You are on page 1of 4

Sistem rangka manusia

Sejumlah 206 tulang membentuk sistem rangka manusia dewasa. Tulang dinamakan
mengikut tempatnya.

2 bahagian sistem rangka manusia iaitu:

1. Rangka paksi
o Tengkorak
o Turus vertebra
o Sangkar rusuk
2. Rangka apendaj
o Lengkungan pektoral
o Lengkungan pelvis
o Tulang-tulang anggota hadapan
o Tulang-tulang anggota Belakang

[sunting] Rangka paksi


[sunting] Tengkorak

Rangka atau tulang-tulang tengkorak ini melindungi kepala dan organ-organ dalam kepala.

Bahagian-bahagian tengkorak ialah:

1. Kranium
o Berfungsi untuk melindungi otak.
o Mempunyai 8 kepingan tulang yang berasingan bercantum melalui satur(sendi
tak bergerak).
2. Soket mata (atau Orbit)
o Berfungsi untuk melindungi kedua-dua bebola mata.
3. Tulang hidung
o Berfungsi untuk menyokong tisu-tisu hidung yang lembut.
4. Lubang telinga
o Berfungsi untuk melindungi bahagian dalam telinga.
5. Rahang atas (atau Maksila)
o Berfungsi menyokong barisan gigi atas.
6. Rahang bawah (atau Mendibel)
o Berfungsi menyokong barisan gigi bawah.
o Rahang berkebolehan untuk bergerak, iaitu untuk menguyah makanan dan
sebagainya.
7. Bukaan pada dasar tengkorak
o Berfungsi untuk menyambung tengkorak dengan turus vertebra.

[sunting] Turus vertebra

Tulang-tulang vertebra terdiri daripada 33 ruas tulang bersendi. Pada setiap hujungnya
terbentuk satu turus yang boleh luntur. Turus vertebra berfungsi untuk melindungi saraf
tunjang yang terletak dibahagian tengahnya. Diantara tulang-tulang vertebra, terdapat cakera
rawan yang bertindak sebagai kusyen untuk penyerap hentakan(daya) dan mengurangkan
geseran semasa pergerakan.

Bahagian-bahagian turus vertebra ialah:

 7 vertebra serviks - Bahagian leher


 12 vertebra toraks - Bahagian toraks
 5 vertebra lumbar - Bahagian pinggang
 5 vertebra sakrum - Bahagian punggung
 4 vertebra koksiks - Bahagian hujung tulang belakang

Bahagian-bahagian vertebrata

1. Sentrum
o Bersifat Pejal dan tegar
o Memberi sokongan
o Menentang daya mampatan
2. Arka
o Merupakan lengkuk saraf
o Terletak pada bahagian dorsal sentrum
o Melindungi saraf tunjang
3. Salur saraf
o Merupakan salur rongga kosong
o Berfungsi sebagai laluan saraf tunjang
4. Zigapofisis
o Merupakan muka sendi antara 2 vertebra.
o Prazigapofisis mengarah ke atas.
o Postzigapofisis mengarah ke bawah.
5. Cuaran spina
o Berfungsi untuk melekatkan otot
6. Cuaran melintang
o Berfungsi untuk melekatkan otot

[sunting] Sangkar rusuk

Sangkar rusuk berfungsi untuk melindungi jantung dan peparu.

Tulang-tulang yang membentuk sangkar rusuk ialah:

 12 pasang tulang rusuk bersendi dengan vertebra toraks dan melengkung ke hadapan.
 7 pasang tulang rusuk bersendi dengan sternum secara terus.
 3 pasang yang lain dihubung secara tidak langsung dengan rawan.
 3 pasang tulang rusuk terakhir tergantung bebas dan tidak dihubungkan kepada
sternum.

[sunting] Rangka apendaj


Model rangka manusia

Rangka apendaj bersendi dengan rangka paksi pada bahagian bahu dan punggung.

[sunting] Lengkungan pektoral

Terdiri daripada 2 tulang iaitu:

1. Tulang klavikel
o Berbentuk rod dan melengkung sedikit.
o Bersendi dengan manubrium pada suatu hujung dan cuaran akromion pada
suatu hujung yang lain.
o Berfungsi untuk mengalirkan daya daripada lengan kepada badan manusia.
2. Tulang skapula
o Berbentuk sekeping tulang leper yang berupa segitiga.
o Membentuk cuaran akromion dan cuaran korakoid yang dianjur daripada spina
skapula.
o Lesung glenoid(bahagian tulang skapula) bersendi dengan kepala tulang
humerus anggota hadapan.

[sunting] Lengkungan pelvis


Terdiri daripada 2 tulang kiri dan kanan yang simetri. Tulang-tulang pada kedua-dua
bahagian ini bercantum antara satu sama lain di simfisis pubis pada bahagian ventral.
Lengkungan ini terbahagi kepada:

 Ilium yang bersendi dengan sakrum.


 Iskium (atau tulang pelana)
 Pubis (atau tulang ari-ari)

You might also like