You are on page 1of 28

1.

0 PENDAHULUAN

Sememangnya keselamatan dalam penggunaan komputer,lebih-lebih


lagi pada zaman arus globalisasi ini adalah sangat wajar dan penting sekali.Ini
adalah kerana dengan komputer berbagai-bagai perbuatan jahat boleh dilakukan
jadi sebagai pengguna atau user kita haruslah mengambil tahu tentang
keselamatan dalam penggunaan komputer agar tidak berlaku perkara-perkara
yang akan mengganggu keamanan dan hak-hak privasi kita.Seharusnya kita
semua sedar akan kepentingan keselamatan komputer.Kebanyakkan orang
hanya memandang remeh akan hal ini.Mereka tidak tahu yang kini melalui
komputer pelbagai jenayah cyber boleh berlaku samaada kita sedar atau tidak.

Ini ditambah pula dengan sistem penggunaan Internet yang makin


berleluasa, Internet yang sebenarnya boleh memberi pengetahuan menyeluruh
mengenai pelbagai perkara nyata telah disalahguna oleh banyak pihak untuk
tujuan tidak berfaedah. Sejauh manakah kesan buruk ini akan merosakkan
generasi muda negara? Adakah kita akan membiarkan saja, kerana berpendapat
ini adalah akibat daripada impak globalisasi seperti yang diwar-warkan kerajaan?
Jadi disinilah peri pentingnya keselamatan dan etika dalam penggunaan
komputer agar masalah-masalah yang lain tidak timbul.

Masyarakat perlu sedar Internet bertujuan mempermudah urusan dan


untuk memperkaya ilmu, serta menjadi medan pertukaran pendapat dan idea.
Kita perlu ingat, dalam mengejar arus globalisasi yang semakin pantas, dan
untuk melengkapkan diri seiring dengan negara maju yang lain,kita juga perlu

1
mempunyai etika lebih-lebih lagi dalam penggunaan komputer di dalam dunia
internet. Setiap orang mempunyai tujuan yang berbeza-beza dalam
menggunakan internet. Ada yang menggunakannya untuk mendapatkan
informasi, melakukan pekerjaan, download lagu, hiburan dan lain-lain. Intinya
kegiatan di dunia maya ini tanpa batas, kita dapat menngunakannya secara
bebas sesuai dengan keperluan. Tapi, walaupun bebas kita juga harus
mempunyai etika dan berhati-hati dalam menyimpan data sama ada dalam
komputer mahupun internet.

Terdapat pelbagai isu etika yang berkaitan dengan penggunaan


komputer yang masih menjadi satu kebimbangan dalam apa jua mod aktiviti. Isu
keselamatan komputer juga penting kerana kebarangkalian jenayah dilakukan
oleh pengguna komputer yang dipercayai.Jadi sebagai rakyat Malaysia yang
bijak, kita hendaklah cuba mewujudkan satu budaya Internet yang sihat dan
memandang akan kepentingan menjaga keselamatan komputer dalam usaha
kita memperlengkapkan diri sebagai seorang yang berilmu dan berpengetahuan.
Ini membolehkan kita terus bersaing dalam dunia yang dikuasai dan dimonopoli
oleh pelbagai teknologi terkini yang menggerak pembangunan dan kemajuan
sesebuah negara.

2
2.0 PENGENALAN KESELAMATAN KOMPUTER

2.1 Definisi Keselamatan Komputer

Keselamatan komputer boleh ditakrifkan sebagai menjaga keamanan atau


kesejahteraan komputer kita sama ada dari segi sistem dan perisian,data
mahupun perkakasan. Keselamatan komputer juga bermaksud amalan
melindung sistem komputer dari kegagalan, ancaman, risiko dan kelemahan dari
pelbagai sudut seperti kesalahan manusia atau operasi, serangan dan bencana
alam yang boleh menyebabkan maklumat menjadi terdedah atau maklumat
dipinda secara tidak sah, kemusnahan atau denial-of-service.
.

2.2 Matlamat menjaga keselamatan komputer

Seperti yang kita tahu,menjaga keselamatan komputer adalah sangat penting


agar komputer kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik.Kesejahteraan
komputer kita bergantung kepada kita jadi sebagai pengguna kita haruslah
menggalas tanggungjawab ini dengan baik.Antara matlamat penjagaan
keselamatan komputer adalah :

 Agar apa yang kita lakukan atau simpan selamat dan tidak hilang
 Agar komputer mahupun sistem dan perisian kita tidak rosak
 Agar kita sahaja yang berhak menggunakan ,mengakses atau
mengubahsuainya.
 Supaya perkakasan komputer kita berada dalam keadaan yang baik
 Agar keselamatan pengguna berada dalam keadaan selamat

3
2.3 Asas Keselamatan Komputer

Fungsi komputer yang mana bekerja dalam bentuk digital(1 dan 0),mnyebabkan
ia mudah di tembusi dan sering terdedah kepada bermacam-macam ancaman
maka dengan itu, pengguna perlulah mengetahui tentang ancaman-ancaman
dan keselamatan dalam menggunakan komputer. Ancaman ini memberikan
kesan yang besar kepada kita lebih-lebih lagi jika kita adalah seorang ahli
perniagaan yang sentiasa bekerja dengan komputer.Kerugian besar mungkin
berlaku.samada dari segi wang,harta,masa dan sebagainya.Dimana-mana
sahaja,keselamatan terhadap komputer adalah amat dititikberatkan walaupun
kita ini tidak terlibat dalam perniagaan.Malahan sebagai pelajar,kita juga perlu
menitik beratkan keselamatan ini agar data-data dan kerja kita tidak hilang atau
dicuri rakan. Keselamatan komputer juga meliputu 4 perkara asas iaitu
kerahsiaan,integriti,kesediaan dan penggunaan yang betul.

