2.0DEFINISI KEMAHIRAN BELAJAR
2.1 Pengenalan Kemahiran Belajar
Kemahiran belajar
merujuk kepada kemahiran untuk menyediakan diri bagimenerima ilmu ketika belajar. Kemahiran ini amat penting bagi memastikan apayang diajar dapat diterima dan difahami oleh pelajar
.
Enam aspek kemahiranbelajar yang penting iaitu kemahiran mengurus masa, kemahiran membaca,kemahiran mencatat nota, kemahiran membuat rujukan, kemahiran mendengar dan kemahiran menghadapi peperiksaan yang dijangka mempengaruhi prestasiakademik dan belajar seseorang . Kemahiran mengurus masa adalah caramenggunakan masa dengan betul. Kemahiran membaca adalah proses berfikir yang melibatkan pemikiran berkaitan dengan perkara tersurat, tersirat danmengaplikasikan maklumat baru ke dalam situasi baru. Kemahiran menulis notaadalah merekod isi-isi penting atau maklumat yang diperoleh melalui kuliah,daripada buku ataupun daripada sumber lain. Kemahiran membuat rujukanadalah membaca atau mencari bahan rujukan tambahan untuk mendapatkanmaklumat dan kemahiran mendengar adalah aktiviti mendengar dan menyimpanmaklumat yang diterima dengan maklumat yang sedia ada dalam ingatan.Kemahiran menghadapi peperiksaan adalah mengetahui cara menghadapi danbersedia untuk peperiksaan.
3