia iaitu penubuhan Bilik Gerakan Pemantauan di kementerian dan 80 Bilik Gerakan
Pemantauan Pemberhentian di pejabat Tenaga Kerja seluruh negara.

Selain itu, melalui Program Penempatan Pekerjaan, 22,443 pekerja tempatan dapat
ditempatkan semula di pelbagai sektor pekerjaan seluruh negara.

"Kerajaan turut melaksanakan program latihan dan penempatan bagi meningkatkan


kemahiran dan kebolehkerjaan. Seramai 39,035 peserta mendaftar untuk mengikuti kursus
dalam 82 bidang kemahiran membabitkan 17 sektor industri.

"Daripada jumlah itu, sehingga hari ini, 20,610 pekerja berjaya ditempatkan dalam pasaran
pekerjaan dan akan terus bertambah apabila program ini selesai," katanya.
   

500,000 Peluang Kerja


Utusan Malaysia, 29 Januari 2010
_________________________________________________________________________

21
__________________________

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN


pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 29 Jan. - Lebih 500,000 peluang pekerjaan menanti rakyat tempatan apabila
syarikat kawalan keselamatan menawarkan peluang itu kepada anggota Jabatan Pertahanan
Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela).
Mengumumkan khabar gembira itu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk
Seri Mahmood Adam memberitahu, seramai 1.2 juta anggota Rela dan 110,000 anggota
JPAM bakal memenuhi kekosongan tersebut.

Kata beliau, selain dapat membantu mengurangkan tenaga kerja asing, langkah itu juga
membantu rakyat tempatan mendapatkan pekerjaan yang lebih menjamin masa depan.
'Anggota JPAM dan Rela ini mahir menggunakan senjata dan berdisiplin, jadi ia sudah
tentu tidak menimbulkan masalah kepada syarikat kawalan keselamatan.

'Pada satu peringkat nanti, kita dapat saksikan golongan ini juga akan membantu dalam
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mencegah jenayah," katanya kepada
Utusan Malaysia di sini hari ini.
Baru-baru ini KDN dan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan memeterai  
perjanjian memorandum persefahaman (MoU) untuk membenarkan anggota JPAM dan
Rela berkhidmat sebagai pengawal keselamatan.
Mahmood berkata, usaha kerajaan menggalakkan penglibatan orang awam menyertai
pasukan Rela dan JPAM kini maju setapak lagi apabila memberi peluang kepada mereka
mendapatkan pekerjaan tetap.

Katanya, selain memperoleh bayaran sebanyak RM6 sejam yang dibayar oleh kerajaan,
mereka yang memilih untuk bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan juga kini
berpeluang memperoleh gaji tetap, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
dan pelbagai kemudahan lain.
'Dengan menggunakan khidmat rakyat tempatan, saya yakin beberapa masalah yang
dihadapi sebelum ini seperti kemahiran menggunakan senjata api dan masalah komunikasi
dapat diatasi," katanya.
Menurutnya, kebanyakan syarikat kawalan keselamatan menggaji pekerja warga Nepal
yang menghadapi masalah untuk bertutur dalam bahasa Melayu walaupun mereka
dikategorikan sebagai pekerja yang setia.

  

22
ARKIB : 18/07/2005

SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

Rosmah mansor beramah mesra dengan nurul hidayah marzuki semasa


beliau melawat perpustakaan pada majlis sambutan hari jururawat di kolej
kejururawatan dan kesihatan masterskil baru-baru ini.

y=2005&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm&arc=hive)

Jururawat kerjaya mulia

Mukadimah

Profesion jururawat adalah satu bidang yang sangat berharga. Bidang ini mempunyai
nilai pasaran yang tinggi dan prospek yang sangat cerah.

Jururawat disifatkan profesion yang mulia kerana ia membantu mereka yang


memerlukan.

Bagaimanapun, kalangan generasi muda hari ini kurang berminat menceburi bidang
kejururawatan dan memilih kerjaya ini sebagai yang terakhir.

Mungkin disebabkan pekerjaan ini tidak glamor, terpaksa mengikut shift dan
menjaga pesakit yang membosankan, takut jarum atau darah serta tidak suka
persekitaran hospital yang membosankan.

Ramai tidak tahu peluang pekerjaan sebagai jururawat lebih terjamin berbanding
bidang-bidang lain. Kerjaya ini menerima gaji permulaan yang lumayan, termasuk

23
pelbagai elaun dan insentif.

Malah, jururawat juga peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah


sehingga ke doktor falsafah. Malah, bilangan jururawat negara ini yang berkhidmat
di luar negara adalah tinggi.

Wartawan Rosmah Dain mengupas kerjaya jururawat untuk makluman pembaca.


Gambar dirakamkan Aswad Yahya.

Negara masih kekurangan jururawat. Perkara ini bukan sahaja berlaku di hospital kerajaan,
tetapi di hospital swasta juga.

Justeru, menjelang tahun 2020, kerajaan mensasarkan agar nisbah bilangan kepada
penduduk adalah bersamaan 1 jururawat untuk 200 penduduk.

Secara purata, kerajaan memerlukan lebih kurang 75,000 jururawat bagi tujuan berkenaan,
ini bermakna kerajaan perlu melatih dalam anggaran 5,000 jururawat setahun.

Bidang kejururawatan adalah satu bidang yang sangat mulia dan selalunya mereka yang
terlibat dalam bidang ini disebut `unsung heroes'.

Profesion kejururawatan mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan mempunyai prospek
yang sangat cerah, bukan sahaja di negara ini, malah di negara-negara luar seperti di Timur
Tengah yang amat bersedia untuk menerima jururawat dari negara ini untuk bertugas di
negara mereka dengan gaji yang lumayan.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengingatkan para jururawat
agar mempunyai ilmu pengetahuan dan teori yang baik, kemahiran bidang klinikal juga
amat penting bagi mereka yang memilih bidang ini.

``Para jururawat perlu mengambil peluang untuk mempelajari dan mempraktikkan segala
prosedur semasa latihan di hospital dan klinik dengan sebaiknya.

``Gunakan segala kemahiran dan pengalaman untuk membantu semua pesakit yang sangat
memerlukannya. Satu lagi perkara ialah agar semua jururawat mengamalkan sifat `murah
senyuman' semasa menjalankan tugas. Senyuman yang merupakan sedekah boleh menjadi
ubat yang mujarab, kerana segala penderitaan dan kesakitan pesakit akan berkurangan
apabila jururawat yang melayan mempunyai sifat-sifat mulia dan prihatin serta sentiasa
memberikan senyuman yang manis dan ikhlas,'' katanya

Berucap pada Majlis Sambutan Hari Jururawat 2005, Kolej Kejururawatan dan Kesihatan
Masterskill (M) Sdn. Bhd. di Cheras baru-baru ini Rosmah turut menekankan kepentingan
berkomunikasi dengan pesakit.

``Berikan mereka kata-kata perangsang agar mereka rasa dihargai, tenang dan tidak risau.
Kepada semua jururawat pula saya ingin menyarankan agar anda tidak berhenti setakat
diploma sahaja. Teruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bagi mencapai kepuasan
dalam bidang yang anda ceburi,'' katanya.

24
Dalam pada itu Rosmah berharap agar lebih ramai lelaki menyertai lapangan ini
memandangkan bilangan penyertaan yang kurang daripada mereka.

Jururawat lelaki diperlukan untuk menguruskan kebanyakan pesakit lelaki dan berharap
profesion ini akan menjadi pilihan lebih ramai remaja lelaki pada masa depan.

 
   

   

SUMBER: http://berita-harian-online.com/bidang-kerja-jururawat-penyertaan-lelaki-positif/)

KUALA LUMPUR 18 Mac – Penyertaan semakin ramai kaum lelaki di dalam bidang
kejururawatan dilihat sebagai satu perkembangan positif bagi kerjaya itu.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, gabungan tenaga di
antara jururawat lelaki dan wanita mampu mendatangkan manfaat kepada bidang perubatan
negara ini.

”Pada masa ini, bidang kejururawatan bukan lagi hak milik eksklusif golongan wanita seperti
dahulu. Semakin ramai kaum adam menyertai profesion kejururawatan termasuk di negara
ini.

25
”Kekuatan fizikal yang ada pada lelaki dan kelembutan yang ada pada wanita sekiranya
diraih dan digembleng secara bersama, tentunya akan memberi banyak manfaat kepada
doktor dan pesakit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Ke-3 Kolej Kejururawatan
Pusrawi di sini semalam.

Pada majlis itu, Rosmah menyampaikan diploma kepada 105 graduan yang berjaya
menamatkan pengajian dalam bidang kejururawatan di kolej berkenaan.

Rosmah menambah, jururawat merupakan profesion yang sentiasa diperlukan oleh


masyarakat dan mempunyai peranan yang tidak boleh ditukar ganti dalam institusi kesihatan.

”Permintaan terhadap jururawat di setiap negara adalah cukup tinggi dan bilangan jururawat
sedia ada seringkali dikatakan tidak mencukupi.

”Ia menunjukkan jururawat sentiasa diperlukan masyarakat. Secara jelas, ia membuktikan


jururawat hari ini mempunyai tanggungjawab sejagat yang cukup penting di mata dunia,”
katanya.

Sementara itu, Rosmah turut mengemukakan saranan agar Kolej Kejururawatan Pusrawi
terus menambah bilangan pelatih bagi memenuhi keperluan jururawat negara.

”Dengan bertambahnya bilangan jururawat terlatih, ia mampu membantu usaha untuk


memberi lebih perhatian kepada pesakit terutamanya warga emas, wanita dan kanak-kanak,”
jelasnya.

Penyediaan Resume yang berkesan  


Jangan ambil mudah di dalam menyediakan resume anda. Kegagalan seseorang calon untuk
menyediakan resume yang berkesan boleh menyebabkan anda gagal dipanggil temuduga.
Antara tip-tip penyediaan resume yang berkesan adalah seperti berikut :

26
REALISTIK
27
Realistik – R

Individu yang mempunyai kemahiran etletik atau mekanikal.


Suka bekerja dengan objek yang boleh disentuh, mesin, peralatan, tumbuhan dan
binatang.
Tidak suka kepada aktiviti yang banyak menggunakan pemikiran.
Lebih suka bekerja di luar bangunan dari di dalam bangunan
Tingkahlaku ini cenderung kepada kebolehan manual, mekanikal, elektrikal dan
pertanian.
TIDAK MEMENTINGKAN EMOSI

Ciri-ciri individu Realistik

i. Sukakan pekerjaan yang realistik dan mengelak dari aktiviti –aktiviti sosial.
ii. Akan menggunakan kebolehan kekuatan fizikal dalam menyelesaikan
masalah.
iii. Mempunyai kebolehan mekanikal dan permainan sukan tetapi kurang
berkebolehan dalam hubungan sosial.
iv. Menghargainperkara-perkara yang konkrit seperti wang, kuasa dan status.

Sifat-Sifat Individu Realistik

1. Pemalu 6. Suka ikut perintah


2. Natural 7. Berterus terang
3. Materialistik 8. Praktikal
4. Jujur 9. Maskulin
5. Tekun 10. Tidak romantis

Kerjaya Yang Sesuai

1. Mekanik Kejenteraan 7. Jurutera Lokomotif


2. Merinyu Bangunan 8. Tukang Paip
3. Juruelektrik 9. Jurufoto

28
4. Atendan Pam Minyak 10. Operator Mesin
5. Pakar Hidupan Liar 11. Juru Ukur
6. Pakar Perikanan 12. Juruselam

KEJURUTERAAN DAN TEKNIKAL


__________________________________________________________________________________
___
Jurutera Awam
Jurutera awam bertanggungjawab untuk merekabentuk dan menyelia
 
pembinaan jalan, lapangan terbang, terowong, jambatan, pembekalan air dan
sistem pembentungan serta bangunan. Jurutera awam menggunakan
teknologi yang canggih dan konsep terkini dalam rekabentuk berbantu
komputer dalam kerja-kerja rekabentuk, pembinaan, penjadualan projek dan
kawalan kos.
 
