Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Islamophobia

Islamophobia

Ratings: (0)|Views: 206|Likes:

More info:

Published by: H Masoed Abidin bin Zainal Abidin Jabbar on Jun 30, 2008
Copyright:Public Domain

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/14/2009

pdf

text

original

 
ISLAMOPHOBIA : K-SEKULAR vs K-ISLAM
ميحرلا نحرلا هلا مسبإ دع و هلا إ هلإ  ، هيف ك يط اريثك ادح هل دلاهتيستو هلا اص ىكزأو .ورفلا رك لو ندلا هل نيخ ،إهلاو مو هي هلا ىص د يحو تأو ،إو دي ى.ندلا  ىلإ مب ى  نو ،هبصأ ن هلا ضو،،دعب أ
Segala puji dan puja kita untukkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam untuk Rasul junjungan, juga kepada keluarga dan para sahabat baginda Rasulullah S.A.W.Al-Hamdulillah kita bersyukur kepada Allah yang telah memberi kita kesempatan dan peluang untuk berbakti kepadanya dengan mengadakan majlis ilmu seperti ini. Kitayakin dalam majlis dan program ilmu seperti ini kita dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman masing-masing dalam aspek-aspek tertentu mengenaiIslam dan kehidupan.Program Madrasah Ulama Sesi 2000 ini diamanahkan kepada Sekretariat Pelajar Persatuan Ulama Malaysia (SPPUM) untuk melaksanakannya atas sifatnya sebagaiwahana pemuda yang penuh bertenaga dan penuh dengan idealisme. Para pemudamerupakan peratus penduduk yang agak besar di Malaysia memang sepatutnyadiamanahkan dengan pelbagai peranan utama untuk menjana perubahan. Para pemudayang kita harapkan menjadi golongan yang disebut oleh Allah SWT dalam Surah al-Kahfi sebagai:
( د مزو مبرب اآ ةيف مإ
13)
Merekalah para pemuda yang penuh dengan keimanan kepada Allah dan Allahlengkapkan mereka lagi dengan hidayah
. Para pemuda dan pemudi yang inginmenjernihkan akal budi umat dari serkupan kepompong sekularisme yang menjajahmentaliti mereka sehingga menjadi hamba abdi fahaman yang batil lagi menyesatkan.Para pemuda yang mampu mencabar tantangan fahaman sekularisme terhadap jatidiridan fitrah mereka. ...Fahaman sekularisme telah menimbulkan gejala Islamophobia dalam masyarakat.Iaitu gejala;
Takhawwuf La Mubarriralahu tijaha al-Islam.
Rasa takut yang tidak  berasas terhadap segala yang bersifat Islam. Sebenarnya rasa takut ini sepatutnyahanya dihadapi oleh Iblis dan kuncu-kuncunya. Tetapi aneh, ianya terbit dari dalamhati orang yang menganggap diri mereka muslim. Mereka tidak boleh melihat namadan simbol Islam diperjuangklan dalam konteks politik dan budaya. Merekamenganggapnya suatu kesesatan. Ini jelas menunjukkan berlakunya perubahan dalam
misdaqiah
keimanan orang Islam itu sendiri terhadap Islam. Mereka sendiri – golongan yang keliru – masih ragu dan tidak percaya kepada keupayaan Islam boleh1
 
