You are on page 1of 12

Kertas kerja ini telah dibentangkan pada 10 Julai 1994,

di Wacana Tokoh-Tokoh Mujaddid Islam di Universiti Teknologi


Malaysia, Kuala Lumpur.
oleh Tuan Guru Abdul Qadir Al-Mandeely
(Guru di Masjidil Al-Haram Mekkah Al-Mukarramah)
Pendahuluan
Meskipun ilmu pengetahuan telah tersebar luas dikalangan masyarakat Islam dan
fikiran umat Islam telah terbuka, namun tidak dapat dinafikan bahawa kesamaran serta
syubhat ke atas Syiekh Muhammad Abdul Wahab (SMAW) masih lagi bersarang di
dalam fikiran sesetengah umat Islam. Mereka terkeliru dengan dusta-dusta dan fitnah-
fitnah yang dilemparkan oleh orang-orang yang mempunyai tujuan tertentu ke atas
SMAW.

Kekaburan itu menjadi bertambah kelam apabila cerita-cerita sebenar mengenai


SMAW tidak sampai kepada mereka dan ketidakmampuan mereka dalam menilai
sesuatu syubhat itu dengan berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Mereka dimomokkan dengan fitnah-fitnah yang menakutkan tentang SMAW


sedangkan beliau telah bertungkus lumus di dalam memperjuangkan Aqidah yang
sahih, syariat yang sejahtera dan akhlak yang mulia dengan membersihkannya daripada
perkara perkara bid’ah dan kurafat yang mencarikkan kesucian Islam itu sendiri.

Keadaan mereka menjadi bertambah parah dengan sebab sikap ta’sub dan taqlid buta
mereka. Lantas sikap toleransi dan berfikiran terbuka tidak wujud pada diri mereka
bagi mendengar serta meneliti kebenaran perjuangan dakwah SMAW. Maka terjadilah
segala fitnah fitnah dan syubhat mengenai SMAW itu seperti fatamorgana yang beralun
alun di padang pasir tatkala panas terik sedangkan apabila dihampirinya tidak ada satu
apa pun yang didapatinya.

Andaikata seseorang itu mempunyai akal yang bersih daripada syubhat syubhat
tersebut serta cintakan kebenaran nescaya beliau akan mendapati bahawa tuduhan
terhadap SMAW itu adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

Oleh itu kita berharap kepada saudara saudara sekalian agar berfikiran terbuka, bebas
daripada bersikap jumud dan permusuhan, sentiasa berpandukan kepada Al-Quran dan
As-Sunnah di dalam meneliti perbahasan bab ini serta sentiasa mempunyai sikap ingin
tahukan kebenaran.

Kertas kerja ini adalah langkah asas bagi memperkenalkan kepada masyarakat Islam
tentang SMAW dan dakwahnya serta sekaligus menghapuskan fitnah fitnah
terhadapnya.

Di dalam kertas kerja ini juga kita akan membicarakan syubhat dan fitnah yang
dilemparkan kepada beliau, dimana perbahasannya adalah berkisar disekitar tiga
perkara. Dengan kata lain sekiranya kita meneliti terhadap fitnah fitnah itu hanya
berlengkar sekitar tiga perkara, iaitu:-

Berkenaan Tauhid Uluhiyyah dan furu’nya seperti Istighatah, berdamping kepada yang
selain daripada Allah, nazar, sembelih, bersumpah dengan makhluk dan sebagainya.
Berkenaan Tauhid Al Asma’ was Sifaat.
Ingkarnya terhadap bi’aah bi’aah mauled, tarikat sufiah dan adat adat yang diada
adakan yang menghina agama Islam itu sendiri.

MOHAMMAD ABDUL QADEER ALMANDEELY


Pejabat Am Hal Ehwal Agama Dan Masjid Al Haram
Makkah Al Mukaramah.