Anggaran Gaji
 Sektor Awam (RM) : 2,000 - 5,500

 Sektor Swasta (RM) : 3,000 - 6,000


Tahap Pendidikan

 DLKM Tahap 5

 Ijazah Kejuruteraan Awam


Contoh Institusi

 Universiti Teknologi Malaysia


29
 Kolej Tunku Abdul Rahman
 Universiti Malaysia Sabah
 Institut Teknologi Tun Hussein Onn
 Universiti Teknologi Mara
 ADTEC
 Universiti Malaya
 Universiti Malaysia Sarawak
 Universiti Putra Malaysia

 Universiti Sains Malaysia


Senarai Tugas

 Mengekalkan hubungan baik dan perundingan teknikal dengan pakar


lain yang berkaitan.
 Mentadbir kontrak dan mengesahkan pembinaan siap dengan
memuaskan; Mengkaji dan memberikan nasihat dari aspek teknologi
bahan/proses tertentu atau sistem yang berkaitan dengan kerja
kejuruteraan awam;
 Mengelola dan mengarah buruh tapak dan menghantar bahan
pembinaan, loji, dan kelengkapan yang diperlukan untuk projek
pembinaan;
 Menetapkan sistem kawalan untuk memastikan struktur berfungsi
dengan cekap termasuk keselamatan dan perlindungan alam sekitar;
 Menentukan dan mengkhususkan kaedah pembinaan, bahan dan
standard kualiti, dan mengarahkan kerja pembinaan;
 Memberikan nasihat dan merekabentuk struktur seperti jambatan,
empangan, dok, jalan raya, lapangan terbang, landasan kereta api,
saluran paip, pelupusan sampah, dan sistem kawalan banjir serta
bangunan industri dan bangunan besar lain;

 Menjalankan penyelidikan, membangunkan kaedah baru tentang


kejuruteraan awam;
Contoh Pekerjaan Lain

 Jurutera tapak

 Ahli teknologi, kejuruteraan awam


Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain

30
KEJURUTERAAN DAN TEKNIKAL
__________________________________________________________________________________
___
Jurutera Mekanikal
Jurutera mekanikal menjalankan penyelidikan, memberikan nasihat tentang
 
reka bentuk, mengarah pengeluaran mesin, jentera, loji industri, kelengkapan
dan sistem, memberikan nasihat dan mengarah fungsiannya serta
menyenggara dan membaik pulih, atau mengkaji dan memberikan nasihat
tentang teknologi bahan, produk, atau proses tertentu.
 
Anggaran Gaji
 Sektor Awam (RM) : 2,000 - 5,500

 Sektor Swasta (RM) : 3,000 - 6,000


Tahap Pendidikan

 Ijazah Kejuruteraan Mekanikal

 DLKM Tahap 5
Contoh Institusi

 Universiti Teknologi Malaysia


 Universiti Malaya
 CIAST
 Universiti Teknologi Mara
 Universiti Sains Malaysia
 Universiti Putra Malaysia
 Universiti Malaysia Sarawak
 Universiti Malaysia Sabah
 Institut Teknologi Tun Hussein Onn

31
 Kolej Tunku Abdul Rahman
Senarai Tugas

 Memberikan nasihat dan merekabentuk jentera dan perkakas untuk


pembuatan, perlombongan, pembinaan, kerja pertanian dan tujuan
industri lain;
 Memberikan nasihat dan merekabentuk motor stim, pembakaran
dalaman dan motor bukan elektrik lain serta enjin yang digunakan
untuk pendorongan lokomotif kereta api, kenderaan darat, atau
pesawat udara, atau untuk pemanduan industri atau jentera lain;
 Memberikan nasihat dan merekabentuk sistem pendorongan kapal,
loji janakuasa, sistem pemanasan dan pengalihudaraan, peralatan
kemudi, pam, dan kelengkapan mekanikal lain;
 Memberikan nasihat dan merekabentuk kerangka pesawat udara,
peralatan pendaratan, dan kelengkapan lain untuk pesawat;
 Memberikan nasihat dan merekabentuk badan kenderaan darat,
sistem gantungan, brek, dan komponen lain;
 Memberikan nasihat dan merekabentuk sistem dan kelengkapan
pemanasan, pengalihudaraan, dan penyejukbekuan;

 Memberikan nasihat dan merekabentuk loji dan kelengkapan


mekanikal untuk pelepasan, kawalan, dan penggunaan tenaga
nuklear.
Contoh Pekerjaan Lain

 Jurutera, mekanikal/kuasa nuklear


 Jurutera, jentera dan peralatan perindustrian
 Jurutera, mekanikal/instrumen
 Jurutera, lif

 Pereka bentuk, kereta bermotor


Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain

32
HOTEL, RESTORAN DAN PELANCONGAN
__________________________________________________________________________________
___
Penyelia Pengemasan
Penyelia pencucian dan pengemasan di pejabat, hotel dan pertubuhan lain
 
mengatur, menyelaras, dan melaksanakan kerja pengemasan untuk
memastikan bahagian dalam dan lekapan di hotel, pejabat, dan pertubuhan
lain, serta di dalam pesawat udara, kereta api, bas, dan kenderaan
seumpamanya kemas dan bersih.

 
Anggaran Gaji
 Sektor Awam (RM) : -

 Sektor Swasta (RM) : 1,400 – 3,000


Tahap Pendidikan

 Sijil Perhotelan dan Katering

Contoh Institusi
 Kolej Komuniti

 Kolej Universiti Nilai


Senarai Tugas

 Bertanggungjawab menyediakan semua urusan pakaian keperluan


rancangan televisyen, penjadualan tugas kakitangan unit pakaian,

33
berurusan mendapatkan penajaan pakaian serta memastikan
kesesuaian dari segi fesyen dan warna, menentukan kebersihan
pakaian;
 Mengisi semula stok minibar dan menukar barang seperti gelas dan
kelengkapan menulis.
 Mencuci dapur secara amnya membantu dalam kerja-kerja dapur,
termasuk membasuh pinggan mangkuk;
 Mengemas katil, mencuci bilik mandi dan membekalkan sabun dan
barangan yang berkaitan;
 Mengawal penyimpanan dan pengeluaran bekalan;
 Menyelia kebajikan am dan tingkah laku individu dalam institusi;
 Membeli atau mengawal pembelian bekalan;
 Melibatkan, melatih, memecat, mengatur, dan menyelia pembantu,
tukang cuci, dan kakitangan pengemasan lain;

 Menyapu atau memvakum, mencuci dan menggilap lantai, perabot,


dan lekapan yang lain;
Contoh Pekerjaan Lain

Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain

HOTEL, RESTORAN DAN PELANCONGAN


__________________________________________________________________________________
___
Jurumasak
Tukang masak merancang, mengatur, menyediakan dan memasak makanan
 
di hotel, restoran dan tempat makanan awam yang lain samada di atas kapal,
di dalam kereta api penumpang, di rumah persendirian dan institusi atau
pertubuhan yang lain.

 
Anggaran Gaji
 Sektor Awam (RM) : 1515 - 1814

 Sektor Swasta (RM) : 1,400 - 2,300


Tahap Pendidikan

 Diploma Seni Kulinari

 Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni Kulinari


Contoh Institusi

 Kuala Lumpur

34
 Universiti Teknologi MARA (UiTM)
 Kolej Damansara Utama (KDU)
 Kolej Universiti Nilai

 Kolej Universiti Metropolitan


Senarai Tugas

 Memastikan kebersihan kakitangan di dapur, pinggan mangkuk,


perkakas, peralatan dapur, dan kawasan kerja;
 Menganjurkan promosi makanan;
 Merancang, menyelia, dan menyelaraskan kerja di dapur;
 Bertanggungjawab menentukan keperluan bahan kering untuk dan
basah untuk dimasak, menerima dan memeriksa barangan keperluan
 Merancang hidangan dan menu, memesan bekalan bahan mentah
makanan serta menyediakan dan memasak bahan makanan;
 Memantau kualiti di semua peringkat penyediaan dan penghidangan
serta menguatkuasakan peraturan kebersihan;

 Menunjukkan teknik memasak dan memberikan nasihat tentang


prosedur memasak;
Contoh Pekerjaan Lain

Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain


HOTEL, RESTORAN DAN PELANCONGAN
__________________________________________________________________________________
___
Pemandu Pelancong
Pemandu pelancong berperanan mengiringi individu atau rombongan
 
pelancong untuk menerangkan perkara atau membuat promosi tempat-
tempat menarik.

 
Anggaran Gaji
 Sektor Awam (RM) :

 Sektor Swasta (RM) : 1,500.00


Tahap Pendidikan

 Diploma Pengurusan Pelancongan


 Sijil Pelancongan

 Sijil Kemahiran Malaysia (Pemandu Pelancong)


Contoh Institusi

35
 Politeknik
 Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM)
 Universiti Teknologi MARA (UiTM)
 Kolej Komuniti

 Lain-lain institusi pengajian tinggi/latihan kemahiran awam/swasta


berkaitan
Senarai Tugas

 Mengiringi dan memastikan keselesaan pelancong;


 Mengendalikan rombongan seperti mendaki gunung, memburu atau
memancing;
 Memastikan tempahan untuk pengangkutan dan penginapan disahkan
serta jadual perjalanan yang disediakan dipatuhi;
 Mengiringi pelancong melancong dan menerangkan perkara yang
menarik;
 Mengiringi pelancong ke muzium dan pameran serta memberi
penerangan tentang apa yang dipamerkan;

 Mengiringi kumpulan pelawat kilang dan pertubuhan yang


seumpamanya serta memberi penerangan yang berkaitan;
Contoh Pekerjaan Lain

Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain

PERTANIAN DAN PERHUTANAN


__________________________________________________________________________________
___
Penasihat Perdagangan, Perikanan dan Perhutanan
Penasihat perladangan, perhutanan, dan perikanan memberikan bantuan
 
teknikal dan nasihat tentang kaedah dan masalah perladangan dan
perhutanan.

