You are on page 1of 2

Batik merupakan kraf tangan tradisional yang terkenal di Malaysia.

Kini seni tekstil ini


semakin digemari oleh semua malah digemari juga oleh pelancong-pelancong luar negara.

Perkataan batik berasal daripada bahasa Indonesia yang bermaksud ‘pakaian yang mempunyai
titik-titik kecil’. Perkataan ‘tik’ bermaksud ‘titik’ yang asalnya daripada bunyi berdetik atau
‘tik-tik’. Ada yang mengatakan bahawa perkataan batik berasal dari Jawa iaitu ‘tritik’ iaitu
proses menghasilkan batik.

Sejarah perkembangan Batik


Mengikut catatan sejarah, batik dalam bentuk primitif diketahui wujud sejak 2,000 tahun lalu
di Parsi dan di Mesir. Di negara China dan Jepun kain bercorak batik mula digunakan sejak
abad ke tujuh dan ke lapan lagi. Di Tanah Melayu, batik mula diperkenalkan sejak abad ke 15
Masihi iaitu di zaman pemerintahan Parameswara di Melaka. Pada tahun 1770-an batik
pelangi telah diperkenalkan di Kepulauan Melayu. Sejarah batik di Malaysia mula di ketahui
pada abad ke 18 apabila Batik Minah Pelangi memulakan perusahaan Batik di Terengganu.
Dalam tahun 1911 apabila Haji Che Su bin Haji Ishak memulakan perusahaan Batik di
kawasan Lorong Gajah Mati, Kota Bahru Kelantan. Pada masa itu teknik pembuatan batik
hanyalah menggunakan teknik ikat dan celup dan dikenali sebagai ‘Batik Pelangi’. Pada masa
itu kain di import dari Thailand jenis ‘Kain Pereir’ sementara itu warna dibuat sendiri dengan
menggunakan pewarna buah dan kulit kayu. Warna kain batik pelang hanyalah Biru dan
hitam sahaja. Pada tahun 1922 Haji Che Su telah mengeluarkan batik yang menggunakan blok
kayu. Pada tahun 1926 kemasukan pewarna kimia dari Eropah telah membawa perkembangan
Batik. Reka corak batik mula dipengaruhi dengan reka corak Batik Indonesia. Dalam
tahun1932 seorang ahli perniagaan dari Terengganu Haji Ali bin Ismail telah bertemu seorang
dari tanah Jawa di Singapura dan mempelajari teknik-teknik membuat batik. Di samping itu
beliau juga membawa contoh-contoh blok batik yang diperbuat dari kayu ke Terengganu.
Dengan menggunakan kepakaran Haji Awang (Bekas pekerja Haji Che Su) telah memulakan
teknik-teknik baru menggunakan blok kayu cara Indonesia. Dalam tahun 1936 Haji Ali
membawa pulang blok tembaga dari Singapura dengan menggunakan cara baru iaitu
menggunakan teknik terapan lilin. Batik stensil dengan menggunakan pemidang skrin dicipta
oleh Mohd Yussof & Company dalam tahun 1933. Batik ini mendapat idea apabila En. Mohd
Yussof pergi ke Bangkok. Atas tunjuk ajar seorang dari Eropah bernama Dr. Schmidt (Wakil
Syarikat Singapura pengeluaran pewarna batik Widsor & Co.) kepada Mohd Yusoff dan Haji
Che Su maka batik cetakan Skrin menjadi terkenal di Kelantan. Sehingga ke hari ini
perusahaan Batik terus berkembang dengan menggunakan canting yang telah dipopularkan
oleh kumpulan pelukis-pelukis muda sekitar tahun 1970-an. Penggunaan canting adalah
pengaruh dari batik canting Indonesia kemudian sekumpulan pelukis telah menggunakan
tekniknya dalam bentuk teknik melukis. Akhirnya teknik ini menjadi digemari dan menjadi
identiti baru dalam seni Batik.
Jenis-jenis dan teknik Batik
1.Batik Blok - Batik yang menggunakan blok logam untuk menghasilkan corak
2.Batik skrin - Batik yang menggunakan pemidang skrin dan corak dihasilkan melalui leker
3.Batik tulis - Batik yang menggunakan alat canting dan lilin untuk menghasilkan corak
4.Batik pelangi-Batik yang menggunakan kaedah ikat dan celup.

Alat dan bahan untuk membuat batik canting


1 canting
2 damar
3 lilin
4 warna batik
5 pemati warna (sodium silicate)
6 bingkai kayu
7 periuk
8 kain putih (sutera, fuji, kapas)

Proses menghasilkan batik


1 Lukis corak batik di atas kertas
2 Letakkan kain di atas lukisan bercorak dan buat salinan perdua.
3 Rentang kain pada pemidang kayu menggunakan paku tekan.
4 Lilin kain menggunakan canting di atas kain yang dilukis.
5 Warna corak yang dicanting.
6 Sapu pemati warna di atas kain.
7 Biarkan kain selama 8 hingga 10 jam, kemudian basuh sehingga bersih.
8 rebus kain di dalam air.
9 Jemur kain yang telah dibersihkan.

Tokoh Batik
i. Haji Che Su bin Ishak tokoh Batik dari Negeri Kelantan. Beliau dilahirkan dalam
tahun 1817. Beliau membuka perusahaan bati pada tahun 1911 di Kampung Lorong Gajah
Mati Kota Bahru Kelantan. Beliau adalah pengasas batik dan bermula dengan batik pelangi
dan batik blok yang menggunakan blok umbut pisang dan blok kayu .

ii. Haji Ali bin Ismail tokoh Batik di Negeri Terengganu. Beliau telah belajar cara
membatik dengan orang Jawa di Singapura pad tahun 1932. Beliau mula menggunakan batik
blok kayu dan blok tembaga yang dipengaruhi dari Batik Jawa. Hingga lah perusahaannya
menjadi terkenal dan terbesar terletak di kampung Hiliran, Kuala Terengganu. Pada tahun
1950 pekerjanya seramai 200 orang.

You might also like