Professional Documents
Culture Documents
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnianya kami berjaya menyiapkan laporan LAN 4700 Pengurusan Dan
Dengan siapnya kerja kursus ini diharapkan kami dapat lebih mengenali dengan lebih mendalam bagaimana hendak merancang dan
Jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa kami yang memberi dorongan kepada kami sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa
juga kepada pensyarah-pensyarah dan juga tutor yang memberikan semangat, tunjuk ajar dan kerjasama sepanjang melakukan Kerja Kursus
ini. Begitu juga kepada rakan-rakan seperjuangan selalu memberi cadangan dan pandangan yang bernas untuk kami. Jutaan terima kasih juga
diucapkan kepada Staf-staf di JABATAN SENITAMAN DAN KAWALAN PEMBERSIHAN BANDAR DBKL terutamanya kepada En. Khairul
Azlan Bin Hj. Rahmat kerana telah banyak membantu kami dalam memberi maklumat tentang penyelenggaraan di jabatan ini.
Semoga dengan izin Allah s.w.t., kami dapat pengajaran dan pengetahuan diatas apa yang telah kami lakukan sepanjang menyiapkan projek
ini.
Terima kasih sekali lagi kepada semua, jasa anda semua akan dibalas Allah s.w.t dengan seadanya.
1.0 PENGENALAN 1
i
2.0 PERANCANGAN LANDSKAP YANG DILASANAKAN OLEH JABATAN SENI TAMAN DAN KAWALAN
PEMBERSIHAN BANDAR DBKL 24
3.0 MASALAH YANG DIHADAPI OLEH JABATAN SENI TAMAN & KAWALAN PEMBERSIHAN BANDAR 77
6.0 KESIMPULAN 81
7.0 RUJUKAN 82
ii
Pengurusan Dan Penyelenggaraan Landskap
Jabatan Senitaman
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
1.0 PENGENALAN
Landskap adalah ruang diatas permukaan muka bumi yang meliputi ruang semulajadi atau buatan manusia yang berciri keseimbangan,
bersekala, rupa (image), harmoni, selesa, pencahayaan dan luas pemandangan (legibility) dengan mutu pemandangan yang baik (visual quality
assesment). Landskap buatan manusia selalunya mementingkan aspek estetik, fungsi dan keselesaan kepada manusia itu sendiri. Oleh itu, untuk
memastikan landskap persekitaran ini sentiasa memenuhi kehendak masyarakat, ia perlulah diurus dan diselenggara dengan baik .
Pengurusan dan penyelenggaraan landskap yang baik melibatkan matlamat dan objektif yang telah ditentukan, keutamaan dalam
membangunkan strategi pengurusan yang spesifik untuk mencapainya. Ia juga melibatkan pengurusan jangka pendek dan pengurusan jangka
panjang untuk memastikan masalah yang timbul dapat diselesaikan dan memenuhi kehendak dan keselesaan masyarakat. Pengurusan dan
penyelenggaraan landskap melibatkan proses merancang, menyusun organisasi dan mengawasi kerja yang telah dilaksanakan. Pengurusan yang
baik boleh dilaksanakan dengan perancangan organisasi yang tersusun dari segi tenaga kerja, tugas dan bidang kuasa yang telah diberikan.
Prinsip-prinsip pengurusan dan penyelenggaraan secara keseluruhannya merangkumi objektif dan standard yang dikehendaki, pengurusan
ekonomi, plan pengurusan, keperluan pengurusan, rekabentuk dan pembinaan, personnel, pencegahan, keselamtan awam, keselamatan pekerja,
perhubungan dengan orang awam, jadual pengurusan dan penyelenggaraan, pembentukan organisasi dan perlindungan persekitaran.
Telah memulakan program penghijauan pada tahun 1973 dengan menubuhkan unit pengindahan dan dinaikkan ke jabatan pada tahun 1979.
Matlamat asal pengindahan adalah dengan konsep "no road without trees" . Pada tahun 1981 program penanaman pokok instant jenis angsana
(pterocarpus indicus),raintree (enterotobium saman),tabebuia (tabebuia pentaphylla)semarak api (delonix regia),yellow flame (pelthophorum
pterocarpum) dan madras thorn (pitchellobium dulce) telah di laksanakan.
Berdasarkan Pelan Struktur KL 1988, kawasan lapang yang telah direzabkan sedia ada meliputi 7.82% dari keseluruhan kawasan guna tanah dan
terdapat 21.71% kawasan lapang yang belum dibangunkan untuk kegunaan masa akan datang. DBKL menetapkan, 1.08 hektar kawasan lapang
untuk 1000 penduduk.
Taburan
• K L mempunyai taburan kawasan lapang sekata tetapi kekurangan jalinan hijau bagi menghubungkannya.
• Perancangan DBKL - Membangunkan taburan kawasan hijau untuk rekreasi, hidupan liar aktiviti komuniti melalui perancangan pemerhatian yang
mendalam dan kajian dalam membangunkan kawasan hijau/lapang di kawasan perumahan.
SINGAPURA (PERBANDINGAN)
Kegunaan guna tanah
• Memperuntukkan 0.8 hektar kawasan lapang untuk 1000 penduduk dan merangkumi 13% data keseluruhan gone tanah.
Taburan
• Penggunaan kawasan semulajadi yang optimum, mewujudkan kawasan hijau dan jalinan hijau bagi mewujudkan satu sistem jalinan hijau yang
efektif
• Membangunkan jalinan melalui "' Blue & Green Plan"'. ""Smart locations" Memperuntukkan zon landskap yang mencukupi sepanjang jalan utama
boleh mewujudkan persepsi peningkatan kuantiti landskap.
Bahagian Senitaman diwujudkan bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan kawasan landskap dan pokok rendang. Ia bertujuan untuk
memastikan Kuala Lumpur sentiasa indah dan memeberi keselesaan kepada warga kota. bidang tugas bahagian ini semakin bertambah dari masa ke
semasa dengan pertambahan kawasan-kawasan landskap, pembukaan taman-taman baru dan kawasan rekreasi.