 
Anggaran Gaji
 Sektor Awam (RM) : 2815 - 2906

 Sektor Swasta (RM) : 2491 - 6851


Tahap Pendidikan

 Ijazah Sarjana Muda Sains (Perhutanan)

 Ijazah Sarjana Muda Pertanian/ Agrikultur

36
Contoh Institusi

 Universiti Malaysia Sabah


 Universiti Pertanian Malaysia
 Kolej RISDA Melaka

 Universiti Darul Iman


Senarai Tugas

 Mengatur tunjuk cara, memberikan ceramah, menulis dan


mengagihkan bahan untuk menggalakkan penggunaan amalan dan
teknik yang diperbaik;
 Menggunakan prinsip dan amalan saintifik untuk mengenal pasti dan
menyelesaikan masalah yang timbul dalam kerja mereka.
 Melawat ladang dan memberikan nasihat tentang langkah untuk
menangani masalah seperti hakisan tanah atau pengerumunan
perosak;
 Menasihati cara meningkatkan kualiti pengeluaran, meningkatkan
hasil, dan langkah untuk meningkatkan keberkesanan operasi, dan
untuk memulihara aset semula jadi dan alam sekitar;
 Mengikuti perkembangan kemajuan dalam kaedah dan teknik
perladangan dan perhutanan;

 Mengumpulkan data dan menganggar kuantiti dan kos bahan dan


buruh yang diperlukan untuk projek;
Contoh Pekerjaan Lain

 Pegawai perikanan
 Pegawai pertanian
 Penasihat, pertanian/Pegawai, pertanian/Ladang, penunjuk cara
 Penasihat, perhutanan/Pegawai, perhutanan

 Pemelihara hutan
Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain
PERTANIAN DAN PERHUTANAN
__________________________________________________________________________________
___
Mandor / Penyelia, Estet / Ladang
Penanam tanaman ladang merancang dan menjalankan operasi yang perlu
 
untuk menanam dan menuai pelbagai jenis tanaman ladang seperti padi dan
bijian lain, kelapa sawit, getah,kelapa, ubi, tebu, kacang tanah, tembakau,
atau tanaman lain untuk jualan atau penghantaran secara tetap kepada
pemborong, organisasi pemasaran atau di pasar.
 
Anggaran Gaji

37
 Sektor Awam (RM) : 1206 - 1538

 Sektor Swasta (RM) : 1000 - 1600


Tahap Pendidikan

 Diploma Pertanian/ Agrikultur

 Diploma Perhutanan
Contoh Institusi

 Universiti Pertanian Malaysia

 Kolej RISDA Melaka


Senarai Tugas

 Membeli benih, baja, dan bekalan lain;


 Menentukan jenis dan jumlah tanaman yang hendak ditanam;
 Menyimpan dan menjalankan beberapa pemprosesan asas terhadap
produk ladang;
 Menyewa atau melabur dalam harta tanah dan memajukan tanah,
bangunan, dan jentera;
 Menjalankan operasi seperti penyediaan tanah, penyemaian,
penanaman, penggemburan, dan penuaian tanaman;
 Menghantar atau memasarkan produk ladang.

 Menjaga haiwan yang digunakan untuk bekerja dan menyenggara


bangunan, jentera, dan kelengkapan ladang;
Contoh Pekerjaan Lain

 Penyelia, estet/ladang
 Pembantu, pertanian
 Inspektor kualiti, estet/ladang
 Pemuat, estet/ladang

 Pemeriksa, estet/ladang
Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain
PERTANIAN DAN PERHUTANAN
__________________________________________________________________________________
___
Penasihat Perdagangan, Perikanan dan Perhutanan
Penasihat perladangan, perhutanan, dan perikanan memberikan bantuan
 
teknikal dan nasihat tentang kaedah dan masalah perladangan dan
perhutanan.

38
Anggaran Gaji
 Sektor Awam (RM) : 2815 - 2906

 Sektor Swasta (RM) : 2491 - 6851


Tahap Pendidikan

 Ijazah Sarjana Muda Sains (Perhutanan)

 Ijazah Sarjana Muda Pertanian/ Agrikultur


Contoh Institusi

 Universiti Malaysia Sabah


 Universiti Pertanian Malaysia
 Kolej RISDA Melaka

 Universiti Darul Iman


Senarai Tugas

 Mengatur tunjuk cara, memberikan ceramah, menulis dan


mengagihkan bahan untuk menggalakkan penggunaan amalan dan
teknik yang diperbaik;
 Menggunakan prinsip dan amalan saintifik untuk mengenal pasti dan
menyelesaikan masalah yang timbul dalam kerja mereka.
 Melawat ladang dan memberikan nasihat tentang langkah untuk
menangani masalah seperti hakisan tanah atau pengerumunan
perosak;
 Menasihati cara meningkatkan kualiti pengeluaran, meningkatkan
hasil, dan langkah untuk meningkatkan keberkesanan operasi, dan
untuk memulihara aset semula jadi dan alam sekitar;
 Mengikuti perkembangan kemajuan dalam kaedah dan teknik
perladangan dan perhutanan;

 Mengumpulkan data dan menganggar kuantiti dan kos bahan dan


buruh yang diperlukan untuk projek;
Contoh Pekerjaan Lain

 Pegawai perikanan
 Pegawai pertanian
 Penasihat, pertanian/Pegawai, pertanian/Ladang, penunjuk cara
 Penasihat, perhutanan/Pegawai, perhutanan

 Pemelihara hutan
Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain

39
TEKNOLOGI MAKLUMAT
__________________________________________________________________________________
___
Pereka Grafik dan Multimedia
Pereka grafik dan multimedia menjalankan penyelidikan, menambah baik
 
atau membangunkan konsep pengkomputeran grafik dan kaedah operasi, dan
memberikan nasihat atau terlibat dalam aplikasi praktikalnya.

 
Anggaran Gaji
 Sektor Awam (RM) :

 Sektor Swasta (RM) :


Tahap Pendidikan

 Ijazah Sarjana Muda Komputer (Major- Multimedia)

Contoh Institusi
 Kolej Tunku Abdul Rahman

40
 Universiti Teknologi Malaysia
 Universiti Teknologi Mara
 Universiti Putra Malaysia
 Universiti Sains Malaysia
 Universiti Malaysia Sarawak
 Universiti Malaya

 Universiti Malaysia Sabah


Senarai Tugas

 Membangunkan kaedah dan instrumen yang ditambah baik, termasuk


bahasa komputer, untuk menulis, dokumentasi, dan menyenggara
perisian komputer.
 Menulis spesifikasi pengaturcaraan dan menyediakan laporan teknikal
dan manual arahan yang menyatakan kaedah operasi dan
penyenggaraan perkakasan komputer dan konfigurasi perisian;
 Merekabentuk, menulis, menyenggara, dan mengemas kini perisian
yang mengawal keseluruhan fungsi komputer dan yang
menghubungkan perkakasan dengan perisian aplikasi komputer;
 Merekabentuk dan melaksanakan rangkaian komunikasi antara
pemasangan komputer yang berlainan;
 Membangunkan dan menyenggara kamus data dan sistem pengurusan
pangkalan data untuk memastikan kesahan dan keselamatan data;
 Menganalisis keperluan pengguna komputer, dengan perundingan,
untuk menentukan konfigurasi perkakasan dan perisian keperluan
pembangunan dan menyediakan analisis kos-faedah;
 Menyumbang dan mengikuti perkembangan teknik dan kaedah
pengkomputeran, peranti persisian, perisian serta potensi dan hadnya;

 Menyelidik prinsip dan kaedah operasi komputer dan sistem


berasaskan komputer bagi komunikasi dan pemprosesan maklumat,
perancangan, reka bentuk, kawalan proses dan pengeluaran,
pembangunan, dan penyelenggaraan perisian komputer, serta struktur
data dan pangkalan data, algoritma, kepintaran buatan, dan robotik;
Contoh Pekerjaan Lain

 Pereka bentuk, tipografi


Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain

41
TEKNOLOGI MAKLUMAT
__________________________________________________________________________________
___
Artis Penerbitan Desktop
Artist desktop publishing membentuk jenis skrip dan unsur grafik
 
menggunakan perisian komputer untuk menghasilkan perisian komputer bagi
menghasilkan bahan siap penerbitan

 
Anggaran Gaji
 Sektor Awam (RM) :

 Sektor Swasta (RM) :


Tahap Pendidikan

 Ijazah Sarjana Muda Komputer

Contoh Institusi
 Universiti Teknologi Malaysia
 Universiti Malaya
 Universiti Teknologi Mara
 Universiti Putra Malaysia

 Universiti Sains Malaysia


Senarai Tugas

 Membentuk jenis skrip dan unsur grafik menggunakan perisian


komputer untuk menghasilkan perisian komputer bagi menghasilkan
bahan siap penerbitan;
 Menyemak kesalahan pada pruf awal dan akhir serta melakukan
pembetulan yang sepatutnya;
 Melakukan operasi perisian penerbitan desktop dan peralatan untuk
mereka, menyusun atur dan mengeluarkan salinan camera ready;

 Mengawasi skrin monitor untuk gambaran visual kerja yang sedang


dijalankan dan untuk memberi arahan dan maklum balas melalui
proses dan membuat pengubahsuaian yang dikehendaki;
Contoh Pekerjaan Lain

 Pakar, grafik dan bunyi/komputer


 Pereka bentuk, sistem/komputer

 Pereka bentuk, web


Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain

42
TEKNOLOGI MAKLUMAT
__________________________________________________________________________________
___
Pereka Grafik dan Multimedia
Pereka grafik dan multimedia menjalankan penyelidikan, menambah baik
 
atau membangunkan konsep pengkomputeran grafik dan kaedah operasi, dan
memberikan nasihat atau terlibat dalam aplikasi praktikalnya.

 
Anggaran Gaji
 Sektor Awam (RM) :

 Sektor Swasta (RM) :


Tahap Pendidikan

 Ijazah Sarjana Muda Komputer (Major- Multimedia)

Contoh Institusi
 Kolej Tunku Abdul Rahman
 Universiti Teknologi Malaysia
 Universiti Teknologi Mara
 Universiti Putra Malaysia
 Universiti Sains Malaysia
 Universiti Malaysia Sarawak
 Universiti Malaya

 Universiti Malaysia Sabah


Senarai Tugas

 Membangunkan kaedah dan instrumen yang ditambah baik, termasuk


bahasa komputer, untuk menulis, dokumentasi, dan menyenggara
perisian komputer.
 Menulis spesifikasi pengaturcaraan dan menyediakan laporan teknikal
dan manual arahan yang menyatakan kaedah operasi dan
penyenggaraan perkakasan komputer dan konfigurasi perisian;
 Merekabentuk, menulis, menyenggara, dan mengemas kini perisian
yang mengawal keseluruhan fungsi komputer dan yang
menghubungkan perkakasan dengan perisian aplikasi komputer;
 Merekabentuk dan melaksanakan rangkaian komunikasi antara
pemasangan komputer yang berlainan;
 Membangunkan dan menyenggara kamus data dan sistem pengurusan

43
pangkalan data untuk memastikan kesahan dan keselamatan data;
 Menganalisis keperluan pengguna komputer, dengan perundingan,
untuk menentukan konfigurasi perkakasan dan perisian keperluan
pembangunan dan menyediakan analisis kos-faedah;
 Menyumbang dan mengikuti perkembangan teknik dan kaedah
pengkomputeran, peranti persisian, perisian serta potensi dan hadnya;

 Menyelidik prinsip dan kaedah operasi komputer dan sistem


berasaskan komputer bagi komunikasi dan pemprosesan maklumat,
perancangan, reka bentuk, kawalan proses dan pengeluaran,
pembangunan, dan penyelenggaraan perisian komputer, serta struktur
data dan pangkalan data, algoritma, kepintaran buatan, dan robotik;
Contoh Pekerjaan Lain

 Pereka bentuk, tipografi


Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain

TEKNOLOGI MUZIK DAN AUDIO


__________________________________________________________________________________
___
  Juruteknik Audio Visual
Juruteknik penyiaran dan audiovisual mengawal fungsi teknikal peralatan
untuk merakam dan menyunting imej dan bunyi dan untuk menyiarkan imej
dan bunyi bagi siaran radio dan televisyen, serta jenis isyarat telekomunikasi

44
lain.
 
