You are on page 1of 15

1.

0 Pengenalan

Dakwah Rasulullah SAW terbahagi kepada tiga tahap, iaitu;

Tahap pertama:

Dakwah secara rahsia selama tiga tahun.

Tahap kedua:

Dakwah secara terang-terangan dengan menggunakan lisan sahaja tanpa perang.


Tahap ini berlangsung sehingga hijrah.

Tahap ketiga:

Dakwah secara terang-terangan dengan memerangi orang-orang yang menyerang


dan memulai peperangan atau kejahatan. Tahap ini berlangsung sehingga tahun
perjanjian perdamaian Hudaibiyah.

Tahap keempat:

Dakwah secara terang-terangan dengan memerangi setiap orang yang menghalangi


jalan dakwah atau menghalangi orang yang masuk Islam – dari kaum Musyrik, anti-
agama atau penyembah berhala. Pada tahap ini inilah syariat Islam dan hokum jihad
dalam Islam mencapai kemantapannya.

Jika kita lihat disini, uslub dakwah Rasulullah boleh dibahagi kepada dua bahagian
iaitu dakwah secara rahsia dan dakwah secara terang-terangan.

1
2.0 Uslub Dakwah Rasulullah SAW

2.1 Dakwah secara rahsia (Sirriyatud Da’wah)

Rasulullah saw mulai menyambut perintah Allah dengan mengajak manusia untuk
menyembah Allah sahaja dan meninggalkan berhala. Tetapi dakwah Rasulullah saw
ini dilakukan secara rahsia untuk menghindari tindakan buruk orang-orang Quraisy
yang fanatik terhadap kemusyrikan dan paganismenya. Nabi SAW tidak
menampakkan dakwah di majlis-majlis umum pada orang-orang Quraisy, dan tidak
melakukan dakwah kecuali kepada orang yang belum memiliki hubungan kerabat
atau kenal baik sebelumnya.

2.2 Dakwah secara berhikmah

Sebagai langkah yang pertama diajaknya mereka yang karib dengan baginda sahaja
atau mereka yang kenal dan rapat dengan baginda.

Langkah ini merupakan langkah secara berhikmah yang dijalankan oleh


Rasulullah SAW dalam menyebarkan agama Islam dalam kalangan masyarakat
Quraisy yang pada masa itu amat fanatik dengan agama nenek moyang mereka
yang telah diamalkan secara turun- temurun

2.3 Dakwah secara terang-terangan (Jahriyatud Da’wah)

Allah berfirman kepada rasul-Nya yang bermaksud:

“Maka siarkanlah apa yang diperintahkan kepadamu dan janganlah kamu


pedulikan orang musyrik”. (al-Hijr: 94)

2
Rasulullah segera melaksanakan perintah Allah dengan pergi ke bukit Shafa
lalu memanggil Bani Fihru dan Bani ‘Adi dan bersabda “Ketahuilah, sesungguhnya
aku adalah seorang pemberi peringatan kepada kalian dari siksa yang pedih”.

Dakwah secara terang-terangan ini ditentang dan ditolak oleh bangsa


Quraisy, dengan alasan mereka tidak dapat meninggalkan agama yang telah
mereka warisi dari nenek moyang mereka.

2.4 Berdakwah secara tegas

Rasulullah merupakan seorang yang tegas. Baginda sebenarnya menjalankan


dakwah secara tegas apabila berhadapan dengan kaum kafir yang sewenang-
wenangnya menentang ajaran Allah. Hal ini sebenarnya telah dijelaskan di dalam
buku ini secara jelas. Antara ayat yang dapat dipetik ialah

“ Tidak boleh berda’wah bersembunyi-bunyian dalam keadaan yang


memerlukan terus-terang, tidak boleh bentolak ansur dengan seteru yang dipandang
boleh menggunakan kekerasan dan tidak boleh berdiam diri untuk menentang orang
kafir bila keadaan dan suasana membenarkan.”

2.5 Penghijrahan ke Habsyah

Rasulullah menyuruh kaum Muslim untuk berhijrah ke negeri Habsyah untuk


mendapat perlindungan kerana Raja negeri Habsyah seorang yang adil. Maka
mereka pun bertolak ke Habsyah.

Mereka Berjaya meyakinkan Raja habsyah, Najasyi tentang kebenaran Islam,


agama yang mereka anuti. Mereka mendapat perlindungan Najasyi selama mereka
berada di Habsyah.

