Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
129Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
pendidikan di malaysia fikri

pendidikan di malaysia fikri

Ratings:

4.75

(4)
|Views: 7,437 |Likes:
Published by fixri

More info:

Published by: fixri on Jul 01, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/30/2013

pdf

text

original

 
SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIAPendahuluanSistem Pendidikan Pondok Pendidikan dan Semangat KebangsaanPendidikan MelayuSikap British Terhadap Pendidikan MelayuKesan Pendidikan MelayuCiri-ciri Am Pendidikan Sebelum MerdekaPendidikan Tahap AwalDASAR PENDIDIKAN KEBANGSAANFALSAFAH PENDIDIKAN KE ARAH ABAD 21Cabaran Pendidikan Masa Kini dan Akan DatangFalsafah dan Matlamat Pendidikan NegaraFalsafah Pendidikan Negara dan Pendidikan BersepaduFalsafah Pendidikan Negara Sebagai Teras PerancanganSTRUKTUR PENDIDIKANPeringkat RendahPeringkat Menengah RendahPeringkat Menengah AtasPendidikan Vokasional dan Teknik Pendidikan Selepas SPMPendidikan TinggiWujudnya Universiti Kebangsaan MalaysiaPenutupSEJARAH PENDIDIKAN DI MalaysiaPendahuluanMenurut Sejarah Melayu, dari abad ke-15 sehingga abad ke-17, orang Melayuterutamanya golongan istana telah mempelajari pendidikan agama Islam melalui guru-guru al-Quran yang terdapat di kampung-kampung atau melalui mereka yang berketurunan Sayid. Kebanyakan mereka mengajar di surau-surau ataupun di masjid-masjid. Pada masa yang sama, guru-guru itu menjadi imam kepada penduduk kampungtersebut. Antara yang diajarkan oleh mereka termasuklah membilang, menulis huruf-huruf Al-Quran (tulisan Jawi), tajwid, perkara yang berkaitan dengan fardu ain, rukunIslam, dan rukun iman. Para pelajar pada ketika itu tidak dikenakan sebarang bayaran.Sumbangan daripada pelajar sekadar berbentuk khidmat membantu guru membersihkan
 
kawasan persekitaran tempat belajar, mengambil air, membantu kerja-kerja di sawah,mengambil kayu api dan sebagainya.Pada abad ke-18, pelajaran agama Islam berkembang maju dengan berlakunya penghijrahan beberapa orang alim ulama dari Timur Tengah ke Tanah Melayu. Diantaranya ialah Syarif Muhammad yang berasal dari Baghdad yang kemudiannya bermastautin di Terengganu dan keturunan beliau yang bergelar 'Tok Pulau Manis'kemudiannya telah menjadi seorang ulama yang masyhur (Khoo Kay Kim, 1990: 3). 'Tok Pulau Manis' pernah belajar di Aceh dan di Mekah. Beliau seterusnya telah mengasaskansekolah agama di Pulau Manis, Kuala Terengganu. Apabila berlakunya kekacauan diantara orang Islam dengan kerajaan Siam di Patani lebih ramai lagi alim ulama yang berhijrah ke Kelantan dan Terengganu. Di antara mereka ini termasuklah Syeikh Daud bin Abdullah yang bermastautin di Pulau Duyung, Kuala Terengganu dan Syeikh AbdulKadir yang kemudiannya mengajar di Bukit Bayas dan di Kuala Terengganu. Jugaterdapat guru-guru agama daripada keturunan al-Idrus yang telah berhijrah keTerengganu.Dengan adanya tokoh-tokoh agama yang disanjung oleh masyarakat tempatan, pendidikan agama Islam telah tersebar dengan lebih luas terutamanya di negeri-negeriMelayu di sebelah utara.Bagi anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi, berkemampuan dan ingin melanjutkan pelajaran, mereka terpaksa menyambung persekolahan di sekolah Inggeris yang terdapatdi bandar-bandar. Jika nasib mereka lebih bertuah lagi, mereka akan berpeluang untuk memasuki Kolej Melayu di Kuala Kangsar. Kolej ini berasaskan 'English Grammar School' dan telah didirikan pada tahun 1905. Walau bagaimanapun, kolej ini hanyadikhaskan untuk anak-anak dari golongan Diraja dan bangsawan sahaja.Sekolah-sekolah lain yang menampung pendidikan anak-anak Melayu dan yang telahmemainkan peranan penting dalam menghasilkan pemuda-pemuda Melayu yangmemiliki pandangan hidup yang tersendiri ialah sekolah-sekolah Arab dan agama.Mulai penghujung abad ke-19, terutamanya selepas Perang Dunia Kedua, sekolah-sekolah pondok atau sekolah Arab dan sekolah-sekolah agama telah muncul di meratatempat di seluruh Semenanjung terutamanya di Kelantan, Kedah, Perak dan PulauPinang. Dengan berilhamkan ajaran-ajaran reformis dari Asia Barat seperti MuhammadAbduh sekolah agama (madrasah) telah menjadi satu alternatif yang sesuai untuk mendapatkan pendidikan bagi masyarakat ketika itu. Alternatif ini membekalkankekuatan. bimbingan dan semangat kepada muridnya untuk menghadapi segala cabarandan dugaan akibat daripada proses sekularisasi yang dianjurkan oleh institusi Bara!. Taraf  pendidikan di sesetengah madrasah ini mempunyai mutu yang tinggi. Banyak di an taraIe pas an madrasah umpamanya daripada Madrasah AI-Masyhur Pulau Pinang, MadrasahMuhammadiah di Kota Bharu dan Maahad AI-Ihya' asy-Syarif Gunung Semanggol, dapatmelanjutkan pelajaran mereka ke Asia Barat, terutamanya di Masjidil-Haram, Makkahdan Universiti AI-Azhar, Mesir.
 