2. JUMLAH KAKITANGAN
Kumpulan profesional : 12 orang
Kumpulan sokongan : 104 orang
Kumpulan pekerja an : 924
Sejumlah rm 22,156,025.18 telah dibelnjakan pada tahun 2001 bagi melaksanakan projek pembangunan yang berkaitan dengan landskap dan
kemudahan rekreasi. Jumlah ini adalah 56.56% daripada peruntukan yang telah diluluskan iaitu rm 3,120,000.00. Manakala jumlah projek yang
telah dilaksanakan ialah sebanyak 26 projek mengikut status seperti berikut:-
SIAP - 6 PROJEK
DALAM PELAKSANAAN - 2 PROJEK
PERINGKAT AWAL - 18 PROJEK
JUMLAH 26 PROJEK
Tanaman-tanaman pokok annual juga dipertingkatkan terutamanya di kawasan-kawasan strategik. Ini bertujuan menjadikan kawasan tersebut
kelihatan berwarna-warni dan menarik. Bagi tujuan ini bekalan pokok annuals terpaksa ditambah dan uga dibeli dari pembekal (nurseri) luar.
Pada tahun 2001 adalah dianggarkan sebanyak 550,000 pokok annuals dari berbagai jenis telah ditanam dibeberapa tempat sekitar kuala
lumpur.
Pokok rendang juga terus ditanam bagi mewujudkan suasana hijau di kuala lumpur dan juga untuk meredakan cuaca panas. Pada tahun 2001
sebanyak 15,906 pokok rendang telah ditanam. Jumlah ini tidak termasuk pokok yang telah ditanam oleh pihak swasta di kawasan projek
mereka.
Kategori pokok yang ditanam pada tahun 2001 dan perbandingan tahun 2000 adalah seperti berikut:-
KATEGORI TANAMAN 2000 2001
Pokok Rendang 55,110 15,906
BAGI menggalakkan agensi kerajaan, sekolah, institusi keagamaan dan pertubuhan-pertubuhan turut serta mengindahkan kawasan mereka,
bahagian ini telah menyediakan kemudahan bantuan benih pokok dan bahan tanaman kepada mereka. Pada tahun 2001 bantuan benih pokok
dan bahan tanaman yang telah dibekalkan kepada pihak berkenaan adalah seperti berikut:-
Pokok Annuals
Bahagian ini juga bertanggungjawab memastikan pihak-pihak yang hendak memajukan sekitar kawasan, mereka dikehendaki mengemukakan
pelan landskap sebelum sijil menduduki bangunan boleh diberi. Pada tahun 2001 bahagian ini telah meluluskan sebanyak 143 permohonan
kelulusan plan landskap. Ini termasuk permohonan yang dibuat pada tahun 2000.
Pada tahun 2001 peruntukan mengurus yang diluluskan untuk bahagian seni taman berjumlah rm 105,438,800.00 iaitu terdiri dari peruntukan
mengurus taman burung berjumlah RM 4,548,800.00 juta dan peruntukan mengurus bahagian seni taman keseluruhannya berjumlah RM
100,854,000.00 juta.
Peruntukan mengurus tahun 2001 ini didapati lebih tinggi jika dibandingkan dengan peruntukan mengurus pada tahun 2000, dimana
perbezaannya sebanyak RM 39,104,600.00 juta. (105,438,800 – 66,334,200.00 ) atau 58.95%. Penambahan peruntukan ini disebabkan
beberapa tanggungjawabkan seperti kerja-kerja pemotongan rumput yang mana sebelum ini dibawah jabatan kawalan pembersihan bandar
telah diserahkan kepada bahagian seni taman. Selain dari penyelenggaraan taman-taman baru dan perlantikan pengawal keselamatan swasta
turut menyebabkan peningkatan kepada pengurus.
Bagi peruntukan pembangunan pula pada 2001 ianya didapati lebih rendah jika dibandingkan peruntukan tahun 2000. Peruntukan
pembangunan yang telah diluluskan pada tahun 2001 ialah sebanyak RM 41,084,000.00 juta bagi tahun 2000 dimana terdapat pengurangan
sebanyak RM 21,220,000.00 juta ( 62,304,000.00 – 41,084,000.00 ) atau 34.06%. Peruntukan pembangunan yang lebih rendah ini disebabkan
pada tahun 2001 bahagian senitaman kurang melaksanankan projek-projek besar disamping beberapa projek besar yang dimulakan pada
tahun-tahun terdahulu telah disiapkan sebelum tahun 2001.
PERUNTUKAN
120000000 MENGURUS
TAMAN BURUNG
100000000 KUALA LUMPUR
80000000 PERUNTUKAN
PEMBANGUNAN
60000000
40000000
20000000 PERUNTUKAN
MENGURUS SENI
0 TAMAN
Hasil kutipan yang diperolehi melalui perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak jabatan adalah sedikit berbanding jumlah
perbelanjaan yang telah dibuat. Oleh itu, pihak jabatan memperolehi peruntukan kewangan daripada kerajaan untuk menanggung kos
pengurusan dan penyenggaraan landskap.
2.0 PERANCANGAN LANDSKAP YANG DILASANAKAN OLEH JABATAN SENI TAMAN DAN KAWALAN PEMBERSIHAN BANDAR
DBKL ADALAH:
Program Penghijauan
Pembangunan taman awam
Pembangunan taman bertema dan taman khas
Pengindahan kawasan lapang
Pengekalan alam semulajadi
Pengindahan sungai
Landskap jalan
Penyenggaraan pokok rending, rumput, taman awam, alat permainan kanak-kanak dan lain-lain kemudahan.
Pelan Induk Landskap dan GIS untuk pokok rimbun
PROGRAM PENGHIJAUAN
Sebagai satu program pemulihan alam sekitar yang terjejas akibat pembangunan
KONTRAKTOR PERLAKSANAAN
Taman awam - 11 kontraktor
Potong rumput - 30 kontraktor
Cantas pokok - 26 kontraktor
Kontraktor berpenggal
- pejal lembut
- tanam pokok
- kerja civil
Kontraktor pembangunan
2.4 PENGAWALAN PROJEK PEMBANGUNAN LANDSKAP OLEH PIHAK SWASTA / AGENSI KERAJAAN
Memastikan ladskap di kuala lumpur mencapai tahap yang dirancang.