Sejarah Syekh Muhammad Abdul Wahab


Sejarah Ringkas Syeikh Muhammad Abd Wahab

Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab bin Sulaiman bin Ali bin Muhammad bin
Ahmad bin Rasyid bin At-Tamimi. Dilahirkan di ‘Uyainah yang terletak di sebelah
utara Riyadh pada tahun 1115 H. (1703M) dan meninggal dunia paa tahun 1206H.
Beliau membesar di bawah jagaan ayahnya yang juga merupakan seorang Qadi di
‘Uyainah.

Syeikh Mohammad Abd Wahab telah menghafal Al-Qur’an sebelum mencapai umur
sepuluh tahun. Beliau telah mempelajari fiqih Hambali, Tafsir dan Hadith daripada
bapanya. Sememangnya dari sejak kecil beliau amat menggemari membaca kitab-kitab
Tafsir, Hadith dan Aqidah serta lebih banyak menumpukan kepada hasil karya
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan Al-Hafiz Ibnu Qayyim di dalam pembacaannya.

Setelah itu beliau berangkat ke Makkah Al Mukaramah untuk menunaikan ibadah haji,
kemudian terus ke Al Madinah Al Munawwarah menziarahi Masjid Nabawi,
menziarahi Rasulullah SAW dan para sahabatnya RA. Seterusnya beliau mendalami
ilmu agama daripada para ulama Madinah seperti Syeikh Abdullah b. Ibrahim b Saif,
Sheikh Ali Afandy Ad Daghastani, Syeikh Ismail Al ‘ Ajluni, Syeikh Abdul Latif
Al-‘Afaaqi Al Ahsaai’, Syeikh Muhammad Hayat As Sindi.

Kemudian Syeikh Muhammad Abd Wahab pulang ke Najid dan terus ke Basrah.
Beliau tinggal di sana beberapa waktu dan mendalami ilmu agamanya daripada para
ulama Basrah seperti Syeikh Muhammad Al Mujmu’I dan Al ‘Allamah Malla Hamdu
Al Jamili. Di dalam perjalanan pulang ke Nadj beliau telah berhenti di AL Ahsaa’ dan
duduk belajar dari Syeikh Muhammad b Abd Latif As Syafi’I.

Ketika pulang ke negerinya, beliau telah melihat kemungkaran, kesyirikan dan


kesesatan berleluasa di Negeri Najd, Haramain, Iraq dan lain lain tempat. Sehingga
ketika beliau berada di Madinah Al Munawwarah beliau telah mendengar orang
ber’istighatah ( minta tolong ) dengan Rasulullah SAW dan bukannya dengan Allah
SWT. Lalu ia bertanya kepada Syeikh Hayat As Sindi tentang perkara tersebut, maka
dengan segera Syeikh tersebut menjawab : “ Sesungguhnya celakalah mereka itu
dengan apa yang mereka itu padanya dan kekarutan yang mereka kerjakan itu.”

Pada tahun 1158H, beliau telah pergi ke Dar’iah dan menjadi tetamu bagi Abdul
Rahman bin Suwailim dan Ahmad B Suwailim. Semasa di sana beliau telah dikunjungi
oleh orang ramai untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama darinya. Kemudian
beliau telah bersetuju dengan Muhammad b. Sa’ud Amir Ad Dar’iah untuk berjihad di
jalan Allah bagi melaksanakan tuntutan “amar ma’ruf dan nahi mungkar” serta
menegakkan syariat agama Islam.

Meskipun orang ramai telahpun menaruh minat serta memberi sokongan yang kuat
terhadap da’wah SMAW, namun tidak dapat dinafikan di sana terdapat beberapa
golongan yang menentang usaha murni beliau, sehingga sesetengah orang awam telah
terpengaruh dengan dakyah-dakyah golongan yang menentang usaha beliau ini
disebabkan kerana:-

§ Pihak penentang beliau telah menulis surat kepada kerajaan Uthmaniyyah bagi
meminta bantuan ketenteraan dan mendesak agar Kerajaan Uthmaniyyah menghalangi
usaha-usaha SMAW. Mereka telah menakut-nakutkan pemerintah Kerajaan
Uthmaniyyah dengan dakwaan jika Kerajaan Uthmaniyyah tidak campur tangan di
dalam masalah ini nescaya kehebatan kerajaan Uthmaniyyah akan hilang dari hati-hati
orang Islam. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan mereka telah memburuk-burukkan
SMAW dengan menaburkan fitnah-fitnah yang dusta, umpamanya mereka menuduh
SMAW telah membuat mazhab yang kelima, beliau tidak mencintai Rasulullah, tidak
mengasihi para wali dan sebagainya.