Penghijrahan tokoh-tokoh agama dari Patani dan Timur Tengah telah memberi manfaatyang besar kepada masyarakat Melayu Islam ketika itu. Banyak buku bahasa Arab yangtelah diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi, terutamanya pada sekitar abad ke-19. Adalah dipercayai bahawa orang yang paling awalmenyampaikan pendidikan Islam di Kelantan ialah Syeikh Haji Abdul Halim (AbdulHatim Ahmad, 1984: 39). Beliau mengajarkan anak-anak para pembesar dan juga orangkebanyakan. Kehadiran beliau kemudiannya menyebabkan negeri Kelantan terkenalsebagai pusat perkembangan pengajian agama Islam.Sistem Pendidikan Pondok Sistem pendidikan pondok dapat dikatakan sebagai lebih kemas daripada sistem pendidikan agama di rumah-rumah atau di surau-surau. Kelantan, Kedah dan Terengganumerupakan tiga buah negeri yang ban yak mendirikan sekolah-sekolah pondok. DiKelantan, sekolah pondok mula diperkenalkan pada awal abad ke-19. Dalam pada itu,telah dipastikan bahawa pada tahun 1970-an, sudah ada sekurang-kurangnya lapan buahsekolah pondok di negeri Kedah (Ahmad Abd. Ghani bin Haji Said, 1977: 13). Makna perkataan 'pondok' dijelaskan oleh Nik Mohamad (1985: 104) sebagai:Adapun perkataan 'pondok' itu berasal daripada perkataan Arab yang bererti rumah-rumah kecil tempat tinggal pelajar-pelajar, tiga atau empat orang bagi tiap-tiap sebuahrumah. Dalam bahasa Arab sekolah 'pondok' juga bererti rumah tumpangan atau hoteldalam bahasa Inggeris. Tetapi di Malaysia dan juga di Thailand Selatan (khususnya diwilayah Patani, Narathiwat, Yala, Songkla dan Santun), 'pondok' juga bererti satu institusi pendidikan agama Islam yang bersendirian dan berasrama.Sistem pendidikan pondok lazimnya bermula apabila datangnya tuan guru atau alimulama dari luar untuk mengajar ilmu agama kepada orang kampung terutamanya kepadamasyarakat petani yang tinggal di kawasan penanaman padi. Kebanyakan guru pondok mempunyai pengaruh yang kuat dalam sesebuah kawasan dan mereka memberi khidmatsecara sukarela. Dengan pertolongan orang kampung, rumah untuk tuan guru dan pondok untuk murid-murid didirikan dalam satu kawasan yang berdekatan. Tempat ataupun tanahuntuk mendirikan pondok biasanya kepunyaan tuan guru atau diwakafkan oleh orang-orang yang ingin mewakafkan tanah mereka.Semasa belajar, murid-murid duduk bersila di atas lantai. Kemudahan seperti kerusi tidak disediakan. Sukatan pelajaran yang khusus juga tidak disusun. Antara mata pelajaranyang disampaikan ialah Tauhid, Tafsir, Fiqh, Hadis, Nahu Saraf, Tasawuf dan doa-doayang ada hubungan dengan kehidupan seharian dan amalan hidup bermasyarakat. Disekolah pondok juga tulisan Jawi dan bahasa Arab diajarkan. Bahasa pengantar utamanyaialah bahasa Melayu oleh sebab pada masa itu banyak kitab dalam bahasa Arab telahditerjemahkan ke bahasa Melayu. Jangka masa belajarnya tidak terhad, ada kalanyasehingga sepuluh tahun. Awang Had Salleh (1977: 36) berpendapat bahawa terdapat dua jenis cara pengajaran di pondok. Pertama, pengajaran secara tetap untuk murid-muridsepenuh masa dan kedua, pengajaran pad a hujung minggu untuk orang dewasa. Tujuanumum pelajaran pondok ialah untuk melahirkan pelajar yang tahu hukum-hukum agama,

Activity (129)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Peace Ieja liked this
zamsue liked this
Chua Sze Yin liked this
Nor Azliana liked this
Ina Ska liked this
Vanessa William liked this
Xia Soonling liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->