Kelulusan pelan landskap sebagai salah satu syarat mendapatkan kelayakan sijil menduduki bangunan (cf dan tcf ) bagi memastikan
pembangunan hartanah mempunyai kawasan landskap yang ditetapkan disamping mengambil kira rekabentuk danjenis pokok yang
ditanam.
Akta pemeliharaan pokok
Pengawalan penebangan dan pengalihan pokok
Pengurusan landskap dan pemeliharaan pokok
PENYELENGGARAAN BAHAN BINAAN ( STRUCTURES AND BUILDINGS; WALKWAY’SEATING’ SIGNAGES, LIGHTS; BINS’ AND
OTHERFOCAL ELEMENTS)
Penyenggaraan wakaf
Perhentian syatel taman
Penyenggaraan stesen senaman
'Par-course', trek beriogging
Dan siar kaki, meja berkelah dan kerusi rehat, pergola, longkang-longkang, penyenggaraan lampu taman, terowong pejalan kaki, papan
tanda, tempat minuman (drinking fountain), kolam pancutan air, kolam dan tasik, kolam air terjun.
PENYELENGGARAAN LANDSKAP
Penyiraman dan pengairan
Sistem sprinkler
Lori Tangki
TIANG SOKONGAN
Supaya pokok tumbuh tegak dan tidak tumbang pada peringkat awal tumbesaran
PEMOTONGAN RUMPUT
Untuk memastikan kawasan landskap akan kelihatan menarik
Kawasan seluas 3,579.366 hektar kawasan ru,put duruskan oleh jabatan melalui kerja-kerja kontrak.
PEMBAJAAN
Pokok rimbun – 4 bulan sekali.
Pokok renek – 3 bulan sekali.
JENIS BAJA YANG DIGUNAKAN
NPK ( 21:21:21+TE)
NPK (12:12:17)
NPK (15:15:15)
NPK (8:8:8 +3MgO) – Baja organic.
MALAMEAL – Baja asas.
WATER SOLUBLE
(15:18:21 +TE)
(15:30:15 +TE)
(18:24:16 +TE)
Aktiviti-aktiviti pembangunan landskap meliputi kawasan yang luas dan juga kawasan yang amat sempit maupun bertindih dengan kawasan
yang mana pengawalan aktiviti pembangunan sediada yang sedang berkuatkuasa seperti:
a. Perancangan Landskap
b. Rekabentuk Landskap
• Penyediaan ruang-ruang luaran yang mencukupi dari segi bilangan penduduk atau unit kediaman atau bangunan
• Penyediaan laluan pejalan kaki yang sempurna dan mampu berfungsi dengan selamat bagi golongan kurang upaya seperti
kanak-kanak, ibu mengandung, warga tua dan cacat anggota.
Bacelor Senibina Landskap, 40
Fakulti Rekabentuk Dan Senibina,
Universiti Putra Malaysia
Pengurusan Dan Penyelenggaraan Landskap
Jabatan Senitaman
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
• Penyediaan pokok, dan tanaman yang sesuai supaya tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna seperti penanaman pokok
beracun, berbuah besar, berduri tajam dan besar, berdahan rapuh di kawasan laluan dan kegunaan awam yang padat.
• Penyediaan halangan berbentuk pagar, susur tangan (railings), dinding, tanaman pagar bagi kawasan luaran yang mana.
terdapat pertukaran aras yang mendadak sehingga boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna (> 600mm).
• Penyediaan sub-soil drainage.
• Penyediaan keperluan pengairan bagi tanaman.
• Penyediaan keperluan pencahayaan kawasan landskap.
• Keperluan penghadang bagi komponen-komponen utility.:
• Keperluan site clearance dan planting clearance bagi jalan (600mm dari kerb).
• Keperluan buffer bagi jalan-jalan utama dan lain-lain
2.5.2 Interpretasi
Bagi tujuan perbincangan, interpretasi bagi istilah adalah seperti berikut:
"Kawasan Awam" merujuk kepada, kawasan-kawasan selain daripada lot-lot persendirian yang mana termasuk kawasan jalan, tepian jalan
(sides of streets), kaki lima (footway), taman-taman, kawasan aktivitii awam (public place), kawasan permainan, padang, dan sebagainya yang
diselenggara oleh pihak berkuasa tempatan.
"Kawasan Lapang" merujuk kepada mana-mana tanah termasuk taman-taman awam, kawasan riadah, sukan, 'pleasure ground', laluan
pejalan kaki, kawasan awam dan mana-mana kawasan diluar sempadan lot persendirian.
"Kawasan Landskap" merujuk. kepada kawasan lapang, kawasan awam dan juga kawasan lot persendirian yang dicadang atau telah
dibangun untuk kawasan,pembangunan luaran (external living spaces).
2.5.3 Undang-Undang Berkaitan Landskap Didalam Undang-Undang Sediada:
e) Part V - Buildings
70 A. Earth work
75. Land to be set apart for back-lane.
f) Part VI - Misc
g)Part V1- By-Laws
Section 12. Preparation of draft local plans. (3) A draft local plan shall consist of a map and a written statement and shall -
(a) formulate, in such details as the local planning authority thinks appropriate, its proposals for
(i) the development of,
(ii) the use of land in;
(iii) the protection and improvement of the physical environment of;
(iv) the preservation of the natural topography of,
(v) the improvement of the landscape of;
(vi) the preservation and planting of trees in;
(vii) the making up of open spaces in;
(viii) the preservation and enhancement of character and appearance of buildings in;
(ix) the improvement of communications in; and
(X) the management of traffic in, the area of the local plan; and
(b) contain such matters as may be prescribed or as the Committee may in any
particular case specify.
(e) a land use analysis and its effect on the adjoining land;
(f) layout plans, the details of which are specified in section 21B; and
(g) such other matters as may be prescribed by the local planning authority.
