You are on page 1of 11

KEMUDAHAN LANDSKAP DITAMAN AWAM UNTUK GOLONGAN KURANG

UPAYA PENINGKATAN NILAI SOSIAL MASYARAKAT MALAYSIA

Oleh

AHMAD ZAMIL BIN ZAKARIA


Jabatan Senibina Landskap
Universiti Teknologi Mara
Kampus Seri Iskandar, Perak
e-mail: zamil227@perak.uitm.edu.my
mellx2004@yahoo.com

ABSTRAK

Di dalam era yang serba canggih dan maju ini, manusia semakin melangkah jauh
kehadapan. Oleh kerana terlalu mengejar kemajuan pada masa kini, manusia semakin
melupakan tanggungjawab sosial kepada golongan kurang upaya. Disini kita akan
membincangkan tentang keperluan kemudahan landskap di taman-taman awam di Malaysia.
Bila kita membincangkan isu kemudahan landskap di taman-taman awam ia boleh ditafsirkan
sebagai tanggungjawab sosial kepada seluruh arkitek landskap khasnya dan profesion
profesional yang lain amnya.

Objektif kajian ini adalah untuk mempertingkatkan kajian bagaimana untuk menarik
golongan kurang upaya untuk menggunakan taman-taman awam dan menumpukan terhadap
kajian peralatan landskap serta fungsinya kepada golongan kurang upaya.

Kepentingan kepada kajian ini adalah ianya merupakan strategi bagi


mempertingkatkan persepsi orang ramai terhadap isu golongan kurang upaya di Malaysia.
Disini kita juga akan didedahkan kepada penggunaan garispanduan-garispanduan yang
digunakan didalam merekabentuk atau penyediaan kemudahan untuk golongan kurang
upaya. Kita juga akan melihat tahap penggunaan konsep ’Persekitaran Tanpa Halangan
(Barrier Free Environment)’ yang telah di gunapakai di dalam negara kita. Kepentingan
rekabentuk landskap kejur kepada golongan kurang upaya ini ialah melaluinya, pengguna
kurang upaya akan merasakan lebih selamat, selesa dan tertarik untuk menggunakan taman-
taman awam pada bila-bila masa. Kajian ini juga cuba mewujudkan hubungan yang lebih baik
dikalangan golongan kurang upaya dan golongan normal.

Kita akan cuba menerapkan konsep ’Persekitaran Tanpa Halangan (Barrier Free
Environment)’, dimana semua golongan dapat merasa nikmat pembangunan yang telah
dilakukan oleh kerajaan Malaysia. Adalah diharapkan agar kemudahan untuk golongan
kurang upaya dengan aplikasi prinsip-prinsip rekabentuk landskap kejur dapat memberikan
alternatif serta berupaya menarik perhatian golongan tersebut untuk mengunakan taman-
taman awam. Kita juga mengharapkan pada suatu masa rekabentuk landskap kejur di taman-
taman awam dapat diberikan perhatian dan diimplimentasikan disetiap taman-taman awam
yang ingin dimajukan pada masa hadapan.

1
PENGENALAN

Apabila bercakap mengenai golongan kurang upaya kita perlulah mengetahui maksud
golongan kurang upaya terlebih dahulu. Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia,
golongan kurang upaya adalah mereka yang tidak boleh melakukan sesuatu perkara untuk
keperluan diri sendiri atau seseorang yang tidak dapat mengambil bahagian sepenuhnya
didalam kehidupan masyarakat. Kecacatan ini adalah terjadi sejak lahir atau oleh kemalangan.
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia telah membahagikan golongan kurang upaya kepada
empat (4) iaitu; 1) kecacatan fizikal, 2) kecacatan pendengaran, 3) kecacatan penglihatan dan
4) Terencat akal. (Sumber: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa semenanjung Malaysia (2002).

Jika dilihat daripada definisi yang telah diberikan golongan kurang upaya adalah
melibatkan golongan yang mempunyai kecacatan fizikal seperti pekak, buta, tiada tangan atau
kaki. Selain itu seseorang itu diisytiharkan cacat juga apabila menggunakan kerusi roda,
wanita mengandung, warga emas dan seseorang yang pembesarannya terbantut. Perkara-
perkara asas yang perlu diketahui umum mengenai peralatan yang digunakan oleh golongan
kurang upaya adalah seperti penggunaan kerusi roda, tongkat untuk kegunaan bahagian
tangan (crutch), tongkat (cane), tongkat empat kaki (walker), tongkat ketiak (brace), kaki palsu
(artificial limb), kasut rekaan istimewa, ramp, pagar keselamatan (safety railing) dan laluan
pejalan kaki khas.