§ Golongan Ulama yang hidup mereka hanya bergantung dengan dakyah-dakyah yang
membesar-besarkan kubur-kubur dan qubbah-qubbah yang dihiasi dengan pelbagai
corak sangat takut dan bimbang dakwah Salafiah yang dibawa oleh SMAW. Lalu
mereka menentang habis-habisan SMAW demi untuk menjaga sumber rezeki mereka.

§ Sesetengah ulama tidak dapat gambaran yang jelas dan tepat tentang SMAW dan
dakwahnya. Merekahanya sekadar mendengar daripada orang yang berhasad dengki
dan memburuk-burukkan SMAW tanpa merujuk terus kepada kitab-kitab karangan
SMAW.
Kitab-kitab Karangan Syeikh Muhammad Abd Wahab
SMAW telah mengarang beberapa buah kitab bagi menegakkan ajaran Al-Qu’ran dan
Al Sunnah serta sekaligus menjelaskan matlamat dakwah beliau. Di antara kitab-kitab
tersebut ialah:

§ Kitab at Tauhid
§ Kasyfu asy Syubhat
§ Thulatha al Usul
§ Mukhtasar as Sirah an Nabawiyyah
§ Al-Qawaid al Arba’
§ Usul al Iman
§ Kitab Mufid al Mustafid fi Kufri Tariq at Tauhid
§ Syurut as Solah wa Arkaanuha
§ Kitab Fadl al Islam
§ Majmu’ Rasail fi at Tauhid wal Iman wa Masail al Jahiliyyah.
§ Kitab at Thoharah
§ Mukhtasar al Insof fi Ma’rifah ar Rajih minal Khilaf
§ Nasihah al Muslimin bi Ahaadith Khatimal Mursalin
§ Kitab Al Kabair
§ Mukhtasar Zaadul Ma’ad
§ Kitab Fadhailul Qur’an
§ Istinbath minal Qur’an
§ Al Hudha An Nabawi
§ Majmu’ as Sawaiq
§ Majmu’ al Hadith ‘ala Abwab al Fiqh
§ Ahaadith al Fitan
§ Mukhtasar al Bukhari
§ Ar Rasail asy Syakhsyiyyah
§ Ikhtisar as Syarh al Kabir
§ Masail al Jahiliyyah dan sebagainyaDidalam kitab Unwan Al-Majid telah
menyatakan bahawa ramai daripada pembesar pembesar ulama di zaman itu turut
mendalami ilmu mereka daripada SMAW. Keempat empat anak SMAW juga telah
menjadi ulama besar dizaman itu hasil daripada beliau. Mereka itu ialah Husain,
Abdullah, Ali dan Ibrahim.

Disamping itu terdapat ramai anak anak murid SMAW yang muncul sebagai tenaga
penggerak Da’wah As Salafiah di merata rata tempat. Mereka kebanyakannya telah
menjadi qadhi atau mufti diseluruh pelusuk Tanah Arab. Di antara mereka itu ialah:

§ Syiekh Abdul Aziz b. Abdullah Al Husain Al Naasiri


§ Syiekh Sa’id b. Huja’I
§ Syiekh Abdur Rahman b. Naami
§ Syiekh Hamid b. Naasir b. Usman b. Ma’mar
§ Syiekh Ahmad b. Rasyid Al Uraini
§ Syiekh Abdul Aziz Abu Hasan
§ Syiekh Abdul Aziz b. Suwailim
§ Syiekh Hasan b. Aidan dan lain lain lagi.

