Professional Documents
Culture Documents
konsonan
Bunyi-bunyi konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa selain
bunyi vokal, sama ada bersuara atau tidak bersuara,
yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru
menerima sekatan atau geseran, yang berlaku dalam
rongga mulut, rongga tekak atau rongga hidung.
Kesimpulannya, bunyi-bunyi konsonan mempunyai ciri-
ciri berikut:-
1
Semasa menghasilkannya berlaku sekatan atau geseran dalam rongga
tekak atau rongga mulut hasil daripada sentuhan antara alat artikulasi
dengan daerah artikulasi
Ada konsonan sengau dan ada konsonan tidak sengau, bergantung kepada
keadaan lelangit lembut semasa bunyi itu dihasilkan.
2
Seperti bunyi huruf vokal, penghasilan
bunyi-bunyi konsonan
ditentukan oleh beberapa perkara seperti berikut:
Keadaan glotis,
glotis dirapatkan dan pita suara bergetar tatkala arus udara keluar
dari paru-paru, menghasilkan bunyi suara, atau glotis direnggangkan dan
pita suara tidak bergetar, menghasilkan bunyi tidak bersuara. Perlu diingat
bahawa jika glotis dirapatkan dan pita suara tidak bergetar semasa arus
udara dari paru-paru melauinya, bunyi yang terhasil ialah bisikan.
3
Cara arus udara
keluar dari paru-paru yang akan menghasilkan pelbagai kategori
bunyi konsonan iaitu konsonan letupan, konsonan letusan, konsonan
geseran, konsonan sengau, konsonan sisian, konsonan getaran dan
separuh vokal
4
Cara menghasilkan bunyi-
bunyi konsonan
Bunyi-bunyi konsonan dalam bahasa
Melayu dihuraikan mengikut cara
penghasilanya, iaitu dari segi cara
arus udara keluar dari paru-paru.
Terdapat tujuh jenis konsonan asli
dalam bahasa Melayu, iaitu letupan,
letusan, geseran, getaran, sisian,
sengau dan separuh vokal.
5
Bunyi-bunyi Konsonan Melayu
Daerah Bibir Gusi Gusi- Lelangit Lelangit Pita
sebutan Lelangit Ker lem sua
Cara Keras as but ra
sebutan (Pa
lata
l)
Letupan p b t d k g ʔ
Letusan c j
Sengau m n ɲ ŋ
Geseran f v Θ đ s z Š ẑ χ ɣ h
Getaran r
Sisian l
Separuh w y
Vokal
8
Letupan gusi – [t](x brsuara) dan
[d](brsuara)
Cara menghasilkan konsonan letupan gusi adalah
dengan merapatkan hujung lidah ke gusi dan
menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding
belakang rongga tekak. Arus udara dari paru-paru
melaui rongga mulut tertahan dan tersekat di
belakang pertemuan di antara hujung lidah
dengan gusi. Kemudian, sekatan itu dilepaskan
dengan serta- merta.
Jika semasa penghasilan bunyi ini glotis
direnggangkan, pita suara tidak bergetar,
dan bunyi yang terhasil ialah konsonan
letupan gusi tidak bersuara, iaitu [t]. Tetapi
jika glotis dirapatkan dan pita suara
bergetar, yang terhasil ialah letupan gusi
bersuara [d]. Contoh kehadiran dalam
perkataan:
Tiap datin 9
Letupan lelangit lembut –
[k](x brsuara) dan [g](bsuara)
Cara menghasilkan konsonan letupan lelangit
lembut adalah dengan belakang lidah
dirapatkan ke lelangit lembut, Arus udara
dari paru-paru keluar melaui rongga mulut dan
tersekat di belakang pertemuan di antara
belakang lidah dengan lelangit lembut.
Kemudiannya, sekatan tersebut dilepaskan
dengan serta-merta.
Jika semasa penghasilan bunyi itu glotis
direnggangkan dan pita suara tidak bergetar
, bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit
lembut tidak bersuara [k]. Tetapi jika glotis
dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi
yang terhasil ialah letupan lelangit lembut
bersuara [g]. Contoh kehadiran dalam
perkataan:
Kapak gila 10
Hentian glotis – [?]
Konsonan hentian glotis dihasilkan dengan
cara pita suara dirapatkan serapat-
rapatnya dan lelangit lembut dinaikkan
rapat ke dinding belakang rongga tekak.