Anggaran Gaji
 Sektor Awam (RM) :

 Sektor Swasta (RM) :


Tahap Pendidikan

Contoh Institusi

 Universiti Teknologi Malaysia


 Universiti Sains Malaysia

 Universiti Teknologi Mara


Senarai Tugas

 Mengawal peralatan untuk menyunting dan mengadun rakaman imej


dan bunyi untuk memastikan kualiti yang memuaskan serta
menghasilkan kesan khas imej dan bunyi;
 Mengawal sistem komunikasi radio, perkhidmatan satelit, dan sistem
multipleks di darat, laut, atau di dalam pesawat udara;
 Mengaplikasikan pengetahuan tentang prinsip dan amalan penyiaran,
terminal telekomunikasi, dan sistem transmisi untuk mengenal pasti
dan menyelesaikan masalah;
 Mengaplikasi prinsip dan amalan merakam dan menyunting imej dan
bunyi supaya dapat mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang
timbul semasa menjalankan kerja;
 Mengawal sistem penghantaran dan penyiaran serta sistem satelit bagi
program radio dan televisyen;

 Mengawal peralatan untuk merakam bunyi;


Contoh Pekerjaan Lain

 Operator, peralatan radio/penerbangan


 Operator, peralatan telekomunikasi
 Operator, peralatan transmisi/radio dan televisyen
 Operator, peralatan radio/pangkalan darat

 Operator, peralatan penyiaran, radio dan televisyen


Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain
TEKNOLOGI MUZIK DAN AUDIO
__________________________________________________________________________________
___

45
Pengarah Wayang Gambar
Pengarah dan penerbit filem, pementasan, dan yang berkaitan secara
 
langsung dalam produksi wayang gambar, televisyen, atau radio, dan
pertunjukan pentas.

 
Anggaran Gaji
 Sektor Awam (RM) : -

 Sektor Swasta (RM) : -


Tahap Pendidikan

 -

Contoh Institusi
 Universiti Malaya
 Universiti Teknologi Malaysia
 Universiti Sains Malaysia

 Universiti Teknologi Mara


Senarai Tugas

 Mengisahkan cerita atau membaca karya sastera dengan lantang


untuk mendidik atau menghibur pendengar;
 Menonton filem atau pita video yang telah diproses untuk menilai
serta memilih babak dan menentukan babak mana yang patut diambil
gambar semula;

 Mengkaji skrip untuk menentukan tafsiran seni, mengarahkan


pelakon berkenaan kaedah lakonan, dan mengarahkan semua aspek
produksi drama di pentas, televisyen, radio, atau dalam wayang
gambar, termasuk pemilihan pelakon dan keputusan muktamad
tentang pakaian, reka bentuk set, kesan bunyi, atau pencahayaan;
Contoh Pekerjaan Lain

 Pegawai makmal filem


 Penerbit rancangan
 Penyunting, filem dan video
 Penerbit, televisyen

 Pegawai penerbitan
Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain

46
BANGUNAN DAN BINAAN
__________________________________________________________________________________
___
Arkitek Bangunan
Arkitek bangunan menjalankan penyelidikan, memberikan nasihat,
 
merekabentuk bangunan rekreasi, institut, kediaman, komersil, dan industri
serta merancang dan memantau pembinaannya, menyenggara, dan membaik
pulih.
 
Anggaran Gaji
 Sektor Awam (RM) : 2,000 – 5,300

 Sektor Swasta (RM) : 1,980 – 4,140


Tahap Pendidikan

 Ijazah Sarjana Muda Senibina

Contoh Institusi
 Universiti Kebangsaan Malaysia
 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
 Universiti Putra Malaysia
 Universiti Sains Malaysia

 Universiti Malaya
Senarai Tugas

 Menyelia kerja pembinaan yang berlangsung untuk memastikan


pelan, spesifikasi, dan standard kualiti dipatuhi;
 Merancang dan merekabentuk pembangunan kawasan tanah untuk
projek seperti taman, sekolah, institut, lapangan terbang, jalan raya,
dan projek yang berkaitan serta untuk tapak komersil, industri, dan
kediaman;
 Mengenal pasti dan mendapatkan penyelesaian terbaik bagi masalah
berhubung dengan fungsi dan kualiti persekitaran dalaman bangunan
dan membuat reka bentuk, lukisan, dan pelan yang perlu;
 Merekabentuk bangunan; menyediakan lukisan dan merancang
pembinaannya;
 Menyenggara dan membaik pulih serta membina hubungan yang
perlu untuk memastikan kemungkinan projek berkaitan dengan gaya,
kos, dan pemasangan mematuhi peraturan dan sebagainya;
 Merujuk pelanggan dan memberikan saranan berhubung dengan
jenis, gaya, saiz, dan lain-lain aspek pembinaan;
 Membangun dan menambah baik teori dan kaedah seni bina yang

47
baru;
 Menyediakan laporan, pelan tapak, lukisan kerja, spesifikasi, dan
anggaran kos untuk pembangunan tanah, menunjukkan lokasi dan
perincian cadangan, termasuk pemodelan tanah, struktur, dan
tumbuh-tumbuhan;
 Menyelia ujian dan pentauliahan kerja yang sudah siap.

 Merancang susun atur dan menyelaraskan pembangunan bandar;


Contoh Pekerjaan Lain

Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain

BANGUNAN DAN BINAAN


__________________________________________________________________________________
___
Jurubina Bangunan
Jurubina bangunan berperanan dalam aspek pengurusan
 
teknikal di dalam bidang pembinaan bagi sesebuah projek
pembinaan seperti pembelian bahan binaan , peralatan,
pengurusan tapak dan membaca pelan binaan.
 
Anggaran Gaji
 Sektor Awam (RM) :

 Sektor Swasta (RM) : 900.00


Tahap Pendidikan

 Sijil Kemahiran Malaysia (Jurubina Bangunan)/ setaraf

 Sijil Teknologi Binaan / setaraf


Contoh Institusi

 Kolej Komuniti Am / swasta yang berkaitan


Senarai Tugas
 Mendirikan struktur untuk menyokong bumbung dan bangunan serta
menutup dinding dengan bahan yang sesuai
 Menyediakan asas untuk mendirikan bangunan bangunan atau
struktur lain
 Memasang kasau pada bumbung dan menutupnya dengan bahan
bumbung
 Meratakan lantai supaya licin dan dapat digunakan

48
 Menyelenggara dan membaik pulih struktur sedia ada
 Mengatur kerja khusus seperti penerapan bata , mengecat, kerja paip
dan pendawaian elektrik yang akan dijalankan oleh subkontraktor

 Melakukan kerja-kerja pemasangan konkrit serta menyediakan


anggaran bahan binaan dan peralatan pembinaan yang bersesuaian
Contoh Pekerjaan Lain

 Juruukur Bahan
 Juruukur Tanah
 Pelukis Pelan

 Penyelia Pembinaan
Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain

Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain


FESYEN, SENI DAN REKABENTUK
__________________________________________________________________________________
___
Pereka Fesyen
Pereka Fesyen mengaplikasikan teknik artistik pada produk rekaan, pakaian
 
dan promosi pakaian. Mereka berperanan dalam menentukan pemilihan
pakaian yang baik menggunakan tekstur produk yang berkualiti.

 
Anggaran Gaji
 Sektor Awam (RM) :

 Sektor Swasta (RM) : 2,000.00 ++


Tahap Pendidikan

 Diploma Reka Bentuk Pakaian / setaraf


 Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Pakaian / setaraf

 Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk dan Seni (Reka Bentuk Pakaian) /
setaraf
Contoh Institusi

 Kolej Komuniti
 Lain-lain institusi pengajian tinggi/ latihan kemahiran awam/swasta
berkaitan
 Kolej Tunku Abdul Rahman

 Universiti Teknologi MARA


Senarai Tugas

49
 Menentukan objektif rekaan dengan merujuk pelanggan, menjalankan
penyelidikan dan menganalisis keperluan pelanggan;
 Mencipta dan melaksanakan kesan artistik untuk pengiklanan dan
dalam paparan atau promosi lain.
 Merekabentuk produk industri dan komersial termasuk jenis, gaya
pakaian dan aksesori terkini serta mempertimbangkan keperluan
teknikal dan keperluan lain;
 Menyelia penghasilan sampel produk atau ilustrasi
rekaan,mengarahkan pekerja lain membuat model,corak produk,
mengarahkan artis membentang atau menyusun atur kerja seni untuk
percetakan;

 Merekabentuk dan mewarnakan pemandangan latar pentas;


Contoh Pekerjaan Lain

Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain


FESYEN, SENI DAN REKABENTUK
__________________________________________________________________________________
___
Jurugambar
Jurugambar mengambil gambar, mengendalikan kamera video dan
 
kelengkapan lain untuk merakam dan menyunting imej.

 
Anggaran Gaji
 Sektor Awam (RM) : 1,200 – 3,400

 Sektor Swasta (RM) :


Tahap Pendidikan

 Ijazah Sarjana Muda Perundangan

Contoh Institusi
 Diploma Teknologi Fotografi
 Degree photography & creative Imaging

 Ijazah Sarjana Muda Fotografi


Senarai Tugas

 Mengambil gambar untuk tujuan pengiklanan atau tujuan komersil,


industri, atau saintifik lain serta membuat ilustrasi bagi cerita dan
rencana di akhbar, majalah, buku, dan penerbitan lain;
 Mengaplikasikan prinsip dan amalan merakam dan menyunting imej
dan bunyi supaya dapat mengenal pasti dan menyelesaikan masalah

50
yang timbul semasa menjalankan kerja
 Mengambil gambar potret orang atau kumpulan orang;
 Menjalankan kerja di studio atau mengangkut dan memasang
kelengkapan di lokasi tugasan;
 Mengawal kelengkapan untuk menyunting dan mengadun rakaman
imej dan bunyi untuk memastikan kualiti yang memuaskan serta
menghasilkan kesan khas imej dan bunyi;
 Mengkaji keperluan tugasan dan memilih jenis kamera, filem, dan
cahaya;
 Berunding dengan pelanggan untuk menentukan objektif tugasan
fotografi;
 Boleh bekerja dengan menggunakan teknologi digital dan
memanipulasi hasil imej pada komputer;

 Memasang dan mengendalikan kamera wayang gambar, video,


mikroskopik, dan kamera khas yang lain, termasuk yang digunakan
untuk fotografi udara bagi merakam imej;
Contoh Pekerjaan Lain

Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain

FESYEN, SENI DAN REKABENTUK


__________________________________________________________________________________
___
Pereka Hiasan Dalaman
Pereka bentuk dan juruhias dalaman menggunakan teknik seni halus ke atas
 
reka bentuk produk, hiasan dalaman, dan promosi jualan.

 
Anggaran Gaji
 Sektor Awam (RM) : 2,600 – 4,200

 Sektor Swasta (RM) :


Tahap Pendidikan

 Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Dalaman

 Diploma Seni Reka Dalaman


Contoh Institusi

 Universiti Teknologi Mara

51
 Akademi Seni Malaysia

 Lim Kok Wing Of Creative Technology


Senarai Tugas

 Merekabentuk gubahan seperti lingkaran bunga, jambangan bunga,


dan korsaj mengikut pilihan pelanggan, tujuan, acara, dan
kebolehgunaan bunga.
 Mencipta dan menghasilkan kesan seni untuk kegunaan jendela
peragaan dan tempat pameran/promosi yang lain;
 Menentukan objektif reka bentuk melalui rundingan bersama
pelanggn, menjalankan penyelidikan, dan menganalisis keperluan
fungsian atau mengkaji susun atur;
 Merekabentuk produk industri dan komersil, termasuk jenis dan gaya
pakaian dan perhiasan baru serta berusaha untuk Menyelaraskan
pertimbangan estetik dengan keperluan teknik dan keperluan lain;
 Mencipta skim hiasan dalaman dan merancang kemasan untuk rumah
kediaman, bangunan awam, kapal, dan tempat lain;
 Membuat reka bentuk hiasan tatu pada kulit pelanggan;
 Merekabentuk dan melukis pemandangan pentas;

 Menyelia pengeluaran produk contoh atau merekabentuk ilustrasi,


mengarahkan pekerja lain membuat model atau corak produk, atau
mengarahkan pelukis kemasan atau pelukis susun atur supaya
menyusun kerja seni untuk dicetak;
Contoh Pekerjaan Lain

Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain

JURUTERBANG PENUH CABARAN DAN BERISIKO

ADAKAH anda bercita-cita ingin memandu pesawat penumpang dalam usia yang muda?

