P 3202 -
PERAKAUNAN KOS
P 3202 / UNIT 1 / 2
1.0 PENGENALAN
Dalam topik ini anda akan mempelajari dan memahami definisi, kepentingan perakaunan kos serta perbezaan perakaunan kos dan perakaunan kewangan. Topik ini akan membantu anda melihat penggunaan perakaunan kos dalam unit-unit yangseterusnya.
1.1 DEFINISI PERAKAUNAN KOS
Perakaunan kos di takrifkan dengan pelbagai takrifan oleh beberapa pihak dan di bawah ini disediakan beberapa takrifan yang dipetik daripada buku-buku rujukan:1.Perakaunan kos merupakan sebahagian daripada perakaunan pengurusanyang menyediakan kos yang dibelanjawankan serta kos piawai dan kossebenar bagi operasi, proses jabatan atau keluaran serta analisis varian,keboleh untungan dan kegunaan kewangan kepada sosial (Costing T. Lucey,m/s 1).2.Perakaunan kos adalah pemprosesan dan penilaian data kos operasi untuk mengeluarkan maklumat bagi pelaporan kewangan, perancangan dankawalan dalaman dan bagi keputusan-keputusan tertentu. (Perakauan pengurusan, Daeng Mohd. Nasir, m/s 10)3.Perakaunan kos ditakrifkan oleh CIMA (Chartered Institute of ManagementAccountants) sebagai ‘penggunaan prinsip, kaedah dan teknik perakaunandan pengekosan di dalam penentuan kos dan penganalisaan simpanan @lebih berbanding dengan pengalaman 2 standard yang lepas.
INPUT
PENGENALAN
Oh!…Ini bermaknaperakaunan kosmengeluarkan maklumatuntuk tujuan
perancangan,kawalan dan pembuatankeputusan.