You are on page 1of 8

KOMUNITI

BAHASA
LILIAN WONG LE LIAN

NABILAH BT HALIPA

20 JULAI 2010
DEFINISI KOMUNITI BAHASA
 Menurut Lyons (1970), semua orang yang menggunakan sesuatu
bahasa atau dialek yang sama merupakan anggota suatu komuniti
bahasa.

 Nik Safiah Karim (1992) pula menyebut bahawa komuniti bahasa


sebagai kumpulan manusia yang menuturkan satu bahasa yang sama,
yang membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain.

 Istilah komuniti bahasa mempunyai pelbagai tahap penekanan seperti


perkongsian keahlian komuniti dan perkongsian komunikasi linguistik.

 Istilah paling tepat untuk komuniti bahasa sukar ditetapkan, ada yang
berpendapat komuniti bahasa mestilah terdiri daripada mereka yang
benar-benar berada dalam komuniti, iaitu sekumpulan masyarakat
yang tinggal dalam lokasi yang sama.
 Pendapat yang lain pula mengatakan bahawa kesemua manusia
mempunyai keahlian sebagai komuniti bahasa, sama ada berdasarkan
tempat tinggal, jantina dan sebagainya.

 Komuniti bahasa dengan berdasarkan perkongsian komunikasi


linguistik merupakan konsep yang boleh berubah, terdiri daripada
mereka yang mempunyai persamaan dari segi bahasa ibunda dan dialek.

 Ada juga berpendapat bahawa ahli komuniti mempunyai persamaan


dari segi keupayaan berkomunikasi dan berhubung walaupun
melangkaui sempadan bahasa.

 Komuniti bahasa boleh dimaksudkan sebagai kumpulan penutur yang


mengiktiraf diri mereka sebagai penutur sesuatu bahasa yang tertentu.

 Secara umumnya, istilah komuniti merujuk kepada kumpulan orang


yang tinggal di sesuatu daerah, masyarakat yang menetap di sesuatu
tempat atau negara, orang ramai umumnya atau sekumpulan individu
yang mempunyai sifat-sifat, kecenderungan dan kepentingan yang
serupa.
CIRI-CIRI KOMUNITI BAHASA
1. Berubah-ubah
 Komuniti berubah dari semasa ke semasa yang disebabkan oleh pelbagai faktor.
 Memberikan kesan kepada bahasa yang digunakan oleh komuniti tersebut.

2. Kelas dan Status


 Bersifat tegar atau tidak
 Kelas yang tegar, seperti kelas-kelas komuniti di India yang terdiri
daripada kasta.
 Kelas yang tidak tegar, berbeza dari sudut kumpulan status.
 Bagi komuniti Islam, bahasa Arab menjadi penyatunya.
 Kadang-kadang kelas dibezakan oleh etnik walaupun dalam negara
yang sama.
 Misalnya, di Kanada terdapat orang Perancis menggunakan bahasa
Perancis sedangkan komuniti yang lainnya menggunakan bahasa
Inggeris.
3. Pertentangan Kelas
 Terdapat pertentangan kelas yang disebabakn oleh
perbezaan kelas yang berasaskan etnik, agama dan bahasa
yang berlainan.
 Di Kanada, terdapat pertentangan kelas antara penutur
bahasa Perancis dengan bahasa Inggeris.
4. Dialek Sosial
 Dalam komuniti yang ada kelas tinggi dan rendah, terdapat
perbezaan bahasa yang digunakan oleh golongan atas, golongan
kelas menengah dan golongan kelas bawah.
 Di negeri barat, terdapat “literari standard” untuk golongan
atasan, “local dialects” untuk golongan bawahan dan “colloquial
standard” untuk kelas menengah.
 Perbezaan dialek berlaku pada sebutan, kosa kata, struktur ayat
dan lain-lain.
5. Evolusi Sosial
 Setiap komuniti akan berubah. Salah satu cara perubahan itu berlaku
adalah dari dalam.
 Pertambahan jumlah anggotanya, perbaikan pendidikan dan
peningkatan ekonomi.
 Semua ini mendorong perubahan komuniti dari dalam dan perubahan
itu juga mendorong dalam menyebabkan perubahan pada bahasa dan
dialek.

6. Ketidaksamaan Komuniti
 Wujudnya susun lapis komuniti atau startifikasi sosial, iaitu perbezaan
taburan atau ketidaksamaan dari segi martabat, kuasa, kekayaan dan
hak.
 Dapat dilihat dalam bahasa yang digunakan seperti bahasa golongan
bangsawan dengan orang kebanyakan.
 Dari sudut sistem panggilan yang membezakan rujukan-rujukan
kehormat seperti yang mulia, yang berbahagia dan lain-lain.
 Dalam komuniti Melayu, seperti dalam kalangan adik-beradik
panggilan dalam berbahasa. Cth: “Long”, “Ngah” dan lain-lain.
7. Interaksi Komuniti
 Dalam komuniti yang kecil, terdapat hubungan dan interaksi berdepan
atau bersemuka.
 Dalam hubungan seperti ini, terdapat komponen tertentu, termasuklah
peserta, suasana, fungsi interaksi, tajuk, mesej dan saluran.
 Bahasa yang digunakan bergantung kepada komponen-komponen
tersebut.

8. Mobiliti Sosial
 Komuniti manusia adalah dinamik dan berubah secara terus-
menerus, sama ada lambat ataupun cepat, sama ada secara
evolusi, difusi atau revolusi. Seperti yang berlaku dalam
pemberontakan sosial.
 Salah satu perubahan sosial islah peningkatan kelas atau
martabat melalui bahasa.
 Contohnya, zaman prakolonial, komuniti Melayu terbahagi
kepada dua kelas sahaja, iaitu golongan yang memerintah dan
golongan yang diperintah.
 Golongan yang diperintah tidak melepasi taraf
bahawahannya untuk menjadi golongan pemimpin
kerana golongan yang memerintah sentiasa dimonopoli
oleh orang bangsawan dan orang yang bergelar
warisan.
 Apabila berlaku penjajahan, golongan bawahan yang
mendapat pendidikan penjajah dapat meningkatkan
kedudukan mereka sehingga dapat bekerja di jabatan—
jabatan kerajaan keran penguasaan mereka dalam
bahasa Inggeris.
 Di sinilah berlaku proses mobiliti sosial misalnya di
Malaysia, selepas negara mendapat kemerdekaan,
golongan yang mendapat pendidikan melalui bahasa
Penjajah menjadi pegawai tinggi kerajaan.

You might also like