You are on page 1of 2

Pengenalan

Kontrak adalah suatu tindakan yang dilakukan oleh dua atau lebih pihak dimana masing-masing
pihak yang ada didalannya dituntut untuk melakukan satu atau lebih prestasi. Dalam pengertian
demikian kontrak merupakan perjanjian. Namun demikian kontrak merupakan perjanjian yang
berbentuk tertulis. Ia juga adalah satu bentuk pakatan atau persetujuan untuk mencapai sesuatu
maksud atau tujuan antara 2 pihak atau lebih sama ada secara bertulis atau lisan.

Setiap negara memerlukan perlembagaan bagi menjamin kestabilan politik serta sistem
pemerintahan negara yang cekap dan adil. Keperluan perlembagaan menjadi lebih ketara dalam
sebuah negara yang berbilang etnik seperti negara Malaysia. Perlembagaan diperlukan untuk
mewujudkan suatu rangka politik, ekonomi dan sosial yang dapat memudahkan perpaduan
nasional dan pembangunan negara serta melindungi kepentingan semua kumpulan etnik.

Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara
dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui
Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-
orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka
daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian-
bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia
adalah sebuah negara sekular.

Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali
dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan Nasional yang
menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu
kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan
golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah
ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti
politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO,
telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.
Kepentingan

Kontrak sosial memainkan peranan penting di dalam menjaga dan mempertahankan prinsip
ketuanan Melayu. Kontrak ini sebenarnya telah dipersetujui dahulu dan ia adalah perjanjian
antara orang Melayu dengan orang bukan melayu di dalam kedudukan hak keistimewaan orang
Melayu dan Bumiputera dan pemberian hak kearga negaraan kepada orang bukan Melayu.
Namun penekanan yang lemah tentang perkara ini telha menyebabkan ramai golongan muda
sekarang tidak mengetahui perkara ini. Sepatutnya golongan bukan Melayu dan Bumiputera
harus tahu bahawa kontrak sosial ini masih digunapakai dan perlu diikuti sehingga bila – bila.
Namun dewasa ini, perkara ini telah di ambil mudah dan menyebabkan ramai pihak lupa akan
perkara ini maka wujudlah pelbagai ancaman dan soal hak keistimewaan orang Melayu dan
kaum Bumiputera dipertikaikan.

i) ianya bertujuan untuk menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok


masing - masing.
ii)
memastikan kepentingan majoriti dan minoriti di ambil kira tanpa menjejaskan hak
dan kepentingan masing-masing.
iii)
iii) memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun-temurun kerana
persetujuan dianggap memenuhi kepentingan yang berpanjangan.
iv)
memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhi dan menyampaikan kepada
generasi seterusnya agar ia tidak bercanggah di masa depan.

Isi Kandungan Kontrak Sosial di Malaysia.

i) Orang Melayu menerima dan mengiktiraf orang Cina dan India sebagai warganegara.
(Berasaskan prinsip Jus Soli).

ii) Orang Cina dan India mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan.

iii) Orang Cina dan India mengiktiraf agama Islam sebagai agama persekutuan.

iv) Orang Cina dan India mengiktiraf kedaulatan Raja - Raja Melayu

v) Orang Cina dan India mengiktiraf Hak keistimewaan orang Melayu

You might also like