Manusia Yang Dikasihi Dan Dibenci Oleh Nabi s.a.w.
Orang yang berakhlak mulia adalah orang yang paling dikasihi oleh Rasulullah dan diberi tempatyang paling dekat dengan baginda di hari kiamat nanti. Sebaliknya bercakap-cakap kosong atauperkara-perkara yang sia-sia dan membuat fitnah adalah perbuatan yang dilarang oleh agamakerana ia tidak mendatang apa-apa kebaikan bahkan bakal mengundang azab di hari akhiratkelak. Islam juga melarang umatnya bersifat membangga diri dan memandang rendah sertamenghina orang lain tetapi hendaklah bersifat tawaduk dan rendah diri demi menjaga hati danperasaan orang lain.Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi dikalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialahorang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauhdariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh,sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya. Para sahabat bertanya lagi,Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yangsuka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakahmaksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah: Orang yang takbur.
H.R. at-Tarmizi
Keras Kepala, Sombong dan Suka Mengumpul Harta Tetapi Tidak SukaMembelanjakannya untuk Kebaikan
Keras kepala (degil) adalah sifat orang yang tidak mahu menerima kebenaran. Begitu jugaorang yang tamak pada harta dan tidak suka membelanjakan harta untuk kebaikan keranasombong, mereka ini tergolong sebagai ahli neraka. Harta merupakan amanah Allah kepadamenusia oleh itu ia hendaklah dibelanjakan untuk diri, keluarga dan orang-orang yang dibawah tanggungan serta memberi bantuan kepada orang yang memerlukannya dengan carayang diredhai oleh Allah. Islam amat melarang umatnya bersifat dengan sifat-sifat yangtercela, seperti sombong, takbur, riak, keras kepala, suka tamak dan sebagainya kerana semuasifat-sifat ini boleh menyeret seseorang itu ke dalam neraka.Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Bukankah aku telah memberitahu kamu tentangahli-ahli neraka? Mereka itu ialah orang-orang yang keras kepala, sombong, suka mengumpulharta tetapi tidak suka membelanjakannya untuk kebaikan.
H.R. Bukhari dan Muslim
.
Manusia yang Bersifat Tamak
Manusia secara semulajadinya bersifat tamak dan dengki terhadap kelebihan orang lain. Kedua-dua sifat ini membawa kerugian kerana ia akan melahirkan individu yang tidak bersyukursehingga hubungan dalam masyarakat menjadi rosak akibat daripada berlakunya pergaduhandan persengketaan sesama sendiri. Selaku umat Islam kita dituntut untuk sentiasa bersyukurkepada Allah kerana dengan bersyukur hati kita akan tenang dan redo di samping mempercayaibahawa rezeki itu terletak di tangan Tuhan. Kita wajib berusaha sedangkan yangmenentukannya adalah Allah s.w.t. Bahkan Allah telah berjanji bahawa rezeki orang yang