You are on page 1of 6

ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA

PENGENALAN

Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal


dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian.
Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal
pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu. Diantara yang masih diamalkan oleh
masyarakat Hindu iaitu Tina poruttam/Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira
poruttam, Pentiikka poruttam, Yooni poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati
poruttam, Vaiya poruttam, Racau poruttam dan Veetai poruttam.

Merisik

Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub
etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status
sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan
moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya
maklumat-maklumat ini diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga
secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanya orang
tengah yang dipanggil tirumana taraga akan membantu dalam kerja-kerja merisik.
Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang
berdaftar.

Kunjungan Ke Rumah Pengantin

Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan
mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan
perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa
Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang
dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai.

Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta
serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan
mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak
perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka
hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-
barang tersebut.

Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan


menghidang air minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat
pengantin perempuan dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan
perlu melayani para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian
kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut
serta. Dalam masyarakat India, adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar
belakang bakal pengantin lelaki.

Ikat Janji

Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah
pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang
ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-
bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil
perempuan.

Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah
pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah seorang
bakal pengantin telah meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-
mara. Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat
janji.

Bertunang dan Adat menyuap kanl Sami memberikan


sembahyang kande ku'gumem

Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan
persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan
tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua
pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. Kemudian
mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk
pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya. Kemudian upacara niccayam akan
dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan bertukar-tukar kalungan bunga.

Parisam

Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam. Parisam
biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan,
manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama
di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam
umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari
yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan
menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu
disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali.

Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin
lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat
muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan
menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di ruang
tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan
puurana kumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan.

Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu.
Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari
dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis
sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu
barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih
dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan
dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang
saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan.
Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad
jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin.
Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal), adat ikat janji
(niccayam) dan pemberian hadiah (parisam) merupakan adat yang sering dilakukan oleh
masyarakat India. Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan
upacara tersebut untuk mengelakkan pembaziran.

Sebelum Majlis Perkahwinan

Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu
dijalankan terlebih dahulu, antaranya :

Kad Jemputan

Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India.
Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan,
bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah
dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.

Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil
untuk dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih,
wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini
dinamakan sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin
perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa
yang sama sirih pinang akan diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara
rasmi.

Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam)

Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan


pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang
disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat
India seperti lingath thaali, pottut thaali, tennant thaali dan sebagainya. Ini disebabkan
terdapat pelbagai suku di kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini
dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan
membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat
thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk
membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di
tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin adalah dilarang
untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali.

Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal.
Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari
untuk pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada
emas. Ini kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat
dan tidak dicuri orang.

Mukuurtta Kaal

Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta
kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk
menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang
untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter
dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter.

Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan


dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan lazim seperti sirih pinang, kum kum,
kunyit dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada
Tuhan supaya perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu diambil
dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah berkahwin
akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal
hingga hujung. Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara atau mangga
menggunakan kain bewarna merah. Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan
bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut sebagai lambang
kekayaan. Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin beserta lima orang
perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan
lampu minyak dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam
sekitar sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat
mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki.

Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara


pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan
dalam masyarakat India iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya
Thairumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku
kaum.

Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi
hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke
kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara
Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit
tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan
keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan.

Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan


berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua.
Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah
selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan
mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang
yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan
seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras
dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa
atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan
dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.
Pengantin Bersanding

Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan


mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian
atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa
(membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua)
dan wang. Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak
tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara
ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.

Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan
untuk mendapat kebahagiaan hidup, antaranya seperti masa yang baik untuk
melangsungkan perkahwinan, pengertian thaali, valatu kal, pemberian manisan, hadiah,
penghormatan kepada pengantin lelaki, simbol pokok pisang, jamuan perkahwinan dan
meroboh khemah perkahwinan.
Kolem dan Khumbem Alipu (Mengarak Lampu) Minji (Sarung Cincin Lelaki)

Paal (Menyapu Susu Lelaki) Minji (sarung Cincin Wanita) Paal (Menyapu Susu Wanita)

Paal Abisygem
Upacara Akad Nikah Memohon Doa Restu
(Cuci Kaki Ibu Bapa)

Paal Abisygem Malei Mathel Ayeer Mantherem


(Cuci Kaki Ibu Bapa) (Bertukar Bunga Malei) (Juru Nikah)

Otthianem (Aksesori) Perkakasan Upacara Perkahwinan Perkakasan Upacara Perkahwinan


Phavitirem - Theperpul
Poree (Membakar Ramuan) Samenthi Phutu
(Memakai Cincin Daun)

Thali Vaalem Varuthel Tallapha


(Rantai Daripada Benang) (Membuat Tiga Pusingan) (Perhiasan Kepala)

Selepas Majlis Perkahwinan

Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya
sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki
pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan
sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke
rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan
menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.

Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum
khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya
upacara perkahwinan. Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini.
Hanya jamuan ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah
perkahwinan.

Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan


dijalankan. Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan
kepada para tetamu. Sekiranya jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-
sayuran dihidangkan, kecuali daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu.
Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat handai.

You might also like