PERUNDANGAN DAN GARISPANDUAN UMUM BAGI PERANCANGAN


FIZIKAL DAN REKABENTUK YANG MELIBATKAN GOLONGAN KURANG
UPAYA.

Terdapat beberapa garispanduan yang telah dicadangkan oleh O’ Morrow, G.S. (1976)
iaitu kemudahsampaian ke sesuatu tempat, sirkulasi yang boleh digunakan oleh orang ramai,
tempat yang boleh ditujui oleh semua orang, peralatan atau kegunaan untuk semua anggota
masyarakat, keutamaan keselamatan, perbuatan yang boleh dilakukan oleh semua pihak dan
tiada halangan penggunaan kemudahan yang disediakan.

Antara perundangan negara ini yang menyebut tentang keistimewaan dan keperluan
penyediaan kemudahan kepada golongan kurang upaya ialah; 1) Undang-undang Kecil
bangunan Seragam 1984 (UBBL 1984), 2) Kod Amalan SIRIM (Malaysian Standards), 3)
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Didalam Undang-undang Kecil bangunan Seragam 1984 ada menyebut tentang


kesemua bangunan awam perlu dilengkapkan dengan kemudahan untuk golongan kurang
upaya. Sebagai contoh ia tertera di dalam seksyen satu iaitu jalan atau kemudahsampaian,
jalan keluar serta jalan penghubung perlu dibina dengan menitik beratkan kemudahan semua
pihak termasuklah golongan kurang upaya. Didalam seksyen dua ada menyatakan perlunya
spesifikasi bagi kemudahan untuk golongan kurang upaya berdasarkan Malaysian Standards
MS 1184 dan MS 1183. Seksyen tiga, empat dan lima pula menyatakan pihak berkuasa
tempatan perlulah memastikan pelan bangunan yang telah di serahkan mengikut Malaysian
Standards iaitu penyediaan kemudahan bagi pengguna kurang upaya bagi setiap bangunan
termasuklah bangunan yang diubahsuai. Seksyen 6 pula menyatakan bangunan-bangunan
seperti bangunan pejabat, terminal, kawasan letak kereta dan bangunan awam termasuklah

2
hospital, bangunan kerajaan, restoran, panggung wayang, kompleks sukan, sekolah, asrama,
hotel dan lain-lain lagi.
Didalam Kod Amalan SIRIM menyatakan, didalam tiga (3) kod iaitu kod amalan
untuk kemudahsampaian pengguna kurang upaya didalam bangunan awam (MS 1184) 1991,
kod amalan kemudahsampaian pengguna kurang upaya diluar bangunan awam (M8 1331)
1993 dan kod amalan jalan keselamatan untuk golongan kurang upaya (MS 1883) 1990.

Kod amalan untuk kemudahsampaian pengguna kurang upaya didalam bangunan


awam (MS 1184) 1991 menyatakan perlunya menyediakan rekabentuk kemudahan yang
boleh memastikan keselesaan kepada pengguna kurang upaya. Ia termasuklah spesifikasi
kemudahan yang disediakan yang menitikberatkan saiz, ukuran, jenis, bahan dan rekabentuk
yang bersesuaian dan selamat digunakan. Kemudahan ini termasuklah ramp, susur tangan
(handrail), tangga, tandas, papan tanda dan simbol.

Kod amalan kemudahsampaian pengguna kurang upaya diluar bangunan awam (M8
1331) 1993 pula menyatakan, kesemua kemudahan kemudahsampaian diluar banguan
perlulah boleh digunakan oleh golongan kurang upaya. Antara kemudahan yang perlu
menitikberatkan rekabentuk kepada pengguna kurang upaya adalah seperti laluan pejalan
kaki, kaki lima, tiang lampu, ramp, tangga, susur tangan (handrail), perabot jalan, kerusi, titian,
lintasan pejalan kaki (padestrian crossing), traffic islands, tempat letak kereta, perhentian bas,
papan tanda dan simbol. Kod ini perlu digunakan bagi kesemua bangunan awam dan
bangunan pejabat tetapi tidak kepada bangunan persendirian seperti rumah.

Kod amalan jalan keselamatan untuk golongan kurang upaya (MS 1883) 1990 pula
menyatakan garispanduan kepada pihak kontraktor dan perekabentuk bangunan untuk
bangunan baru, bangunan yang diubahsuai atau bangunan sediaada dalam menyediakan
kemudahan yang dapat digunakan oleh pengguna kurang upaya apabila berlakunya bencana
seperti kebakaran. Kemudahan yang perlu disediakan adalah termasuklah tangga, ruang
keluar, lif kecemasan, telefon kecemasan dan lif yang sesuai digunakan bagi pengguna kerusi
roda. Kod ini perlu digunakan bagi kesemua bangunan yang boleh dilawati oleh golongan
kurang upaya tetapi tidak kepada bangunan persendirian seperti rumah.

Didalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 pula menyatakan tentang prinsip
perancangan iaitu seperti keadilan, belas kasihan, ketenangan dan kesejahteraan, efektif dan
cekap, hak seseorang dan masyarakat, perpaduan, menggalakkan interaksi dan menjaga alam
sekitar. Terdapat konsep perancangan untuk kemudahan golongan kurang upaya iaitu suatu
pelan pembangunan yang menyebut spesifikasi untuk kemudahan golongan kurang upaya.
Antara komponen yang terdapat didalam garispanduan ini ialah kemudahsampaian, ruang
dan juga kemudahan sokongan. Bagi kawasan rekreasi ia perlulah menyediakan kemudahan
seperti ramp, susur tangan (handrail), laluan pejalan kaki, laluan bertekstur, tangga, tangga
bergerak (escalator), lintasan pejalan kaki (padestrian crossing), anjung pintu masuk, tempat letak
kereta, tandas, bilik menukar pakaian, papan tanda, papan tanda istimewa, kerusi, pondok
telefon, tong sampah, pagar dan tiang lampu isyarat yang mempunyai lampu isyarat melintas.

3
KAJIAN KES

Untuk kajian ini enam (6) buah taman di kawasan lembah klang telah dipilih bagi
membolehkan kita mengetahui tahap kecenderungan arkitek landskap dalam merekabentuk
taman yang boleh digunakan oleh pelbagai pihak termasuklah pengguna kurang upaya.
Melalui pemerhatian dapat disimpulkan:

Pertimbangan Rekabentuk
Taman Tempat Laluan Permukaan Jaluran Objek Susur
Awam Letak Pejalan Kaki Lantai Penunjuk Menghalang Tangan
Kereta Arah Laluan
TLK terletak Kelebaran Permukaan Tiada jaluran Laluan Susur
berhampiran yang sesuai lantai yang penunjuk pejalan kaki tangan
Taman dengan bagi sesuai bagi arah untuk bebas disediakan
KLCC taman dan kegunaan kegunaan menunjukkan daripada pada
menyediakan kerusi roda. OKU. persimpangan sebarang ojek kawasan
kemudahan jalan dan yang boleh yang
untuk OKU. kawasan menghalang sesuai.
rehat. laluan.
Tiada Tidak Permukaan Tiada jaluran Laluan Susur
kemudahan menggunakan lantai yang penunjuk pejalan kaki tangan
Taman TLK bagi kelebaran sesuai bagi arah untuk bebas disediakan
Bukit OKU yang sesuai kegunaan menunjukkan daripada pada
Komanwel disediakan. bagi OKU. persimpangan sebarang ojek kawasan
pengguna jalan dan yang boleh yang
kerusi roda. kawasan menghalang sesuai.
rehat. laluan.
Tiada Tidak Sesetengah Tiada jaluran Laluan Sesetengah
kemudahan menggunakan kawasan penunjuk pejalan kaki kawasan
Taman TLK bagi kelebaran tidak arah untuk bebas tidak
Tasik OKU yang sesuai mempunyai menunjukkan daripada disediakan
Perdana disediakan. bagi lantai yang persimpangan sebarang ojek susur
pengguna sesuai jalan dan yang boleh tangan.
kerusi roda. digunakan kawasan menghalang
oleh OKU. rehat. laluan.
Tiada Tidak Di kawasan Tiada jaluran Laluan Sesetengah
kemudahan menggunakan beralun penunjuk pejalan kaki kawasan
Taman TLK bagi kelebaran tidak arah untuk bebas tidak
Tasik OKU yang sesuai disediakan menunjukkan daripada disediakan
Permaisuri disediakan. bagi permukaan persimpangan sebarang ojek susur
pengguna yang kasar. jalan dan yang boleh tangan.
kerusi roda. kawasan menghalang
rehat. laluan.
Tiada Tidak Permukaan Tiada jaluran Laluan Sesetengah
kemudahan menggunakan lantai yang penunjuk pejalan kaki kawasan
Taman TLK bagi kelebaran sesuai bagi arah untuk bebas tidak
Tasik Shah OKU yang sesuai kegunaan menunjukkan daripada disediakan
Alam disediakan. bagi OKU. persimpangan sebarang ojek susur
pengguna jalan dan yang boleh tangan.
kerusi roda. kawasan menghalang
rehat. laluan.

4
Tiada Tidak Permukaan Tiada jaluran Laluan Sesetengah
kemudahan menggunakan lantai yang penunjuk pejalan kaki kawasan
Taman TLK bagi kelebaran sesuai bagi arah untuk bebas tidak
Tasik OKU yang sesuai kegunaan menunjukkan daripada disediakan
Titiwangsa disediakan. bagi OKU. persimpangan sebarang ojek susur
pengguna jalan dan yang boleh tangan.
kerusi roda. kawasan menghalang
rehat. laluan.

