You are on page 1of 18

PERKEMBANGAN

WANITA SEBELUM DAN


SELEPAS
KEDATANGAN ISLAM..
Pada awal perkembangan peradaban Yunani, wanita hanya melayani cinta dan hawa nafsu. Aristotles
tidak berpandangan baik terhadap kaum wanita. Dalam pandangannya, wanita adalah manusia yang
serba kekurangan. Taraf kaum wanita amatlah dipandang rendah sama sekali tidak boleh disamakan
dengan taraf orang lelaki.

WANITA SEBELUM RASULALLAH S.A.W , BERDARJAT TIDAK BERGUNA KECUALI UNTUK


MEMELIHARA KETURUNAN DAN MENGATUR RUMAHTANGGA. APABILA ISTERI MELAHIRKAN
ANAK YANG TIDAK CANTIK MEREKA AKAN MEMBUNUHNYA. WANITA YANG ‘SUBUR’
DIPINJAM OLEH LELAKI (BUKAN SUAMINYA) UNTUK MELAHIRKAN ANAK.
ZAMAN YAHUDI

 Pada zaman Yahudi, sebahagian orang menjadikan anak perempuan


setaraf pelayan, dan ayahnya berhak menjualnya. Wanita boleh menerima
waris, kecuali bila ayahnya tidak mempunyai keturunan anak-anak lelaki.
Dalam ‘Sifr AL Jamiah’ dinyatakan, “Aku dan hatiku berkeliling untuk
menyelidiki dan mencari hikmat dan akal, dan untuk mengetahui
kejahatan adalah kebodohan, dan untuk mengetahui kedunguan adalah
kegilaan. Aku mendapatkan yang lebih buruk dari maut adalah wanita
yang merupakan jaring, sedang tangannya adalah perangkap dan tali”.
PENGANUT HINDU

 Disebutkan dalam hukum-hukum Hindu, wabah kematian, neraka, racun, ular dan

api adalah lebih baik daripada wanita. Ajaran yang disebutkan dalam hukum

Manu iaitu sebahagian dari ajaran Hindu, bahawa pada masa kecil wanita tunduk

kepada ayahnya, pada masa muda tunduk kepada suaminya, pada masa jandanya

tunduk kepada anak-anaknya. Dan ketika dia tidak mempunyai anak dan sanak

saudara, ia tunduk kepada kerabat suaminya dan tidak boleh urus dirinya

sendiri. Ini menunujukkan renfdahnya martabat seseorang wanita dan dikatakan

tidak mampu mengurus diri dan hanya sering bergantung harap kepada lelaki

sahaja.
 
BANGSA ROMAWI

 Dinyatakan dalam hukum Romawi, perempuan dianggap hamba lelaki dan sebagai barang dagangan murah yang

dapat dipergunakan sebagaimana dikehendaki. Ia menguasai wanita sekehendaknya sehingga hidupnya

menjadi milik ayahnya, kemudian suaminya, kemudian anak-anaknya. Pemilikan mereka terhadapnya sama lah

seperti memiliki haiwan dan benda mati. Kaum lelaki menganganggap perempuan sebagai pembangkit syahwat

dan perempuan itu syaitan dan kotor, dan ia tidak memiliki kekuasaan dan hak ke atas dirinya sendiri.

 Selain itu, wanita pada zaman Romawi sering diejek dan dihina. Antara penghinaan dan ejekan yang dialami

wanita Romawi, iaitu ketika orang-orang Romawi berkumpul untuk membahas hal ehwal kaum wanita. Mereka

memutuskan bahawa wanita adalah makhluk yang berjiwa dan tidak akan mewarisi kehidupan ukhrawi

sedangkan dirinya kotor dan tidak boleh makan daging, tidak boleh tertawa dan tidak boleh berbicara.

Wanita harus menghabiskan seluruh waktunya dalam layanan dan bersikap tunduk.

