PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Office of Director-General of Educetion Malaysia
ARAS 8, BLOK E38
Level 8, Block E8,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
Government Complex Parcel E,
Tel: 03-8884 6077
Fax: 03-8859 4548
Laman web: http: wwwmoegov. 1s.
ATFENGARAL
Oa KOXURIKULUM
KP/KPPM/S ( 14)
26 Julai 2010
‘Semua Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Negeri
Y.Bhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,
KEBENARAN KHAS KEPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID YANG
MELAKSANAKAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI OAN
KESIHATAN (PJK) MEMAKAI PAKAIAN RASMI SUKAN SEPANJANG HARI
BERKENAAN
Adalah dimaklumkan bahawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa__Induk
Pembangunan Sukan Sekolah yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana
Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 17 Mac 2010 telah memutuskan
bahawa Surat Siaran tentang pakaian sukan di sekolah perlu dikeluarkan dalam
usaha memperkasakan sukan dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan (PJK) di sekolah.
2. Sehubungan itu, semua guru dan murid di sekolah rendah dan sekolah
menengah ‘yang melaksanskan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan dikehendaki memakai pakaian sukan yang sesuai seperti berikut
2.1. Guru ~ Memakai T-Shirt berkoler, Seluar Sukan (Track-Bottom)
serta memakai Kasut sukan dan berstokin putih.
2.2. Murid — Memakai T-Shirt berkolar atau tidak berkolar, Seluar Sukan
(Track-Bottom) serta memakai Kasut sukan dan Berstokin putih.
3. Lanjutan daripada perkara di atas, Kementerian Pelajaran Malaysia juga
telah bersetuju member kelonggaran kepada guru-guru termasuk juga murid-
murid yang melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
(PJK) untuk memakai pakaian sukan sepanjang hari berkenaan.4, — Sila maklumkan kandungan Surat Siaran ini kepada pegawai yang
bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah,
Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiranY.Bhg.
Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan.
‘Sekian, terima kasih.
“ BERKHIDMAT| UNTUK NEGARA"
. :
t
TAN SRI DATO'|RJ. ALIMUDDIN BIN HJ. MOHD DOM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
sk.
. Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin,
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia
2. Y.B. Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong,
Timbalan Meniteri Pelajaran Mataysia
3. Y.B. Dr. Mohd Puad bin Zarkashi
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
4. Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
a
‘Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
2
. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Kementerian Pelajaran Malaysia
7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia
8. Ketua Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pelajaran Malaysia
2°
Penasihat Undang-Undang
Kementerian Pelajaran Malaysia
10. Pegawai Perhubungan Awam
Kementerian Pelajaran Malaysia