Pertimbangan Rekabentuk
Taman Tangga Ramp Landskap Papan Tanda Pencahayaan
Awam Lembut
Sesetengah Sesetengan Pokok Tiada papan Sistem
Taman kawasan kawasan dipilih tanda yang pencahayaan
KLCC mempunyai mempunyai dengan baik, jelas untuk yang baik.
tangga. ramp sahaja. lokasi adalah menunjukkan
sesuai laluan.
Terlalu Tiada ramp. Pokok tidak Kekurangan Sistem
Taman banyak memberi papan tanda pencahayaan
Bukit tangga, tidak masalah yang sesuai. yang sederhana.
Komanwel mudah kepada
sampai ke pengguna.
lokasi.
Sesetengah Tiada ramp. Pokok tidak Kekurangan Sistem
Taman kawasan memberi papan tanda pencahayaan
Tasik mempunyai masalah yang sesuai. kurang
Perdana tangga. kepada memuaskan.
pengguna.
Terdapat Tiada ramp. Pokok tidak Kekurangan Sistem
Taman laluan pejalan memberi papan tanda pencahayaan
Tasik kaki beralun masalah yang sesuai. kurang
Permaisuri tidak kepada memuaskan.
dilengkapi pengguna.
tangga.
Sesetengah Tiada ramp. Pokok tidak Kekurangan Sistem
Taman kawasan memberi papan tanda pencahayaan
Tasik Shah mempunyai masalah yang sesuai. yang sederhana.
Alam tangga. kepada
pengguna.
Sesetengah Tiada ramp. Pokok tidak Kekurangan Sistem
Taman kawasan memberi papan tanda pencahayaan
Tasik mempunyai masalah yang sesuai. yang sederhana.
Titiwangsa tangga. kepada
pengguna.

5
PERANCANGAN DAN REKABENTUK YANG DISYORKAN

Menurut Robinette G.O. (1985), suatu garispanduan umum boleh digunapakai apabila
terdapat ukuran yang yang menitikberatkan rekabentuk persekitaran yang tiada halangan. Ia
bermaksud spesifikasi kemudahan yang direkabentuk adalah boleh digunapakai oleh semua
orang termasuk golongan kurang upaya. Spesifikasi yang digunakan adalah amat penting
terutama ketika menyediakan pelan perincian. Kemudahsampaian ke tapak tidak hanya
direkabentuk bagi kegunaan golongan kurang upaya tetapi perlulah direkabentuk untuk
semua pengguna kerana secara tidak langsung ia akan mewujudkan interaksi antara pengguna
normal dan kurang upaya. Jalan yang baik adalah jalan yang mampu memudahkan
pergerakan semua pengguna. Permukaan laluan pejalan kaki perlulah tahan lasak dan
sempurna, kerb jalan perlulah di sediakan ramp dan laluan pejalan kaki perlulah boleh
memuatkan dua (2) pergerakan lalulintas.

Merujuk kepada Robinette G.O. (1985), laluan pejalan kaki perlu direkabentuk untuk
keselamatan, bebas dan tidak terhalang. Beliau menyatakan perkara-perkara yang perlu
dipertimbangkandidalam merekabentuk dan mengubahsuai sistem laluan pejalan kaki.
Antaranya permukaan laluan pejalan kaki perlulah tahan lasak dan sempurna serta bertekstur
tanpa ada laluanlicin. Perlu menyediakan kawasan rehat yang bersesuaian (bersama kerusi)
bagi kemudahan pengguna berehat untuk laluan yang panjang. Kecuraman laluan pejalan
kaki yang melebihi 5% adalah dianggap ramp dan perlu menggunakan spesifikasi rekabentuk
ramp. Lampu pada laluan pejalan kaki perlu untuk tujuan keselamatan pengguna.
Penyelenggaraan perlu kerap dilakukan bagi mengelakkan perkara yang boleh mendatangkan
kecederaan kepada pengguna. Kerb ramp perlu disediakan pada setiap laluan melintas.
Struktur pengairan seperti drain grating atau catch basin tidak boleh diletakkan berhampiran
kerb ramp dan persimpangan jalan. Penahan roda (wheel stops) perlu direkabentuk dengan
membolehkan air megalir keluar daripada laluan pejalan kaki. Saiz laluan pejalan kaki perlulah
mempertimbangkan jenis lalulintas dan penggunaannya.