 Kerahsiaan-mencegah maklumat rahsia dibaca atau diketahui oleh org yg


tidak berdaftar.Jenis capaian-boleh baca, lihat,cetak atau dgn hanya
mengetahui kewujudan sesuatu objek atau aset dlm sistem komputer.

 Integriti-mencegah sebarang ubah suai oleh org yg tak berdaftar. Jenis


ubah suai: menulis, mengubah, menukar(status), hapus atau cipta.

 Kesediaan:org yg berdaftar tidak sepatutnya dihalang dari maencapai


suatu aset/data selagi beliau mempunyai capaian yang dibenarkan.

 Penggunaan yang betul: org yg berdaftar menggunakan sistem


komputer dgn cara betul atau dibenarkan. Jika diikuti, ini boleh mengelak
kegagalan sistem, jenayah komputer atau kerosakan akibat kecuaian
manusia

4
3.0 ANCAMAN KOMPUTER

Apakah itu ancaman?ancaman/threat adalah suatu keadaan yang berpotensi


yang membenarkan sistem komputer kita untuk dirosakkan. Terdapat 2 jenis
ancaman iaitu ancaman aktif dan juga pasif.

ANCAMAN AKTIF ANCAMAN PASIF

penceroboh bukan sahaja penceroboh cuma memerhati


memerhati data atau maklumat data atau maklumat tanpa
sulit tapi mengubahnya atau mengubah atau menghapus
menghapuskan data atau tetapi mengambil keuntungan
maklumat tersebut. dari maklumat tersebut
samaada meniru atau mencuri
idea.

 Interception(aktif)-iaitu orang yang tidak dikenali melakukan


kekacauan,mencuri data,dan merosakkan komputer

 Interuption(pasif)-iaitu pencurian data melalui komunikasi.contohnya


pengguna A menghantar data kepada pengguna B melalui email,tetapi
semasa penghantaran antara penggunaA dan pengguna B,berlaku
kecurian data.

5
 Modification(aktif)-data yang dihantar antara penggunaA dan penggunaB
telah diubah semasa penghantaran data antara pengguna A dan
pengguna B.

 Fabrication(aktif)-data yang dihantar antara pengguna A dan pengguna B


telah ditambah iaitu buat apa yang takda didalam data,perlu
menggunakan skill untuk mengubahnya..

Konsep seterusnya adalah vulnerability/kebocoran.Vulnerability merujuk kepada


suatu perlindungan yang lemah kepada komputer yang mana ianya mudah untuk
diserang.perlindungan haruslah diberikan perhatian kepada
hardware/perkakasan,software/perisian,dan juga data.Serangan atau ancaman
pada perisian pula ialah merosakkan perisian tersebut dengan cara menghantar
virus untuk makan configuration. Configuration penting untuk mengerakkan
perisian tersebut.Cara pencegahannya .kita perlu mempunyai contribution
manager software utiliti yang menjaga software berkenaan. Ancaman pada data
pula ialah kecurian,penghapusan,ataupun pegubahan data tersebut.

6
4.0 JENAYAH KOMPUTER

4.1 Definisi Jenayah Komputer

Jenayah membawa maksud aktiviti seperti kecurian, penipuan, pemalsuan,


peras ugut dan sebagainya. Jenayah komputer pula melibatkan segala aktiviti
jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala
aktiviti yang melibatkan jenayah.Walau bagaimana, definisi yang lebih baik dan
komprehensif telah dibuat oleh Mr Donn B. Parker seorang penyelidik di dalam
jenayah komputer dan keselamatan untuk SRI International di Menlo Park,
California. Beliau menyatakan bahawa jenayah komputer adalah mana
perlakuan yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa
cara dan menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan
penderitaan, kerugian dan berterusan.Jabatan Kehakiman US menguatkan lagi
definisi ini dengan mengatakan bahawa jenayah komputer adalah mana-mana
aktiviti yang tidak sah dimana pengetahuan mengenai teknologi komputer
digunakan untuk merealisasikannya.

