You are on page 1of 31

Windows Movie Maker 1

Windows Movie Maker

Windows Movie Maker (WMM) merupakan satu perisian yang digunakan untuk
mencipta/mengedit video. Perisian ini mengandungi fetur seperti effects,
transitions, titles/credits, audio track, timeline narration, dan Auto Movie. Dengan
menggunakan WMM, ianya amat mudah untuk mencipta, mengedit dan memasukkan
pelbagai kesan video yang menarik.

Bar Menu dan Toolbar

Bar menu dan toolbar dalam WMM memudahkan capaian penggunaan pelbagai fungsi
penting di dalam program ini. Berikut merupakan rajah antara muka untuk bar menu
WMM.

Bagi menghasilkan klip video, berikut merupakan panduan langkah demi langkah.

Langkah 1: Membuka Program WMM

Collection Media
Frame Preview
Frame
Task
Frame

Storyboard /
Timeline Frame
Windows Movie Maker 2

Media Preview Frame

Storyboard Frame

Timeline Frame

Task Frame
Windows Movie Maker 3

Langkah 2: Mencipta Projek Baru

Langkah yang pertama adalah untuk mencipta satu projek baru. Dengan ini, satu fail
WMM akan tercipta.
1. Buka program Window Movie Maker
2. Pilih File > Save Project As

Antara muka WMM dan menu File

3. Pilih folder My Documents / MyVideos.


4. Cipta satu folder baru dan namakan folder tersebut.
5. Cipta nama fail untuk projek dan klik butang Save.
Windows Movie Maker 4

Tetingkap untuk mencipta projek baru dan butang Save


Windows Movie Maker 5

Langkah 3: Mengimport Video/Gambar/Audio

Untuk mendapatkan fail dari perkakasan video:


1. Sambungkan kamera video kepada komputer/laptop dengan menggunakan
kabel FireWire.
2. Setkan kemera video kepada mod VCR atau VTR.
3. Klik dua kali pada program Window Movie Maker.
4. Klik pada File dan kemudian pilih “1. Capture Video”. Kotak dialog Video
Capture Wizard akan muncul.
5. Taipkan nama fail yang hendak disimpan ke dalam komputer pada kotak teks,
“Enter a file name for your captured video”.
6. Pada “Choose a Place to Save Your Captured Video”, pilih lokasi di mana fail
video tersebut hendak disimpan atau klik pada butang Browse untuk memelih
lokasi. Kemudian tekan butang Next.
7. Pada laman Video Setting, pilih ketetapan video untuk simpan fail video
dan/atau audio.
8. Dalam laman Capture Method, klik pada “Capture the entire tape
automatically”.
9. Akhir sekali, klik pada butang Finish untuk menutup Video Capture Wizard.
Kandungan video yang di simpan akan diimport sebagai koleksi baru dalam
Collection Frame.
Windows Movie Maker 6

Untuk Mengimport Video:


2. Klik pada butang yang berada bersebelahan dengan “1. Capture Video” pada
tetingkap Movie Tasks, satu menu akan muncul.

3. Klik pada “Import video”.


4. Pilih folder yang menyimpan fail video yang dikehendaki, klik pada fail
tersebut dan kemudian klik pada butang Import.
Windows Movie Maker 7

Untuk Mengimport Gambar:


1. Klik pada butang yang berada bersebelahan dengan “1. Capture Video” pada
tetingkap Movie Tasks, satu menu akan muncul.

2. Klik pada “Import pictures”.


3. Pilih folder yang menyimpan fail gambar yang dikehendaki, klik pada fail
tersebut dan kemudian klik pada butang Import.
Windows Movie Maker 8

Untuk Mengimport Audio:


1. Klik pada butang yang berada bersebelahan dengan “1. Capture Video” pada
tetingkap Movie Tasks, satu menu akan muncul.

2. Klik pada “Import audio or music”.


3. Pilih folder yang menyimpan audio atau muzik yang dikehendaki, klik pada fail
tersebut dan kemudian klik pada butang Import.
Windows Movie Maker 9

Fail-fail yang telah diimport mestilah wujud dalam Collection Frame.

Contoh fail Video/Gambar/Audio yang telah diimport

Untuk melihat fail yang terdapat dalam Collection Frame, klik pada fail yang
dikehendaki dan fail tersebut akan muncul pada Media Preview Frame.
Windows Movie Maker 10

Langkah 4: Memindahkan Fail Video Ke Dalam Storyboard

Sebelum bermula pastikan bahawa frame di bawah tetingkap adalah dalam bentuk
Storyboard. Jika tidak, sila klik pada butang . Setelah Storyboard
frame dipilih, program sedia untuk memasukkan fail video.
1. Klik dan letakkan fail video yang diingini ke dalam kotak pertama pada
Storyboard frame. Fail video yang dipilih akan kelihatan pada kotak yang
dipilih.
2. Ulang cara yang sama untuk klip video seterusnya yang ingin ditambah ke
dalam klip video tersebut.