Section 21B. Layout Plans (1) The layout plans under paragraph (f) of section 21A (1) shall show the proposed development and in particular
-
(a) where the development is in respect of any land -
(i) measures for the preservation and improvement of its physical environment;
(ii) measures for the preservation of its natural topography;
(iii) measures for the improvement of its landscape;
(iv) measures for the preservation and planting of trees there on;
(v) the location and species of trees with girth exceeding 0.8m metre and other vegetation thereon;
(vi) the making up of open spaces;
(vii) the proposed earth works, if any; and
(viii) a description of the works to be carried out, and
(b) where the development is in respect of a building with special architecture or
historical interest, particulars to identify the building including its use and condition, and its special character, appearance, make and feature
and measures for its. protection, preservation and enhancement, and
(c) Where the development involves a building operation, particulars of the character and appearance of buildings located in the surrounding
area.
(e) Part V - Development Charge
(f) Part VA - Tree Preservation Order
Dibawah akta ini, Pihak Berkuasa Tempatan boleh membuat undang-undang kecil berkaitan landskap dari menguatkuasakan undang-
undang kecil berkaitan melalui pentadbiran untuk kawasan-kawasan dibawah kawalannya.
Perkara-perkara yang perlu dititik beratkan dalam pembangunan landskap ialah keseimbangan praktikaliti kesesuaian cadangan,
kesinambungan pejalan kaki yang praktikal, menyediakan ruang 'open space' yang efektif bagi tujuan ianya diperlukan, bukan sekadar
memenuhi keperluan pengemukaan pelan, menyediakan kawasan riadah dan permainan kanak-kanak yang selamat, selesa dan bersih;
kawasan santai dan kawasan awam (public realms) di dalam Bandar yang selesa dan selamat bagi mengadakan pelbagai aktiviti ekonomi dan
social.
Walaubagaimanapun, belum lagi terdapat Undang-Undang yang spesifik bagi landskap atau kawasan lapang untuk memastikan aktiviti-
aktiviti pembangunan landskap adalah praktikal, mengikut keperluan masyarakat dengan menyedia ruang-ruang yang mencukupi serta
strategik untuk digunakan oleh orang ramai. Penyediaan ruang-ruang ini juga perlulah seimbang dengan kebolehan penyelenggaaraan dari
segi man-power, juga teknologi dan keberkesanan rekabentuk.
Contohnya:
Ruang Penghubung / pejalan kaki perlulah:
(1) Menyediakan laluan yang tidak mempunyai protrusion melebihi 25mm dari aras permukaan laluan;
(2) Semua grating perlulah bertentangan dengan aliran utama pejalan kaki;
(3) Sekurang-kurangnya 3 m lebar untuk gunasama sebagai laluan basikal dan penyelenggaraan;
(4) sekurang-kurangnya 1.5 m lebar untuk kegunaan pelajan kaki;
(5) disediakan susur tangan dan penghadang pada kawasan yang mempunyai perubahan aras melebihi 600mm (kawasan bersebelahan);
(6) mempunyai kecerunan yang tidak melebihi 8% atau 1:20 (Ramp yang berkecerunan 1:12 hanya dibenarkan bagi ramps didalam
bangunan);
Bacelor Senibina Landskap, 49
Fakulti Rekabentuk Dan Senibina,
Universiti Putra Malaysia
Pengurusan Dan Penyelenggaraan Landskap
Jabatan Senitaman
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
1. Membuat program cantasan ke atas pokok yang tidak melebihi 20 meter ke atas.
2. Mengambil tindakan menebang pokok yang hampir mati atau dikategorikan merbahaya
3. Mengambil tindakan menebang bagi mencegah bahaya yang hampir benar berlaku.
4. Sebagai mematuhi mana-mana Undang-undang bertulis lain seperti Akta Kerajaan Tempatan 1976 , Akta Perhutanan Negara 1984 dan
Akta Kualiti Alam sekeliling 1974.
Bahagian Senitaman Dan Kawalan Pembersihan DBKL menggunakan pelbagai teknik bagi melakukan program penyelenggaraan di
taman-taman awam di Kuala Lumpur, antaranya ialah membahagi-bahagikan komponen taman kepada landskap lembut dan landskap kejur.
Landskap lembut pula dibahagikan kepada komponen seperti pokok, turf, penutup bumi serta hedges. Bagi meningkatkan kualiti pekerja pula,
borang penilaian kerja juga disediakan oleh pihak DBKL. Antara program yang cuba di ketengahkan oleh bahagian senitaman DBKL pula
adalah seperti sistem inventori bagi taman-taman awam yang meliputi komponen-komponen seperti taman permainan, kawasan tasik dan
sebagainya.
A) SOFTSCAPE
• Penyelenggaraan Rumput
Definisi rumput adalah termasuk semua jenis rumput dan semak samun dalam kawasan rezab jalan , bulatan-bulatan jalan, tanah lapang,
taman-taman permainan atau hiburan. Definisi pemotongan rumput ialah memotong rumput dan membersihkan kawaan sekitar taman
sepanjang bahu jalan, rezab jalan, kawasan tanah lapang termasuk cerun dan atas tebing, bulatan-bulatan jalan, taman permainan
sepertimana terkandung dalam pelan, batas tembok dan tepi bangunan, termasuk membersihkan dan membuang semua bentuk sampah,
ranting, tanah-tanah terkumpul dan batu-batu yang terdapat dalam skupper (Scuppers drain), atas-atas pavement dan jogging track. Selepas
pemotongan rumput dilakukan, ianya mesti dsapu, dipungut serta rumput-rumput yang telah dipotong dibuang supaya kelihatan kemas dan
rapi. Rumput hendaklah dipotong dengan pendek, cermat dan kemas dengan ukuran seperti ¾” daripada paras tanah. Walau bagaimanapun,
keadaan rumput mestilah sentiasa pendek. Rumput yang berhampiran dengan pagaran, pavement, jalanraya, longkang-longkang saluran
skupper dan bangunan hendak diracun setiap bulan.