4.2 Jenis-jenis jenayah komputer

Dalam dunia maya ini,sememangnya jenayah komputer adalah sesuatu yang


tidak asing lagi.Terdapat berbagai jenis jenayah komputer.Antaranya ialah;

 cybervandalisma  -gangguan sengaja,pencacatan,kemusnahan laman


web ataupun sistem maklumat korporat.
 sniffer-memperhatikan segala kelakuan didalam rangkaian.yang mana
menggunakan perisian tertentu.Segala e-mail mungkin boleh dilihat dan e-
mail tersebut boleh di ubah.
 denial-of-sevice attacks(dos)-membanjiri server dengan ribuan permintaan
palsu untuk menghancurkan rangkaian.Ini menyebabkan rangkaian

7
tersebut tidak dapat diakses oleh pengguna lain.Ini adalah amat bahaya
kerana di dalam perniagaan,kegagalan sesuatu sistem maklumat itu untuk
berfungsi menyebabkan kerugian yang tinggi..
 identity theft-pencurian maklumat peribadi seperti sosial ID , atau nombor
kad kredit ,gambar,dan sebagainya daripada orang-orang yang
tertentu,Mangsa kebiasaannya adalah orang yang berpengaruh dan
terkenal.Ia bertujuan untuk menyamar sebagai orang lain bagi menarik
pelanggan-pelanggannya.
 phising- Phising ialah aktiviti penghantaran  mesej email kepada
pengguna yang mana memujuk pengguna untuk klik satu link didalam
email berkenaan.kemudian pengguna akan dibawa ke satu laman
web,yang mana laman web tersebut kelihatan seperti perniagaan sah dan
meminta pengguna memasukkan data peribadi mereka.Sasaran phising
biasanya ialah pelanggan bank.
 hoax-adalah suatu maklumat yang mana menceritakan tentang sesuatu
yang tidak benar ataupun palsu yang menyebabkan seseorang itu
menjadi takut .Maklumat ini akan disebarkan di mana2 sahaja
termasuklah sms dan sebagainya
 cetak rompak- Memuat turun sebarang perisian atau dokumen
tanpa kebenaran pemilik asalnya.Contohnya seperti VCD cetak rompak.
 Menyebarkan virus-terdapat pelbagai jenis virus.Virus-virus ini disebarkan
untuk merosakkan sistem komputer mahupun data.

8
4.3 Jenayah dan masalah moral dalam penggunaan komputer

4.3.1 Hacker
Hacker ialah seseorang yang mempunyai minat dan pengetahuan yang
mendalam terhadap sesuatu OS. Beliau selalunya adalah seorang pengaturcara
komputer atau jurutera sistem yang 'advance' dalam sesuatu sistem komputer
sehingga mampu mengenalpasti kelemahan-kelemahan sistem berkenaan
melalui kaedah uji cuba yang dilakukan beliau. Maklumat yang di perolehi ini
selalunya dikongsi secara terbuka melalui artikel-artikel yang ditulis dan dihantar
kepada penerbit untuk siaran.. Mereka mempunyai kod etika tertentu dan tidak
akan memusnahkan rangkaian sistem mahupun data. Mereka adalah
pengaturcara yang cekap dan terlibat dalam aktiviti yang kreatif dan produktif.

4.3.2 Cracker
Cracker pula adalah mereka yang sengaja memecah masuk ke dalam sesuatu
sistem atas tujuan khianat, sabotaj dan sebagainya. Keupayaan mereka adalah
sama dengan hacker cuma yang membezakan ialah etika mereka. Cracker
mudah dikenali berdasarkan tindakan mereka yang agresif dan merbahaya.

Kaedah individu-individu ini memasuki ke dalam sesuatu sistem adalah berbagai.


Teknik utama mereka ialah melalui password cracking. Bagaimanapun terdapat
banyak kaedah lain yang lebih cepat yang digunakan mereka terutama dengan
menguji cuba kelemahan sesuatu sistem melalui penghantaran arahan-arahan
elektronik secara jauh terhadap sistem keselamatan mangsa.

9
Level Cracking:
Untuk memecahkan password bukanlah satu kerja cepat dan mudah. Apatah lagi
bagi passwword yang menggunakan 'one way encryption method' khususnya
dalam operasi UNIX. Ini bermakna, selepas diencrypt, tiada lagi kaedah yang
boleh membukanya, walaupun program asal yang digunakan.Bagaimanapun
teknologi hacking yang semakin maju sejajar dengan kemajuan sistem security
semasa, memungkinkan sesuatu password itu boleh dipecahkan walau sesukar
mana ia dirahsiakan.

Peringkat-peringkat asas memecahkan password dalah seperti berikut:


. Dictionary Attack - pemecahan password dilakukan melalui uji cuba password
dengan senarai perkataan (word list) yang dikumpulkan dari berbagai sumber.
Selalunya proses ini adalah yang paling cepat terutama sekiranya password asal
itu merupakan perkataan yang sering digunakan seharian.
. Hybrid Attack - menggunakan teknik di atas dan keupayaan program yang
digunakan, senarai perkataan atau word list yang ada akan ditambah 2
perkataan atau nombor lain di hujung atau permulaannva . la aKan menambah
kebarangkalian kejayaan pemecahan password memandangkan kecenderungan
pengguna menambah sesuatu di hujung nama mereka sebagai password
misalnya saya2004
. Brute Force Attack - teknik Inl a alah langkah terakhir dan yang paling
menyeluruh dengan jaminan kejayaan 100 peratus. Yang menyukarkannya ialah
masa!. Melalui teknik ini setiap huruf dari a-z, A-Z dan 0-9 serta ASCII character
akan digunakan satu persatu sehingga mendapat jawapannya. Berdasarkan
teori, teknik ini pasti menemui jawapan sesuatu password.