Masyarakat Najd sebelum Da’wah Syiekh Muhammad Abd Wahab.

SMAW telah mendapati bahawa khurafat dan I’tiqad yang rosak dan bercanggah
dengan usul agama yang sahih telah berleluasa didalam negei Najd dan di kawasan
kawasan sekitarnya. Masyarakat ketika itu sering berulang alik ke kubur di negeri itu
untuk meminta hajat atau meminta agar mereka dilepaskan daripada kesusahan.
Umpamanya di Al Jubailah, mereka berulang alik ke kubur yazid b. Al Khattab dan
merendah diri serta meminta hajat daripadanya. Peristiwa yang terlebih ganjil lagi
berlagu di Negeri Al Mantahah dimana mereka bertawassul dengan “Pokok Tamar
Jantan” dimana orang yang belum berkahwin akan berkata:

“Wahai bapa sekelian bapa(iaitu pokok tamar jantan), saya hendak berkahwin sebrlum
cukup setahun”.

Kebanyakan masyarakat Islam ketika itu sentiasa berulang alik ke kubur kubur yang
didakwanya sebagai kubur para sahabat dan para wali. Tanpa disedari meraka telah
melakukan upacara ibadat yang tidak selayaknya melainkan untuk Allah seperti
bernazar, tawaf, menyembelih, meminta tolong dan sebagainya. Mereka seolah olah
tidak mengenal Allaa SWT. Apabila ditimpa musibah atau sakit, maka mereka akan
menjerit jerit menangis berdoa’ dan meminta tolong di kubur kubur. Mereka juga
seolah olah tidak pernah mendengar Firman Allah SWT :

“Berdoalah kepadaku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang


orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk Neraka Jahannam
dalam keadaan yang hina dina”. (Al Mu’min : 60)

Hati mereka terikat kuat dengan kubur kubur, pokok pokok dan gua gua. Diantara
factor factor yang menyebabkan hati mereka lebih gemar meminta doa kepada selain
daripada Allah SWT dan tidak terus kepada Allah sepertimana yang telah disarankan
oleh ayat diatas ialah:

§ Penerimaan amalan ini secara warisan daripada bapa bapa dan datuk datuk mereka
tanpa meneliti kesahihan amalan tersebut.
§ Tiadanya golongan yang bangkit untuk membenteras bid’ah bid’ah ini dan berusaha
untuk mengembalikan mereka kepada ajaran Islam yang sahih.
§ Bagi sesetengah golongan perkara ini merupakan sumber rezeki dan batu loncatan
untuk mendapatkan pangkat dan kedudukan yang mereka inginkan.
§ Kejahilan mereka dengan hakikat Islam yang sebenarnya yang dibawa oleh
Rasulullah SAW, sehinggakan mereka mencampur adukkan agama dengan perkara lain
atau menggantikannya dengan sesuatu yang bertentangan dengan Islam.
§ Pemimpin dan penguasa tidak memandang berat terhadap persoalan tersebut. Mereka
hanya sibuk untuk mengumpul harta.
Justeru itu Syeikh Muhammad Abd Wahab bangkit menentang perkara bid’ah ini
dengan berpandukan kepada Al Quran dan As Sunnah. Beliau bersungguh sungguh
didalam usaha berda’wah mengajak manusia kepada mengesakan Allah Subhanu
Wata’ala didalam beribadat serta berjuang untuk menghapuskan syirik, bid’ah dan
kesesatan.
Aqidah Syeikh Muhammad Abd Wahab
Mengenai aqidah SMAW adalah lebih wajar sekiranya kita meneliti dan mengamati
tulisan beliau dalam sebuah kitabnya yang menjelaskan pegangan akidahnya. Berkata
Syeikh Rahimahullah, “Aku bersaksikan Allah SWT dan sekalian mereka yang hadir
bersamaku daripada para malaikat dan aku bersaksikan kamu : “Bahawa aku beri
‘itiqad Ahlu-Assinah Wal Jamaah, beriman dengan Allah dan para malaikat, kitab
kitabNya, para RasulNya, hari kebangkitan selepas mati serta qadar baik dan jahat”.