• Penyelenggaraan Pokok
1. Ketinggian bawah 15 kaki
Matatunas atau tunas air (water shoot) yang tumbuh dipangkal dan batang pokok. Batang utama ditingkatkan kepada ketinggian sekurang-
kurangnya 10 kaki tinggi. Setiap tempat cantasan perlu dicat dengan wound dressing supaya dapat mengelakkan tumbuhan tersebut dari
mendapat penyakit. Kerja-kerja penyelenggaraan hendaklah dibuat setiap dua kali dalam sebulan. Pokok yang condong atau tidak tegak
dipancang dengan kayu yang bersaiz 2”x 2” setinggi 10 kaki dan diikat dengan menggunkan tali. Mana-mana pokok yang mati, tumbang,
sekah atau patah dahannya mestilah dibersihkan dan dibuang ke kawasan pembuangan sampah tanpa melibatkan peningkatan kos tambahan.
Pokok menumpang atau sakat pada setiap pokok di dalam taman hendaklah dibuang sehingga kelihatan bersih dan kemas.
tersebut mendapat penyakit. Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut hendaklah dibuat dua kali dalam sebulan. Mana-mana pokok yang mati,
tumbang, sekah atau patah dahannya mestilah dibersihkan dan dibuang ke tapak pembuangan sampah.
Matatunas atau tunas air (epikomik shoot) yang tumbuh dipangkal dan batang atau rumpun pokok. Ranting-ranting dan daun-daun buluh yang
kering serta berjuntaian mestilah dibuang dan dibersihkan. Kawasan rumpun buluh sentiasa kelihatan kemas dan bersih serta rapi. Kerja-kerja
penyelenggaraan hendaklah dibuat setiap masa yang diperlukan.
Membuang mata tunas atau tunas air (epikomik shoots) yang tumbuh di pangkal dan batang pokok. Batang utama ditingkatkan kepada
sekurang-kurangnya 10 kaki tinggi. Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut hendaklah dibuat setiap dua kali dalam sebulan atau mengikut masa
yang ditetapkan. Mana-mana pokok yang condong atau tidak tegak hendaklah dipancang dengan kayu yang bersaiz 2”x2” setinggi 10 kaki dan
diikat dengan tali. Pelepah-pelepah kering hendaklah dipotong dan dibuang dengan serta-merta. Pihak kontraktor bertanggungjawab terhadap
pembuangan tumbuhan/ pokok menumpang tau sakat pada setiap pokok tersebut sehingga kelihatan bersih.
Pemangkasan (trimming) perlu dilakukan setiap minggu. Ketinggian hendaklah dikekalkan mengikut ketinggian yang sedia ada kecuali
mendapat arahan pihak pengurusan taman. Merumput mestilah dijalankan setiap hari. Jarak antara batas-batas tanaman penutup bumi dan
rumput mestilah sekurang-kurangnya 5 cm. kawasan ini perlulah digembur pada setiap masa. Sampah-sampah selepas pemangkasan
hendaklah dimasukkan ke dalam karung plastic dan dibuang serta merta.
Pokok–pokok topiary hendaklah diandam sepertimana bentuk sedia ada dan bakal ditanam kecuali mendapat arahan daripada pihak
pengurusan taman. Penyelenggaraan semasa juga perlu dijalankan setiap waktu.
B) HARDSCAPE
• Penyelenggaraan Siarkaki Dan Kawasan Berjogging
Pihak kontraktor dikehendaki membersihkan siarkaki dan kawasan berjoging daripada daun-daun, lumut-lumut, liken, rumput-rumpai yang
tumbuh dicelah-celah siarkaki, tanah-tanah, pasir dan sebagainya yang dianggap mengotorkan kawasan tersebut setiap hari. Pihak yang
bertanggungjawab perlu menyediakan peralatan pembersihan yang mudah alih seperti “ High Pressure Water Jet” untuk kegunaan
penyelenggaraan tersebut.
• Penyelenggaraan Jalanraya Atau Jalan Berpremis Termasuk Tempat Letak Kereta, Dinding Penahan (Rubble Wall) Dan Tangga
Jalan raya, jalan berpremis, tempat letak kereta, tembok-tembok/dinding penahan dan tangga-tangga dibersihkan daripada daun-daun, lumut-
lumut liken, rumput-rumput yang tumbuh di celah-celah premis, tanah-tanah pasir dan sebagainya yang dianggap mengotorkan kawasan
tersebut setiap hari. Pihak yang bertanggungjawab perlu menyediakan peralatan pembersihan yang mudah alih seperti “ High Pressure Water
Jet” untuk kegunaan penyelenggaraan tersebut.
Wakaf, pondok serta bahagian luar tandas dibersihkan daripada daun-daun, lumut-lumut dan liken. Rumput-rumput yang tumbuh pada wakaf-
wakaf, tanah,-tanah pasir dan sebagainya yang dianggap mengotorkan kawasan tersebut setiap hari. Peralatan pernbersihan yang mudahalih
seperti "High Pressure Water Jet juga perlu disediakan untuk kegunaan penyelenggaraan tersebut.
Aduan Awam
Direkodkan
Penyiasatan /
Lawatan Tapak
Tanah
Kawasan DBKL Persendirian
Dimaklum
balas semula
Tamat
Carta ini menunjukkan bagaimana sesuatu aduan itu diproses dan disalurkan kepada pihak-pihak tertentu. Aduan awam biasanya diterima
melalui internet,telefon, surat serta e-mail dan direkodkan. Selepas itu, penyiasatan atau lawatan tapak dilakukan untuk mengenalpasti
keadaan yang bermasalah.
Pembersihan kawasan
taman di waktu pagi
Menyapu daun gugur dan segala
jenis sampah atas paving, atas Semua
rumput dan servis road.
PRA
Mengutip daun yang jatuh
dalam kolam air (fountain)
kawasan
Kerja-kerja penyiraman
taman di waktu pagi
Semua
kumpulan
projek
kawasan
kawasan
projek
Menjalankan kerja-kerja
meracun:- Semua
1. Kulat 2. Serangga
PRA
Taman Orkid
Projek
Local Hibiscus
Pokok Orkid
Semua
PRA
kawasan
Cantuman dan
Replanting
Semua
kawasan
Merumput kawasan
Semua
Gotong Royong
Mengambil pokok yang telah
dipilih
Pekerja
Awam
Bahagian Senitaman DBKL juga turut mengeluarkan borang penilaian kerja bagi memastikan kerja yang dijalankan adalah teratur. Boring ini
adalah meliputi kerja-kerja pembersihan yang dijalankan, tenaga kerja serta peralatan dan sebagainya. Boring ini juga mesti dinilai oleh
pegawai-pegawai penilai yang terdiri daripada timbalan pengarah, penolong pengarah, pegawai pertanian, arkitek landskap, penolong
akauntan dan penolong pegawai tadbir.