10
4.3.3 VIRUS KOMPUTER
 
Virus komputer di dalam istilah komputer ialah sejenis program parasit yang
tertanam di dalam salah sebuah perisian atau program. Kebiasaannya ia
disimpan atau terletak di kawasan tertentu di dalam disk yang dinamakan "boot
sector". Apabila kita menjalankan/melarikan perisian yang dijangkiti virus
tersebut atau cuba mengakses disk yang dijangkiti akan mengaktifkan virus
tersebut. Virus boleh diprogramkan untuk melakukan pelbagai perkara
termasuklah menyalin diri mereka ke dalam program lain, memaparkan
maklumat tertentu di monitor, memusnahkan fail maklumat atau memadam
kelesuruhan cakera keras "hard disk".

Disamping itu, virus komputer juga boleh diprogramkan untuk bertindak pada
masa-masa yang tertentu atau pada hari yang telah ditetapkan. Virus yang
paling digeruni sekali ialah virus Michelangelo yang menyebabkan kemusnahan
yang amat besar pada tahun1991. Ia ditulis untuk diaktifkan pada harilahir
penulis aturcara tersebut. Apabila pengguna menghidupkan komputer mereka
yang telah dijangkiti pada hari tersebut, komputer akan mengformatkan
"reformat" cakera keras, memadamkan segala maklumat dan perisian yang
disimpan di dalam cakera keras tersebut .Tidak seperti virus yang menyebabkan
selsema atau penyakit lain terhadap manusia, virus komputer tidak berlaku atau
terjadi dengan sendirinya. Setiap virus harus diprogramkan. Tidak terdapat virus
yang berfaedah. Kadangkala, virus komputer hanya ditulis untuk mengganggu.
Terdapat sesetengah individu yang ingin memaparkan mesej tertentu untuk
bergurau. Di dalam keadaan yang demikian, virus tersebut hanyalah bersifat
untuk menggangu sahaja.

11
5.0 CARA-CARA MENJAGA KESELAMATAN KOMPUTER

5.1 Pencegahan Dari Jangkitan virus

Untuk mencegah jangkitan virus tidaklah sukar seperti yang disangkakan. Kita
hanya perlukan pengetahuan mengenai virus komputer dan beberapa perisian
untuk mengatasinya. Perkara utama yang kita perlu ketahui ialah semasa
komputer kita berada didalam keadaan bahaya jangkitan. Apabila virus komputer
telah berada di dalam ingatan komputer, virus boleh memusnahkan perisian dan
fail-fail data di dalam cakera keras anda. Cara yang paling mudah untuk
mendapat jangkitan virus komputer ialah dengan bertukar-tukar perisian atau
disk dengan orang lain. Bahkan, perisian yang baru dibeli dan masih dalam
bungkusan juga dipercayai mempunyai virus komputer. Kaedah pencegahan
yang terbaik ialah dengan menganggap semua disk yang anda temui
mempunyai potensi dijangkiti virus. Untuk mengenal pasti virus komputer
memerlukan perisian antivirus. Perisian ini mampu mengesan disk dan perisian
yangdipercayai mempunyai virus dan memusnahkannya. Terdapat pelbagai
perisian untuk mengesan virus ini.Kita juga perlulah kerap kali mengimbas PC
kita dari serangan Trojan, Virus dan Sniffer. Begitu juga jangan download email
attachment yang belum discan ke dalam PC terutama yang mengandungi
'.com, .vb, .dll, .exe dihujung nama fail berkenaan kerana itu semua adalah virus.

5.1.1 Fail Pengenalan Virus (virus signature file)

Kesemua perisian antivirus merujuk kepada pengkalan data yang menyimpan


maklumat mengenai virus apabila memeriksa sesuatu fail yang dijangkiti. Oleh
yang demikian, adalah penting untuk kita sentiasa mengemaskinikan "update"
fail tersebut untuk mengesan virus-virus yang baru. Ini kerana hampir setiap hari,
boleh dikatakan hampir lima ekor virus baru ditemui. Kebanyakan perisian

12
antivirus membenarkan kita mengemaskinikan fail tersebut. Walau
bagaimanapun, terdapat perisian yang mudah untuk kita mengemaskinikannya
dan juga sebaliknya. Sesetangah perisian seperti Norton Antivirus 2.0 dan PC-
Cilin hanya memerlukan kita menekan satu butang sahaja. Segala proses lain
akan dilakukan secara automatik. Sesetengah perisian juga memerlukan kita
untuk mengemaskinikan fail secara manual. Terdapat juga sesetengah perisian
seperti Dr Solomon yang menghantarkan fail update secara manual kepada
pengguna Walau apa sekalipun perisian antivirus yang kita gunakan pastikan
kita sentiasa mengemaskinikan fail pengenalan virus kita. Kita tidak dapat
menjangka bagaimana tindakan yang akan dilakukan oleh virus pada masa
hadapan. Mungkin ia mampu melakukan kerosakan/kemusnahan yang lebih
besar lagi .