Arus udara dari paru-paru dan
tersekat di belakang rapatan pita
suara. Rapatan itu kemudiannya
dilepaskan serta-merta tanpa
menggetarkan pita suara. Justeru
terhasillah bunyi hentian glotis. Hentian
glotis di akhir perkataan-perkataan yang
dieja dengan huruf k, misalnya:
[buda?]
[kapa?] 11
KONSONAN LETUSAN C(x
brsuara) & J(brsuara)
Konsonan letusan dihasilkan dengan
membuat sekatan antara alat
artikulasi dengan daerah artikulasi.
Pertemuan antara alat artikulasi dengan
daerah artikulasi ini menyekat arus
udara dariparu-paru. Kemudiannya,
sekatan ini dilepaskan perlahan-
lahan, menghasilkan bunyi
letusan.(berbanding dengan letupan
yg dihasilkan dgn serta merta ).
Dalam bahasa Melayu, terdapat hanya
sepasang konsonan letusan, iaitu letusan
gusi-lelangit keras tak bersuara [c] dan 12
Konsonan letusan gusi-
lelangit keras
dihasilkan dengan cara depan lidah
ditemukan dengan daerah antara
gusi dengan lelangit keras dan
lelangit lembut dinaikkan rapat ke
diding belakang rongga tekak. Arus
udara dari paru-paru keluar melaui
rongga mulut dan tersekat di
belakang pertemuan antara depan
lidah dengan gusi-lelangit keras.
Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan
13
Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis
direnggangkan dan pita suara tidak bergetar,
maka terhasillah konsonan letusan gusi-lelangit
keras tidak bersuara [c]. Tetapi jika glotis
dirapatkan dan pita suara bergetar, maka
terhasillah konsonan letusan gusi-lelangit keras
bersuara [j]. Contoh kehadiran dalam perkataan:
Cuka jumlah
Baca panji
Mac caj
14
KONSONAN GESERAN
Konsonan geseran ( atau frikatif)
dihasilkan dengan membuat
sempitan antara alat artikulasi
dengan daerah artikulasi. Arus
udara dari paru-paru dapat keluar
antara sempitan ini dan
bergeser. Dalam bahasa Melayu
terdapat dua konsonan geseran asli,
iaitu konsonan geseran gusi tidak
bersuara [s] dan konsonan geseran
15
Konsonan geseran gusi
tidak bersuara – [s]
Konsonan geseran gusi tidak bersuara
dihasilkan dengan cara hujung lidah
ditemukan dengan daerah gusi. Lelangit
lembut dinaikkan rapat ke belakang
dinding rongga tekak. Arus udara dari
paru-paru keluar melaui rongga mulut dan
dibiarkan bergeser dengan daerah
pertemuan hujung lidah dengan gusi.
Glotis direnggangkan dan pita suara tidak
bergetar. Maka terhasilkan konsonan
geseran gusi tak bersuara [s]. Contoh
kehadiran dalam perkataan:
Semut
Asap 16
Konsonan geseran glotis
– (h)
Konsonan geseran glotis dihasilkan
dengan cara glotis terbuka luas dan
lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding
belakang rongga tekak. Arus udara sari
paru-paru keluar bergeser tanpa
gangguan dan keadaan dalam rongga
mulut seperti menghasilkan bunyi-bunyi
vokal. Contoh kehadiran dalam perkataan:
Hutan
Sahaja
Suluh 17
Konsonan getaran (r ) –
lidah brgetar
Konsonan getaran dihasilkan tanpa sebarang
sekatan atau sentuhan antara alat artikulasi
dengan daerah artikulasi dalam rongga
mulut, tetapi dengan cara menggetarkan
lidah. Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu
konsonan getaran, iaitu konsonan getaran gusi
[r].
Cara menghasilkan bunyi ini adalah dengan
mengangkat hujung lidah kearah gusi dan
menggetarkan hujung lidah. Lelangit lembut
dinaikan rapat ke dinding belakang rongga tekak.
Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Contoh
kehadiran dalam perkataan:
Rambut
Seru
Sukar 18
KONSONAN SISIAN (L)
Konsonan sisian dihasilkan dengan
mengeluarkan udara di kiri dan kanan lidah
dalam rongga mulut. Dalam bahasa Melayu
terdapat hanya satu konsonan sisian, iaitu sisian
gusi, [i]. Konsonan sisian gusi dihasilkan dengan
cara hujung lidah diangkat kea rah gusi atas
dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke
dinding belakang rongga tekak. Arus udara
dari paru-paru keluar melaui kiri dan kanan lidah
(sisi lidah). Glotis dirapatkan dan pita suara
bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan:
Lambat
Tuala
Cekal
19
KONSONAN SENGAU
Konsonan sengau dihasilkan dengan membuat
sekatan antara alat artikulasi dengan
daerah artikulasi di dalam rongga mulut.