Tag aluminium,metal dan plastik adalah lebih bagus berbanding tag kod bar kerana ianya tahan lama serta mudah difahami oleh orang awam,
dimana ini akan memudahkan pengguna untuk membuat aduan berkenaan kerosakan dan kemalangan harta benda. Tag kod bar pula mudah
rosak dan menyukarkan orang awam untuk membuat aduan tentang kerosakan dan kemalangan harta benda. Selain itu, kos penyelenggaraan
bagi kaedah ini adalah tinggi.
Terdapat pelbagai peralatan yang digunakan bagi menjalankan proses penyelenggaraan senitaman. Peralatan–peralatan ini
bergantung kepada jenis kerja yang dilakukan,iaitu kerja yang berbeza memerlukan peralatan serta mesin-mesin yang berlainan. Sebagai
contoh, penyelenggaraan pokok memerlukan mesin yang berbeza dengan kerja penyelenggaraan rumput. Peralatan yang lengkap serta
sempurna merupakan penentu kejayaan operasi penyelenggaraan pokok. Peralatan-peralatan yang digunakan boleh dibahagikan kepada
beberapa kategori iaitu alatan bagi memotong rumput, peralatan bagi pemangkasan dan penjarangan pokok, peralatan keselamatan,
pengangkutan serta peralatan pembersihan.
Memotong rumput merupakan operasi yang penting dalam penyelenggaraan landskap. Pemotongan rumput perlu dilakukan dalam
kadar yang biasa, contohnya perlu diselenggara setiap 2 minggu sekali dan tidak boleh dilakuakan terlampau kerap atau sedikit supaya jumlah
rumput yang dipotong adalah sekata setiap kali proses penyelenggaraan dibuat. Kekerapan pemotongan rumput yang paling sesuai ialah satu
hingga dua kali dalam seminggu, di mana panjang rumput maksimum yang sesuai untuk dipotong adalah 12-20mm. Terdapat faktor-faktor
tertentu yang mempengaruhi frekuensi pemotongan rumput, contohnya cuaca, musim; sama ada musim hujan ataupun kering, jenis rumput
serta baja yang digunakan.
Terdapat 8 pilihan mesin pemotong rumput berlainan yang boleh dipilih berdasarkan sumber tenaga serta kaedah pemotongan masing-
masing.
• Hand mowers-menggunakan tenaga manusia. Mempunyai ‘roller’ yang istimewa ataupun mempunyai dua ‘side-wheel’. Hand mowers
ini dipanggil mengikut karakter masing-masing, iaitu jenis roller ataupun side wheel.
• Cylinder-driven mowers-perlu ditolak dengan menggunakan tangan, tetapi mempunyai enjin untuk menggerakkan silinder.
• Fully driven motor mowers-mempunyai enjin yang menggerakkan mesin secara keseluruhan.
• Heavy duty mowers-mempunyai enjin 3 ½ hp
• Mesin elektrik yang mendapat sumber daripada bateri ataupun sumber kuasa yang utama.
• Rotary mowers
• Miscellaneous
Antara mesin-mesin yang digunakan oleh bahagian Senitaman dan Pembersihan DBKL adalah seperti silinder driven mower dan sebagainya.
Mesin ini adalah peralatan yang digunakan semasa proses-proses penyelenggaraan taman awam dilakukan
Lopping shears
Gergaji mesin panjang
Gergaji pokok
Axe
Jentera Pengangkut Gergaji mesin
Peralatan khas seperti gergaji atau sekateur yang tajam digunakan bagi memotong bahagian-bahagian tertentu, sesuai dengan kemampuan
peralatan yang digunakan. Kesan tempat yang dipangkas hendaklah licin dan bersih supaya tidak menakung air yang boleh menyebabkan
pereputan atau memerangkap penyakit dan serangga. Kesan pangkasan bagi dahan dan ranting melebihi 10mm hendaklah disembur dengan
cat anti-kulat ataupun disapu dengan tar. Loppers pula mempunyai pemegang yang panjang dan boleh memotong dahan yang berdiameter 3
inci ke atas. Pemotong besi ini mempunyai besi berspring serta gear untuk meningkatkan keupayaan memotong. ‘Pole pruning saw’
disambungkan kepada pole yang panjangnya 6 hingg 8 kaki dan digunakan bersama pruning head. Pole yang biasa digunakan adalah bulat,
empat segi ataupun bentuk octagon. Kapak pula merupakan peralatan manual yang jarang digunakan, kecuali apabila ianya betul-beetul
diperlukan. Gergaji rantai atau chain saw pula merupakan peralatan pemangkasan utama yang digunakan oleh arborist. Ianya selalu
digunakan kerana ianya menyenangkan, serta membolehkan dahan-dahan yang besar dibuang. Selain daripada itu, mesin ini mempunyai cirri-
ciri keselamatan yang tinggi, senang diselenggara serta mempunyai jangka hayat yang panjang.
Peralatan keselamatan
Body/boom belts
Goggles Climbing saddle and landyard
Hard Hat
Safety Chaps
Tali yang biasa digunakan adalah mempunyai diameter ½ hingga 1 inci yang diperbuat daripada kombinasi sintetik dan fiber. Tali nilon
mempunyai kebolehregangan yang tinggi, tetapi ianya masih digunakan untuk menarik sesuatu ataupun sebagai tali keselamatan. Salah satu
jenis jenis lanyard adalah yang boleh dihubungkan dengan “saddle”. “Googles” perlu dipakai sepanjang membuat kerrja-kerja
penyelenggaraan pokok. “goggles” ini selalu dipakai dengan topiyaang bertindak sebagai penghalang objek keras daripada menimpa kepala.