Kerjaya sebagai juruterbang penuh cabaran serta berisiko.

Ramai anak muda menyimpan azam dan cita-cita untuk bergelar juruterbang.

Kerjaya ini menuntut seseorang itu berdepan dengan cabaran dan tidak gentar memandu
pesawat di awan biru.

52
Memandu kapal terbang bukan seperti memandu kereta atau kenderaan lain kerana cara
pengendalian amat berbeza.

Untuk memahirkan diri, seseorang itu perlu menjalani latihan khas di pusat-pusat atau
sekolah-sekolah latihan penerbangan sama ada di dalam atau luar negara.

Juruterbang yang berkemahiran dan terlatih mampu menerbangkan pesawat penumpang dan
kargo tanpa mengira sama ada perjalanan itu jauh atau dekat.

Tugas para juru terbang bermula selewat-lewatnya satu jam sebelum penerbangan.

Mereka akan melaporkan diri dan menerima taklimat serta maklumat tentang setiap
penerbangan yang bakal dilakukan.

Sebelum itu, juruterbang akan menyemak pelan penerbangan berdasarkan keadaan cuaca,
suhu, kelajuan angin dan berat pesawat semasa berlepas serta keperluan bahan api di samping
memeriksa kelengkapan dan peralatan elektronik.

Semasa dalam penerbangan pula, juruterbang akan membuat pemeriksaan rutin terhadap
semua sistem yang beroperasi dan menerima serta melaksanakan arahan daripada pengawal
lalu lintas udara dari mula hingga akhir penerbangan.

Keadaan yang paling mencabar ketika bertugas ialah semasa berlepas, pendakian, penurunan
dan pendaratan yang mana memerlukan penumpuan penuh setiap juruterbang agar tidak
berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Selepas mendapat lesen, juruterbang berpeluang memandu pelbagai jenis pesawat seperti
Fokker, Airbus, DC-10 dan Boeing.

Kerjaya ini sekarang terbuka luas berikutan perkembangan pesat industri penerbangan dalam
dan luar negara.

Terdapat banyak syarikat penerbangan sama ada di dalam mahupun luar negara yang
menyediakan peluang pekerjaan ini.

Daripada segi pendapatan, kerjaya ini menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta ditambah
dengan pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko.

53
Ciri-ciri peribadi yang diperlukan

1. Mempunyai minat mendalam terhadap kerjaya


2. Mempunyai keyakinan diri dan komitmen yang tinggi serta berani

3. Boleh berkomunikasi dengan baik

4. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik

5. Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik

6. Berumur di antara 18 hingga 24 tahun

7. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental

8. Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan
tidak buta warna)

9. Ketinggian minimum tidak kurang daripada 160 cm (5 kaki 4 inci)

10. Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh masa singkat atau lama

Syarat mengikuti latihan

Anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau sekolah penerbangan yang diiktiraf
dalam dan luar negara.

Tempat mengikuti latihan

Di antara sekolah latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, Malaysian Flying


Academy dan Mofaz Air Flying Academy manakala di luar negara seperti di Amerika
Syarikat, Australian, Filipina dan United Kingdom.

Syarat mengikuti latihan

54
Pelajar berminat perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian
bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam matematik, fizik dan bahasa Inggeris.

Kelayakan yang baik dalam mata pelajaran sains akan diberi keutamaan. Pemegang ijazah
yang tergolong dalam kumpulan umur di atas dan memenuhi kelayakan yang diperlukan
boleh memohon.

JURUTERA...PELUANG KERJA TERBUKA LUAS

KERJAYA jurutera penting dan besar kepada kemajuan negara. Tanpa jurutera, siapakah
yang akan merancang dan mereka bentuk projek-projek seperti pengairan, jalan raya,
jambatan, perlombongan, jana kuasa dan kilang?

Malah tugas mereka meliputi kajian dan pembangunan, pembinaan, penyenggaraan dan
pengawalan, pengeluaran, perundingan, pengurusan serta latihan.

Apa itu kejuruteraan? Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains
dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal.

Pengetahuan itu digabungkan dengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya


menggunakan bahan dan sumber semula jadi.

Jurutera ialah individu yang terlatih dalam mereka, membuat dan menggunakan (menjaga)
jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan seperti jurutera awam, elektrik
dan kapal terbang.

Mereka perlu menitikberatkan inovasi mengenai komposisi sesuatu produk dan struktur,
mengubah idea-idea baru kepada realiti, menyelesaikan masalah-masalah kemahuan dan
kehendak manusia, memperbaiki kaedah-kaedah sedia ada dan merintis kaedah baru dengan
menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif.

Pelbagai pengkhususan di bidang kejuruteraan ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi


tempatan atau luar negara.

55
Di antara pengkhususan itu ialah kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia,
proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kaji terbang, pembuatan, telekomunikasi
dan pertanian.

Perkembangan semasa di Malaysia mendorong permintaan yang tinggi terhadap profesion


ini.

Setiap hari, pasti ada syarikat mengiklankan jawatan kosong sebagai jurutera di akhbar-
akhbar tempatan.

Walaupun kerjaya ini mencabar, ia mampu memberi kepuasan kepada mereka. Tambahan
pula gaji dan imbuhannya lumayan sekali gus mampu menarik minat pelajar untuk menceburi
kerjaya ini.

Ciri-ciri peribadi yang diperlukan

1. Meminati profesion ini


2. Mempunyai pengetahuan di bidang sains, matematik dan bahasa

3. Mempunyai kemahiran komputer

< mempunyai dan>

4. Tekun dan bekerja keras


5. Mempunyai keinginan untuk berjaya

6. Seorang yang dinamik

7. Dapat bekerja secara berkumpulan

Syarat menceburi bidang ini

Calon harus memiliki ijazah mana-mana bidang kejuruteraan dari universiti tempatan atau
luar negara.

Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli Institute of Engineers Malaysia sebelum boleh
mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia.

56
Mereka memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam bidang-bidang
berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapat tauliah jurutera profesional.

Tempat melanjutkan pengajian

Universiti yang menawarkan kursus di peringkat ijazah sarjana muda ialah Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), UKM, Universiti Sains Malaysia
(USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),
Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO).

UTM, UPM, UiTM dan politeknik Kementerian Pendidikan menawarkan kursus di peringkat
diploma.

Universiti-universiti luar negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia,


Kanada, New Zealand dan Singapura turut menawarkan kursus ini.

Syarat melanjutkan pengajian

Calon perlu lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Vokasional (SPMV) dan
mendapat kepujian mata pelajaran matematik moden, matematik tambahan, fizik, kimia,
biologi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula, calon perlu lulus
matematik tulen, matematik gunaan, fizik, kimia, biologi dan pengajian am.

Tempoh pengajian adalah di antara empat hingga enam tahun.

Lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) boleh memohon masuk ke UKM, UM,
UPM, USM, UNIMAS, UMS dan UiTM serta universiti-universiti di Australia, Kanada,
United Kingdom, New Zealand dan Singapura.

Lulusan program matrikulasi atau asasi sains yang berjaya akan diterima masuk ke peringkat
ijazah pertama di universiti-universiti tempatan.

57
Di UTM pula, kursus kejuruteraan yang memakan masa lima tahun pengajian boleh diikuti
secara terus selepas SPM.

Universiti swasta tempatan seperti Universiti Telekom, Universiti Tenaga Nasional dan
Universiti Teknologi Petronas juga menawarkan kursus di peringkat ijazah sarjana muda.

Lulusan diploma dari UTM, UPM, UiTM, politeknik Kementerian Pendidikan dan kolej
swasta juga boleh memohon.

ARKITEK

TUGAS seorang arkitek ialah mereka bentuk sesuatu bangunan yang sesuai dengan
kehendak-kehendak pengguna, kos, alam sekitar dan memenuhi syarat-syarat undang-undang
dan akta perancangan setempat.

58
seorang arkitek bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengawasi pelaksanaan sesuatu
projek bangunan dari mula hingga ke akhir

SYARAT-SYARAT

Sekiranya berminat untuk memilih bidang itu sebagai kerjaya, seseorang perlu lulus Sarjana
Muda Seni Bina dan institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf.

Mereka juga perlu lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Arkitek Malaysia dan
Pertubuhan Arkitek Malaysia bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai arkitek bertauliah.

Terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian di bidang ini:

Di Universiti Teknologi Malaysia ( misalnya, para pelajar perlu mendapatkan kelulusan yang
baik di peringkat atau mereka perlu mendapat lima kepujian dalam lima mata pelajaran
termasuk bahasa Melayu dan matematik. Pelajar akan mengikuti pengajian selama tiga tahun
dan dianugerahkan diploma. Pelajar yang layak akan dibenarkan melanjutkan pengajian ke
peringkat ijazah untuk tempoh tiga tahun.

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan.

Matrikulasi Sains menawarkan tempoh pengajian selama satu setengah tahun sebelum
mengikuti pengajian Sarjana Muda Seni Bina di UM dan

Program ini memerlukan calon lulus peperiksaan serta mendapat kepujian bahasa Melayu,
Matematik, serta tiga mata pelajaran yang lain.

Terdapat pelbagai saluran lain lagi untuk mengikuti bidang ini.

Untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda Sains Seni Bina di UM dan calon perlu lulus dan
mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian dan lulus bahas melayu.

Calon juga perlu lulus STPM dengan mendapat prinsipal yang baik, khususnya dalam mata
pelajaran Matematik dan Fizik.

59
BIOPERUBATAN

BIDANG sains kesihatan sentiasa diperlukan dari semasa ke semasa dengan tujuan
mengekalkan tahap kesihatan rakyat. Keperluan tenaga mahir untuk meningkatkan
perkhidmatan kesihatan sangat diperlukan.

Beberapa universiti tempatan menawarkan kursus ini, Antaranya ialah Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), dan Universiti Putra Malaysia (UPM), yang
menawarkan kursus ini di peringkat ijazah sarjana muda.

Program di universiti bertujuan menyediakan siswazah yang terlatih serta mahir di dalam
bidang penyelidikan, kaedah diagnosis di makmal, pengurusan makmal di hospital mahu pun
industri, pengawalan mutu hasil pengeluaran industri, pemasaran bahan-bahan berkaitan
bidang perubatan, pengawalan penyakit dan pengurusan industri makanan dan farmaseutikal

60
dan mempunyai pengetahuan dasar di dalam bidang sains perubatan serta mempunyai
pengetahuan mendalam mengenai beberapa cabang sains kesihatan.

Semasa pengajian, pelajar didedahkan dengan kursus-kursus seperti anatomi, biokimia,


fisiologi, kesihatan, epidemiologi, mikrobiologi, patologi, farmakologi, entomologi, dan sains
kesihatan persekitaran.

