You are on page 1of 16

Kuliah 1-20 April 2009

Pada awal kuliah yang disampaikan oleh Dr. Siti, beliau telah
menerangkan bahawasanya terdapat empat tahap pemerolehan
dalam menjalankan kajian tidakan iaitu:
-Data
-Maklumat
-Pengetahuan
-Hikmah

Di samping itu saya juga diberi pemahaman tentang kaedah


penyelidikan. Daripada pemahaman saya tentang pembelajaran
yang disampaikan oleh Dr.Siti, kajian penyelidikan ialah kaedah
pengumpulan data dan menganalisis data yang diperolehi yang
bertujuan untuk meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu topik
dan isu serta dapat mencari kaedah penyelesaian.

Sebagai contoh kajian tindakan yang dilakukan di dalam


pendidikan ialah, untuk mengenalpasti pelajar yang lemah dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam para guru perlu
mengenalpastinya dengan mengumpul markah dalam sesuatu ujian
yang diperolehi dan mencari sebab munasabab daripada kegagalan
pelajar dalam menjawab soalan yang diberikan samaada aras
soalan tersebut terlalu tinggi, kelemahan pelajar dalam menguasai
jawi, ketidakjelasan soalan yang diberikan, jawapan yang
diberikan adalah samar-samar. Setelah mengetahui masaalah
sebenar yang dihadapi oleh para pelajar barulah guru-guru perlu
mencari jalan penyelesaian yang paling berkesan bagi membantu
pelajar dalam pembelajaran. Sebagai contoh, jikalau pelajar gagal
dalam pendidikan Islam adalah kerana kegagalan dalam menguasai
jawi, guru perlu mencari alternatif yang berkesan bagi membantu
pelajar samaada menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) jawi
yang dapat menarik minat pelajar, mengadakan kem jawi yang
mengandungi aktiviti menarik dan lain-lain.

KULIAH 2- 27 APRIL 2009

Dalam kuliah yang kedua kami telah diberi pemahaman oleh Dr.
Siti tentang kajian tindakan kolaboratif. Melalui kefahaman saya
tentang kuliah yang disampaikan oleh Dr.Siti, kajian kolaboratif
ialah kajian yang dilaksanakan bersama dua orang atau lebih yang
mana ia dilaksanakan oleh guru dalam bidang yang sama. Sebagai
contoh, untuk melakukan penambahbaikan dalam matapelajaran
pendidikan Islam perlu dilakukan kajian kolaboratif antara guru-
guru pendidikan Islam sahaja tanpa melibatkan guru lain.

AKTVITI 1

 Selepas mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) refleksi ke


atas masaalah dalam diri anda.

-Senarai penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri anda


-Rancang pelan tindakan untuk menambahbaiki matlamat dan
senaraikan objektif

 Pelan tindakan

-Nyatakan langkah yang perlu diambil


- Rancang bagaimana anda ingin mengumpul data
-Bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang
dilaksanakan
-Bagaimana anda ingin menilai samada apa yang dirancang dan
dilaksanakan mencapai
matlamat dan objektif

Kelemahan

Selepas saya mengikuti program BIG, saya dapati saya mempunyai


kelemahan dari segi pengurusan masa secara sistematik, tiada sikap
sukarelawan (mengharapkan orang lain), menangguh kerja dan
mengaggap sesuatu kerja yang diberikan senang dan dapat
diselesaikan dalam masa yang singkat. Di samping itu, saya juga
tidak mempunyai keyakinan untuk berucap di khalayak ramai.

Penambahbaikan dan tindakan yang perlu saya lakukan ialah:


Apabila diberi tugasan, saya akan cuba untuk mencari bahan
dengan sepantas mungkin dan dalam masa yang sama saya akan
menyelesaikan tugasan berdasarkan kepada kualiti dan bukannya
berdasarkan kuatiti semata-mata. Di samping itu, saya juga akan
cuba membuat jadul belajar serta mengisi masa lapang yang ada
dengan menyelesaikan tugasan yang diberikan contoh:
menambahbaikan blog...

Matlamat

"Menjadi insan yang sedia di didik dan bersedia untuk mendidik''

Objektif

-Sentiasa bersedia untuk bekerja dalam kumpulan


-Bersedia menerima teguran posifif
-Menyediakan perancangan awal untuk sesuatu tugasan yang
diberikan.
-Cuba membaiki kelemahan diri

Pelan tindakan

Langkah yang perlu di ambil:

-Meminta maklum balas daripada rakan-rakan dalam ahli


kumpulan BIG dalam menilai kelemahan diri ketika menjalankan
kerja secara berkumpulan.