Ianya juga mempunyai ‘clear lenses’yang diperbuat daripada polikarbonat. Deria pendengaran juga merupakan bahagian sensitive badan yang
perlu dijaga. Sepanjang menggunakan peralatan atau mesin elektrik yang mengeluarkan bunyai bising, telinga mesti ditutup dengan
penyumbat telinga. ‘safety chaps pula diperbuat supaya dipakai melapisi seluar yang boleh melindungi diri semasa menggunakan gergaji
rantai. Alat ini biasanya dibuat dengan lima atau enam lapisan nilon, termasuk tiga atau empat lapisan yang dilapisi dengan pencegah luka.
Climbing saddle pula merupakan peralatan yang disarung pada badan pekerja, terutamanya semasa melakukan kerja penebangan pokok-
pokok yang tinggi. Peralatan keselamatan yang terakhir pula adalah sebagai langkah keselamatan kepada pekerja-pekerja yang beker di atas
tanah dan juga sebagai melindungi kenderaan penyelenggaraan. Antara peralatan tersebut adalah seperti kon keselamatan, bendera, signal
serta fluorescent vest.
Peralatan Pengangkutan
Terdapat mesin yang membantu meringankan kerja-kerja pengangkutan dan pemotongan pokok seperti “aerial lift” dan trak. “aerial Lift” ini
menjimatkan masa terutamanya semasa menebang pokok-pokok besar, lift ini boleh digerakkan sebanyak 2800, iaitu mempunyai fleksibiliti
yang tinggi. Trak pula dapat memuatkan kapasiti sebanyak 28,000 poun. Rekabentuk trak ini adalah mengikut permintaan tempatan dan juga
bergantung kepada peruntukan semasa membeli.
Peralatan pembersihan
Peralatan yang dapat memotong dahan adalah dikenali sebagai “Chipper”. Terdapat dua jenis “chipper” iaitu “rotor-drum dan disk drum
chipper”. Kedua-duanya dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan. “Stump Cutter” juga merupakan peralatan pembersihan yang berfungsi
membuang dan mencabut tunggul-tunggul kayu yang telah mati. Pencakar pula digunakan untuk membersihkan potongan kayu yang kecil,
habuk kayu serta daun-daun kering. Sementara penyapu pula adalah alat pembersihan terakhir yang digunakan untuk menyapu debu serta
kotoran kecil yang lain. Selain daripada peralatan yang digunakan untuk pemangkasan dan penjarangan seperti di atas, Bahagian Senitaman
dan Pembersihan DBKL juga mempunyai peralatan terkini untuk pembersihan, iaitu mesin untuk membuang tunggul-tunggul kayu yang
dikenali sebagai stump cutter. Antara kebaikan mesin ini adalah ia berkernampuan untuk memotong tunggul yang berdiameter lebih kurang 1.5
meter dalam tempoh 45 hingga 60 minit. Selain itu, mesin tersebut berkernampuan untuk memotong akar hingga pada kedalaman 11kaki.
Peratus kerosakan akibat daripada kerja-kerja memotong akar dapat dikurangkan berbanding cara yang digunakan sebelum ini. Penggunaan
tenaga buruh dapat dikurangkan kerana mesin ini hanya memerlukan 1-2 orang untuk mengendalikannya. Di sebalik kebaikan yang ada,
mesin ini juga turut mempunyai kelemahan, di antaranya adalah mesin ini hanya. marnpu beroperasi di ternpat yang rata sahaja. Semasa kerja
memotong tunggul dijalankan, sisa-sisa tunggul yang dipotong akan tercarnpak jauh dan boleh mendatangkan bahaya terutarna sekiranya
lokasi kerja di tepi jalan utama. Ianya juga memerlukan kenderaan lain untuk dibawa ke lokasi kerja dan semasa kerja memotong akar
dilakukan bagi mengelakkan mesin tersebut bergerak.
Kedua-Dua Gambar Menunjukkan Keadaan Bentuk Tunggul Sebelum Kerja Memotong Djalankan.
Kerja-Kerja Memotong Tunggul Sedang Dijalankan Dimana Dapat Diperhatikan Bentuk Cara Mesin Ini Beroperasi.
Gambar Menunjukkan Kesan Potongan Akar Pada Peringkat Awal Kerja Memotong Berjalan.
3.0 MASALAH YANG DIHADAPI OLEH JABATAN SENI TAMAN & KAWALAN PEMBERSIHAN BANDAR
Bahagian Senitaman dan Pembersihan Bandar DBKL merupakan sebuah badan kerajaan yang mempunyai sistem pengurusan dan
penyelenggaraan yang baik. Walaubagaimanapun objektif yang disediakan perlulah dan dispesifikkan kepada matlamat tertentu. Selain
daripada merangka objektif, strategi juga perlu dirancang bagi memastikan objektif yang digariskan tercapai. PenguruSan dan
penyelenggaraan merupakan dua perkara berbeza tetapi saling merujuk kepada satu sama lain. Dalam merangka sistem pengurusan
pendapat , persepsi serta pengetahuan dari orang ramai adalah penting bagi merangka suatu strategi yang berkesan.jikalau dihalusi serta
ditinjau pendapat para kakitangan unit ini dari segi perancangan ekonomi, perancangan jadual kerja bagi jangka masa panjang serta jangka
masa pendek dan beberapa perkara yang lain lagi, didapati unit ini sememangnya mempunyai perancangan, tetapi ianya tidak
diimplimentasikan sepenuhnya. Ini dapat diperhatikan melalui jumlah masa bekerja yang mempunyai kualiti adalah sedikit berbanding masa
yang sebenarnya. Apabila masa bekerja tidak digunakan sepenuhnya, ini akan meningkatkan belanjawan bagi perbelanjaan buruh, peralatan,
elektrik dan sebagainya. selain daripada itu, jumlah mesin atau peralatan yang digunakan untuk penyelenggaraan adalah tidak mencukupi dan
perlu ditambah dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan semasa. mesin-mesin yang sedia ada pula perlulah digunakan mengikut
kesesuaian dengan kerja yang hendak dilakukan bagi mengelakkan mesin rosak,tumpul, dan sebagainya yang akan menyumbang kepada
peningkatan belanjawan bagi penyelenggaraan mesin. Dokumen-dokumen yang penting seperti spesifikasi DBKL bagi melaksanakan kerja-
kerja penyelenggaraan pada tempat-tempat tertentu hendaklah difailkan dengan baik bagi memudahkan pelajar dan kakitangan untuk
membuat rujukan terhadap item-item tersebut. Pihak pengurusan DBKL juga adalah amat memerlukan tenaga muda yang boleh bertindak
sebagai generasi pelapis kepada kakitangan yang ada sekarang. Mungkin sebilangan daripada kaitangan muda adalah kekurangan
pengalaman, tetapi golongan ini masih bole diasah serta dikembangkan bakat kepemimpinan hasil acuan yang baik daripada golongan yang
berumur di unit ini.