5.2 Menghalang password Cracker

Untuk menghalang 100 peratus serangan password cracker ini adalah sukar.
Bagaimanapun sebagai panduan, berikut ini adalah beberapa panduan yang
boleh digunakan:

 Gunakan random password hasil daripada kombinasi nombor huruf kecil


dan besar serta simbol (bagaimanapun utk sesetengah web account
simbol tidak dibenarkan) misalnya xcWer4#5hgR&@ )
 Gunakan semaksimum mungkin password yang dibenarkan serta
pastikanbilangannya tidak kurang daripada 8 aksara.
 Sering menukar password sekurang-kurangnya sebulan sekali dalam LAN
atau seminggu sekali dalam persekitaran internet.

13
 Jangan memberikan password kita kepada orang lain atau menulisnya di
tempat yang mudah dilihat orang. Sebaiknya ingati password kita.
 Set kan pilihan lock worksation jika gagal mengemukakan password
melebihi 5kali pada sistem keselamatan pc anda.

5.3 Gunakan Internet Firewall

Sebelum kita menyambungkan komputer kita ke Internet, kita sepatutnya


memasang firewall. Ini merupakan suatu perisian atau perkakasan yang
membantu menghalang penggodam, dan banyak jenis virus dan cacing (worms),
daripada mengakses komputer anda.
Firewall merupakan pertahanan barisan hadapan yang paling penting bagi
keselamatan komputer. Kita juga harus menggunakan Windows® Update dan
perisian antivirus untuk membantu melindungi PC kita.

5.4 Dapatkan Kemas Kini Komputer

Sekiranya kita sedang menggunakan Microsoft Windows 2000 Service Pack 3


(SP3) atau yang lebih baharu, kita boleh menggunakan kelebihan Kemas Kini
Automatik, yang boleh memuat turun secara automatik kemas kini keselamatan
Microsoft yang terbaharu semasa komputer kita terpasang dan tersambung
kepada Internet. Sekiranya kita tidak pasti apakah versi Windows yang kita

14
sedang gunakan, kita boleh mengetahuinya dengan mengikuti arahan bagi
menyemak versi sistem pengoperasian kita.
Untuk menggunakan Kemas Kini Automatik bagi memuat turun dan memasang
apa-apa kemas kini keselamatan masa hadapan yang penting daripada
Microsoft :

 Klik Start, dan kemudian acu kepada Settings, dan kemudian klik Control
Panel.  
 Klik dua kali ikon Automatic Updates untuk membuka petak dialog
Automatic Updates. Anda akan nampak suatu skrin seperti di bawah.
 Pada tab Automatic Updates, tanda pada petak yang bersebelahan
dengan Keep my computer up to date.
 Pilih suatu pengesetan ,sebaikya pilih Automatically download the
updates, and install them on the schedule that I specify.

Sekiranya kita memilih opsyen untuk memuat turun dan memasang kemas kini
secara automatik, pilih hari dan waktu komputer kita akan dihidupkan, supaya
proses pemasangan boleh dilengkapkan.

15
5.5 Cara menjaga keselamatan computer dari segi perkakasan

5.5.1 Cara-Cara Menjaga Keselamatan Cakera Liut

1.     Jangan meletak alat atau bahan yang berat di atas cakera liut.
2.     Jangan mendedahkan cakera liut pada haba yang sangat panas, cahaya
matahari dan air.
3.     Jangan meletak cakera liut berdekatan dengan medan magnet seperti
pembesar suara, telefon, headsets, monitors dan calculators.
4.     Jangan makan, minum atau merokok berdekatan dengan cakera liut.
5.     Jangan membuka shutter cakera liut atau memegang permukaan
rakamannya.
6.     Simpanlah cakera liut ke daiam bekas simpanannya.
7.     Masukkan cakera liut ke dalam pemacu dengan betul.
8.     Semasa lampu pemacu menyala, jangan menarik keluar cakera iiut.

5.5.2 Cara-Cara Menjaga Keselamatan Cakera Padat

1.     Jangan mendedahkan cakera'padat pada cahaya matahari atau haba yang
sangat panas.
2.     Jangan menyentuh bahagian bawah permukaan cakera padat.
3.     Jangan menulis menggunakan pen mata bulat di permukaan atas cakera
padat. Gunakan alat tulis seperti markerpen.
4. Jangan simpan cakera padat secara tindih menindih
5.     Jangan makan minum atau merokok berdekatan cakera padat.
6.     Pegang cakera padat dengan cara yang betul.

16
6.0 ASPEK-ASPEK DALAM KESELAMATAN KOMPUTER

6.1 Aspek keselamatan komputer

Keselamatan komputer meliputi empat aspek yang penting, iaitu


tanggungjawab, keselamatan fizikal, keselamatan sistem dan keselamatan data.
Peranan dan tanggungjawab merujuk kepada pengguna dimana kita harus
memainkan peranan.Keselamatan fizikal merujuk kepada kesediaan infrastruktur
dan peralatan untuk menjaga keselamatan pengguna, mencegah kehilangan
atau kerosakan alat seperti gril, kawalan kunci, kestabilan elektrik, alat pemadam
api.Keselamatan sistem merujuk kepada tindakan untuk melindungi sistem dan
perisian aplikasi yang dipasang dalam komputer daripada kerosakan dan
pencerohohan. Antara tindakan yang berkaitan dengan keselamatan sistem
adalah pemasangan perisian antivirus, mewujudkan kata laluan untuk
menghadkan akses kepada internet oleh pengguna.Keselamatan data merujuk
kepada kaedah penyimpanan, penyebaran data dan kawalan akses
maklumat.Berikut adalah aspek keselamatan komputer yang perlu ditikberatkan:

Antara aspek keselamatan komputer yang perlu dititikberatkan ialah,


suhu dalam makmal komputer sebaiknya tidak lebih dari 40 ° C. Penggunaan
alat pendingin udara adalah sangat tidak digalakkan kerana suhu yang
terlampau sejuk mahupun panas pasti akan mengakibatkan kerosakan terhadap
komputer tersebut.Komputer juga perlulah menggunakan alat pelaras arus
efektrik seperti AVR atau UPS supaya voltan efektrik yang masuk ke komputer
sentiasa terkawal dan stabil. Elakkan dari terfalu banyak menggunakan socket
extension kerana dikhuatiri akan berlaku litar pintasan dan mengakibat computer
kita rosak.

17
Bukan itu sahaja, jiika kita ingin memindahkan komputer, harus diingat
sistem unit komputer agak sensitif jadi elakkan dari terhantuk, tergegar dengan
kuat atau terjatuh.Ini adalah kerana apabila ianya berlaku,peralatan atau skrew
yang berada dalam komputer mungkin akan tercabut . Komputer juga mungkin
tidak akan dapat berfungsi lagi selepas itu.Kita juga tidak boleh makan ,minum
atau meroko berdekatan dengan komputer sebenarnya.Contohnya,jika kita
meminum air yang manis dan tiba-tiba air itu tertumpah,komputer kita pasti akan
mengalami kejutan.Ini adalah kerana komputer dan barang-barang yang ada
didalamnya amat sensitif terhadap,air,suhu mahupun gegaran

Selain itu,kita juga perlu memastikan computer kita sentiasa berada dalam
keadaaan yang bersih.Kita perlu membersihkan komputer kita sekurang-
kurangnya 1 kali seminggu. Untuk kerja-kerja membersihkan habuk di bahagian
dalam sistem unit kita perlulah menggunakan kain,bulu ayam atau sejenis alat
yang dipanggil a-can.Kita juga perlulah menanggalkan 3-pin dari soket pada
dinding setelah selesai menggunakan komputer dan  jangan sesekali
menyambung apa jua kabel peranti (termasuk tetikus dan papan kekunci) ke
sistem unit tanpa sistem unit di shutdown terlebih dahulu.  Jika perlu
menyambung kabel-kabel ke sistem unit, lakukan secara berhati-hati supaya pin
kabel tidak terbengkok, terpatah atau termasuk ke dalam.Aspek-aspek
keselamatan ini haruslah diambil serius oleh para pengguna komputer agar
keselamatan komputer sentiasa terjamin.

18
6.2 Aspek Keselamatan Perkakasan  

1.     Jangan membawa keluar sebarang perkakasan komputer dari makmal


tanpa kebenaran
2.     Jika ada bunyi yang ganjil atau terhidu sesuatu yang terbakar kenalpasti
komputer yang terlibat dan segera putuskan bekalan kuasa di dinding yang
bersambung ke komputer itu.
3.     Komputer yang rosak perlu diasingkan,dilabelkan dan dinyatakan perkara
yang rosak untuk tindakan seterusnya.
4.     Imbas cakera liut sebelum digunakan untuk mengelakkan sebaran virus.
5.     Pastikan cakera liut disimpan dalam kotaknya atau bekas bebas dari
sebarang benda asing, habuk dan kekotoran.
6.     Padamkan suis pencetak selepas digunakan.
7.     Pengguna dikehendaki melaporkan sebarang kerosakan perkakasan
kepada guru komputer.
8.     Kekisi pintu dan tingkap perlu dipasang untuk mengelakkan kecurian
perkakasan berlaku.
9.     Sistem penggera kebakaran (sistem pengesan asap dan api) perlu
dipasang untuk mengelakkan kebakaran dari berlaku.
10.   Pastikan disk cleaner dan cecair alkohol ada disimpan dalam makmal
komputer untuk mencuci pemacu cakera yang kotor.

19
6.3 Aspek Keselamatan Pengguna

1.     Meja komputer diatur dengan baik dan tersusun, sistem unit diletak di
tempat yang sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat
peranti
2.     Tempat duduk selesa, kerusi boleh dilaras mengikut keperluan pengguna
dan duduk tegak untuk hindar dari sakit pinggang.
3.     Kabel-kabel komputer perlu diletakkan di belakang komputer atau di tempat
yang selamat dari laluan pengguna.
4.     Penapis cahaya monitor (glass filter) boleh digunakan untuk keselesaan
dan keselamatan mata pengguna.
5.     Laraskan kedudukan monitor dengan mata ; monitor harus 18 ke 24 inci
jauh dari mata.
6.     Pengguna perlu berehat selepas 2 jam menggunakan komputer dan melihat
kehiiauan di luar untuk melegakan pandangan mata.
7.     Pengguna dinasihatkan berehat sebentarjika mengalami sakit tengkok, sakit
tulang belakang dan keletihan kedua-dua tangan.
8.     Pastikan makmal komputer dilengkapi dengan kotak pertolongan cemas.
9.     Jika perlu buka casing komputer untuk kerja penyelenggaraan, pastikan
sistem unit di shutdown dahulu, matikan kuasa elektrik dan tanggalkan plug.
10.   Semasa membuat kerja penyelenggaraan, elak dari memakai tali leher,
barang-barang kemas dan berambut panjang.
11.   Perhatikan jika terdapat wayar kuasa yang terdedah;tukar mana-mana
kabel kuasa yang rosak.

