You are on page 1of 16

Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

Isi Kandungan

Perkara Muka Surat

Ringkasan RPH i

Huraian RPH
Tarikh ---> Penyampaiai ………………………………. 3&4

Penyampaian
Induksi set ………………………………………………. 4

Langkah penyampaian
Langkah 1 ( 12 minit ) ………………………………….. 6
Langkah 2 ( 10 minit ) ………………………………….. 7
Langkah 3 ( 10 minit ) ………………………………….. 9
Langkah 4 ( 5 minit ) ………………………………….. 11

Kesimpulan ………………………………………………… 11

Penilaian ……………………………………………………. 11

Tugasan ……………………………………………………… 11

Refleksi ................................................................................... 12

Bibliografi ........................................................................... 14

Lampiran ………………………………………………… 16

Prisip Teknologi Pengajaran 1


Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

Huraian Rancangan
Pengajaran
Harian

Prisip Teknologi Pengajaran 2


Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

Rancangan Pengajaran Harian


Tarikh : 3 Mac 2006
Masa : 9.30-10.10 pagi.
Bilangan pelajar : 35 orang.
Tajuk Pengajaran : Sungai Nadi Kehidupan. (Bahasa Melayu Tahun 4)
Pengetahuan Sedia Ada : RPH ini disediakan untuk mengajar pada murid-murid
tahun 4 yang mempunyai saremai 35 pelajar. Tajuk pengajaran hari
ini ialah “Sungai Nadi Kehidupan”, di mana dalam pelajaran ini
murid akan belajar tentang kesan pencemaran air, punca pencemaran
air dan tentang kepentingan air. Di sini murid sudah pastinya akan
mempunyai pengetahuan tentang pencemaran air kerana terdapat
pelbagai poster di tepi jalan yang membuatkan murid mempunyai
pendedahan tentang pencemaran sungai. Selain itu iklan-iklan yang
disiarkan di television juga dapat memberikan pendedahan pada
murid tentang punca dan kesan pencemaran. Oleh itu pengetahuan
yang sedia ada pada murid ini dapat membantu murid untuk
memahami pelajaran hari ini dengan lebih dalam.

Objektif Pengajaran : 1 .Murid-murid akan menerangkan punca dan kesan pencemaran


sungai.
2. Murid dapat menyalurkan arahan serta pesanan yang diterima
kepada orang lain dengan jelas dan tepat.

Isi Pelajaran : 1. Tentang pencemaran sungai.


2. Punca-punca pencemaran sungai.
3. Kesan-kesan pencemaran sungai.

Nilai-nilai Murni : 1. Menyayangi Alam Sekitar dan Peka Terhadap Isu Alam Sekitar.
- Disini dengan mengajar tentang pencemaran sungai,
kesedaran tentang kepentingan sungai dapat diwujudkan di kalangan

Prisip Teknologi Pengajaran 3


Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

pelajar. Ia sudah pastinya akan mewujudkan perasaan cinta kepada


alam sekitar. Dengan itu pelajar akan cuba mengelakkan diri daripada
perbuatan yang dapat menjejaskan kebersihan sungai.

Alat Bantu Mengajar: 1.Buku teks, Slide Power Point.


-dengan merujuk kepada buku teks guru dapat memberi
latihan kepada murid selepas menerangkan petikan yang
terdapat di dalamnya iaitu tentang pencemaran sungai.
Aktiviti seterusnya juga dapat dijalankan dengan bantuan
buku teks.
-dalam bahagian ini Slide Power Point ditunjukkan untuk
mengajar tentang kesan pencemaran sungai.

Bahan Rujukan : Poster-poster kegiatan pencemaran, buku teks, buku rujukan.


- poster adalah untuk mejalankan sesi induksi set.
- Buku teks dan buku rujukan ialah untuk membantu
menjalankan aktiviti.

Penyampaian
Induksi Set: ( 3 minit )

Di set induksi guru menayangkan gambar-gambar tentang pencemaran


sungai. Gambar-gambar tersebut adalah seperti berikut.

Prisip Teknologi Pengajaran 4


Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

Gambar Pencemaran Sungai


Dengan menayangkan gambar-gambar ini guru akan tanya soalan mengikut
tahap pertama(Tahap Pengetahuan) Domain Kognitif Bloom. Soalannya seperti
berikut.