 Mereka menghina wanita antara lain dengan melarangnya bersuara sehingga wanita sejak mula merangkak

hingga boleh berjalan, kemudian bekerja di rumahnya tanpa mengucapkan suatu kata apa pun.
ORANG-ORANG MESIR KUNO

 Wanita di kalangan mereka mempunyai kedudukan yang tinggi dan

hal ini nampak dalam penyembahan Isis, dewi keibuan, cinta dan

kecantikan serta lambang bulan.

 Isis melambangkan kesuburan seperti wanita. Wanita Mesir juga

dibebani kekuasaan dan tunduk di atas takhta kerajaan. Ratu

pertama yang memerintah menurut sejarah ialah Hatshapsut. Oleh

kerana wanita dianggap makhluk yang tinggi, maka hukum-hukum

peradaban Mesir memperlakukan dengan baik.


 
ZAMAN JAHILIYAH ARAB

 Di zaman itu wanita mendapat penghormatan yang amat sedikit sekali,


pada waktu-waktu tertentu di kalangan sebahagian kecil bangsa Arab.
Ramai wanita dianiayai.
 Beberapa contoh terburuk perlakuan bahkan paling kejam ialah
menguburkan bayi hidup-hidup. Bayi perempuan di kalangan Arab zama
jahiliyah amat menyedihkan dan sangat hina. Banyak kes penguburan
hidup-hidup bayi yang tidak berdosa. 
 Kes bunuh bayi hidup-hidup itu dilakukan kerana mmpercayai bahawa
mereka akan jatuh miskin.
SEMASA DI MEDAN PERANG
 Semasa Zaman Jahiliyah, peperangan antara kabilah sering berlaku bagi mengukuhkan
kedudukan masing-masing di Semenanjung Tanah Arab. Oleh yang demikian, bagi
menguatkan lagi semangat golongan lelaki dalam menempuhi peperangan, maka golongan
wanita juga telah dibawa bersama-sama untuk menyertai peperangan.
 Mereka akan diletakkan di kedudukan belakang bala tentera yang sedang berperang agar
dijadikan sebagai peringatan kepada golongan lelaki bahawa sekiranya mereka mengalami
kekalahan di dalam perang tersebut, maka golongan wanita yang berada dibelakang mereka
akan menjadi bahan pemuas nafsu oleh pihak musuh.
 wanita yang dibawa bersama-sama di dalam medan peperangan adalah merupakan bahan
taruhan oleh golongan lelaki pada ketika itu. Hal ini terjadi kerana golongan kaum Quraisy
tidak akan membawa harta kerana apabila mereka mengalami kekalahan, maka mereka akan
berasa kerugian ke atas harta yang dibawa oleh mereka diambil oleh pihak musuh.
 Bagi masyarakat Jahiliyah, nilai harta adalah lebih tinggi berbanding dengan nilai wanita.
Maka dengan demikian, wanita telah dijadikan bahan taruhan di dalam peperangan bagi
melindungi darjat lelaki serta kabilah masing-masing
SELEPAS KEDATANGAN ISLAM
 Peranan wanita dalam aspek politik telah mengalami perubahan iaitu dalam aspek kepimpinan, peperangan,

periwayatan hadis, dan emansipasi wanita.

 Pada awal kebangkitan Islam kepimpinan wanita sebagai individu yang dapat menghasilkan kepimpinan melalui

teladan atau qudwah hasanah begitu terserlah.

 Wanita pada masa itu berjaya mempertingkatkan kualiti diri dengan memperseimbangkan kepentingan dunia

dan akhirat. Islam telah memperakui adanya kepimpinan pada kaum wanita sama seperti kaum lelaki.
 Kemampuan wanita-wanita Islam dalam zaman Rasulullah bukanlah calang-calang. Hal ini telah didorong oleh

keyakinan tentang kebenaran janji-janji Allah dan Rasul-Nya yang membuktikan kentalnya keimanan mereka.