Klik dan letakkan klip video pilihan ke dalam kotak di Storyboard


Windows Movie Maker 11

Langkah 5: Memindahkan Fail Gambar Ke Dalam Storyboard

1. Klik dan letakkan fail gambar yang diingini ke dalam kotak yang seterusnya
pada Storyboard frame. Fail gambar yang dipilih akan kelihatan pada kotak
yang dipilih.
2. Ulang cara yang sama untuk gambar seterusnya yang ingin ditambah ke dalam
klip video tersebut.

Klik dan letakkan klip gambar pilihan ke dalam kotak di Storyboard


Windows Movie Maker 12

Langkah 6: Potong/Trim Klip Video

Bagi membolehkan klip video dipotong atau trim, fail-fail yang telah disusun perlu
wujud dalam Timeline frame. Klik butang untuk ubah bentuk frame
tersebut.
1. Dalam Timeline frame, klik pada klip video yang hendak dipotong/trim.

Bentuk Timeline
Windows Movie Maker 13

2. Gerakkan kursor pada permulaan video klip yang hendak diedit. Ikon Trim
akan muncul.
3. Klik dan letakkan kursor ke kanan, pada ketika ini dapat dilihat perubahan
pada tetingkap Media Preview untuk frame pertama yang hendak dipotong .

Klik dan letakkan kursor untuk trim klip video

4. Untuk trim penghujung klip video, klik dan letakkan kursor dari kanan
sehingga penghujung klip video.

*** Kelebihan menggunakan kaedah ini dalam program WMM adalah, bahagian klip
video yang dipotong/trim, tidak akan hilang dan boleh diubah kemudian selagi projek
tidak disimpan.
Windows Movie Maker 14

Langkah 7: Memasukkan Audio

Untuk menambah bunyi/audio ke dalam klip video, frame haruslah dalam keadaan
Timeline. Jika frame dalam bentuk Storyboard, klik pada butang
yang terdapat di dalam frame bawah dalam program WMM.
1. Klik dan letakkan fail audio yang diingini ke dalam Timeline frame.
2. Apabila fail yang diingini dalam keadaan timeline, fail tersebut boleh diklik
dan letakkan untuk mengubah kedudukannya bergantung kepada kesesuaian
klip video yang hendak dihasilkan. Dengan cara yang sama, fail audio boleh
tambah ke dalam klip video.
3. Sama seperti fail video, fail audio juga boleh dipotong/trim bergantung
kepada klip video yang hendak dihasilkan.

Klik dan letakkan fail audio ke dalam Timeline


Windows Movie Maker 15

Langkah 8: Memasukkan Effects

Program WMM membolehkan effects (kesan) dan transitions (perubahan) video


dihasilkan dengan mudah dalam Storyboard frame. Jika keadaan frame adalah
Timeline, klik butang . Seterusnya effects dan transitions boleh
dimasukkan ke dalam klip video dengan mudah seperti langkah berikut.

1. Klik pada butang yang berada bersebelahan dengan “2. Edit Movie” yang
terletak pada frame Movie Tasks.
2. Klik pada, “View video effects”, pelbagai pilihan effects akan kelihatan pada
Collection Frame.

Contoh effects yang terdapat pada Collection Frame


Windows Movie Maker 16

3. Sebagai contoh, klik dan letakkan effect, “Fade in, from black”, dan
letakkannya pada kotak pertama di atas Storyboard. Akan muncul simbol
bintang yang berwarna kelabu dipenjuru bawah sebelah kanan kotak yang
dipilih.

Klik dan letakkan effect ke dalam Storyboard

Effect telah dimasukkan ke dalam klip video


Windows Movie Maker 17

Langkah 9: Memasukkan Transitions

1. Sila pilih “View video transitions” yang terdapat dalam sub-menu “2. Edit
Movie”.
2. Klik pada pilihan transitions yang muncul dalam Collection frame.

Contoh transitions yang terdapat dalam Collection Frame

3. Sebagai contoh, pilih, klik dan letakkan transition “Eye” ke kotak berbentuk

yang terletak di antara kotak pertama dan kedua.


Windows Movie Maker 18

Klik dan letakkan transitions ke dalam Storyboard Frame

Transitions telah di masukkan ke dalam klip video


Windows Movie Maker 19

Step 10: Memasukkan Tajuk Di Permulaan

1. Pada sub-menu “2. Edit Movie”, sila pilih dan klik pada “Make titles or
credits”.
2. Muncul satu tetingkap dengan soalan, Where do you want to add the title?