-Muhasabah diri daripada maklumbalas yang diperolehi melalui


rakan-rakan dan dalam masa yang sama cuba mencari langkah-
langkah yang berkesan untuk membaiki kelemahan diri secara
berperingkat-peringkat.

-Cuba menyelesaikan kerja yang diberikan dengan sebaik mungkin


(membuat perancangan kerja seawal mungkin) serta mengikis sifat
suka menanguhkan kerja.

-Cuba menyemaikan sikap berani dalam diri dalam


mengemukakan pandangan serta memberi persembahan yang
terbaik dalam setiap pembentangan yang dilakukan.

Untuk memastikan apa yang dirancang dilaksanakan, saya akan


melakukanya selangkah demi selangkah sehingga berjaya. Untuk
melaksanakannya, saya akan meminta bantuan daripada rakan-
rakan yang terdekat untuk memberi bantuan dari segi kritikan
positif dan tunjuk ajar dalam menjayakan matlamat yang ingin
dicapai.

Untuk menilai samaada apa yang dirancang dan dilaksanakan


tercapai, saya akan membuat penilaian secara persendirian dengan
membuat perbandingan dengan gerak kerja yang dilakukan pada
semester yang lepas.

AKTIVITI 2

Rancang pelan tindakan

 Bentuk kumpulan dalam bidang sama (1 kumpulan 3 orang)


serta lantik ketua, pencatat dan pembentang.

 Selepas mengikuti kaedah mengajar, refleksi ke atas


masaalah, penambahbaikan dan pengajaran pembelajaran
sesuatu tajuk. Cadangkan satu strategi kaedah mengajar
untuk mengatasi masaalah tersebut.

Ahli kumpulan kami terdiri daripada:


(a) Asparila binti che Mat (Ketua)
(b) Nurkhalisah (Pencatat)
(c) Siti Hasmiyati bt Zahari (pembentang)

Masaalah.

Antara masaalah saya yang ketara ketika mengikuti subjek kaedah


mengajar pada semester lepas ialah kegagalan dalam menggunakan
bahan bantu mengajar secara berkesan dan sesuai yang mana saya
telah menerima kritikan positif daripada pensyarah. Di samping
itu, saya juga tidak dapat mengaplikasikan kaedah pengajaran
secara berkesan yang dipelajari melalui subjek psikologi
pendidikan dan kaedah mengajar.Hal ini telah menyebabkan
proses pengajaran yang dilaksanakan kurang menarik perhatian.
Dalam melaksanakan proses pengajaran pendidikan Islam di
sesebuah sekolah ada juga segelintir guru yang menggunakan
tulisan rumi dalam pengajaran. Sedangkan kandungan buku teks
pendidikan Islam sememangnya ditulis dalam tulisan jawi. Hal ini
berlaku adalah disebabkan kelemahan yang ketara di kalangan
pelajar dalam menguasai jawi dalam pembelajaran. Saya juga
dapat membuat pemerhatian ke atas guru-guru pendidikan Islam
yang mana dalam pengajaran kebanyakannya kurang
menggunakan bahan bantu mengajar ketika dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. Hal ini telah menyebabkan
kurangnya minat di kalangan pelajar untuk memgikuti
pembelajaran pendidikan Islam.

Penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu


tajuk.

Daripada krikitikan positif yang diterima daripada pensyarah


tentang pengguanaan bahan bantu mengajar, saya akan cuba
memperbaiki kelemahan dengan menggunakan bahan bantu
mengajar secara berkesan dan bersesuaian dan dalam masa yang
sama saya akan cuba mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam menjayakan
pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam setiap guru
seharusnya berusaha sebaik mungkin dalam memastikan para
pelajar dapat menguasai pembelajaran pendidikan Islam
menggunakan tulisan jawi. Bagi pelajar yang lemah dalam tulisan
jawi para guru seharusnya melaksanakan insentif yang tertentu
bagi memastikan para pelajar dapat menguasai jawi dengan
melaksanakan kelas pemulihan jawi. Hal ini amat penting kerana
tulisan jawi sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar dalam
menguasai bacaan al-Quran. Guru pendidikan Islam juga
seharusnya menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan
menarik bagi menarik minat para pelajar untuk mengikuti
pembelajaran pendidikan Islam. Ia tidak terhad kepada
penggunaan kertas majong dan power poind semata-mata akan
tetapi guru juga dapat menggunakan teknik selain daripada ini
yang dirasakan sesuai. Contohnya dalam mempelajari bab
Penyembelihan guru seharusnya menunjukkan demotrasi
penyembelihan yang betul mengikut syariat Islam di samping
mewajibkan para pelajar untuk melakukannya

