You are on page 1of 2

TUJUAN PENILAIAN KURIKULUM

1.0 Tujuan Penilaian Kurikulum

Secara amnya, tujuan penilaian adalah untuk :

 Menentukan kekuatan dan kelemahan murid dalam pelajaran sesuatu


kemahiran
 Dapat merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan
 Menentukan kesan pengajaran guru - Dapat merancang strategi yang lebih
berkesan
 Menentukan pencapaian objektif pelajaran yang ditetapkan - merancang
aktiviti P&P akan datang
 Merekod keputusan penilaian dan Rekod Prestasi & Profil untuk rujukan
 Menilai keberkesanan pelaksanaan sesuatu program

Menurut Tyler (1949) seperti yang dipetik oleh Vincent Pang (2005) telah
menggariskan beberapa tujuan penilaian. Hasil penilaian menurut beliau boleh
digunakan untuk melihat dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sesuatu
kurikulum. Selain itu ia juga boleh membantu untuk menjelaskan objektif, membuat
tindakan susulan dan memberi maklumat terhadap kejayaan sesebuah program yang
dilaksanakan di sekolah.
Manakala Saedah Siraj (2001) ketika memetik pendapat Gay (1985)
menjelaskan, penilaian mempunyai empat tujuan utama, iaitu;

 Untuk mengenal pasti keupayaan kurikulum, kelemahan dan kebaikannya serta


menentukan punca-punca masalah.
 Untuk membuat penambahbaikan dalam aspek-aspek tertentu dalam proses
membangunkan kurikulum.
 Untuk melihat sejauhmana keberkesanan kurikulum yang sedang digunakan
sama ada perlu diteruskan atau perlu diganti dengan kurikulum yang lain.
 Untuk melihat sejauhmana pulangan pembiayaan kewangan yang diperuntukkan
bagi melaksanakan kurikulum itu, samada memberi manfaat atau sebaliknya.

You might also like