 Para isteri Rasullullah S.A.W dan para sahabat wanita juga keluar ke medan perang bersama-sama tentera

Islam untuk memberi air minuman dan menyediakan makanan. Hal ini dapat dilihat dalam peperangan Khaibar,

peranan wanita yang jelas dilihat ialah sebagai pembantu atau boleh disamakan seperti jururawat pada

zaman moden.
WANITA DALAM PERIWAYATAN HADIS
 Peranan wanita yang utama dalam periwayatan hadis dapat dilihat melalui riwayat daripada Siti Aisyah, isteri

Rasullullah yang tercinta. Aisyah adalah tokohmuhaddist dan penghafal sunnah, kerana posisinya di sisi nabi,

maka Aisyah meriwayatkan beberapa hadis yang tidak diriwayatkan oleh sahabat lainnya.
 Hasil hidup selama sembilan tahun bersama Rasullullah, Aisyah banyak mewarisi sifat-sifat keutamaan, ilmu

serta peribadi mulia Rasullullah. Aisyah terkenal sebagai seorang yang fasih dan alim dalam ilmu syariah Islam.

Selepas baginda wafat, ramai sahabat yang terkemuka berulang-alik ke rumah Aisyah untuk meminta fatwa

ataupun mempelajari hadis daripada beliau.


 Aisyah didatangi oleh sahabat-sahabat untuk meriwayatkan hadis sehingga 57 tahun lamanya. Selain itu,

Aisyah semasa menyampaikan ilmunya adalah melalui sebalik sehelai tabir tebal mengikut hukum Islam

 Selain Aisyah, isteri nabi yang telah meriwayatkan hadis ialah Ummu Salamah. Ummul mukminin ini banyak

meriwayatkan hadisthayyib dan ditempatkan sebagai perawi wanita kedua setelah Aisyah r.a. Riwayatnya

menurut perhitungan kitab Baqi bin Mukhallad mencapai 378 hadis, 13 diantaranya disepakati oleh Bukhari dan

Muslim, 3 hadis oleh Bukhari dan 13 oleh Muslim.


WANITA SEBAGAI PENASIHAT
 Keunggulan wanita Arab selepas penerimaan Islam juga dapat dilihat apabila wanita dapat membuktikan

kebijaksanaan mereka dalam memberikan nasihat yang bernas.

 Misalnya dalam peristiwa perang al-Hajjaj bin Yusuf mengepung kota Mekah, ketika saat genting Abdullah

bin al-Zubair datang menemui ibunya Asma’ binti Abu Bakar untuk meminta nasihat. Setelah mendapat

nasihat daripada ibunya, Abdullah bin al-Zubair meneruskan perjuangannya dengan yakin dan berserah

kepada Allah menentang pihak musuh walaupun peluangnya menang amat tipis malah akan meragut nyawanya.

 Ibunya telah menasihatkan anaknya itu meneruskan perjuangannya dan jangan tunduk kepada pihak musuh

walaupun akan diberi ganjaran yang lumayan oleh mereka


 Nasihat yang diberikan oleh Asma’ kepada anaknya menunjukkan betapa kuatnya iman Asma, matang dan

bijak pemikirannya serta cekal menghadapi cabaran dan kenyataan. Sikapnya yang cintakan kebenaran dan

berani kerana benar, menjadikan Asma tenang dan mampu memberikan nasihat yang tidak ternilai harganya.
SEKTOR PERTANIAN
 Pada tanggapan umum, wanita dianggap tidak berupaya untuk bekerja di luar rumah

tetapi hakikat sejarah menunjukkan bahawa wanita telah memberikan sumbangan yang

besar dalam pembangunan ekonomi keluarganya.

 Hal ini dapat dilihat melalui kaum wanita yang telah bersama-sama bekerja di ladang

pertanian. Bagi masyarakat tani, mereka bekerja di ladang atau di sawah padi yang

bertujuan membantu menanam benih dan menabur baja, mengembala ternakan serta

memerah susu.