Kuliah 3-4 MEI 2009 (Teori perubahan-Dr.Izham)

Konsep Perubahan

-Perubahan merupakan suatu elemen yang wujud dalam kelakukan pelbagai


organisasi dimana pengurusan yang ingin membuat perubahan akan
berhadapan pelbagai rintangan. Dalam pendidikan, perubahan memang
tidak dapat dielakkan.Kadangkala ia mewujudkan ketidakpastian.

Mengikut Dessler 1995 terdapat 4 jenis perubahan


-Perubahan ke arah peningkatan.
-Perubahan strategik organisasi.
-Perubahan Reaktif.
-Perubahan akibat daripada jangkaan.

Perubahan juga dikaitkan dengan proses revolusi dan evolusi yang


mana melalui proses revolusi perubahan berlaku secara pantas
dalam masa yang singkat dan meningalkan kesan yang mendalam
dan membinasakan manakalan melalui proses evolusi pula, ia
menghasilkan kesan yang sedikit akan tetapi dalam tempoh yang
agak panjang.

AKTIVITI 3

Aktiviti kerja kumpulan

Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan


bincangkan cara penyelesaiannya.

8 sebab penentangan terhadap perubahan.

(1) Perubahan yang dilakukan terlalu kerap sehingga ia


menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan kakitangan sesuatu
agensi.

(2) Perubahan yang dilakukan adalah berdasarkan kepada


kepentingan induvidu tertentu sahaja dan mengabaikan
kepentingan induvidu yang lain.

(3) Perubahan yang dilakukan dalam sesebuah organisasi


bertentangan dengan norma dan nilai sekelompok induvidu yang
tertentu samaada perubahan tersebut menyentuh isu sensitif bagi
sesetengah pihak seperti adat,nilai dan agama.

(4) Penentang terhadap sesuatu perubahan adalah berpunca


daripada sekelompok induvidu yang sememangnya tidak suka dan
tidak selesa terhadap sesuatu perubahan yang bakal dilaksanakan.

(5) Mempunyai keyakinan yang lebih tinggi terhadap keberkesanan


strategi yang sedia berbanding perubahan yang bakal dilaksanakan
dan menggantikan strategi terdahulu.
(6) Mempunyai pemikiran, pemahaman dan pengetahuan yang
cetek tentang matlamat, kaedah, objektif perubahan yang bakal
dilaksanakan dan masih dibelenggu dengan kaedah lama.

(7) Perubahan yang dilakukan mengambil masa yang lama untuk


memberi hasil yang berkesan.

(8) Matlamat sesuatu perubahan yang dilaksanakn sukar untuk


dicapai.

KULIAH KE 4-11 MEI 2009

Kajian kepustakaan.

Dalam kuliah yang ke 4 ini kami telah diberi penekanan oleh Dr.
Siti tetang kajian kepustakann. Melalui pemahaman saya tentang
kajian kepustakaan yang telah diikuti ialah, ia sangat penting
dalam melakukan sesuatu kajian tindakan.Kajian tindakan
merupakan sorotang yang dilakukan ke atas bahan-bahan
literature seperti jurnal artikel,seminar laporan dan lain-lain.

Dalam kajian kepustakaan,ia melibatkan aktiviti membandingkan dan


membezakan yang mana ia mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan
ciri, sifat, kualiti, unsur sesuatu objek atau peristiwa.

Langkah Penggunaan

-melihat sample, prosuder, pengumpulan dan penganalisisan data.


-kenal pasti ciri kajian itu.

Menganalisis
-menghuraikan kepada bahagian yang lebih kecil.
-digunakan untuk mengenal bahagian-bahagian, memahami hubungkait
antara bahagian, mengenalpasti prinsip-prinsip yang terlibat.
-satu kemahiran yang kompleks yang memerlukan kemahiran berfikir.

Menilai

-membuat pertimbangan tentang suatu perkara daripada segi kebaikan dan


kelemahan berdasarkan bukti dan dalil yang sah.
-untuk memilih sesuatu dan menerima atau menolak sesuatu item.