Melalui tugasan yang dijalankan, didapati bahawa bidang kuasa dan kerja Jabatan Senitaman DBKL adalah luas dan merangkumi hampir
keseluruhan kawasan di Lembah Kelang. Namun, terdapat beberapa perkara yang kurang dititikberatkan oleh pihak jabatan dalam mengurus
dan menyelenggara landskap yang telah disediakan untuk masyarakat. Antaranya, dari segi;
• Objektif dan standard pengurusan – Objektif yan79g disediakan perlulah lebih terperinci dan spesifik serta standard pengurusan perlulah
lebih jelas.
• Pelan penyelenggaraan – Pendekatan dalam proses penyelenggaraan landskap taman awam, rekreasi, jalan dan sebagainya perlulah
lebih sistematik. Ini dapat menyelaraskan peruntukan kewangan dengan kerja-kerja penyelenggaraan yang akan dilaksanakan.
• Pengurusan ekonomi - Pengurusan masa adalah longgar dan pekerja tidak serius menggunakan masa yang diperuntukkan dalam
melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Ini menyebabkan peruntukan kewangan meningkat apabila terpaksa membayar untuk
kerja lebih masa yang telah dibuat.
• Pembinaan dan rekabentuk – Pemilihan pokok yang tidak sesuai dengan keadaan iklim, persekitaran dan fungsinya. Juga keadaan
kawasan/ tapak yang tidak sesuai dengan pokok yang dipilih dan program penyelenggaraan yang tidak sistematik menyebabkan
perancangan yang dibuat tidak menjadi dan menghadapi masalah. Ini menambahkan beban dari segi kewangan dan kerja
penyelenggaraan supaya keadaan kemnali stabil dan memenuhi keselesaan. Oleh itu adalah penting untuk pihak jabatan melantik tenaga
pakar dalam bidang arborikultur dan hortikultur yang mencukupi bagi menangani masalah ini.
• ‘Personnel’ – Pihak jabatan memastikan setiap pekerja akan menyertai kursus yang bersesuaian dengan bidang tugasnya supaya kualiti
kerja meningkat di samping boleh menambah tahap pengetahuan dalam bidang berkaitan.
Terdapat beberapa kaedah yang telah dilaksanakan untuk menangani masalah yang wujud dalam pengurusan dan penyelenggaraan
landskap, antaranya;
• Kerjasama dengan institusi-institusi penyelidikan dan pengajian tinggi serta badan-badan kerajaan seperti FRIM, UPM, UiTM, ILAM,
Jabatan Landskap Negara
• Kerjasama dengan institusi luar negara seperti projek 'DANCED', Denmark
• Melantik tenaga pakar dan juruperunding dalam merekabentuk dan melaksana projek-projek landskap
• Melantik kontraktor dalam menyelenggara kawasan-kawasan landskap
6.0 KESIMPULAN
Dari pemerhatian dan perbincangan yang telah dibuat, dapat disimpulkan bahawa:-
I. Jabatan Seni Taman DBKL perlulah mempunyai rancangan pengurusan da penyelenggaraan bagi jangka masa pendek dan panjang
supaya landskap persekitaran wilayah berada dalam keadaan sihat. Oleh itu, dicadangkan jabatan mengadakan seorang pegawai
penyelidik supaya dapat menyediakan laporan setiap kawasan dan dapat mengenalpasti keadaan landskap samada berada dalam
keadaan baik atau sebaliknya.
2. Membuat satu dasar berkenaan berkaitan dengan penyelenggaraan landskap supaya ia sentiasa terpelihara untuk jangka masa yang
ditetapkan dan tidak perlu untuk menambah peruntukan penggantian landskap yang rosak
3. Menambah kakitangan dan memberi kawasan menyelia yang kecil supaya tumpuan lebih efisyen untuk pegawai mengawasi kawasan.
4. Menambah peruntukan kewangan dan kontraktor sedia ada bertujuan memudahkan lagi kerja penyelenggaraan landskap wilayah
5. Mengenalpasti jenis-jenis tanaman landskap dan pokok yang akan ditanam supaya tidak mendatangkan masalah pada masa yang
akan datang.
Sebenarnya aspek penyelenggaraan perlu diambilkira semasa penyediaan pelan landskap Faktor seperti keupayaan dan bilangan tenaga
pekerja untuk menyelenggara perlu dikaji dan disediakan bergantung kepada saiz , kepadatan , kerumitan dan kemudahan yang sedia ada.
Manakala peruntukan kewangan penyelenggaraan pula perlu mencukupi setiap tahun.
Secara keseluruhannya pengurursan dan penyelenggaraan landskap adalah amat penting dalam mengekalkan keindahan sesuatu Bandar.
Setiap pihak yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja pelaksanaan dan penyelenggaraan landskap perlulah bekerjasama di atara satu
sama lain bagi memastikan matlamat keindahan sesuatu Bandar dapat dicapai dan dikekalkan.
7.0 RUJUKAN
Leonard E. Phillips, Jr, URBAN TREES, McGraw-Hill, Inc., New York, United Stated Of America.
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa, (1995), GARISPANDUAN LANDSKAP NEGARA, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan
Tempatan, Kuala Lumpur.
Jabatan Senitaman Dan Kawalan Pembersihan, (2001 ), LAPORAN TAHUNAN 2001, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Malaysia.
Robert W.Miller, ( 1988 ), URBAN FORESTRY PLANNING AND MANAGING URBAN GREENSPACES, Prentice Hall,
Englewood Cliffs, New Jersey 07632.