Pemilihan tanaman menurut Robinette G.O. (1985) memerlukan seseorang itu


menitikberatkan perletakan, pemilihan pokok yang sesuai dan penyelenggaraan. Antara
perkara yang patut di beri penekanan dalam pemilihan pokok ialah memastikan tiada pokok
yang berpotensi mendatangkan bahaya seperti mempunyai duri yang panjang, atau buah
beracun yang ditanam berdekatan dengan laluan pejalan kaki utama. Pokok juga memerlukan
penyelenggaraan yang baik supaya tidak menjadi penyebab kepada kecederaan pengguna.
Pokok yang dipilih juga perlulah mempunyai fungsi sebagai tempat berlindung daripada
sinaran matahari dan juga angin kencang. Pemilihan pokok renek bagi tujuan menghalang
pengguna melalui jalan yang menuju ke kawasan yang berbahaya. Pemilihan pokok yang baik
akan menghasilkan suatu pemandangan menarik serta dapat menarik perhatian pengguna
untuk menggunakan sesuatu kawasan itu.

Laluan interpretive menurut Robinette G.O. (1985) perlu direkabentuk untuk


memberikan kepelbagaian kepada pengguna laluan pejalan kaki. Perkara-perkara yang perlu
diberi perhatian dalam menyediakan laluan interpretive ini ialah setiap jalan memerlukan
papan tanda yang mempunyai tulisan braille dan menimbulkan tulisan serta simbol bagi
memberikan informasi kepada pengguna kurang upaya. Papan tanda yang sesuai bagi
membantu pengguna kurang upaya dalam kategori buta. Laluan pejalan kaki perlulah

6
menggunakan bahan yang tahan lasak dan bebas daripada sebarang halangan yang boleh
medatangkan bahaya kepada pengguna kurang upaya.

CADANGAN DAN GARISPANDUAN ELEMEN LANDSKAP UNTUK


GOLONGAN KURANG UPAYA.

Cadangan dan garispanduan yang dititikberatkan adalah:


1) Pertimbangan Rekabentuk Bandar
2) Papan Tanda
3) Perabot Jalan
4) Laluan Pejalan Kaki
5) Curb Ramp
6) Tempat Letak Kenderaan
7) Ramp
8) Tangga
9) Pagar dan Susur tangan (handrail)

1) Pertimbangan Rekabentuk Bandar

Permasalahan yang selalu dikaitkan dengan rekabentuk bandar adalah seperti elemen
halangan pada laluan pejalan kaki, papan tanda bergantung yang terlalu rendah dan
kekurangan papan tanda amaran dikawasan yang terdapat halangan. Prinsip perancangan bagi
mengatasi permasalah ini adalah – ”untuk merekabentuk laluan pejalan kaki yang tiada halangan
untuk keselamatan dan kebebasan golongan kurang upaya”.

Pertimbangan rekabentuk adalah seperti mengetahui elemen-elemen yang mampu


menghalang serta membahayakan pengguna, tekstur yang digunapakai adalah untuk menjadi
panduan kepada golongan kurang upaya terutama bagi yang buta, meninggikan papan tanda
yang tergantung iaitu melepasi ketinggian manusia, dan perletakan serta warna tong sampah
perlu mengambilkira permasalahan golongan buta warna dan rabun.

2) Papan Tanda

Terdapat permasalahan yang berkaitan dengan papan tanda tidak sah, kemalangan
yang disebabkan oleh perletakan papan tanda yang tidak sesuai, kekurangan papan tanda
yang memaparkan amaran kawasan merbahaya, dan tiada papan tanda jalan serta papan tanda
menuju ke sesuatu kemudahan yang disediakan. Prinsip perancangan yang dicadangkan
adalah – ”untuk menyediakan kemudahan penunjuk arah kepada golongan kurang upaya bagi
memudahkan pergerakan mereka”.

Pertimbangan rekabentuk yang ingin diketengahkan adalah seperti mengetahui jenis-


jenis papan tanda secara menyeluruh termasuklah bahan yang digunakan dan lokasi yang
sesuai. Perlu juga mengetahui simbol untuk mewakili golongan kurang upaya yang digunakan
diperingkat antarabangsa.Selain itu papan tanda arah perlu menunjukkan arah dan tempat
yang ditujui dengan jelas.Papan tanda yang memaparkan nama jalan perlu diletakkan pada
ketinggian yang maksima. Panel informasi dan peta kawasan juga perlu mengutamakan jarak
penglihatan dan diserta alat bantuan kepada golongan buta seperti tulisan braille. Bentuk
papan tanda juga perlu selaras seperti papan tanda informasi berbentuk segi empat bujur,

7
papan tanda amaran perlu berbentuk segi tiga dan papan tanda interdictory perlu berbentuk
bulat. Penggunaan warna pada papan tanda juga perlu dititikberatkan dan umumnya kita
menggunakan warna seperti putih, hitam, kuning, merah, biru dan hijau. Permukaan papan
tanda juga perlulah mengelakkan menggunakan bahan yang memberikan silau dan bagi
kemudahan braille perlu akan tulisan yang standard. Huruf pada papan tanda perlulah sesuai
dan mudah dibaca.