Membuat kesimpulan

-membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan


kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan
penyiasatan.

Sintesis

-satu proses menggabungkan idea, unsur, item dan perkara-perkara yang


berasingan untuk menghasilkan gambaran secara menyeluruh.

PO STED BY SITI H ASMIYATI BT ZAH AR I AT 8:36 PM 0 C OMMEN TS  

PO STED BY SITI H ASMIYATI BT ZAH AR I AT 9:04 AM 0 CO MMEN TS  


TUGASAN ULASAN BUKU

Tajuk buku: Systemic action reseach


pengarang: Danny Burns

Konsep kajian tindakan

Melalui buku karangan Danny Burns dapatlah saya fahami bahawasanya kajian
tindakan adalah sebagai satu kitaran langkah-langkah yang terdiri daripada aktiviti
merancang, bertindak dan menilai keberkesanana tindakan yang telah diambil.
Kitaran ini akan diulangi di mana hasil dapatan kitaran pertama digunakan untuk
perancangan kitaran kedua dan begitulah seterusnya sehingga keputusan yang
memuaskan diperolehi.Menurut Danny Burns, ciri utama yang menjadi tunjang
kepada kajian tindakan ialah adanya langkah mengambil tindakan ke atas situasi sosial
yang dikaji. Selain daripada itu, beliau juga mengutarakan dua prinsip asas kajian
tindakan iaitu keputusan kumpulan dan komitmen kepada penambahbaikan.

Beliau yang mempelopori Kajian Tindakan Bilik Darjah (classroom Action Reseach) di
United Kingdom menegaskan bahawa kajian tindakan adalah suatu pendekatan
penyelidikan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme guru. Ia
merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan
memperbaiki kualiti amalan

Beliau juga berpendapat kajian tindakan adalah rangka untuk penilaian kendiri di
sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan mementingkan aktiviti refleksi dan
inkuiri yang bertujuan memperbaiki dan mengubah amalan kendiri dalam sesuatu
situasi sosial.

Carr dan Kemmis (1986) mengatakan bahawa kajian tindakan adalah suatu bentuk
refleksi kendirimelalui aktiviti inkuiri untuk memperbaiki dan memahami amalan dan
situasi sosial.

Mc Niff (1988) Kajian Tindakan adalah suatu pendekatan untuk memperbaiki atau
meningkatkanpendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi
lebih sedar tentang amalam mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan
tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan.Pendekatan ini melibatkan
guru melaksanakan inkuirinya sendiri serta melibatkan guru-guru lain secara
koloboratif (usahasama) sewaktu mengadakan kajian.

Lomax (1944) Menyatakan bahawa kajian tindakan ialah penyelidikan pendidikan


kerana yang menyelidik itu adalah guru sendiri yang ingin memperkembangkan
dirinya sendiri serta profesionya.Kajian tindakan adalah dasar yang penting untuk
inovasi pendidikan. Hal ini adalah kerana kajian tindakan merupakan kaedah yang
membolehkan guru melakukan inovasi dan perubahan dalam pendidikan.

Secara amnya dapatlah saya fahami bahawasanya kajian tindakan merupakan salah
satu pendekatan untuk memperbaiki dan meningkatkan pendidikan melalui
perubahan-perubahan yang tertentu yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih
sedarkritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan kerjanya. Di samping itu, ia
juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah
itu sendiri sebagai penyelidik dan secara kesimpulannya ialah ‘’belajar daripada apa
yang dibuat’’

Tujuan kajian Tindakan

-Objektif kajian tindakan adalah untuk guru memperbaiki amalannya sendiri dan
membentuk teori peribadi yang praktis dan kritis.

-Menggalakkkan guru menyelesaikan masaalah amalan harian dengan membuat


refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa
pembaharuan dan kemajuan

-Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja


mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan
usaha itu. Dalam hal ini guru diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam bilik
darjahnya.

Reka bentuk kajian tindakan

Reka bentuk kajian tindakan adalah berbeza daripada kajian konversional.Hal ini
adalah kerana Kajian Tindakan dijalankan di sekolah adalah untuk kegunaan dan
dilakukan oleh guru-guru yang bertujuan untuk mengkaji berkaitan dengan pelbagai
aspek dalam pendidikan seperti pedagogi.Ia adalah bertujuan untuk memastikan
proses pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar. Rekabentuk kajian
tindakan adalah berbeza berdasarkan sekolah.