“Aku beriman dengan Allah SWT : Beriman dengan sifat yang Allah SWT telah
menyifatkan diriNya denganNya sepertimana yang dinyatakan dalam kitabNya
denganNya sepertimana yang dinyatakan dalam kitabNya dan yang dating melalui
lidah RasulNya tanpa tahrif (mengubah) dan tamsil (mengumpamakan). Bahkan aku
beri ‘itiqad bahawasa sesungguhnya Allah SWT tidak ada sesuatu yang serupa
denganNya dan Dia Maha Mendengar juga Maha Melihat”.

“Aku tidak menafikan apa apa yang disifatkan bagi DiriNya dan aku tidak mengubah
perkataan Allah daripada tempatnya dan tidak mengingkari nama nama dan ayat
ayatNya. Aku tidak mengetahui kaifiatNya dan aku tidak membandingkan sifat sifat
Allah dengan sifat makhluk. Kerana Allah tiada yang senama bagiNya, tiada
seumpama, tiada bandingan dan tidak dikiaskan dengan makhlukNya. Sesungguhnya
Allah SWT lebih mengetahui tentang diriNya dan yang selain daripadaNya serta lebih
benar dan baik perkataanNya”.

“Maka Allah SWT menyucikan diriNya daripada sesuatu yang menyalahi, yang
disifatkan oleh ahli Takyif (menentukan cara kaifiat) dan Tamsil dan daripada sesuatu
yang dinafikan oleh ahli Tahrif dan Ta’til (menafikan sifat)” Firman Allah SWT:

“Maha suci Tuhanmu yang mempunyai keperkasaan daripada mereka katakana, dan
kesejahteraan dilimpahkan ke atas pada Rasul, dan segala puji bagi Allah Tuhan
sekelian alam”. (As Soffat: 180 – 182)

“Golongan yang berjaya (Firqah An Najiah) itu adalah pertengahan diantara


Qadariyyah dan Jabariyyah di dalam bab Af’al (perbuatan) Allah SWT: pertengahan di
antara Murjiah dan Jahmiah di dalam bab Iman dan Deen; pertengahan diantara
Rafidoh dan Khawarij di dalam bab para sahabat Rasulullah SAW”.

“Aku ber’itiqad bahawa Al-Quran itu Kalamullah yang diturunkan dan bukannya
makhluk. DaripadaNya ia bermula dan kepadaNya ia kembali. Sesungguhnya Allah
SWT berkata kata dengan secara hakikat (sebenarnya) Allah SWT menurunkannya
kepada hamba dan rasul kepercayaanNya atas jalan wahyu. Utusan Allah SWT di
antaraNya dengan hamba hambaNya ialah nabi kita Muhammad SAW”…

Kemudian di tempat yang lain SMAW menulis: “Aku beriman bahawasanya nabi kita
Muhammad SAW adalah penutup para Nabi dan Rasul. Tidak sah iman seseorang
sehinggalah ia beriman kepada risalahnya dan bersaksi dengan kenabiannya”.

Seafdhal-afdhal umatnya adalah Abu Bakar As Siddik, kemudian Umar Al Faruq,


kemudian Uthman Zu Nurain, kemudian Ali Al Murtadha, kemudian selebihnya dari
sepuluh orang (yang dijamin masuk syurga) kemudian ahli perang Badar, kemudian
ahli Asy Syajarah, mereka yang menyertai baia’h Ar Ridwan, kemudian sekelian para
sahabat Radhiallahu’anhum.

Aku mengasihi sekalian para sahabat Rasulullah SAW, sentiasa menyebut kebaikan
mereka, meminta ampun untuk mereka, menahan diri daripada menyebut keburukan
mereka, dan diam di dalam perkara yang diperselisihkan diantara mereka.