 Selain itu golongan ini juga turut mengangkut hasil tani ke tempat simpanan di rumah,

mencari kayu api, mengambil kayu api dan mengambil air untuk tujuan penyiraman. Hal

ini jelas menunjukkan bahawa wanita turut berperanan dalam sektor pertanian.
SEKTOR TERNAKAN
 Selain itu juga, golongan wanita pada Zaman Jahiliyah juga turut memainkan

peranan yang penting dalam sektor penternakan. Wanita-wanita ini bekerja

sebagai penternak binatang, mengembala kambing, lembu, unta dan memerah susu.

 Contohnya dapat dilihat seperti yang diceritakan oleh Al-Quran tentang

kehidupan keluarga Nabi Shu’ib yang mempunyai anak gadis yang bekerja sebagai

pengembala kambing.

 Selain itu juga mereka turut menternak burung, ayam dan itik. Bagi kaum nelayan

pula, wanita dalam  kumpulan tersebut akan turut bekerja sebagai penolong

memproses hasil tangkapan.


WANITA KINI

 Selepas kedatangan islam, wanita diperintahkan agar menutup aurat.

 Ianya bukanlah unuk mengongkong kaum wanita sebaliknya menjaga

kehormatan dan maruah kaum wanita

 Syariat Islam telah memberikan batasan-batasan yang boleh dan yang

tidak boleh diperlihatkan dari seorang wanita. Bagi sebagian orang yang

tidak memahami hikmah dari hukum-hukum dalam syariat Islam aturan ini

akan menyatkan bahawa ianya menyulitkan kaum wanita, tetapi jika kita

merenungkan lebih jauh terdapat hikmat ajaran supaya menutup aurat


Lebih dikenal sebagai identiti kemusliman

PERINTAH
MENUTUP  Kehormatan terjaga
AURAT

Tidak akan diganggu


 Tentang aurat, Islam menjaga harga diri wanita

daripada aurat mereka yang bernilai itu,

didedahkan di hadapan khalayak ramai.


 Kepimpinan pula, Islam membenarkan perempuan

menjadi pimpinan, tetapi yang pastinya, pimpinan

tertinggi adalah lelaki. Islam tidak menyekat wanita

untuk menyambungkan pelajaran, selagi mana

pelajaran tersebut tidak bercanggah dengan Islam.


KESIMPULAN..
 Islam tidak seperti agama dunia lain dalam memperjuangkan kesetaraan gender
khususnya dalam meninggikan martabat golongan wanita. Kaum wanita mendapat pelbagai
hak termasuk dalam bidang kepimpinan, kehartaan malah keagamaan. Selepas
kedatangan Islam wanita memainkan peranan penting dan cukup besar dalam
pembangunan keluarga. Selain memberikan sokongan moral kepada suami dalam
meneruskan sesuatu kerjaya yang dijadikan punca rezeki keluarga, isteri turut sama
berperanan menjadi teman dan sahabat yang paling akrab kepada anak-anak dan suami.
Tidak kurang juga para isteri yang turut sama menjadi tulang belakang kepada suami,
apabila turut sama memiliki kerjaya tertentu untuk menambahkan pendapatan keluarga.
Antara bidang pekerjaan yang pernah diikuti oleh kaum wanita pada masa hidup
Rasullulah ialah seperti menyusui anak, mengembala haiwan ternakan, bercucuk tanam,
aktiviti perniagaan dan sebagainya.
 Kaum wanita juga lebih dihormati dan diberikan hak dalam kehidupan mereka. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa peranan dan kedudukan wanita adalah lebih tinggi dan
diiktiraf selepas kedatangan Islam dalam pelbagai aspek. Terdapat perbezaan peranan
yang amat ketara bagi kaum wanita sebelum dan selepas zaman jahiliyah iaitu dari aspek
politik, ekonomi, dan sosial.
PREPARED BY..

 ROSLINDA BT ISMAIL
 MIMI SARTINA BT ISMAIL
 SALSABEELA BT MOHD ARIFF
 IZYAN LIYANA BT ABDUL TOLIB
 MAINURADILLAH
 NURUL HIDAYAH AIN ZUBAIDAH BT HALIM
 NURANIS ZAFIRA BT SAHRUDIN
 NURUL FATIN HAWA BT MAZLAN

You might also like