menyumbangkan kebaikan kepada rakyat dan negara. Mereka putus harapan dariagama Allah:
 روبقلا حصا نم رفكلا سئي  ةخا نم اوئي
(al-Mumtahanah:13)Walhal orang yang menerima dasar ajaran Islam semestinya menaruh harapan yangtinggi kepada kebaikan agama Allah, peka terhadap ajaran dan hukum hakamnya .Orang beriman wajar takut, kasih dan sayang kepadaNya.Perasaan yakin, percaya, harap, tawakkal menyelubungi hati para mu’minin keranameraka adalah orang yang pasrah kepada ketentuan Allah. Mereka menghargai danmengagungkan Allah kerana Allah adalah sumber rezeki, sumber kekuatan, sumber kedamaian dan Allah jualah yang mengeluarkan mereka daripada kegelapan menujucahaya.
 Allah adalah tuhan (sandaran harapan) bagi orang yang beriman, manakalabagi orang kafir, tuhan mereka adalah taghut. Taghut menjauhkan mereka daricahaya kepada kegelapan, untuk akhirnya mereka menjadi penghuni neraka yang berkekalan
.Sifat mukmin sejati dalam pelbagai bidang kehidupan dinyatakan oleh Allah dalam al-quran; samada yang berkait dengan akidah, ibadah, hubungan sosial, kekeluargaan,moral mahupun yang berkaitan dengan sifat emosional, sensual, intelektual, profesional dan sifat-sifat fizikal. Sifat sifat ini perlu sebati dan menjadi darah dagingorang-orang Islam....Orang-orang mukmin perlu dibersihkan daripada perangai kufur jahiliyyah danmunafik. Mereka perlu mengikis sifat jahil, engkar, berbohong, memfitnah, zalim,tamak dan membelakangkan dasar-dasar politik bebas dan demokratik atau sukamenjadi pengikut yang membuta tuli. Menjadi tukang angguk yang tidak menggunakan akal waras .Sikap menjadi pak turut kepada para pemimpin zalim yang penuh dengan dolak-dalik ini boleh menggugat martabat kemanusiaan merekamenghapuskan kejernihan akal-budi mereka.Dari sudut yang lain, perasaan benci dan takut dengan Islam bukan sifat orangmukmin. Ia adalah sifat golongan yang tidak beriman. Orang yang tidak mahu namaIslam, tidak mahu melaksanakan Islam dan tidak ada toleransi dengan-dengan usahamenegakkan dasar dan negara Islam adalah golongan penentang Allah dan RasulNya.Mereka bukan penjernih dan pembela Islam. Mereka bukan pejuang Islam Merekaadalah golongan yang belot dan khianat terhadap Allah dan RasulNya....Dalam menghadapi cabaran sebegini umat Islam khususnya kalangan ulama danilmuan di semua peringkat; dalam pelbagai wadah Islam perlu mengukuhkanukhuwwah dan semangat persaudaraan yang kental sesama mereka. Justeru hal ini boleh mengukuhkan perpaduan arus kebangkitan Islam dan gelombang reformasirakyat. Semangat persaudaraan tersebut boleh dijalin; baik sesama orang yang beriman seagama mahupun dengan kumpulan rakyat senegara. Justeru ukhuwwahyang padu bagaikan senjata yang ampuh menghadapi serangan dan gempuran musuh.Pepatah Arab mengatakan:
حلس يغب اج  عاك ه اخ نم  اخ اخ
Persaudaraan tidak dapat diraih dengan kekejaman dan penafian hak-hak individurakyat. Rasa tamak haloba dan ekonomi yang dibolot oleh kroni pemimpin tertentu2
 
hanya akan mempertajamkan permusuhan antara kumpulan rakyat. Penafian hak untuk mendapat biasiswa kerana perbezaan pandangan kepartaian, penafian hak untuk mendapat dan melaksanakan kontrak kerajaan semata-mata kerana sikap golongan berkenaan menolak kejahatan dan menentang kezaliman adalah pengkhianatanterhadap hak asasi rakyat dan menginjak keluhuran perlembagaan yang menjamin hak warga negara untuk membangkang atau menyertai parti alternatif.Semua sifat yang keji, baik dari segi agama, budaya mahupun dari sudut undang-undang dan perlembagaan boleh meretak dan meruntuhkan perasaan persaudaraandan perpaduan yang wujud di kalangan rakyat.Umat Islam dalam alaf baru ini perlu menjauhkan diri dari sifat golongan Yahudi yangdi selar oleh Allah S.W.T.. Sifat yang mengundang bala dan musibah. Kita tidak mahu berbagai bala’ seperti gempa bumi, banjir besar, kebakaran dan sebagainya melandadan memusnahkan nyawa dan harta benda kita; seperti mana yang menimpa negara-negara lain. Tapi sayangnya dalam beberapa hal golongan sekularis di negara-negaraumat Islam kini menyerupai telatah golongan yahudi zaman silam; meskipunkesamaan tersebut tidaklah mutlak. Mereka - antara lain -:1.Menyimpang dari kebenaran agama setelah mereka mengetahuinya.Allah berfirman:
اورشت و هب رفك وأ ات و مع ل قد لأ ب اآو( تف إو يق  تب
41)
 Berimanlah dengan agama Islam yang membenarkan kitab yang ada dalam genggaman kamu. Janganlah kalian menjadi orang pertama kafir dengannya. Jangan pula kalian jual beli ayat-ayatku (Allah) dengan harga yang tidak seberapa.Sebaliknya kalian hendaklah bertaqwa kepadaku.
(al-Baqarah : 41)Allah berfirman lagi menegaskan sifat penolakan tersebut dengan mengatakan:
( نرفلا ى هلا ةعف هب اورك افر  مءج ف
89)
 Bila tiba kepada mereka apa yang mereka sudah tahu , mereka lantas kufur dengannya. Sesungguhnya kutukan Allah terhadap orang-orang yang kafir.
(al-Baqarah : 89)Penolakan hudud, kaedah menutup aurat, sunnah Rasulullah, menghalalkan arak, judi,menghalang alim ulama dan pendakwah dari menyampaikan ajaran Allah, menukar cuti mingguan dari hari kebesaran Islam Jumaat kepada hari Ahad dan yang terakhir menolak atau mengharamkan nama Islam dari diperjuangkan dalam bidang politik semuanya ini bukan suatu iltizam yang benar terhadap agama Allah. Ia bukan suatuusaha menjernihkan pegangan agama Islam diri dan rakyat. Ia adalah penafianterhadap keimanan mereka sendiri.2. Memusuhi Islam, meragui ajarannya dan menghalang orang lain darimengikutinya.3

Activity (2)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->