Aku berkeyakinan dengan kelebihan mereka, sepertimana Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan orang orang yang dating sesudah mereka, mereka berdoa: “Ya
Tuhan Kami! Beri ampunlah kami dan saudara saudara kami yang telah beriman
terlebih dahulu dari kami dan janganlah kau membiarkan kedengkian dalam hati kami
terhadap orang orang yang beriman, Ya Tuhan Kami! Sesungguhnya Engkau Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Hasyr:10)

“Aku berdoa dengan keredhaan Allah SWT bagi ummahatulmu’minin yang bersih
daripada setiap kejahatan. Aku mengakui keramat para wali, tetapi mereka tidak berhak
dengan sesuatu daripada hak Allah SWT. Aku tidak bersaksi dengan syurga dan tidak
juga neraka bagi mana mana muslimin, melainkan mereka yang telah disaksikan oleh
Rasulullah SAW. Tetapi aku berharap kebaikan bagi orang yang berbuat baik dan aku
takut atas orang yang berbuat kejahatan.

Aku tidak mengkafirkan seseorang Islam dengan sebab dosanya dan aku juga tidak
mengeluarkanya daripada golongan Islam”.

Daripada beberapa petikan tulisan SMAW mengenai aqidah dai atas, jelaslah kepada
kita bahawa aqidah beliau adalah Aqidah Salafu As Soleh. Ianya juga merupakan
pegangan aqidah imam imam Mazhab dan imam imam Muhaddisin.

Oleh itu, untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang intipati perjuangan SMAW
adalah wajar bagi kita mendalami hasil karya beliau. Disamping itu, melalui
pembacaan dan kajian terhadap buku buku karya SMAW, kita akan mendapat jawapan
yang jelas terhadap fitnah fitnah yang dilemparkan ke atas beliau.

Syubhat syubhat Ke Atas Syeikh Muhammad Abdul Wahab

Syubhat syubhat dan fitnah fitnah yang dilemparkan ke atas SMAW adalah teramat
banyak serta ianya masih lagi bersarang di dalam kepala sesetengah umat Islam. Disini
memadailah kita membawa dua atau tiga syubhat keatas SMAW sebagai contoh. Di
antaranya:

Syubhat Pertama

Mereka mendakwa bahawa SMAW dan pengikut pengikutnya membenci Nabi


Muhammad SAW, menghina baginda SAW dan para nabi yang lainnya
a’alaihimussolatu was-salam.

Bagi menguatkan dakwaan mereka, mereka berkata bahawa SMAW telah berkata:

“Bahawa Nabi Muhammad SAW seumpama seseorang yang tuli yang diutuskan
kepada manusia untuk menyampaikan sesuatu perkara kemudian ia pulang.”

Berkata Alwi Al Haddad dalam kitabnya “Misbah Al An’am” :

SMAW dan para pengikutnya berkata :

” Tongkat saya adalah lebih baik daripada Muhammad kerana ia dapat membunuh ular
dan seumpamanya. Sedangkan Nabi Muhammad telah mati dan tidak terdapat manfaat
sekali padanya ”.

Manakala Sayed Ahmad Zaini Dahlan pula berkata:

“Pengikut SMAW telah terlarang daripada berselawat kepada Nabi SAW selepas azan
diatas menara, sehinggakan apabila seseorang tukang azan yang buta berselawat
kepada Nabi Muhammad SAW selepas azan lalu ia dibawa kepada SMAW dan
dibunuhnya tidak akan wujud melainkan pada diri orang orang Maulid, Yahudi dan
Nasrani”.

Bantahan Kepada Syubhat Yang Pertama

Sesungguhnya dakwaan ini adalah fitnah yang keji yang tidak sepatutnya dilemparkan
kepada individu Islam yang berusaha gigih untuk menegakkan Al-Quran dan As
Sunnah. Tambahan pula sikap membenci Nabi Muhammad SAW tidak akan wujud
melainkan pada diri orang orang Maulhid, Yahudi dan Nasrani.