3
2.6 Cara Percakapan Rasulullah saw

Datang utusan dari luar Makkah untuk menemui Rasulullah saw ingin mempelajari
tentang Islam. Mereka berjumlah 30 orang lebih dari kaum Nasrani Habsyah, datang
bersama Ja’far bin Abu Thalib. Setelah bertemu dengan Rasulullah saw dan
mengetahui sifat-sifat, serta mendengar ayat-ayat al-Quran yang dibacakan oleh
baginda, mereka segera beriman kepada Allah swt.

Ini menunjukkan bahawa mereka terpesona dengan percakapan dan bacaan


ayat al-Quran yang dibaca oleh Rasulullah dan mereka terus memeluk Islam.

2.7 Berdakwah dengan hujah yang mantap

Rasulullah telah mengumpulkan semua Bani Fihr dan Bani ‘Adi di atas bukit Safa. Di
situlah Nabi telah bangun lantas berkata: Apakah kamu sekelian akan percaya atau
tidak sekiranya aku ceritakan bahawa di sebalik bukit ini ada sekumpulan musuh
yang akan menyerang kamu. Jawab mereka: Sudah pasti kami akan percaya kerana
kami belum pernah mendengar lagi percakapan dusta darimu. Kemudian Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi Wasallam menambah:

“Sesungguhnya aku ini pembawa berita yang menakutkan iaitu di hadapanku


ini suatu azab sengsara yang paling hebat”.

Abu Lahab pun bangun lalu menjawab: “Binasalah engkau hai Muhammad,
apakah untuk ini sahaja yang engkau kumpulkan kami?”Selepas itu maka turunlah
ayat Al—Qur’an yang bermaksud:

”Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. “

(Surah Al—Lahab 111:1)

Maka Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi Wasallam pun mengumpul kaum


kerabatnya yang hampir sambil berkata dengan tegas; “wahai Bani Ka’b bin Luai
bebaskanlah dirimu daripada api neraka, wahai Bani Murrah bin Ka’b jauhkanlah

4
dirimu daripada api neraka, wahai Bani Hisyam selamatkanlah dirimu dan api
neraka, wahai Bani Abdul Manaf jauhilah dirimu dan api neraka, wahai Barn Abdul
Mutalib hindarkanlah api neraka dan dirimu, wahai Fatimah bebaskanlah dirimu dan
neraka. Sesungguhnya aku tidak upaya hanyalah setakat menghubung tali
silaturrahim yang abadi di antara kamu sekelian.”

2.8 Penghijrahan Rasulullah saw ke Tha’if

Rasulullah berhijrah ke Tha’if untuk mencari perlindungan dan dukungan dari Kaum
Tsaqif. Rasulullah saw berjumpa dengan para pembesar Bani Tsaqif untuk berbicara
tentang Islam dan mengajak mereka supaya beriman kepada Allah.Tetapi ajakan
baginda ditolak mentah-mentah dan dijawab secara kasar. Bahkan mereka
mengarahkan kaum penjahat dan dan budak-budak untuk mencerca dan melempari
baginda dengan batu sehingga menyebabkan kaki baginda cedera.

2.8 Rasulullah saw memperkenalkan dirinya kepada kabilah-kabilah

Di dalam musim haji ini, Rasulullah cuba memperkenalkan dirinya kepada qabilah-
qabilah yang membanjiri Kota Makkah (Baitullah) dengan mengemukakan agama
baru. Baginda membaca beberapa ayat Al-Quran dan menyeru mereka supaya
beriman dengan Tuhan yang satu, tetapi tidak seorang pun yang menyahut
seruanNya. Namun begitu, ketika baginda berdakwah kepada puak Al-khazraj,
mereka menerima seruan itu dan berjanji untuk memberitahu saudara-saudara
mereka di Madinah tentang Islam. Mereka juga berjanji untuk kembali lagi ke
Makkah pada tahun hadapan.
Dapat dilihat disini bahawa sifat Rasulullah yang tidak berputus asa untuk
berdakwah, walaupun ramai yang menolak baginda namun baginda masih
meneruskan dakwah dan ternyata masih ada yang mempercayai nya.