Reka bentuk kajian tindakan terbahagi kepada beberapa bahagian dan peringkat. Di
dalam laporan akhir kajian tindakan rekabentuk kajian diletakkan di bahagian
metodologiiaitu bahan dan kaedah kajian dijalankan. Pada peringkat awal rekabentuk
kajian tindakan, tinjauan awal perlu dilakukan yang bertujuan untuk mendapatkan
maklumat awal sebelum sesuatu kajian itu dijalankan.

-MODEL KAJIANTINDAKAN

Model kajian tindakan sebagaimana yang ditunjukkan di bawah adalah langkah pelaksanaan kajian
tindakan yang biasa dilakukan. Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh guru adalah
mengenalpasti dan memilih masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p)
seharian. Dalam p&p seharian dalam bilik darjah, pastinya ada sahaja masalah pembelajaran
murid yang dihadapi oleh guru. Biasanya sekiranya pelajar tidak memahami suatu konsep
pembelajaran pada satu-satu masa pastinya ada sahaja yang menghalang pembelajaran tersebut.
Begitu juga apabila, sekolah tidak dapat mencapai pencapaian yang cemerlang dalam
peperiksaan, sudah tentunya ada masalah pembelajaran yang wujud. Kalaupun sekolah mendapat
100% lulus, masih ada ruang untuk peningkatan. Pada tahap ini, pengiraan sekolah haruslah
tertumpu kepada berapa ramai yang mendapat A. Maka peranan guru di sini adalah untuk
mengenalpasti dan memilih permasalahan tersebut. Dalam proses pemilihan ini, dapatkan masalah
pembelajaran yang paling signifiken dan ketara. Jika tidak ada masalah, tidak perlu buat kajian.
Elok kalau buat kerja lain saja, tetapi kalau pencapaian kurang cemerlang pastinya ada masalah
pembelajaran. Kenalpastilah masalah tersebut. Antara teknik yang boleh digunakan untuk
mengenalpasti masalah pembelajaran adalah dengan membuat temu bual ringkas, soal selidik,
ujian dan sebagainya. Pilih satu masalah pada satu-satu masa. Kenalpasti masalah akar umbi.
Contohnya, pelajar tidak memperolehi pencapaian yang baik dalam mata pelajaran Matematik
sekolah rendah. Setelah dikenalpasti, pelajar lemah dalam kemahiran sifir. Maka pokok utama
masalah ialah kemahiran sifir. Oleh itu, selesaikan masalah sifir dahulu.

Model di atas menunjukkan bahawa terdapat empat peringkat dalam pelaksanaan suatu kajian
tindakan perancangan, pelaksanaan tindakan, pemerhatian dan refleksi. Peringkat pertama adalah
peringkat perancangan. Peringkat perancangan merupakan satu peringkat yang sangat penting
kerana pada peringkat inilah permasalahan utama pembelajaran dikenalpasti, Setelah masalah
dikenalpasti, barulah program tindakan yang bersesuaian dirancang. Program yang juga
merupakan rawatan kepada masalah pembelajaran ini boleh diambil daripada program orang lain
atau ciptaan sendiri. Biasanya inovasi p&p akan lahir di sini sekiranya guru mencipta sendiri sesi
rawtatan tersebut.

Peringkat kedua ialah pelaksanaan tindakan. Peringkat ini adalah peringkat pelaksanaan program
tindakan atau rawatan. Sesi rawatan atau tindakan ini mungkin melibatkan beberapa masa p&p
biasa. Dalam waktu pembelajaran atau di luar waktu pembelajaran. Oleh kerana masalah pelajar
itu adalah masalah biasa dalam kelas maka sesi tindakan yang diintegrasikan dengan waktu p&p
biasa juga baik. Mudah sahaja. Masalah itu akan tetap mengganggu kalau tidak diselesaikan.

Peringkat ketiga adalah pemerhatian. Pada peringkat ini, pemerhatian boleh dilakukan oleh guru
sendiri yang juga sebagai penyelidik. Guru juga boleh meminta bantuan daripada guru lain untuk
membuat pemerhatian semasa sesi pengajaran guru. Kalau mahu lebih terbuka, guru juga boleh
meminta bantuan salah seorang murid untuk dalam kelas berkenaan untuk membuat pemerhatian.
Semuanya mesti menggunakan borang senarai semak atau seumpamanya. Saya masih ingat
sebuah sekolah di Amerika Syarikat. Dalam lawatan saya ke sekolah berkenaan, saya dapati
bahawa panel penilai guru yang mahu memasuki sekolah tersebut bukan sahaja guru-guru tetapi
juga melibatkan seorang pelajar. Kepercayaan ini yang perlu dipupuk. Penilaian dalam pelbagai
teknik juga boleh dilakukan pada peringkat ini. Penilaian mesti dilakukan untuk menilai
keberkesanan program. Gunakan borang walaupun temubual sahaja.