Sepertimana yang kita telah ketahuio, syarat untuk seseorang itu menjadi seorang Islam
adalah dengan ucapan dua kalimah syahadat “Bahawasanya aku naik saksi tidak ada
Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah” oleh itu
bagaimana mungkin seorang yang mengaku dirinya Islam membenci Rasulullah serta
melarang berselawat kepadanya.

Allah berfirman:

“Katakanlah, Jika kamu mencintai Allah ikutilah aku nescaya Allah mengasihi dan
mengampuni dosa dosa kamu”. (Ali Imran 31)

Ayat ini mejelaskan kepada kita bahawa adalah syarat bagi seorang hamba yang
mendakwa ianya mencintai Allah SWT itu mengikuti RasulNya. Dan mengikuti
RasulNya tidak dapat tidak adalah dengan wujud perasaan cinta terhadapnya.
Rasulullah SAW bersabda:

”Maksudnya: Tidak beriman seseorang itu sehingga adalah aku lebih dicintainya
daripada bapanya dan anaknya serta manusia sekeliannya”.

Justeru itu bagaimana mungkin sahnya iman seseorang itu sdangkan ia tidak mencintai
rasulullah SAW.

Di samping itu kita harus menyedari bahawa SMAW juga turut menghasilkan kitab
“Seerah Rasulullah SAW”.Andaikan beliau tidak mencintai Rasulullah Saw, nescaya
beliau tidak akan mengarang kitab “SIRAH” yang memaparkan kehebatan dan
kebesaran rasulullah SAW dari mula baginda dilahirkan hingga wafat.

SMAW adalah seorang yang bermazhab Hambali, mereka berpendapat berselawat ke


atas Nabi SAW di dalam tahiyyat akhir adalah daripada fardhu. Solat iti tidak sah
melainkan dengan selawat ke atas Nabi SAW. Pendapat ini adalah bertepatan dengan
pendapat (qaul) kedua imam Syafe’I, manakala mazhab Maliki dan Hanafi pula
menyatakan ianya sunat. Oleh itu bagaimana mungkin kita boleh menuduh orang yang
mewajibkan selawat ke atas Nabi SAW di dalam solat itu menbenci Rasulullah SAW.

Adakah mereka itu lupa bahawa selawat ke atas Rasulullah SAW itu adalah merupakan
perintah Allah SWT. FirmanNya:

Maksudnya: “sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi


SAW. Wahai orang-orang beriman! Berselawatlah kami ke atas Nabi dan ucapkan
salam penghormatan kepadanya. (Al-Azhab:50)

Para ulama’ telah sepakat mengatakan bahawa berselawat tanpa mengangkat suara
selepas azan itu merupakan bid’ah yang berlaku pada tahun 781H, di man a ia tidak
pernah berlaku pada zaman para sahabat, tabi’in serta imam yang empat.

Syubhat Yang Kedua

Meraka mendakwa SMAW serta para pengikutnya telah berkat: “Bahawa Nabi
Muhammad Saw telah mela’nat menghina negeri Najd serta melarang daripada berdoa
untuk ahli-ahlinya, telah sabit dalam hadithsahih bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ya Allah! Berkatilah bagi kami pada negeri Syam dan negeri Yaman kami. Mereka
berkata: “dan pada negeri Najd kami”. Bersabda Nabi: “Ya Allah! Berkatilah kami
pada negeri Syam kami dan negiri Yaman kami. Mereka berkata: “Dan kepada negeri
Najd kami. Maka aku menyangka mereka bersabda pada kali yang ketiga; di sana
terdapat gempa dan fitnah dan di sana naiknya tanduk syaitan…. Di dalam hadith yang
lain pula: “Kepala kufur dari sebelah matahari naik”.