6. 4 Senarai Peraturan Makmal Komputer

20
1.     Pengguna tidak boleh masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau
semasa ketiadaan guru.
2.     Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Susun atur semula kerusi
supaya kemas.
3.     Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas.
4.     Pastikan alat pemadarn api ada dan boleh digunakan.
5.     Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.
6.     Semua pengguna dikehendaki mengikuti jadual Waktu Penggunaan
makmal komputer.
7.     Semua pengguna dikehendaki mencatat pada buku log / rekod penggunaan
makmal komputer
8.     Pengguna dilarang melayari Internet pada alamat-alamat yang tidak
senonoh (lucah).
9.     Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda, bertengkar
dan bergaduh dalam makmal komputer.
10.   Pengguna komputer dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada
komputer.
11.   Pengguna dilarang membawa sebarang cakera perisian luar masuk ke
dalam makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas.
12. Pengguna dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari
makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas.
13.   Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu yang terbakar
atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal, sila laporkan dengan segera
pada guru yang bertugas.

7.0 ETIKA KOMPUTER

7.1 Definisi etika komputer

21
Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer
yang betul(panduan).Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat,
harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika
penggunaan komputer dalam era maklumat. Etika komputer juga boleh
ditakrifkan sebagai panduan moral dalam penggunaan komputer dan sistem
maklumat mengenai salah dan betul menggunakan komputer
Kebanyakan pengguna komputer mewujudkan kod etika misalnya :-

- dilarang mengganggu kesulitan maklumat majikan


- mengekalkan integriti sistem sepanjang masa
- dilarang mengganggu kebersendirian orang lain
- jangan melanggar undang-undang siber

7.2 10 Rukun Etika Komputer


Sepuluh perintah tersebut adalah panduan kepada pengguna dan professional
dari Computer Ethics Institute seperti::

1. Jangan menggunakan komputer untuk merugikan dan mebahayakan orang


lain
 Dalam menggunakan komputer kita tidak boleh merugikan orang lain, misalnya
menggunakan komputer untuk merompak sebuah bank, menggunakan komputer
untuk membuat virus,menggunakan komputer untuk merosakkan sistem
keamanan komputer seseorang.Sebagai pengguna kita patut sedar yang
komputer adalah satu alat elektronik untuk membantu memudahkan kita jadi
tidak seharusnya kita menggunakannya untuk melakukan jenayah.

2. Jangan melanggar atau mengganggu hak atau karya komputer orang lain
Bagi pengguna komputer,diharapkan jangan mengganggu dan menggunakan
komputer untuk mengganggu hak-hak orang lain,seperti meniru karya orang lai

22
atau ,menginstal sebuah program yang tidak dibenarkan. Kita seharusnya
menghormati hak dan karya orang lainj.
 
3. Jangan menceroboh masuk fail komputer orang lain
Sebagai pengguna komputer,kita tidak seharusnya menceroboh,mengintai atau
memata-matai fail-fail komputer pengguna komputer lain tanpa pengetahuann
mereka .Ini adalah satu kesalahan yang amat besa lebih-lebih lagi jika kita
mengambil data milik orang lain yang bukan haknya,sebaiknya hal tersebut tidak
dilakukan oleh penggun komputer kerana ianya sangat merugikan orang lain dan
kegiatan ini biasa dilakukan oleh para Cracker dan Hacker yang tidak
bertanggung jawab.
 
4. Jangan menggunakan komputer untuk mencuri
 Ini biasa digunakan oleh perompak dan pencuri yang biasanya menggunakan
komputer untuk menggodam sistem keamanan sebuah bank,dan digunakan oleh
para pengganas untuk mencari dana dengan menggodam identiti pribadi
targetnya.

5. Jangan menggunakan komputer untuk memberikan kesaksian palsu


 Menggunakan komputer untuk menyebarkan berita-berita palsu dan memutar
belitkan fakta,serta menguarkan informasi tentang seseorang yang semuanya
berupa kebohongan,dan cenderung kepada pelanggaran hukum iaitu
memburukkan nama baik seseorang adalah amat salah.Sebagai
pengguna.harus diingat dengan memberikan kesaksian palsu apatah lagi
menguar-uarkan cerita yang tidak benar adalah salah disisi undang-undang
komputer.Jadi kita seharusnya sedar bahawa apa yang kita lakukan itu amatlah
tidak berguna dan membuang masa.