3) Perabot Jalan

Pada masa kini terdapat tiga (3) jenis permasalahan berkaitan dengan perabot jalan
iaitu ketidaksesuaian rekabentuk perabot jalan, perabot yang menyekat laluan dan
kemudahan jalan yang tidak dapat dihampiri. Bagi memastikan permasalahan berkaitan
dengan perabot jalan ini dapat diselesaikan, satu prinsip perancangan iaitu – ”untuk
merekabentuk kemudahan yang boleh digunapakai oleh semua pihak, tanpa terdapat sebarang halangan
disepanjang laluan pejalan kaki”.

Pertimbangan rekabentuk yang diperlukan adalah seperti mengetahui jenis-jenis


perabot jalan secara umumnya dan lokasi perletakan yang sesuai adalah bagi mengelakkan
bahaya kepada pengguna. Pondok telefon awam perlulah disediakan untuk ketinggian yang
pelbagai serta mempunyai butang yang boleh dibaca dengan menyentuh bagi kemudahan
golongan buta. Kawasan rehat juga perlu disediakan bagi membolehkan pengguna yang
mengalami masalah kepenatan berjalan untuk berehat sebentar sebelum meneruskan
perjalanannya.

4) Laluan Pejalan Kaki

Masalah yang selalu terdapat pada laluan pejalan kaki adalah seperti curb yang dibina
tidak seragam dari segi ketinggian, laluan pejalan kaki yang mendatangkan bahaya dan
ketidakselesaan kepada pengguna, kelebaran yang tidak mencukupi dan perubahan level
tanah seperti cerun. Prinsip perancangan yang di digunapakai adalah – ”untuk menyediakan
laluan pejalan kaki yang bebas daripada sebarang halangan yang boleh membahayakan pengguna seperti
mengaplikasikan kecerunan yang sesuai, kelebaran yang boleh memberi keselesaan kepada pengguna ketika
berjalan terutamanya kepada golongan cacat penglihatan dan yang mempunyai masalah pergerakan”.

Pertimbangan rekabentuk adalah seperti mengenali jenis-jenis laluan pejalan kaki


terutama pada kawasan lapang dan kawasan rekreasi.Laluan pejalan kaki semestinya
mempunyai jaluran penunjuk arah (guide strip) bagi kegunaan golongan buta. Selain
menggunakan jaluran penunjuk arah (guide strip), laluan pejalan kaki memerlukan kotak tanda
yang boleh disentuh (tactile marking) dengan menggunakan tongkat oleh golongan buta.
Kotak ini akan diletak dipersimpangan setiap jaluran penunjuk arah (guide strip) dan kawasan
yang menjadi halangan kepada golongan buta. Curb yang dibina mestilah mengutamakan
keselamatan pengguna terutama pada waktu malam. Curb ramp pula mestilah bagi
memudahkan kegunaan golongan berkerusi roda. Kelebaran laluan pejalan kaki yang
minimum adalah laluan pejalan kaki yang boleh memuatkan dua (2) laluan kerusi roda.
Kecerunan laluan pejalan kaki perlulah tidak melebihi 1:20.Jika melebihi kecerunan 1:20
laluan tersebut perlu dibina ramp bagi keselesaan pengguna. Jeriji longkang (drain grating)
perlulah diletakkan bersudut tepat (perpendicular) diluar kawasan laluan pejalan kaki. Laluan
pejalan kaki mestilah dilengkapkan dengan edging bagi keselamatan pengguna. Pemilihan

8
pokok perlulah mengambilkira sifat-sifat yang terdapat pada pokok itu sendiri. Pokok yang
dipilih perlulah dari jenis yang tidak beracun, daun tidak luruh dan akar yang boleh
memecahkan laluan pejalan kaki.

5) Curb Ramp

Permasalah yang wujud pada curb ramp adalah ketidaksempurnaan rekabentuk


peralihan atau bukan peralihan pada kesemua kawasan antara curb dan laluan lintasan pejalan
kaki (pedestrian crossing). Curb jalan yang tiada curb ramp akan menyusahkan pengguna
terutamanya pengguna berkerusi roda. Prinsip perancangan yang digunapakai bagi mengatasi
masalah ini adalah – ”untuk mengatasi perbezaan level antara laluan pejalan kaki dan permukaan
jalan”.