Lelangit lembut diturunkan, membenarkan arus
udara dari paru-paru keluar melaui rongga
hidung. Satu perbezaan antara bunyi-bunyi
sengau dengan bunyi-bunyi lain ialah hakikat
bahawa sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi
sengau, arus udara keluar melaui rongga
hidung oleh sebab lelangit lembut
diturunkan.Dalam bahasa Melayu terdapat
empat konsonan sengau, iaitu konsonan sengau
dua bibir [ɲ ], dan konsonan sengau lelangit
lembut [ŋ ]. Berikut dihuraikan cara menghasilkan
konsonan-konsonan ini.Semua konsonan 20
Konsonan sengau dua
bibir – [m]
Konsonan sengau dua bibir
dihasilkan dengan bibir bawah
dirapaatkan ke bibir atas, lelangit
lembut diturunkan dan arus dari
paru-paru keluar melaui rongga
hidung. Glotis dirapatkan dan pita
suara bergetar . Contoh kehadiran
dalam perkataan:
Malam
Aman
Siam 21
Konsonan sengaau gusi-
[n]
Konsonan sengu gusi dihasilkan
dengan hujung lidah ditemukn
dengan gusi atas. Lelangit lembut
diturunkan dan arus udara dari paru-
paru kelaur melaui rongga hidung..
Glotis dirapatkan daan pita
suara bergetar. Contoh kehadiran
dalam perkataan:
Nampak
Tanak
Daun 22
Konsonan sengau gusi-
lelangit keras[ɲ]
Konsonan sengu lelangit keras dihasilkan
dengan depan lidah ditemu/dirapatkan
ke langit keras. Lelangit lembut
diturunkan dan arus udara dari paru-
paru keluar melaui rongga hidung.
Glotis dirapatkan dan pita suara
bergetar. Oleh sebab lambing [ɲ] tidak
ada pada mesin taip, dalam sistem ejaan
rumi bahasa Melayu konsonan ini
dilambangkan dengan dua huruf iaitu ny.
Contoh kehadiran dalaam perkataan:
Nyawa
Anyam 23
Konsonan sengau lelangit
lembut
[ŋ ]
Konsonan sengau lelangit lembut
dihasilkan dengan belakang lidah
diangkt ke lelangit lembut. Lelangit
lembut diturunkan dan arus udara dari
paru-paru keluar melaui rongga
hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara
bergetar. Dalam sistem ejaan Rumi
bahasa Melayu, konsonan ini juga
dilambangkan dengan dua huruf, iaitu ng.
Contoh kehadiran daalam perkataan:
Ngilu
Angan
Bising
24
Penutup
Kesimpulanya kajian fonetik dan fonologi bahasa Melayu
meliputi bidang bagaimana bunyi-bunyi bahasa Melayu itu
dihasilkan atau dituturkan, misalnya bagaimana bunyi-
bunyi vokal dan konsonan serta diftong dalam bahasa
Melayu itu dihasilkan. Apakah alat-alat artikulasi yang
terlibat, dan daerah mana pada alat artikulasi yang
berperanan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dalam
bahasa Melayu. Misalnya, bagaimanakah cara
menghasilkan bunyi vokal depan, vokal belakang dan
vokal tengah dalam bahasa Melayu. Dalam Bidang ini
juga turut dikaji pelbagai jenis bunyi konsonan dalam
bahasa Melayu seperti konsonan letupn, letusan ,
geseran, sengau, separuh vokal dan seumpamanya…
Bidang ini turut mengkaji jenis-jenis diftong seperti au, aid
an oi dalam bahasa Melayu . Seterusnya sebagai matlamat
ahkir, pengajian ini juga mengkaji bagaimana bunyi-bunyi
dalam bahasa Melayu hadir dalam bentuk suku kata dan
penggunaan fonem-fonem dalam membentuk sistem
ejaan bahasa Melayu. ( Abdul Hamid Mahmood, 1995:9-
10)
25
Bibliografi
Abdullah Hassan (2005). Linguistik
am siri pengajaran bahasa Melayu.,
Pahang: PTS Professional Publishing
sdn. Bhd
Nik safiah karim dan norliza
jamaluddin (2002). Bahasa Melayu
stpm (kertas satu dan Dua).
Selangor darul ehsan: Fajar bakti
sdn.bhd
Profesor. Dr. Abdul hamid mohamad
(2002). Guru dan bahasa Melayu. 26