1) Apakah yang anda lihat dalam gambar ini.


2) Adakah pemandangannya Nampak cantik ? kenapa?

Untuk soalan yang pertama murid mungkin menjawab “kami nampak sungai
cikgu, dan terdapat sampah yang banyak di sekitar sungai-sungai tersebut”.
untuk soalan yang kedua murid akan menjawab tidak dan sebabnya ialah
kerana terdapat bayak sampah sampah di sekitar sungai.
Selepas ini guru akan memberitahu bagus dan menambahkan isinya sedikit
dengan mengatakan bahawa “yang ini ialah gambar-gambar sungai yang
tercemar dan adakah anda tahu kenapa berlaku pencemaran sungai seperti ini.

Prisip Teknologi Pengajaran 5


Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

Selepas itu pelajar mungkin akan memberi jawapan dan ingin tahu selanjutnya
dengan menanyakan soalan seperti ini gurupun dapat memulakan pelajaran
tersebut.

Langkah penyampaian
Langkah 1 ( 12 minit )  Kaedah Penyampaian / Aktiviti

Di bahagian pertama ini guru akan memberi satu petikan tentang


pencemaran sungai yang bertajuk “Sungai Nadi Kehidupan” daripada buku teks.
Petikan tersebut menekankan tentang keperluan air. Selain itu ia menerangkan
tentang bagaimana kita dapat air, punca-punca berlaku pencemaran air dan kesan-
kesan yang akan berlaku kalau pencemaran sungai berlaku.
Di bawah adalah salinan petikan tersebut:

Sungai Nadi Kehidupan

Air yang kita peroleh berpunca daripada hujan. Dari kawasan


tadahan hujan, ai r kemudian mengalir ke kawasan gang lebih
rendah. Aliran air inilah yang membentuk sungai.
Sebagai sumber yang membekalkan air kepada kita, sungai
merupakan nadi kehidupan. Justeru, sungai perlulah dipelihara
daripada sebarang bentuk pencemaran.
Bagaimanapun, menurut kajian Jabatan Alam Sekitar, banyak
sungai di negara kita yang sudah tercemar. Hal ini berlaku
disebabkan kegiatan pembuangan sampah sarap, sisa toksik, dan
kumbahan manusia ke dalam sungai.
Sedarkah kita akan kesan yang bakal ditanggung jika
masalah ini dibiarkan berterusan? Air sungai yang tercemar
dengan teruknya mungkin tidak dapat dirawat lagi. Keadaan ini

Prisip Teknologi Pengajaran 6


Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

akan mengakibatkan kekurangan air. OIeh itu, kita perlu menjaga


sungai kita kerana air merupakan keper!uan asas kehidupan.

Selepas menyuruh bukakan petikan tersebut yang berada di muka surat 73,
guru memilih seorang murid untuk membacanya. Guru kemudian menyuruh murid
supaya berbincang dalam kumpulan yang mengandungi 5 orang dalam 5 minit.
Selepas itu guru meminta murid untuk terangkan petikan demi petikan. Sebelum itu
untuk membantu supaya murid dapat jawab dengan tepat guru meminta beberapa
soalan dari petikan tersebut. soalannya ialah:
1. Dari manakah kita dapat air dan bagaimanakah sungai wujud. Sebagai
jawapannya pelajar pun menjawab bahawa “punca air ialah dari hujan dan, dari
kawasan tadahan air ia mengalir ke kawasan yang lebih rendah, dan ahkirnya ini
membentukkan sungai”.

2. Tindakan ataupun kegiatan manusia yang bagaimanakah akan menyebabkan


pencemaran sungai? Pelajar pula akan menjawab bahawa kegiatan pembuangan
sampah sarap, sisa toksik, dan kumbahan manusia kedalam sungai akan
menyebabkan pencemaran sungai.

3. Seterusnya guru bertanya adakah pencemaran sungai ini akan memberi kesan
kepada kita? Sebagai jawapannya muridpun akan menjawab bahawa pencemaran
ini akan membuatkan kita kekurangan bekalan air.
Selapas ini guru akan mengajar isi yang berada dalam bahagian 2.

Penggunaan media
- Buku Teks
- Penggunaan LCD untuk tayangkan gambar pada set induksi.