Pertimbangan rekabentuk yang dicadangkan adalah keperluan kepada mengenali


jenis-jenis curb ramp serta fungsinya. Perlu dielakkan daripada merancang curb ramp dikawasan
yang mudah ditakungi air. Lokasi perletakan curb ramp perlulah disetiap persimpangan jalan
dan laluan lintasan pejalan kaki serta ditempat menurunkan pengguna seperti di kawasan
tempat meletak kenderaan dan perhentian bas.Kecerunan manimum bagi curb ramp adalah
1:12 bagi memudahkan pergerakan kerusi roda. Jaluran penunjuk arah (guide strip) dan kotak
tanda (tactile marking) perlu diletakkan pada setiap curb ramp. Permukaan curb ramp perlulah
mempunyai tekstur yang kasar bagi mengelakkan kegelinciran.

6) Tempat Letak Kenderaan

Tempat letak kenderan pada masa kini mempunyai masalah seperti berikut iaitu
lorong laluan (aisle) bagi pengguna kerusi roda tidak disediakan dan kurangnya kuantiti
tempat letak kenderaan khas bagi golongan kurang upaya. Prinsip perancangan yang
dicadangkan adalah – ”untuk mewujudkan tempat letak kenderaan yang boleh digunapakai oleh
golongan kurang upaya ke sesuatu tempat yang ditujui”.

Pertimbangan rekabentuk adalah mengenali kawasan yang sesuai bagi menempatkan


tempat letak kenderaan khas bagi golongan kurang upaya. Nisbah yang sesuai bagi jumlah
tempat letak kereta dan tempat letak kereta khas ialah 1:50. Nisbah ini sesuai
diimplimentasikan di kawasan rekreasi dan taman-taman awam. Sesebuah taman yang baik
perlulah menyediakan sekurang-kurangnya satu (1) tempat letak kereta khas supaya
memudahkan pengguna kurang upaya. Lokasi perletakannya pula adalah mestilah dikawasan
yang paling selamat dan mudah dikunjungi oleh pengguna. Ukuran saiz minimum tempat
letak kereta khas ini adalah 3.6m. Ia adalah termasuk lorong laluan (aisle) bagi pengguna
kerusi roda. Perlu menyediakan alat penghalang tayar (pre-cast wheelstop) supaya kereta tidak
memasuki bahagian laluan pejalan kaki dan kerusi roda. Selain itu tempat menurunkan
pengguna kurang upaya juga diperlukan supaya memudahkan mereka bergerak. Selalunya
tempat menurunkan pengguna adalah didepan pintu masuk taman. Kecerunan tempat letak
kereta perlulah 1:20 dan berpermukaan seragam serta tidak mengerutu. Papan tanda tempat
letak kereta khas perlu disediakan supaya dapat memberitahu pengguna akan kewujudannya.
Papan tanda ini perlu menggunakan simbol yang digunakan di peringkat antrabangsa.

9
7) Ramp

Permasalahan yang selalu dibangkitkan adalah ketidaksempurnaan rekabentuk ramp,


kecerunan ramp yang terlalu curam dan juga kesusahan menghubungkan antara jalan yang
berbeza level. Prinsip perancangan yang digunapakai adalah – ”untuk mewujudkan ramp bagi
menggantikan tangga. Dengan ini ia dapat menyelesaikan masalah kepada pengguna berkerusi roda dan
juga pengguna yang menghadapi masalah berjalan”.

Pertimbangan rekabentuk utama ialah pemilihan lokasi yang sesuai bagi perletakan
ramp. Lokasi yang sesuai adalah di kawasan luar bangunan kerana kawasan yang lebih luas
dan mempunyai pelbagai level tanah. Selain itu lokasi yang sesuai ialah bersebelahan dengan
tangga. Perlu juga mengetahui jenis-jenis ramp yang sesuai dengan kawasan yang dicadangkan.
Kelebaran minimum ukuran saiz ramp adalah 0.9m. Kecerunan maksimum ramp adalah 1:20.
Pelantar (landing) untuk berehat perlu disediakan bagi mengelakkan kelajuan yang boleh
membahayakan pengguna. Pelantar perlu disediakan setiap 10m dan panjang minimum
pelantar adalah 1.2m. Susur tangan (handrail) perlu disediakan pada ramp untuk keselamatan
dan keselesaan pengguna. Permukaan ramp perlu tahan lasak dan tidak licin. Ramp juga
semestinya mempunyai jaluran penunjuk arah (guide strip) bagi kegunaan golongan buta.
Selain menggunakan jaluran penunjuk arah (guide strip), ramp memerlukan kotak tanda yang
boleh disentuh (tactile marking) dengan menggunakan tongkat oleh golongan buta.

8) Tangga

Masalah yang berkaitan dengan tangga ialah kecuraman tangga yang tidak munasabah
dan ketidaksempurnaan rekabentuk yang menghalang pergerakan kaki.Prinsip perancangan
yang digunakan ialah – ”untuk mewujudkan tangga yang selamat dan selesa kepada semua pengguna
terutama sekali kepada pengguna yang mempunyai masalah pergerakan”.