Menu untuk memasukkan tajuk

3. Klik pada “Add title at the beginning of the movie”.


4. Untuk mengubah bentuk animasi tajuk tersebut, , klik “Change the Title
Animation”. Klik pada nama bentuk animasi pilihan dan paparkan animasi
tersebut di frame Media Player.
Windows Movie Maker 20

Contoh animasi tajuk yang ada

Contoh paparan animasi tajuk pada frame Media Player


Windows Movie Maker 21

5. Untuk memasukkan tajuk, klik pada “Edit the title text”, dan tetingkap
Enter Text for Title akan muncul. Sila taip dan edit tajuk yang hendak
dipaparkan dalam klip video.

Menaip tajuk yang hendak dimasukkan pada kotak teks

6. Klik “Change the text font and color”, untuk memilih jenis font, warna, saiz,
kedudukan dan sebagainya.

Menukar jenis font, saiz dan warna

7. Setealah selesai, klik “Done, add title to movie” untuk memasukkan tajuk.
Windows Movie Maker 22

Langkah 11: Memasukkan Tajuk di Pertengahan

1. Sila tukar frame kepada Timeline dengan mengklik butang


2. Gerakkan slider biru pada kedudukan di mana tajuk tersebut hendak
dimasukkan.

Gerakkan slider biru dengan menggunakan kursor

3. Klik “Make titles and credits” yang terdapat pada sub-menu “2. Edit
Movie”.
4. Apabila tetingkap dengan soalan, Where do you want to add the title?, klik
pada “Add title on the selected clip”.

Menu untuk memasukkan tajuk


Windows Movie Maker 23

5. Sama seperti memasukkan tajuk di permulaan klip video, animasi tajuk boleh
diubah pada tetingkap Change the Title Animation.

Contoh animasi tajuk

6. Klik “Edit the title text” dan taipkan tajuk yang diingini dalam kotak teks
yang disediakan.

Menaip tajuk yang ingin dipaparkan


Windows Movie Maker 24

7. Klik “Change the text font and color”, untuk memilih jenis font, warna, saiz,
kedudukan dan sebagainya.

Menukar jenis font, saiz dan warna latarbelakang

8. Setealah selesai, klik “Done, add title to movie” untuk memasukkan tajuk.
Windows Movie Maker 25

Langkah 12: Memasukkan Credits

1. Klik “Make titles and credits”, di bawah sub-menu “2. Edit movie”.

2. Sama seperti masukkan tajuk, tetingkap Where do you want to add a title?
akan muncul, tetapi kali ini, pilih “Add credits to end”.

Menu tajuk
Windows Movie Maker 26

3. Untuk credits, plihan animasi boleh dibuat pada tetingkap Change the Title
Animation.

Contoh animasi credits

Paparan animasi pilihan di frame Media Preview


Windows Movie Maker 27

4. Edit Text for Title merupakan tetingkap di mana credits yang hendak
dipaparkan, dimasukkan.

Memasukkan credits ke dalam kotak teks

5. Klik “Change the text font and color”, untuk memilih jenis font, warna, saiz,
kedudukan dan sebagainya

Menukar jenis font, saiz dan warna latarbelakang

6. Akhir, klik “Done, add title to movie”.


Windows Movie Maker 28

Langkah 13: Papar Klip Video

Apabila klip video yang telah digabung serta diedit, ianya boleh dipaparkan dengan
mudah. Ianya hanya melibatkan dua langkah.
1. Pada Media Preview frame, klik butang Stop, ini akan menyebabkan klip video
diputarkan ke permulaan (rewind).
2. Klik butang Play yang ada di Media Preview frame dan klip video yang sedang
dibuat akan dipaparkan.

Contoh klip video yang dipaparkan pada Media Preview frame


Windows Movie Maker 29

Langkah 14: Menyimpan Klip Video

1. Pertama, klik pada butang yang berada bersebelahan dengan “3. Finish
Movie”. Pilih “Save to my computer” yang terdapat dibawah sub-menu
tersebut. Tetingkap Save Movie Wizard akan muncul.

2. Pada tetingkap ini, masukkan nama klip video yang telah dihasilkan pada
kekotak “Enter your file name for your saved movie” dan tekan butang
Browse untuk memilih folder mana bagi lokasi untuk simpanan fail. Klik Next.
Windows Movie Maker 30

3. Tetingkap seterusnya tandakan, pilihan hanya diberikan untuk, “Best quality


for playback on my computer”. Klik Next.
Windows Movie Maker 31

4. Klip video kini telah disimpan sebagai fail windows movie (.wmv) dan boleh
dimainkan menggunakan perisian Windows Media Player. Apabila fail telah
siap disimpan, sila klik butang Finish.

Klip video telah siap apabila telah keluar dari tetingkap Save Movie Wizard. Kini
klip video yang telah dihasilkan boleh dicapai dari dalam folder simpanan yang telah
dipilih.

You might also like