5
2.10 Perjanjian Aqabah pertama

Sekumpulan orang Ansar pun tiba seramai dua belas orang lelaki bertemu di Al
—’Aqabah.
‘Ubadah bin Al-Samit menceritakan peristiwa ini: “RasuluLlah telah menyeru
kami yang seramai dua belas orang ini dengan katanya: “Marilah bersama berjanji
dengan hamba dan jangan sekali-kali mensyirikkan dan menyekutukan Allah.
Jangan mencuri. Jangan berzina. Jangan membunuh anak-anak kamu dan
janganlah kamu mendurhaka perintah ku ini kerana hendak melakukan ‘kejahatan.
Barangsiapa menunaikan segala janji-janji tadi maka terimalah ganjaran istimewa
dan Tuhan dan barangsiapa melanggar garis-garis tadi kemudian dibalas di dunia ini
maka itu adalah dendanya, dan barangsiapa melanggar perjanjian tadi Tuhan
melindunginya maka itu terserahlah kepada Allah, kalau kehendak Tuhan hendak
membalas atas perlanggaran itu maka itulah balasannya dan kalau kehendak Tuhan
mengampuninya kamu itu terserahlah kepada Allah jua”. Ini adalah kandungan
Perjanjian Aqabah pertama.
Ketika mereka beredar, baginda mengirimkan Mus’ab bin Umair untuk
mengajar mereka membaca Qur’an dan mengajar segala sesuatu mengenai Islam
danuntuk mematangkan mereka soal—soal agama.

2.11 Ukhuwah sesama kaum muslimin

Rasulullah mempersaudarakan para sahabat dari kaum Muhajirin dengan Ansar.


ini menunjukkan bahawa terdapat ikatan persaudaraan antara umat Islam walaupun
berbeza darah.

2.12 Dakwah melalui strategi ketenteraan

Peperangan merupakan strategi dakwah Rasulullah di Madinah untuk melebarkan


perjuangan Islam ke seluruh pelusuk dunia. Strategi ketenteraan Rasulullah s.a.w

6
digeruni oleh pihak lawan khususnya puak musyrikin di Mekah dan negara-negara
lain. Antara tindakan strategik baginda menghadapi peperangan ialah persiapan
sebelum berlakunya peperangan seperti pengintipan dan maklumat musuh. Ini
berlaku dalam peperangan Badar, Rasulullah s.a.w telah mengutuskan pasukan
berani mati seperti Ali bin Abi Talib, Saad Ibnu Waqqash dan Zubair Ibn Awwam
bagi mendapatkan maklumat sulit musuh. Maklumat penting musuh memudahkan
pasukan tentera Islam bersiap-sedia menghadapi mereka di medan perang.

Rasulullah s.a.w turut membacakan ayat-ayat al-Quran bagi menggerunkan


hati-hati musuh serta menguatkan jiwa kaum Muslimin.

2.13 Dakwah melalui hubungan luar

Rasulullah s.a.w menghantar para dutanya ke negara-negara luar bagi menjalinkan


hubungan baik berteraskan dakwah tauhid kepada Allah. Negara-negara itu
termasuklah Mesir, Iraq, Parsi dan Cina.

7
3.0 Kejayaan Strategi Dakwah Rasulullah SAW

3.1 Kejayaan dakwah secara sulit

Ini dapat dibuktikan dengan sekitar 40 orang lelaki dan wanita memeluk Islam. Di
antara mereka yang mula-mula menyahut seruan baginda ialah Sayyidatina
Khadijah Radiyallahu ‘anha, ‘Au bin Abi Talib, Zaid bin Harithah (orang suruhan dan
anak angkatnya), Abu Bakar bin Quhafah, Uthman bin ‘Allan, Al Zubair bin ‘Awwam,
‘Abdul Rahman bin ‘Auf, Sa’ad bin Abi Waqqas dan mereka yang lain Radiyallahu
‘anhum.
Semua mereka ini telah bertemü dengan Rasulullah secara sulit. Bila mereka
hendak melakukan ‘ibadat mereka akan pergi ke lorong-lorong Makkah yang jauh
dan pandangan orang orang Quraisy maka di sanalah mereka akan mengerjakan
ibadat.