6. Jangan menduplikasi atau menggunakan software tanpa membayar


dahulu copyright nya 

23
Ini yang biasa dilakukan masyarakat awam yang biasanya menduplikasi software
atau data seseorang tanpa sumber yang dia ambil

7. Jangan menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa


pengetahuannya 
Apabila kita ingin membuka computer orang lain,kita diharapkan meminta izin
dari empunya terlebih dahulu.Ini adalah kerana jika kita membuka komputer
tanpa izin,itu boleh dinamakan mengintai atau mungkin kita akan disalahtafsirkan
oleh pengguna komputer itu.Dia mungkin mengagak kita ingin mencuri hasil
kerjanya.Agar salah faham ini tidak berlaku lebih baik kita meminta kebenaran
dahulu
 
8. Jangan mencuri atau mengambil hasil intelektual orang lain
Kita tidak boleh mencuri dan mengambil sesuatu yang bukan hak kita contohnya 
seperti menduplikatkan sebuah software lalu memperbanyaknya dan kemudian
di komersialkan.Ianya adalah salah satu jenayah dimana kita telah menjual
software yang bukan milik kita.Ini akan merugikan pengguna komputer lain dan
ia adalah perbutan yang amat kejam terhadap pemilik software tersebut.

9. Pertimbangkan kesan dari program yang dibuat atau sistem komputer yang
dirancang
 Dalam membuat sebuah program hendaknya kita menilai sisi positif dan
negatifnya,apabila program yang kita buat lebih banyak nampak buruknya lebih
baik kita menghentikan membuat program itu agar perkara-perkara yang tidak
diingini tidak berlaku.Bak kata pepatah mencegah lebih baik dari mengubati.
 

10. Gunakan komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain
Dalam menggunakan komputer kita harus mempertimbangkan setiap sisi baik
buruknya,jangan sampai kita merugikan pihak lain.

24
 

Apabila setiap pengguna komputer mahupun internet, menerapkan 10 etika


dalam menggunakan komputer ataupun internet, pastinya keamanan dan
kenyamanan bagi user mhaupun pengguna komputer atau internet lebih
menyenangkan.

7.3 NETIKA-Etika Penggunaan Internet

"Etika Penggunaan Internet" atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai


"Acceptable Use Policy", ringkasnya AUP, disediakan bagi mendidik pengguna

25
mengenai tatacara penggunaan Internet yang baik di kalangan rakyat
Malaysia.Pengguna Internet harus memahami bahawa akses Internet adalah
satu keistimewaan (privileage) dan bukannya hak (right).Asas Internet ialah satu
rangkaian komputer dengan jutaan pengguna di seluruh dunia yang dapat
berhubung, berkongsi maklumat dan melakukan penyelidikan dalam pelbagai
bidang. Internet seharusnya dilihat sebagai wadah yang menyediakan ruang bagi
meningkatkan tahap kebebasan mendapatkan maklumat, iaitu satu hak asasi
rakyat dalam sebuah masyarakat demokratik.Penggunaan Internet akan
memberikan natijah yang baik sekiranya ia digunakan secara bertanggungjawab.
Menginsafi bahawa Internet adalah wadah global tanpa sempadan dan tanpa
tapisan, adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk menghayati "Etika
Penggunaan Internet" bagi membolehkan Internet dimanfaatkan sepenuhnya

.Menurut Zainuddin Zakaria(2004) Menulis email adalah sangat berbeza jika


dibandingkan dengan menulis surat biasa ataupun semasa berbual melalui
telefon.Ada beberapa perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa kita
ber komunikasi dengan email.Perkara-perkara ini mestilah dipatuhi sepanjang
masa kerana ia sudah menjadi satu peraturan tidak rasmi yang di panggil
netika.

26
8.0 RUMUSAN

Keselamatan komputer sememangnya penting dan amat berguna bagi


kita sebagai seorang pengguna komputer.Dengan menjaga keselamatan

27
komputer,segala perkakasan,perisian,sistem mahupun data-data kita akan
berada dalam keadaan selamat.Semuanya ergantung kepada kita samaada
mahu mengambil kira aspek-aspek keselamatan ini mahupun tidak.

Sebagai pengguna,penting bagi kita untuk mengetahui cara-cara menjaga


keselamatan.Antaranya kita boleh memasang perisian antivirus,meletakkan
password dengan kata laluan yang sukar bagi penggodam untuk memecah
masuk dan sentiasa update komputer kita.Bagi pengguna Internet pula,untuk
menjaga hak-hak privasi mereka,para pengguna perlulah sedar apabila
melibatkan diri dalam dunia Internet ini pastinya kita akan terdedah dengan
pelbagai ancaman.Jadi sebelum menggunakan internet lebih baik kita
berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak berlaku apa-apa
perkara yang akan menyusahkan kita.

Untuk menghindarkan diri kita semua dari bahaya komputer ini,kita


perlulah mempunyai etika yang betul dalam penggunaan komputer.Sekiranya
para pengguna mengetahui dan mengamalkan etika-etika ini nescaya
keselamatan dalam penggunaan komputer akan lebih terjamin.Jadi para
pengguna pastinya akan menggunakan komputer dengan berhemah sambil
memikirkan tentang orang lain juga.Sepertimana kita hidup perlulah mempunyai
etika,begitulah juga dalam penggunaan internet dan komputer.

28

You might also like