Pertimbangan rekabentuk yang disyorkan ialah tangga yang disediakan perlulah


seragam, mempunyai pelantar (landing) dan disesetengah kes boleh dicadangkan elevator atau
lift jika tidak mempunyai ramp. Kelebaran minimum adalah 0.9m untuk tangga sehala dan
1.5m bagi tangga dua (2) hala. Tangga juga perlu mempunyai jaluran penunjuk arah (guide
strip) bagi kegunaan golongan buta. Selain menggunakan jaluran penunjuk arah (guide strip),
tangga juga memerlukan kotak tanda yang boleh disentuh (tactile marking) dengan
menggunakan tongkat oleh golongan buta. Pelantar (landing) yang disediakan apabila
mempunyai perbezaan level lebih 2.5m. Panjang pelantar (landing) yang dicadangkan adalah
1.2m. Susur tangan (handrail) juga perlu disediakan dikedua-dua belah tangga bagi
memudahkan pergerakan. Permukaan tangga perlulah tidak licin bagi keselesaan pengguna.

9) Pagar dan Susur Tangan (handrail)

Permasalahan yangberkaiatan dengan pagar dan susur tangan (handrail) ialah pagar
yang digunakan tidak selamat, susur tangan (handrail) yang susah untuk dipegang dan
ketiadaan pagar atau susur tangan ditempat yang sepatutnya diletakkan. Prinsip perancangan
yang dicadangkan ialah – ”untuk menyediakan pagar yang boleh berfungsi sebagai penghadang
keselamatan kepada semua pengguna terutama sekali kepada yang mempunyai masalah pergerakan”.

10
Pertimbangan rekabentuk adalah menentukan kawasan yang merbahaya disesuatu
tapak. Kawasan yang membahayakan pengguna perlu disediakan pagar keselamatan
walaubagaimanapun ia perlulah diletakkan ditempat yang tidak mengganggu pergerakan
pengguna. Ketinggian pagar ini perlulah bersesuaian dengan pengguna biasa dan yang
menggunakan kerusi roda. Bentuk susur tangan perlulah mudah dipegang dan tidak tajam.
Jaluran penunjuk arah (guide strip) bagi kegunaan golongan buta yang disediakan perlulah
berada disebelah pagar bagi memudahkan pengguna. Kawasan permainan kanak-kanak juga
boleh dicadangkan pagar bagi memudahkan pengawasan.

KESIMPULAN

Pada keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa penyediaan kelengkapan atau


kemudahan kepada golongan kurang upaya dapat memberikan manfaat kepada semua. Ini
adalah kerana selain daripada memberi keselesaan kepada golongan kurang upaya secara
tidak langsung ia juga memperbaiki sistem keselamatan sesebuah taman itu. Untuk
menjadikan ianya realiti kita perlulah sentiasa memikirkan cadangan terbaik untuk keselesaan
dan kegunaan golongan kurang upaya. Pelbagai promosi tentang perlunya kemudahan
kepada golongan kurang upaya perlu diadakan bagi menggalakkan arkitek landskap
khususnya menjadi lebih prihatin kepada persekitaran. Dari aspek sosial kita dengan
menyediakan kemudahan ini ia secara tidak langsung menggalakkan interaksi antara semua
pihak tidak kira terdiri didalam golongan normal atau kurang upaya. Akhir sekali saya
mengharapkan agar pada suatu masa seluruh taman yang telah dibina dan yang akan dibina
dilengkapi dengan kemudahan untuk golongan kurang upaya kerana ianya dapat memberikan
manfaat yang banyak kepada kita semua.

RUJUKAN

LEMBAGA PENYELIDIKAN UNDANG-UNDANG (2006), Undang-Undang Kecil


Bangunan Seragam 1984, International Law Book Services,
Petaling Jaya, Malaysia

O’MORROW, G.S, (1976), Therapeutic Recreation – A Helping Profession.

ROBINETTE.G.O. (1985), Barrier Free Exterior Design, Van Nostrand Reinhold


Company, New York, USA.

STANDARD & INDUSTRIAL RESEARCH INSTITUTE (1991), Malaysia Standard


MS 1184: Code of Practice for Access for Disabled People
Outside Building, SIRIM, Shah Alam, Malaysia.

STANDARD & INDUSTRIAL RESEARCH INSTITUTE (1991), Malaysia Standard


MS 13314: Code of Practice for Access for Disabled People
Public Building, SIRIM, Shah Alam, Malaysia.

TOWN AND COUNTRY PLANNING PENINSULAR MALAYSIA, (2002), Planning


Guidelines and Standards – Facilities of the Disabled, Ministry
Of Housing And Local Government Malaysia, Malaysia.

11

You might also like