Langkah 2 ( 10 minit )  Kaedah Penyampaian / Aktiviti

Prisip Teknologi Pengajaran 7


Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

Selepas bahagian satu dari penerangan yang diberikan tentang pencemaran


sungai sekarang dalam bahagian 2 ini guru memberi penekanan tentang punca
pencemaran sungai. Sebagai kaeadah mengajar, guru menyuruh pelajar untuk
membincangkan tentang punca berlakunya pencemaran dan guru hanya memberi
lima minit untuk perbincangan ini.
Sambil pelajar berbincang gurupun pergi ke setiap kumpulan tersebut untuk
membantu mereka dengan tanya bebera soalan yang dapat mencetuskan idea-idea
baru supaya dapat menyeneraikan punca-punca pencemaran. Contoh-contoh soalan
yang guru harus tanya pada pelajar semasa perbincangan tersebut ialah seperti
berikut:
i. adakah manusia punca pencemaran berlaku kalau ya apakah tindakan
mereka yang membuatkan pencemaran. Soalan yang lain ialah

ii. adakah kilang-kilang yang mengeluarkan toksik yang berbahaya menjadi


punca kepada pencemaran sungai. Kalau ya, terangkan bagaimana.

Selepas itu, dalam sesi menjawapan pada soalan yang cikgu beri, pelajarpun
akan menerangkan punca-punca pencemaran sungai. Pelajar mungkin menjawab
jawapan yang terdapat dalam petikan buku teks. Iaitu pelajar mungkin menjawab
bahawa punca-punca pencemaran ialah seperti disebabkan kegiatan manusia yang
tidak bertanggung jawab kerana membuang sampah sarapnya di dalam sungai.
Punca yang lain ialah pembuangan sisa-sisa toksik ke dalam sungai yang
disebabkan oleh kilang-kilang yang memproses bahan kimia. Jawapan lain yang
mungkin di dengar oleh guru ialah bahawa pembuangan kumbahan manusia ke
dalam sungai.
Di sini guru boleh membagitahukan sebab berlakunya kegiatan seperti ini.
Iaitu sebagai contohnya sebab pembuangan kumbahan manusia ke dalam sungai
ialah disebabkan ketiadaan sistem saluran yang mantap di sesuatu tempat. Melalui
penjelasan seperti ini dapat memahami pengajaran dengan lebih jelas.
Jadi secara ringkasnya dalam bahagian 2 ini murid telah :

Prisip Teknologi Pengajaran 8


Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

i. Bincang dalam kumpulan

ii. Senaraikan punca pencemaran

Selepas habiskan bahagian dua ini sudah pastinya murid telah belajar tentang
punca-punca pencemaran sungai. Selapas ini di bahagian tiga murid akan belajar
tentang kesan-kesan pencemaran.

Langkah 3 ( 10 minit )  Kaedah Penyampaian / Aktiviti

Dalam bahagian tiga ini guru akan ajar tentang kesan-kesan pencemaran
sungai, dan di bahagian ini untuk meriangkan lagi kelas guru mengajar tentang
kesan-kesan pencemaran ini dalam bentuk kuiz. Iaitu guru akan tayangkan soalan
kuiz melalui LCD iaitu slide Power Point dan meminta pelajar sendiri dating ke
hadapan untuk tekan butang di slidenya untuk memilih jawapan yang betul. Dalam
aktiviti ini pelajarpun akan datang ke hadapan dengan gembira untuk menjawab
soalan kerana perkara seperti ialah sangat disukai oleh pelajar kerana selapas
mereka menekan jawapan yang betul slide yang mengatakan “Bagus”,”Tahniah”
dan sebagainya akan keluar. Ini ialah suatu pengukuhan yang mendorong mereka.
Dan jawapan untuk soalan ini hanya mempunyai dua pilihan sahaja iaitu sama ada
BETUL ataupun SALAH.
Walaupun jawapan keluar tetapi guru masih akan terang sedikit tentang
kesan-kesan pencemaran.
Terdapat sebanyak lima soalan kuiz dalam bahagian ini. Soalannya adalah
seperti berikut:

i. Ikan di sungai akan mati, sekiranya pencemaran sungai berlaku.


ii. Pencemaran sungai tidak disebabkan oleh tindakan manusia.
iii. Orang akan dapat penyakit, jika makan ikan yang ditangkap dari
sungai yang cemar.