Siswazah program ini mempunyai pengalaman yang luas mengenai pengendalian peralatan
makmal berteknologi tinggi di dalam tugas seharian mereka.

Lulusan di bidang ini tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan kerana
permintaan sumber manusia agak banyak.

Syarat menceburi bidang ini - memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains

Syarat Melanjutkan Pengajian

Cara pertama: Calon perlu lulus cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( aliran sains
serta kepujian mata pelajaran bahas Melayu dan mata pelajaran sains lain. Kelulusan ini
membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke program matrikulasi atau asasi sains
Kementerian Pendidikan untuk tempoh satu setengah tahun.

Selepas menamatkan pengajian, pelajar akan ditawarkan ke program sains di peringkat


sarjana muda berdasarkan peperiksaan matrikulasi/asasi sains.

Cara kedua: Calon perlu lulus peperiksaan dan kepujian mata pelajaran bahasa Melayu.
Selain itu, calon perlu lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta mendapat gred
yang baik tiga daripada mata pelajaran biologi, kimia, fizik dan matematik.

Cara ketiga: memiliki diploma sains daripada universiti tempatan atau Universiti Teknologi
Mara ( juga boleh memohon mengikuti program ini melalui kemasukan kes khas.

Cara keempat: Universiti tempatan juga mengambil pelajar melalui saluran kedua. Cara ini
memerlukan calon lulus serta mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, kimia,
biologi dan Matematik.

61
Selain itu, calon telah mempunyai pengalaman kerja sekurang-sekurangnya lima tahun
sebagai pembantu makmal, juruteknik, pembantu perubatan, inspektor kesihatan, jururawat
dan guru sains.

BIOTEKNOLOGI

Bioteknologi adalah bidang berkaitan dengan kegunaan mikrob, sel haiwan atau tumbuh-
tumbuhan atau enzim untuk memecah atau mentransformasikan bahan. Hal ini memerlukan
integrasi biokimia, biologi, mikrobiologi, kejuruteraan kimia dan kejuruteraan proses.

Bioteknologi dianggap sebagai julat teknologi serba boleh yang dapat diterapkan dalam
pelbagai sektor industri. Antara disiplin semula jadi dalam alah genetik, biokimia, kimia,
sains pemakanan, kejuruteraan teknologi makanan, kejuruteraan makanan, kejuruteraan
kimia, kejuruteraan biokimia, elektronik dan mikrobiologi.

Syarat Melanjutkan Pengajian

Cara pertama: matrikulasi/asasi sains ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan. Syarat yang
diperlukan ialah perlu mendapat kepujian dalam empat mata pelajaran termasuk sekurang-
kurangnya dia mata pelajaran sains. Cara kedua: rancangan Persediaan Khas (Jepun) tajaan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini dijalankan di Universiti Malaya dan mengambil masa
setahun.

Syaratnya ialah anda perlu lulus serta mendapat tidak kurang empat kepujian dalam mata
pelajaran sains/teknik.

Selepas menamatkan program ini, anda akan melanjutkan pengajian di beberapa universiti
terkemuka di Jepun di bidang bioteknologi selama empat tahun.

Cara ketiga: Universiti-universiti tempatan juga mengambil calon daripada lepasan STPM
aliran sains/setaraf. Anda perlu lulus STPM serta mendapat prinsipal E dalam pengajian am.
Selain itu, anda perlu mendapat tidak kurang dua prinsipal termasuk gred E dalam biologi.
Calon yang ditawarkan akan terus ke peringkat sarjana muda.

62
Cara keempat: bagi calon yang berkelulusan diploma di bidang berkaitan juga boleh
melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda di universiti tempatan. Diploma yang
dimaksudkan ialah Diploma Sains, Diploma Mikrobiologi dan Diploma Teknologi Makanan.

DIETETIK

Pesakit yang berpenyakit berkaitan dengan makanan dapat dirujuk kepada ahli dietetik.

Ahli dietetik dapat memberikan khidmat nasihat dari segi penilaian status pemakanan
individu atau kelompok dan seterusnya menyarankan pemakanan yang sesuai.

Syarat Melanjutkan Pengajian

Cara pertama: pelajar perlu mencapai keputusan yang baik dalam aliran sains dengan
mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, matematik, kimia dan biologi untuk
melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi sains Kementerian Pendidikan.

63
Cara kedua: Pelajar perlu lulus peperiksaan denga mendapat kepujian mata pelajaran bahasa
Melayu. Selain itu, perlu lulus juga STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya gred D
mata pelajaran biologi.

Cara ketiga: memberi pertimbangan kepada calon melalui kemasukan saluran kedua. Calon
perlu lulus dan mendapat kepujian bahasa Melayu, biologi, kimia dan matematik. Di samping
itu, perlu mempunyai lima tahun pengalaman bekerja sama ada sebagai pembantu makmal,
pembantu perubatan, juru rawat, guru sains rumah tangga atau pembantu

Cara keempat: Melalui kemasukan kes khas, calon perlu mempunyai kelayakan iaitu diploma

sains dari atau kelulusan lain yang berkaitan, yang diiktiraf universiti.

KEDOKTORAN VETERINAR

Para pelajar yang mengikuti kursus ini, apabila menamatkan pengajian kelak akan
berkhidmat di bidang perubatan dan sains kesihatan haiwan.

Doktor haiwan akan melakukan aktiviti perubatan seperti mendiagnosis penyakit, merawat
kecederaan, menentukan jenis ubat untuk haiwan, memberi ubat pelalai dan menjalankan
pembedahan haiwan.

Lulusan bidang ini boleh mendapatkan pekerjaan di ladang ternakan, di industri ternakan dan
pengeluaran makanan, klinik-klinik haiwan, Kementerian Pertanian, zoo, makmal-makmal
haiwan, universiti (pensyarah), membuka klinik haiwan sendiri dan banyak lagi.

64
Syarat Melanjutkan Pengajian

Cara pertama: Lulus dan mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu. Calon juga perlu
dengan gred baik dalam mata pelajaran biologi pada peringkat STPM dan kepujian mata
pelajaran kimia pada peringkat atau lulus dengan gred baik mata pelajaran kimia peringkat
STPM dan kepujian biologi.

JURUTERBANG

Dari Segi pendapatan, kerjaya ini menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta ditambah
dengan pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko.

Ciri-ciri Peribadi yang Diperlukan

1. Mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya

2. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani

3. Komitmen yang tinggi serta minat yang mendalam di bidang ini.

4. Boleh berkomunikasi dengan baik.

65
5. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.

6. Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik.

7. Berumur di antara 18 hingga 24 tahun.

8. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.

9. Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik
dan tidak buta warna).

10. Ketinggian minimum tidak kurang daripada (5 kaki 4 inci).

11. Sanggup bekerja di luar stesen dala tempoh masa singkat atau lama.

Syarat Mengikuti Latihan Penerbangan

untuk menjadi seorang juruterbang pesawat penumpang atau kargo, anda perlu lulus latihan
penerbangan dari institut atau latihan sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar
negara.

Tempat Mengikuti Latihan Penerbangan

Terdapat banyak sekolah latihan penerbangan di dalam atau luar negara.

Di antara sekolah latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, dan Air

Semasa berada di sekolah latihan, peserta akan mengikuti latihan penerbangan secara teori
dan praktikal dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas mengikuti latihan dengan jayanya, anda
akan memperoleh lesen penerbangan.

Syarat Mengikuti Latihan Penerbangan

Pelajar yang berminat untuk mengikuti latihan penerbangan perlu lulus dengan mendapat
kepujian bahasa melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam matematik, fizik dan bahasa
Inggeris.

SAINS NUKLEAR

66
Sains nuklear merupakan bidang baru yang mempunyai peranan penting dalam sektor
industri.

Ia merupakan ilmu yang berkaitan dengan penggunaan teknik-teknik nuklear dalam bidang-
bidang pertanian, perubatan, industri, teknologi, alam sekitar dan sains asas. Dari segi
kerjaya, lulusan di bidang ini tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan
kerana tenaga dan kepakaran mereka diperlukan sama ada di sektor awam dan swasta.

Di antara jawatan yang boleh disandang ialah termasuklah jurutera kawalan mutu, penyelidik,
pegawai di bidang pengawalan alam sekitar, perunding, pegawai di Institut Teknologi
Nuklear Malaysia ( serta para pegawai di syarikat-syarikat perindustrian.

Mereka juga boleh berkhidmat di bidang industri rawatan sisa radioaktif, perubatan serta
institusi pengajian tinggi yang masih memerlukan tenaga mahir di bidang yang berkaitan
teknologi sinaran.

(SUMBER: http://www.tutor.com.my/tutor/#kerjaya6)

Social
Sosial – S

Pengenalan
Secara umumnya, pekerja sosial mempunyai hubungan secara langsung dengan orang lain,
misalnya sebagai penasihat, pembela, kaunselor atau pendengar. Bidang kerja sosial
kebanyakannya membantu orang lain untuk lebih berjaya dalam komuniti tempatan dengan
membantu mereka mencari penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi.

67
Pekerja sosial juga melibatkan perhubungan bukan sekadar dengan klien itu sendiri,
tetapi juga dengan keluarga mereka dan kawan-kawan mereka yang berkerja dengan lain-lain
organisasi seperti guru, jururawat, kaunselor dan sebagainya.

Sebelum seseorang individu terlibat secara langsung dalam profesion kerja sosial,
terlebih dahulu mereka haruslah memahami ilmu asas serta amalan dan proses penyelesaian
masalah dalam bidang kerja sosial. Di samping itu, nilai yang didukung oleh satu-satu
pekerjaan sosial itu juga merupakan satu lagi aspek terpenting yang juga perlu diberi
perhatian oleh mereka yang terlibat.

Secara umumnya, nilai profesion kerja sosial berkisar kepada kepercayaan yang teguh
berkenaan hak individu atau organisasi terhadap kebebasan membuat pilihan dan mengambil
peluang-peluang yang ada. Nilai yang ditonjolkan juga adalah berkait rapat dengan keinginan
kepada keadaan kehidupan yang dapat memperkukuhkan kebajikan individu atau organisasi,
keperihatinan terhadap cara melayani manusia, dan hala tuju serta strategi untuk mencapai
matlamat yang ditetapkan. Ringkasnya, nilai sesuatu kerja sosial adalah seperti berikut:
1. Hubungan profesional pekerja sosial bertitik tolak daripada memartabatkan kemuliaan dan
kehormatan individu serta dipertingkatkan melalui proses penglibatan, penerimaan,
kerahsiaan, kejujuran dan tanggungjawab terhadap konflik.

2. Pekerja sosial menghormati hak individu untuk mengambil dan membuat keputusan
dengan bebas dan juga untuk terlibat secara aktif dalam proses ”bantuan”.

3. Komitmen pekerja sosial dalam membantu ”sistem klien” untuk memperoleh sumber-
sumber yang diperlukan.

4. Pekerja sosial berusaha bersungguh-sungguh dan berjuang menjadikan institusi sosial lebih
bersifat kemanusiaan dan responsif terhadap keperluan manusia.

5. Pekerja sosial mempamerkan rasa hormat dan penerimaan terhadap keunikan dan ciri-ciri
kepelbagaian masyarakat majmuk.

68
Kesemua nilai ini merupakan asas penting kepada profesionalisme kerja sosial. Disebabkan
nilai-nilai tersebut adalah penentu kritikal gelagat dalam interaksi dengan klien dan juga ahli
profesion yang lain, ia seharusnya dihayati dan dijadikan panduan bagi mendukung
perkhidmatan sosial yang berkualiti serta berhemah tinggi.