Peringkat keempat adalah refleksi. Pada peringkat ini, guru membuat renungan atau refleksi
terhadap kajian yang telah dilakukan. Sama ada berjaya atau tidak. Laporan juga ditulis di
peringkat ini. Ini penting untuk dokumentasi. Perihal dokumentasi ini, perlu ditekankan sikit.
Sebenarnya ramai guru membuat kajian dalam bilik darjah. Malah hampir setiap hari.
Bagaimanapun, yang kurengnya ialah dokumentasi. Jadi ilmu itu tidak disebarkan.

Sekiranya program tindakan tersebut berjaya, maka ia bolehlah disebarkan kepada guru-guru lain.
Ini penting agar guru lain yang menghadapi masalah yang sama akan dapat menyelesaikan
masalah pembelajaran tersebut dengan menggunakan kaedah yang sama. Jika tidak berjaya, ia
perlu dirancang semula. Dalam hal ini, teknik tindakan yang berbeza boleh difikirkan. Penggunaan
teknik yang berbeza bagi masalah yang sama ini akan membawa kepada konsep Gegelung Kedua
dalam kajian tindakan.

-sampel kajian tindakan

4. PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN

Mengenalpastimasaalah

Mengumpul data

Menganalisis data/membentuk persoalan kajian

Merancang pelan tindakan

Melaksanakan pelan tindakan

Mengumpul data untukmengesan perubahan

Menganalisis dan menilai

Penilaian impak
PO STED BY SITI H ASMIYATI BT ZAH AR I AT 8:51 AM

http://kajiantindakandalampendidikan.blogspot.com/

KONSEP KAJIAN TINDAKAN 

McNiff (1988) 

mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti
pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka
sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru
dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama. 

Somekh (1989) 
menyatakan penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam
situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing. 

Zuber-Skeritt (1992) 
Mendefinisikan penyelidikan tindakan dengan menggunakanCRASP 
-Critical collaboration enquiry by 
-Reflective practitioners who are 
-Accountable in making the results of their enquiry public 
-Self evaluative in the practice and engaged in 
-Participative problem solving and continuing professional development 

Jean McNiff (1998) 


kajian tindakan adalah sebagai suatu langkah untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti pendidikan melalui
pembaharuan dan penambahbaikkan dengan menggalakkan guru-guru melakukan refleksi kendiri untuk
mengubah kekurangan yang ada pada diri sendiri. 

melihat kepada perspektif pendidikan, kajian kebiasaanya menjurus kea rah menambah baik strategi pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas serta untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar tentang sesuatu
perkara. 

Reka Bentuk Model Kajian Tindakan. 


Terdapat beberap rekabentuk model kajian tindakan. Antaranya adalah seperti yang berikut: 

i. Model Kemmis & Mc Taggart (1988) 

4 langkah dinyatakan dalam kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle) 

· Mereflek (Reflect) 
· Merancang (Plan) 
· Bertindak (Acti 

ii. Model Interaksi Stinger (1999) 

Model ini sesuai sebagai kajian tindakan penyertaan.

Melibatkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan (looking), pemikiran (thinking) dan tindakan (act). 

iii. Model Kajian Tindakan Elliott’s (1991) 

Mengambil kira model yang diperkenalkan oleh Kemmis dengan menghasilkan model yang lebih lengkap.

Melakukan peninjauan (reconnaissance) yang melibatkan analisis dan juga pencarian fakta dan patut dilakukan

dalam lingkaran dan aktiviti bukan hanya berlaku pada permulaan proses. 

iv. Model Kajian Tindakan Ebbutt (1985) 


Dave Ebbutt mencadangkan penggunaan bulatan (circle) yang lengkap untuk menerangkan proses kajian

tindakan selain daripada bentuk lingkaran (spiral) yang digunakan oleh Kemmis. 

v. Model Kajian Tindakan Mc Kernan 

Memperkenalkan satu model yang menyarankan

agar masalah kajian tindakan tidak terlalu terikat dengan masa. 

You might also like