Prisip Teknologi Pengajaran 9


Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

iv. Air yang diambil untuk minum dari sungai yang cemar, akan
membahayakan kesihatan kita.
v. Haiwan yang hidup di sungai akan rasa gembira jika berlaku
pencemaran di sungai yang ianya hidup.

( Soalan kuiz ini telah disertakan dengan CD dan kandungannya adalah dalam
bentuk power point)
Selepas pelajar menjawab soalan denagan betul satu slide baru akan muncul
dan akan mengucapkan tahniah. Jikalau pelajar tersebut menjawab saolannya
dengan salah satu slide baru yang akan muncul dan ia akan katakan jawapan
tidak batul, cuba lagi. Ini akan dipaparkan setiap kali selepas pelajar menjawab
soalannya.
Selain itu guru juga akan terang sedikit tentang jawapan soalan tersebut
walaupun jawapannya betul. Untuk soalan pertama iaitu “Ikan di sungai akan mati,
sekiranya pencemaran sungai berlaku” jawapannya ialah betul. Penerangannya
ialah: ini adalah kerana racun yang keluar dari sisa-sisa toksik yang buang menjadi
punca kepada kematian ikan.
Jawapan soalan kedua ialah SALAH. Penerangannya pada pelajar ialah :
pencemaran sungai memang disebabkan oleh manusian kerana manusialah yang
membuang sampah sarap dan sisa-sisa toksik ke dalam sungai dan bukannya
haiwan.
Jawapan soalan ketiga ialah BETUL. Kerana ikan yang terdedah kepada
sisa-sisa toksid bertukan menjadi racun, dan manusian yang makan ikan tersebut
akan dapat penyakit.
Jawapan soalan keempat ialah BETUL. Sebab adalah susah untuk
membersihkan air yang tercemar dan kalau kita minumnya sudah pastinya kita
akan dapat penyakit.
Jawapan soalan kelima pula ialah SALAH, kerana sudah pastinya ikan akan
rasa tidak selesa dan jika Sesutu sungai itu menjadi terlalu cemar maka sudah
pastinya ikan yang hidup di sungai itu akan mati.

Prisip Teknologi Pengajaran 10


Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

Untuk menjawab soalan ini murid bolah berfikir jawapannya dengan


berbicang dengan kawannya. Ini ialah suatu aktiviti pasangan.

Pengunaan media
i. LCD projektor
ii. Slide power point
Selepas menghabiskan bahagian tiga ini guru akan pergi ke bahagian akhir
sekali iaitu bahagian rumusan.

Langkah 4 ( 5 minit )  Kaedah Penyampaian / Aktiviti

Di bahagian ini guru akan membuat rumusan tentang pembelajaran hari ini
yang telah dijalankan selama 35minit. Guru akan menerangkannya tentang teks
yang dibelajar, punca-punca pencemaran dan kesan-kesan pencemaran yang telah
belajar untuk 5 minit. Guru juga Tanya soalan yang mudah sekali lagi untuk
mengingatkan pembelajaran yang telah belajar.

Kesimpulan
Guru meminta soalan yang tanya pada murid dalam pelajaran sekali lagi
seperti apakah punca pencemaran sungai dan apakah kesan pencemaran sungai.
Sebagai jawapannya guru sendiri menerangkan jawapannya dengan ringkas di akhir
kelasnya sebagai penutup pada pelajaran hari itu.

Penilaian
Pelajar telah menjawab dengan betul, pada soalan-soalan yang diminta oleh
guru. Selain dari itu pelajar juga telah menjawab dengan betul pada soalan kuiz
yang telah diadakan semasa pembelajaran.

Prisip Teknologi Pengajaran 11


Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

Tugasan

Akhirnya guru memberi tugasan pada pelajar. Tugasannya ialah Murid-murid


perlu menyiapkan buku skrab mengenai punca-punca pencemaran sungai dan kesan
terhadap alam sekitar.