(sumber: http://kulanzsalleh.net/kerja-sosial/pekerja-sosial-sebagai-penganalisis#more-173)

Individu yang mengutamakan aktiviti-aktiviti mempengarohi orang lain seperti


memberitahu, latihan, perkembangan dan pemulihan. Mengelak diri dari aktiviti yang
sistematik yang melibatkan benda, perkakas atau mesin. Mempunyai kebolehan dalam
hubungan sosial dan kurang kebolehan dalam bidang teknikal.

INDIVIDU YANG MESRA DAN SUKA MENOLONG.

Ciri-Ciri Individu Sosial

i. Sukakan suasana dan pekerjaan sosial.


ii. Sukakan kegiatan-kegiatan sosial.
iii. Suka dirinya dilantik ketua.
iv. Pandai mewujudkan hubungan antara individu.
v. Suka mendapat perhatian.

Sifat-Sifat Individu Sosial

1. Bekerjasama 2. Suka berkawan


3. Murah hati 4. Lemah lembut
5. Suka menolong 6. Idealistik
7. Baik hati 8. Pandai memujuk
9. Bertanggung jawab 10. Saling memahami
69
11. Mesra

Kerjaya Yang Sesuai

1. Guru 2. Kaunselor
3. Ahli Psikologi Klinikal 4. Pegawai Kebajikan Masyarakat
5. Juru Acara 6. Pekerja Hospital Bahagia
7. Diplomat 8. Pekerja Sosial

PERGURUAN
__________________________________________________________________________________
___
Pensyarah Universiti
Profesional perguruan universiti dan pendidikan tinggi mengajar mata
 
pelajaran mereka pada beberapa atau semua peringkat selepas pendidikan
menengah tamat, menjalankan penyelidikan dan menambah baik atau
membangunkan konsep, teori, dan kaedah operasi berkenaan dengan disiplin
tertentu serta menyediakan kertas dan buku ilmiah.

 
Anggaran Gaji
 Sektor Awam (RM) : 3,000

 Sektor Swasta (RM) : 3,000 - 6,000


Tahap Pendidikan

 Ijazah Sarjana Muda

 Ijazah Sarjana
Contoh Institusi

 Universiti Teknologi Mara


 Universiti Sains Malaysia
 Universiti Putra Malaysia

70
 Universiti Malaysia Sarawak
 Unive
 Universiti Malaysia Sabah

 Universiti Teknologi Malaysia


Senarai Tugas

 Menyampaikan kuliah dan mengadakan tutorial, seminar, dan sesi


makmal; Merangsang perbincangan dan pemikiran bebas dalam
kalangan pelajar;
 Menyelia kerja uji kaji dan amali yang dijalankan oleh pelajar, jika
perlu;
 Mentadbir, menilai, dan memeriksa tugasan dan kertas peperiksaan;
 Mengarah penyelidikan yang dibuat oleh pelajar pascaijazah atau
kakitangan lain dalam jabatannya;
 Menyelidik dan membangunkan konsep, teori, dan kaedah operasi
bagi pengaplikasian dalam industri dan bidang lain;
 Menyediakan buku, kertas atau artikel ilmiah;
 Merekabentuk dan mengubahsuai kurikulum serta menyediakan
kursus pengajian mengikut keperluan;
 Menghadiri persidangan dan seminar;

 Membantu dalam aktiviti kokurikulum.


Contoh Pekerjaan Lain

Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain

PERGURUAN
__________________________________________________________________________________
___
Pegawai Latihan Vokasional / Pegawai Latihan
Guru pendidikan vokasional mengajar satu mata pelajaran atau lebih bagi
 
tujuan pendidikan atau vokasional, pada beberapa atau semua peringkat
antara tamatnya pendidikan rendah dengan permulaan pengajian di kolej atau
universiti.
 
Anggaran Gaji
 Sektor Awam (RM) : 2,500 - 3,100

 Sektor Swasta (RM) :

71
Tahap Pendidikan

 Ijazah Sarjana Muda

Contoh Institusi
 Universiti Sains Malaysia
 Universiti Malaya
 Universiti Kebangsaan Malaysia
 30 buah Maktab Perguruan diseluruh Malaysia
 Universiti Teknologi MARA (guru seni lukis)

 Universiti Putra Malaysia


Senarai Tugas

 Mengambil bahagian dalam mesyuarat kakitangan dan persidangan


dan bengkel pendidikan;
 Menyediakan, memberi dan memeriksa latihan, tugasan dan ujian
untuk menilai kemajuan pelajar;
 Merancang dan menyediakan pelajaran mengikut kurikulum yang
telah ditetapkan/dicadangkan;
 Menyediakan laporan tentang kerja pelajar serta berbincang dengan
guru lain dan ibu bapa;
 Mengatur atau membantu dalam aktiviti kokurikulum.

 Mengajar mata pelajaran yang berkenaan serta menyelia kerja


sekolah dan disiplin pelajar;
Contoh Pekerjaan Lain

Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain

GURU: MINAT FAKTOR PENTING

PROFESION perguruan cukup diberi perhatian oleh kerajaan melalui Kementerian


Pendidikan.

Maka tidak hairanlah begitu banyak maktab-maktab perguruan didirikan.

Kini wujud pula sebuah universiti perguruan iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
yang terletak di Tanjung Malim, Perak.

72
Di peringkat universiti, banyak kursus yang berkaitan bidang perguruan ditawarkan.

Malah kementerian merancang menambah bilangan guru berpendidikan diploma dan ijazah.

Dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan, kementerian membuka peluang kepada guru-
guru yang memiliki sijil dan diploma melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi
bertujuan meningkatkan tahap akademik mereka.

Ini selaras dengan usaha kementerian untuk menjadikan negara sebagai pusat kecemerlangan
ilmu serantau yang pastinya memerlukan tenaga pengajar di sekolah yang berkaliber.

Kerjaya sebagai guru membuka peluang yang begitu luas. Semakin meningkat jumlah
penduduk maka semakin banyak guru diperlukan - tidak kira di bandar raya, bandar mahupun
di luar bandar.

Lulusan institut pengajian di bidang ini tidak perlu bimbang kerana lepasan sijil, diploma dan
ijazah pertama pasti dilamar oleh kementerian selepas menamatkan pengajian.

Terdapat juga guru-guru yang ditawarkan untuk berkhidmat di sekolah-sekolah swasta.

Berhubung soal pendapatan, seseorang guru akan ditawarkan gaji dan elaun berdasarkan
kelulusan mereka sama ada di peringkat sijil, diploma atau ijazah.

Seperti profesion lain, seorang guru dalam tugasan seharian harus berpegang kepada etika
dan tata susila profesion perguruan supaya tidak lari daripada matlamat murninya.

Mereka juga harus minat terhadap profesionnya serta mata pelajaran yang diajar.

Ciri-ciri peribadi yang diperlukan

1. Meminati profesion ini.


2. Mempunyai pengetahuan di dalam bidang yang diajar.

3. Sanggup mendidik dan menunjuk ajar murid-murid

4. Bersifat sabar

73
5. Berkeperibadian mulia

6. Mampu menghadapi cabaran dunia pendidikan

7. Sanggup bekerja tanpa mengira tempat sama ada di bandar atau luar bandar

Syarat menceburi bidang ini

Individu harus menamatkan pengajian dan memiliki sama ada sijil, diploma atau ijazah
perguruan dalam sebarang disiplin pengajian di sekolah.

Tempat melanjutkan pengajian

Maktab-maktab perguruan atau universiti tempatan dan luar negara. Universiti tempatan yang
menawarkan kursus perguruan di peringkat ijazah sarjana muda ialah Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti
Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Utara Malaysia
(UUM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan UPSI.

Syarat yang diperlukan

1. Peringkat sijil dan diploma: Pelajar harus lulus dengan baik di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta
kepujian bahasa Melayu.
2. Peringkat ijazah sarjana muda: Terdapat beberapa cara untuk mengikuti kursus
perguruan di peringkat ijazah sarjana muda:

Cara pertama: Pelajar perlu mendapat kelulusan yang baik di peringkat SPM untuk
dipilih masuk ke program matrikulasi atau asasi. Selepas menamatkan pengajian di
peringkat ini, pelajar akan ditawarkan ke peringkat ijazah pertama.

74
Cara kedua: Mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan STPM. Calon akan
ditawarkan terus ke peringkat ijazah pertama mengikut bidang yang diminati.

Cara ketiga: Memiliki sijil atau diploma serta telah mengajar beberapa tahun juga
berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama sesuai dengan mata
pelajaran yang diajar di sekolah.

Cara keempat: Bagi pemegang ijazah sarjana muda yang berminat menjadi guru
tetapi tidak mempunyai asas dalam kaedah mengajar, mereka juga boleh berbuat
demikian dengan syarat perlu memohon untuk mengikuti kursus Diploma Pendidikan
di universiti-universiti atau kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di maktab-
maktab perguruan untuk tempoh setahun.

Sosial – S

Individu yang mengutamakan aktiviti-aktiviti mempengarohi orang lain seperti


memberitahu, latihan, perkembangan dan pemulihan. Mengelak diri dari aktiviti yang
sistematik yang melibatkan benda, perkakas atau mesin. Mempunyai kebolehan dalam
hubungan sosial dan kurang kebolehan dalam bidang teknikal.
INDIVIDU YANG MESRA DAN SUKA MENOLONG.

Ciri-Ciri Individu Sosial

vi. Sukakan suasana dan pekerjaan sosial.


vii. Sukakan kegiatan-kegiatan sosial.
viii. Suka dirinya dilantik ketua.
ix. Pandai mewujudkan hubungan antara individu.
x. Suka mendapat perhatian.

75
Sifat-Sifat Individu Sosial

1. Bekerjasama 2. Suka berkawan


3. Murah hati 4. Lemah lembut
5. Suka menolong 6. Idealistik
7. Baik hati 8. Pandai memujuk
9. Bertanggung jawab 10. Saling memahami
11. Mesra

Kerjaya Yang Sesuai

1. Guru 2. Kaunselor
3. Ahli Psikologi Klinikal 4. Pegawai Kebajikan Masyarakat
5. Juru Acara 6. Pekerja Hospital Bahagia
7. Diplomat 8. Pekerja Sosial

JURURAWAT
Dalam bidang penjagaan kesihatan, jururawat adalah seseorang yang bertugas sebagai
penjagaan profesional. Jururawat bertanggungjawab bagi keselamatan dan menyembuhkan
mereka yang sakit teruk, penjagaan kesihatan bagi mereka yang sihat, dan menangani
kecemasan dalam semua keadaan membahayakan nyawa dalam semua bidang penjagaan
kesihatan.

Jabatan kejururawatan adalah [plan penjagaan jururawat, plan penjagaan], kadang-kadang


memerlukannya bekerjasama dengan ahli fizik, ahli terapi,pesakit, keluarga pesakit dan rakan

76
sejawat.Di united state dan united kingdom,[latihan kejururawatan], seperti [pakar klinik
kerujurwatan] dan [jururawat terlatih],diagnosis masalah kesihatan dan menentukan
[pengubatan]dan lain-lain terapi.jururawat akan membantu koordinat membantu menjaga
pesakit yang dijalankan oleh ahli kesihatan yang lain seperti ahli terapi, pembantu perubatan
terlatih, pakar pemakanan dan lain-lain. jururawat akan menyediakan segala tugasan antara
satu-satu jabatan contonya seperti dengan ahli terapi dan pakar jururawat.

