Professional Documents
Culture Documents
َّ َوالَ ُعدْ َوانَ ِإالَ َع َلى َو. َ َوا ْل َعافِ َي ُة ِل ْل ُم َّتقِ ْين. َهلل َر ِّب ا ْل َعا َل ِم ْين
ُالصالَة ِ ِ َا ْل َح ْم ُد.الر ِح ْي ِم
َّ الر ْح َم ِن
َّ هللا
ِ ِب ْس ِم
َ ال َّظلِ ِم ْين. ََأج َم ِع ْين ْ سلِ ْينَ َو َخا َت ِم ال َّن ِب ِّيين ََو َع َلى آلِ ِه ََو
ْ أص َحاِب ِه َ ف ا ْل ُم ْر ْ َسالَ ُم َع َلى أ
ِ ش َر َّ َوال
Segala puji hanya untuk-Mu Ya Allah, selawat dan salam atas Junjungan besar Nabi Muhammad
SAW. Kepada sekalian keluarga, sahabat-sahabat dan seluruh kaum muslimin dan muslimat
sekelian.
Bersempena dengan Sambutan Hari Guru yang penuh keberkatan ini. Kami merafakkan rasa
kesyukuran kepadaMu ya Allah kerana mengizinkan kami meraikan Hari Guru bagi tahun
2010m/1431H dengan tema “Guru Pembina Negara Bangsa”.
Wahai Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun. Kami menadah tangan dengan
penuh keinsafan dan kehambaan, memohon keampunan kehadratMu, agar Engkau ampunkan
dosa-dosa kami dan dosa guru-guru kami samada yang masih hidup atau yang telah kembali
kepangkuanMu. Limpahkanlah taufiq dan hidayah kepada kami dan guru-guru kami agar
sentiasa berada di bawah naungan rahmat dan inayahMu. Kurniakan mereka rezeki yang luas,
keimanan yang teguh, ketaqwaan yang tinggi serta kebaikan di dunia dan di akhirat. Berkatilah
segala rezeki yang telah Engkau curahkan kepada mereka dan berikanlah keberkatan kepada
ahli keluarga serta zuriat keturunan mereka.
Ya Rahman ya Rahim,
Ya Allah, Ya Fatah,
Anugerahkanlah guru-guru kami sifat sentiasa berlapang dada menerima dan menjalankan
tugas membangunkan anak bangsa. Tanamkan semangat keikhlasan dan kejujuran di kalangan
mereka dan balaslah segala kejujuran dan keikhlasan ini dengan ganjaran yang tinggi di dunia
dan akhirat.