3.2 Kejayaan dakwah melalui percakapan Rasulullah SAW

Hal ini tidak dapat disangkal lagi kerana ramai yang memeluk Islam apabila
mendengar percakapan dan ayat al-Quran yang dibaca oleh baginda.
Contohnya apabila datang sekumpulan orang menemui Rasulullah untuk belajar
tentang Islam, selepas mereka mendengar percakapan dan alunan al-Quran yang
dibacakan oleh baginda, mereka terus memeluk Islam.
Terdapat banyak lagi peristiwa lain yang berlaku sedemikian rupa iaitu orang
memeluk Islam setelah mendengar percakapan dan alunan al-Quran.

3.3 Kejayaan hijrah Rasulullah ke Tha’if

Rasulullah SAW berjumpa dengan para pembesar Bani Tsaqif untuk berbicara
tentang Islam dan mengajak mereka supaya beriman kepada Allah.Tetapi ajakan

8
baginda ditolak mentah-mentah dan dijawab secara kasar. Namun begitu, hijrah
baginda tidak sia-sia apabila baginda berjaya mengislamkan Addas, pelayan anak
lelaki Rabi’ah.

3.4 Kejayaan dakwah Rasulullah SAW memperkenalkan dirinya kepada


kabilah-kabilah

Di dalam tahun kesebelas selepas pengutusanNya seperti biasa Rasulullah


memperkenalkan dirinya kepada qabilah-qabilah luar. Rasulullah berbicara dengan
puak Al Khazraj. Baginda menyeru mereka kepada Islam di samping itu, baginda
juga membacakan beberapa potong ayat al-Quran. Mereka akhirnya memeluk Islam
dan berjanji untuk kembali pada tahun hadapan.

3.5 Kejayaan dakwah secara peperangan

Kejayaan ini dapat dilihat apabila Islam tersebar ke seluruh tanah arab. Ramai
musuh-musuh Islam yang akhirnya memeluk Islam.

3.6 Kejayaan dakwah melalui hubungan luar

Ini dapat dilihat apabila Islam tersebar ke seluruh dunia. Samada barat atau timur,
utara atau selatan.

9
4.0 Analisa Peristiwa Hijrah Rasulullah SAW dan Kaitannya dengan Kehidupan
Seharian

Hijrah merupakan perpindahan Rasulullah SAW dan orang-orang Islam dari Kota
Makkah ke Kota Madinah untuk menyebarkan Islam. Peristiwa hijrah berlaku pada
12 Rabiulawal. Iaitu 13 tahun selepas Nabi menjadi Rasul. Antara sebab-sebab
berlakunya Hijrah ialah ia merupakan perintah Allah SWT supaya Rasulullah SAW
berhijrah, ancaman terhadap orang Islam semakin memuncak, penduduk Madinah
memberi jaminan keselamatan kepada Rasulullah SAW dan orang-orang Islam dan
ia merupakan strategi Rasulullah SAW dalam berdakwah.

4.1 Perancangan yang teliti

Perancangan Rasulullah sebelum baginda berhijrah ke Madinah ialah baginda tidak


tidur di kamar baginda tetapi menyuruh Ali bin Abi thalib untuk tidur di situ. Madinah
berada di utara Makkah, namun begitu baginda pergi ke arah selatan dan berhenti
di Gua Sur selama tiga hari. Selepas tiga hari, baginda memulakan kembali
perjalanan ke Madinah. Ketika ini, gerakan pihak Quraisy sudah semakin kendur.

4.2 Sentiasa mendapat maklumat terkini berkenaan pihak musuh

Rasulullah menugaskan Abdullah Ibn Abu Bakar untuk mengumpul maklumat di


Mekah. Beliau perlu melaporkan siang dan malam kepada Rasulullah saw di Gua ur.
Beliau sanggup berjual beli untuk mendapat maklumat-maklumat penting. Di zaman
kini, terdapat pelbagai alatan canggih digunakan untuk mendapatkan maklumat
perisikan.

10
4.3 Perancangan adalah rahsia

Rasulullah merahsiakan tentang perancangan baginda untuk ke Madinah.


Perancangan ini tidak diketahui walaupun kepada Abu Bakar, sahabat baik baginda
sehinggalah saat pelaksanaannya. Rahsia berkenaan hal-hal yang penting dan
bahaya perlu dijaga dengan rapi kerana jika terbocor, ia boleh memusnahkan
perancangan.