Pada zaman maju sekarang, jururawat bukan hanya perempuan malahan di negara-negara
lain, terdapat ramai jururawat lelaki. Dan di Malaysia, fenomena ini telah kelihatan sejak 5
tahun yang lepas di mana terdapat jururawat lelaki di Kolej Kejururawatan dan Universiti
Tempatan yang menawarkan program Diploma Kejururawatan dan Ijazah Kejururawatan.

Semasa saya kecil dahulu, saya memang mengelakkan diri dari bercita-cita untuk menjadi
jururawat kerana kemungkinan besar setelah mendengar berbagai cerita orang-orang tua yang
menganggap kerjaya jururawat ini adalah kerjaya “low class” atau kerjaya pilihan terakhir
dan kemungkinan besar tidak mahu bermenantukan seorang jururawat.Kemungkinan menurut
mereka kerjaya jururawat yang bergelumang dengan najis pesakit, darah, nanah, muntah dan
air kencing pesakit amat menjijikkan.
Dan pada pemikiran mereka, jururawat-jururawat ini berpelajaran rendah dan berperangai
“ala-ala gedik”. Kemungkinan memang berlaku mereka yang gedik tetapi tidak semua
berperangai sedemikian. So pemikiran sedemikian lah yang patut diubah.

So dengan perededaran zaman menuju teknologi baru, pemikiran manusia juga perlu diubah.
Persepsi mereka juga perlu diubah menjadi lebih luas dan terbuka.Dan pada zaman ini, kita
dapat melihat Kolej Kejururawatan tempatan dan swasta telah banyak ditubuhkan ibarat
cendawan tumbuh. Ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke kolej tersebut
kerana menurut satu kajian, kerjaya jururawat pada zaman sekarang adalah kerjaya demand
yang paling ramai samada di dalam dan luar negara. Gaji yang ditawarkan juga tinggi dan
ditambah dengan elaun kritikal yang mereka terima.

Sekarang, setelah saya berada di alam kerjaya, saya dapat melihat kerjaya ini semakin
diminati ramai dan permintaan jururawat Malaysia untuk bekerja di luar negara juga
bertambah. Pada masa sekarang, jururawat Malaysia ramai yang bekerja di negara Timur
Tengah seperti Arab Saudi,Qatar, Abu Dhabi, Dubai dan Bahrain dan gaji yang ditawarkan
adalah bermula dari RM9000 ke atas bergantung pada jawatan seseorang jururawat.

77
Pada masa yang sama, Malaysia masih mempunya masalah kekurangan jururawat dan
terpaksa mengambil jururawat dari Filipina dan India. Ini kerana, tawaran gaji yang lumayan
yang diterima diluar berbanding di Malaysia. Untuk mengelakkan negara mengambil
jururawat dari luar, kerajaan perlu meneliti semula tangga gaji jururawat di Malaysia untuk
mengelakkan penghijrahan beramai-ramai jururawat ke luar negera.

Sumber:( http://ogyayop.wordpress.com/2009/01/15/kerjaya-jururawat/)

Pengguna boleh mendapatkan berbagai-bagai perkhidmatan dengan menghubungi pusat


JobsMalaysia Cyberjaya atau mana Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang berhampiran untuk
perkhidmatan yang luas mengenai alam pekerjaan.  Antaranya:
___________________________________________________________________________
_____

       

JobsMalaysia.gov.my Karnival Pekerjaan

Portal ini menyediakan perkhidmatan atas Satu landasan bagi mempertemukan


talian bagi majikan untuk mendapatkan   antara majikan dan pekerja untuk
pekerja dan pencari kerja untuk membolehkan mereka mendapat calon
mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian. pekerja dan pekerjaan yang sesuai dengan
segera ketika program berlansung.
       
Pengurusan Temuduga Terbuka Khidmat nasihat /
   
kaunseling kerjaya
Bantuan-bantuan dan kerjasama tertentu Bimbingan mengenai aktiviti berkaitan
diberikan seperti pengurusan pusat   pekerjaan seperti teknik berkesan
temuduga, panggilan calon, promosi penggunaan portal JobsMalaysia, tatacara
menggalakan kehadiran pencari kerja menghadiri temuduga, jenis dan tugas
khusus membantu majikan mendapatkan pekerjaan yang terdapat dalam Negara dan
pekerja yang bersesuaian. sebagainya
       

Mobiliti

Bantuan pengurusan temuduga, promosi dan perpindahan calon pekerja yang dipilih hingga
ke lokasi tempat kerja.
 

Lawatan Promosi

Jalinan hubungan baik antara jabatan dan pengguna khidmat untuk memberi perkhidmatan
yang lebih baik dan berkesan; juga penganjuran lawatan pendedahan bakal pekerja ke lokasi
pekerjaan untuk menyemarakan minat didalam sesuatu bidang.

78
      

Nasihat perundangan

Akta-akta dibawah bidang kuasa jabatan seperti Akta Kerja 1955, Akta Pampasan Pekerja
1952, Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981, Akta (Penggajian) Kanak-kanak dan orang Muda
1966 dan lain-lain.
    
Ceramah /
 
Dialog Kerjaya
Menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan alam pekerjaan.
   Sumber dari:

http://cic.jobsmalaysia.gov.my/html/perkhidmatan.html

MENENTUKAN KERJAYA MENGIKUT MINAT ANDA

Mungkin tiada sesiapa pun pernah terfikir mahu menjadi seorang aktuari, penganalisis sistem,
ahli psikologi, atau pakar nuklear kerana jawatan sebegini tidak begitu didedahkan kepada
kanak-kanak.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi. Antaranya termasuklah kerja
sebegini tidak begitu melibatkan orang ramai, kurang permintaan terhadapnya dan diceburi
oleh golongan atau kaum tertentu sahaja.

Secara umumnya, kerjaya seseorang itu lebih banyak dipengaruhi oleh kecenderungan dan
pencapaian akademiknya berbanding dengan faktor lain. Anda boleh memasuki pasaran kerja
melalui beberapa peringkat latihan akademik yang ada di negara kita. Antaranya ialah:

1. Diploma/Ijazah Daripada Institusi Pengajian Tinggi.

79
Mereka yang mempunyai ijazah atau diploma daripada institusi pengajian tingi selalunya
menjawat jawatan tinggi dan profesional seperti doktor, akauntan, jurutera dan arkitek. Untuk
menjawat jawatan seperti ii, kita perlu mengikuti latihan dan pengajian khas yang boleh
diperolehi daripada institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.

2. Program Politeknik, dan Vokasional.

Negara kita ada menyediakan pelbagai program latihan kemahiran vokasional pada peringkat
sijil dan diploma seperti teknikal dalam bidang elektronik dan mekatronik. latihan kemahiran
seperti in boleh diperolehi daripada institusi vokasional/teknikal tajaan kerajaan atau pusat-
pusat latihan badan berkanun dan sektor swasta.

3. Program Sektor Awam

Anda juga boleh mendapatkan latihan kemahiran jangka pendek dan jangka panjang yang
disediakan oleh sektor awam. Antaranya ialah program-program kemahiran belia anjuran
Institut kemahiran MARA dan Institut Latihan belia negara (, program-program
keusahawanan dan perdagangan anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan latihan
kejururawatan dan pembantu perubatan anjuran Kementerian Kesihatan.

4. Latihan Teknikal dan Profesional Sektor Swasta

Latihan kemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan profesional daripada pelbagai institusi
pengajian swasta. Ini termasuklah kelayakan profesional daripada institusi pengajian tinggi
dan badan profesional luar negara yang bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi swasta
dan badan profesional tempatan.

5.Latihan Angkatan Tentera atau Polis

Latihan angkatan tentera dan polis hanya dikendalikan oleh pihak kerajaan. Latihan polis
dikendalikan oleh Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia, sementara latihan ketenteraan pula
dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan.

6. Belajar sendiri atau Melalui Sistem Jarak Jauh/Gaya Pos

80
Kini, terdapat banyak sekolah dan institusi pengajian tinggi swasta yang menawarkan
pelbagai kursus jarak jauh/gaya pos . Cara belajar yang sebegini sesuai untuk golongan yang
bekerja atau yang tinggal jauh daripada institusi pengajian yang menawarkan kursus pilihan.

ANALISIS KERJAYA DIRI

Semasa membuat pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan diri, anda perlulah terlebih
dahulu mengenali diri sendiri.

Jika anda tidak mengenali diri sendiri, anda mungkin akan melakukan kesilapan semasa
membuat pemilihan kerjaya. Jika ini berlaku, anda tidak akan dapat mencapai kepuasan
dalam apa yang anda lakukan.

Salah satu cara untuk mengenali diri sendiri ialah dengan membuat penilaian diri. Anda boleh
membuat senarai semak dan menandakan mengikut kategori minat/tidak berminat.

Anda boleh mencuba senarai semak berikut:

Subjek diminati di sekolah

a. Bahasa

 Bahasa Melayu
 Bahasa Inggeris

 Bahasa Tamil

 Bahasa Mandarin

 Bahasa asing

b. Sastera

 Sejarah
 Geografi

 Kesusasteraan Melayu

81
 Pengajian Islam

c. Sains

 Kimia
 Fizik

 Biologi

 Matematik

d. Subjek praktikal

 Lukisan
 Sains Rumah Tangga

 Sains Pertanian

 Perakaunan

 Komputer

 Kemahiran Hidup

 dan sebagainya...

2. Ko-kurikulum

a. Pasukan beruniform

 Pasukan Kadet
 Pasukan Pengakap

 Pasukan Pandu Puteri

 Pasukan Bulan Sabit Merah

 Lain-lain...

b. Persatuan Praktikal

82
 Kelab Bahas/Pidato
 Kelab Kembara

 Kelab Komputer

 Lain-lain...

c. Badan kemasyarakatan

 Kelab Interaksi
 Kelab Kaunseling

 Lain-lain...

3. Hobi

a. Hobi di dalam rumah

b. Hobi di luar rumah

4. Aktiviti Luar Sekolah

a. Sukan

b. Kumpulan Keagamaan

c. Kumpulan Kemasyarakatan

d. Kumpulan Kebudayaan

e. Pertubuhan Kebajikan

5. Adakah anda suka bertugas

83
a. Di dalam pejabat?

b. Di luar pejabat?

6. Adakah anda suka bekerja

a. Sendirian?

b. Berkumpulan?

7. Bolehkah anda bekerja dengan orang lain di dalam

satu kumpulan?

a. Ya

b. Tidak

8. Adakah anda suka kerjaya yang melibatkan orang ramai?

a. Ya

b. Tidak

9. Apakah motivasi anda untuk bekerja?

a. Gaji

b. Kepuasan kerja

c. Kebajikan/perkhidmatan

84
10. Mahukan anda habiskan sebahagian besar hidup anda pada satu pekerjaan sahaja?

a. Ya

b. Tidak

Dengan membuat analisis jadual ini, anda dapat melihat kecenderungan diri anda.

Umpamanya, jika anda berminat menjadi seorang pakar kaji bumi ( anda mesti meminati
mata pelajaran geografi, matematik dan sains. Anda juga mesti berminat melakukan kerja-
kerja lasak di luar pejabat dan kerja penyelidikan di dalam makmal.

Buatlah analisis anda sendiri secara terperinci. Fikirkan dahulu selama seminggu atau dua
minggu sebelum membuat sebarang keputusan mengenai kerjaya yang ingin anda ceburi.

85

You might also like