Refleksi

Guru telah mengajar tentang pencemaran sungai. Dalam bahagian 1 guru


mengajar teks yang bertajuk “Sungai Nadi Kehidupan” dari buku teks. Dalam
pelajaran tersebut dari perhatian guru, guru memahami bahawa pelajar pada
mulanya tidak memberikan tumpuan pada pelar yang membacakan teksnya. Tetapi
apabila guru menyuruh pelajar lain untuk bacakan petikan yang kedua pelajar
lainpun turut memberi perhatian sama. Ini adalah kerana mereka takut yang kalau
orang lain yang memilih untuk baca, mereka tidak dapat membaca dari tempat
yang pelajar sebelumnya berhenti membaca. Jadi untuk mengelakkan ini berlaku
pelajar pun memberi tumpuan. Ini menunjukkan guru lebih baik memilih pelajar
yang lain untuk membaca petikan yang lain.
Dalam bahagian dua murid bertidak dengan aktif apabila menyuruh untuk
menyeneraikan punca-punca pencemaran. Ini menunjukkan pelajar lebih sukakan
kaedah pengajaran yang aktif iaitu murid sukakan aktiviti yang dijalankan dengan
kumpulan. Ini menunjukkan guru harus menggunakan kaedah seperti ini dalam
pelajaran seterusnya.
Dalam bahagian tiga pelajar mengambil bahagian dengan lebih aktif
sehinggakan hampir semua pelajar yang mengangkat tangan untuk datang ke
hadapan dan untuk menjawab soalan kuiz. Ini menunjukkan aktiviti seperti ini
mendorong keinginan pelajar untuk belajar. Dengan ini guru faham bahawa pelajar

Prisip Teknologi Pengajaran 12


Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

lebih gembira jika mengadakan aktiviti yang mengaitkan dengan peralatan seperti
komputer. Oleh itu guru digakkan untuk menggunakan peralatan seperti kompeter.

Bahah yang digunakan : i. Slide Power Point


ii. Buku Teks
iii. Buku Rujukkan

Selain daripada itu, semasa pembelajaran sedang berlangsung pelbagai


masalah telah berlaku. Iaitu sebagai contohnya ialah si sesi pertama semasa guru
minta menjawab pada soalan, murid pada asalnya tidak begitu aktif untuk
memberitahu jawapan bagi soalannya, dan untuk menangani masalah ini iaitu
untuk membuatkan murid memberi jawapan guru telah pujuk mereka dengan
mengatakan bahawa yang “pelajar yang membari jawapan akan dapat coklat”.
Pelajar yang pada dulunya teragak untuk memberi jawapan telah mula memberi
jawapan dan ini telah mempengaruhi pelajar lain untuk memberi jawapan pada
soalannya.
Selain itu ada juga masalah yang timbul semasa guru memberikan aktiviti
kumpulan. Di sini pelajar sering berbising dan berbincang perkara yang luar dari
tajuk. Untuk menangani masalah ini guru telah sering melihat setiap kumpulan.
Guru juga mendekati kumpulan-kumpulan dan juga memberi sedikit idea tentang
isi perbincangan supaya murid tidak keluar dari tajuk.
Satu lagi masalah yang telah timbul ialah semasa guru mengadakan kuiz
tentang kesana pencemaran. Dalam aktiviti ini pelajar menjadi huru-hara dan
semua murid menjerit supaya guru memanggilnya untuk menekankan butang
jawapan yang betul. Ini adalah kerana pelajar terlalu tertarikh pada aktiviti ini.
Oleh itu, apa yang guru buat ialah guru mengatakan pada murid bahawa “kalau
anda hendak menjawab soalan maka anda harus mengangkat tangan tanpa
membuat bising dan cikgu tidak akan panggil orang yang buat bising. Selain itu

Prisip Teknologi Pengajaran 13


Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

guru akan hanya memanggil pelajar yang mengangkat tangan dahulunya.” Dengan
guru membuat begini pelajar pun tidak berbising.
Kaedah ataupun cara-cara yang telah digunakan oleh guru telah membantu
guru untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapinya di kelas.

Bibliografi

Amir Hazalin Bin Lin, Abdul Rahman Kamil Bin Abu Naim, Mohd Hata Bin Abu
Bakar 2005. Bahasa melayu tahun 4. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Dr.Abd. Wan Abdul Kader Wan Ahmad 2005.Prinsip tenologi pengajaran. Meteor
Doc.Sdn.Bhd, Selangor.

Gambar pencemaran. Didapati pada 7 April 2006 daripada


http://images.google.com.my/images?
q=pencemaran+sungai&hl=en&btnG=Search+Images

Prisip Teknologi Pengajaran 14


Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

Tamat
Prisip Teknologi Pengajaran 15
Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

Lampiran
Prisip Teknologi Pengajaran 16

You might also like