4.4 Guna segala kepakaran yang ada walaupun orang kafir

Rasulullah menggunakan khidmat seorang pemandu bukan Islam untuk


menunjukkan jalan sulit yang tidak diketahui ramai untuk ke Madinah.

11
5.0 Rumusan / Cadangan

Buku Fiqh Al-Sirah, tulisan Sa’id Ramadan Al-Buti. Buku ini adalah mengenai sirah
Rasulullah sepanjang hidup baginda. Sirah hidup baginda diceritakan dengan baik
dan mudah difahami. Ini memudahkan dan menarik minat pembaca untuk membaca
keseluruhan buku.

Seperti mana yang diketahui ramai, sirah Rasulullah saw amat menarik dan
unik. Tetapi sirah bukan sahaja terhad setakat itu sahaja. Tujuan mengkaji sirah
yang sebenar adalah agar setiap Muslim memperoleh gambaran tentang hakikat
Islam yang sempurna, yang tercermin di dalam kehidupan Rasulullah saw.

Sirah Nabawiyah bertujuan untuk memperjelaskankan lagi hakikat Islam


secara utuh dan mengambil teladan yang banyak terdapat di dalamnya. Apabila
diperincikan lagi tentang sirah nabawiyah kita dapat memahami keperibadian
Rasulullah saw melalui kehidupan dan cabaran-cabaran yang dilalui baginda.

Segala teladan yang manusia cari terdapat dalam diri Rasulullah saw, firman
Allah swt yang bermaksud

“ Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik
bagimu” (al-Ahzab: 21)

Dengan mengkaji sirah Rasulullah saw, manusia dapat memahami al-Quran.


Kerana tedapat ayat-ayat al-Quran yang kurang jelas, dijelaskan oleh Rasulullah
melalui perbuatan dan hadis baginda.

Kehidupan Rasulullah saw memberi contoh-contoh yang mulia kepada semua


umat Islam. Oleh itu, kita hendaklah mengetahui sirah nabawiyah dan mengambil
iktibar dan pengajaran daripadanya.

12
6.0 Refleksi

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya saya


berjaya menyiapkan tugasan Pendidikan Islam dalam tempoh masa yang diberikan.
Walaupun pada mulanya ia nampak sukar tetapi akhirnya ia berjaya disiapkan
berkat usaha dan komitmen saya berserta dengan keredaan Allah s.w.t kerana
mengurniakan kesihatan yang baik kepada saya.

Tugasan yang diberikan adalah untuk mengenak pasti uslub dakwah


Rasulullah saw, mengenal pasti kejayaan strategi dakwah Rasulullah saw dan saya
dikehendaki menganalisa peristiwa hijrah Rasulullah saw dan kaitannya dengan
kehidupan seharian. Tugasan ini merupakan Kerja Kursus Pendek pertama bagi
subjek Pendidikan Islam. Saya memberi komitmen penuh untuk menyiapkan
tugasan ini.

Melalui tugasan ini saya didedahkan dengan sirah Rasulullah saw yang
selama ini saya kurang jelas tentangnya. Untuk melaksanakan tugasan ini saya
perlu membaca buku Fiqh Al-Sirah, tulisan Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti. Buku
ini amat menarik untuk dibaca kerana bahasa yang digunakan tidaklah terlalu sukar
untuk difahami.

Saya berasa sungguh bersemangat untuk melakukan tugasan ini kerana saya
mempunyai maklumat dan bahan-bahan yang diperlukan. namun begitu,saya
mengalami sedikit tekanan dalam menyiapkan tugasan ini kerana selain tugasan
Pendidikan Agama, saya dikehendaki menyiapkan empat tugasan yang lain. Saya
berusaha mengurus masa dengan baik untuk menyelesaikan tugasan ini dengan
sebaiknya.

Setelah menyelesaikan tugasan ini saya merasakaan saya lebih berdikari,


rajin, menepati masa dan juga nilai-nilai murni yang lain. Saya berasa sungguh
gembira dan puas hati apabila tugasan ini selesai. Kerana saya dapat mengetahui
banyak perkara mengenai Dakwah rasulullah saw. Diharap saya berjaya dengan

13
cemerlang melalui tugasan ini dan hasil kerja ini akan memberi manfaat kepada
semua.

14
7.0 Bibliografi

Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti. (2005). Fiqh Al-Sirah jilid 1,2 dan 3. Dewan
Pustaka Fajar.

15

You might also like