Muhammad b. Abdul Wahab dilahirkan dan di besarkan di negeri Najd, manakala Nabi
Muhammad SAW pula memberitahu di sana terdapat gempa dan fitnah, Maka da’wah
SMAW adalah sebahagian daripada gempa dan fitnah. Sesungguhnya telah lahir
sebelumnya daripada negeri Yamaamah “Musailamah Al Kazzab’ yang mendakwa
sebagai Nabi, begitu juga dengan Thulaihah b. Khuwailid Al Asadi. Najd terletak
sebelah Timur Madinah.

Bantahan Terhadap Syubhat Yang Kedua

Kita tidak menafikan bahawa Hadith yang mereka kemukakan di atas adalah sahih,
tetapi ia bukan untuk mela’nati negeri Najd Al Yamamah, bahkan kalimah Najd itu
disebut bagi setiap sesuatu yang lebih tinggi atau menonjol daripada permukaan
mukabumi. Manalaka kawasan yang terletak di timur Madinah adalah Iraq dan bukanya
Al Yamamah seperti mana dakwaan mereka.

Telah berkata Al Karmaani didalam Syarah Al Bukhri: asal “Najd” Itu adalah sesuatu
yang meninggi daripada permukkan bumi dan ia bersalahan dengan tanah rendah”.
Ibnu Hajar Al Asqolani pula berkata: “ Telah bersepakat mereka yang telah
mensyarahkan hadith dan par imam lughah pada kalimat “Najd” itu bukannya nama
bagi negeri yang khusus dan bukannya nama bagi negeri yang tertentu, bahkan ia
disebutkan bagi setiap bahagian di muka bumi yang meninggi dan yang menonjol
daripada permukaan yang sekitarnya.

Jesteru itu “Najd” di negeri Arab adakah teramat banyak, di antaranya: Najd Al Barq,
Najd Ija’, Najd Al Iqab di Damsyik, najd Yaman, Najd Hijaz dan Najd Iraq yang
terletak di sebelah timur Madinah Al Munawwarah.

Ketika mensyarahkan hadith “Tanduk syaitan itu terbit daripada Najd”, Al Karmaani
telah berkata: “Ianya adalah permukaan bumi yang tinggi daripada Tihamahhingga
kepada negiri Iraq:.

Dari itu jrlaslah kepada kiat bahawa hadith yang mencela “Najd” di mana terbitnya
tanduk syaitan darinya bukanlah ditujukan kepada Najd Al Iraq dan sekelilingnya.

Telah berkata pengarang “Akmalul Bayan fi Syarhi Hadith Najd ’Qarnul Syaitan’”.
Yang dimaksudkan dengan negeri-negeri yang terletak di sebelah timur Madinah Al
Munawwarah seperti mana yang tersebut di dalam hadith-hadith itu ialah tempat
bermulanya fitnah dan fasad, pusat kekufuran dan ilhad serta tempat terbitnya bid’ah
dan kesesatan. Maka lihatlah pada peta Arab dengan pandangan yang teliti, nescaya
jelaslah kepada kamu bahawa permukaan bumi yang tinggi di sebelah timur Madinah
itu aialah Iraq yang terletak pada Kufah, Basrah dan Baghdad”.

Di antara gempa dan fitnah yang telah berlaku di Najd Iraq itu ialah: peperangan Jamal
dan Siffin. Di mana kedua-dua peperanagn ini sedikit sebanyak telah meretakkan
perpaduan umat Islam dan menjadi sebab munculnya golongan sesat seperti Khawarij
dan Syiah serta berlakunay peristiwa kafir mengkafir dikalangan umat Islam ketika itu.

Kemudian berlaku pembunuhan Hasan b. Ali RA dan ia adalah sebesar-beasr fitnah


yang berlaku kepada umat Islam. Kemudian munculnya Al Mukhtar Al Ubaed ath
Thaqafi yang mendakwa menerima wahyu serta berlakunya tragedi pembunuhan Zaid
b. Ali b. Husain.

Di sanalah munculnya golongan Mu’tazilah dan Qadariyah serta berlakunya tragedi


fitnah Al Quran itu Makhluq, di mana Al Ma’mun telah memaksa umat Islam agar
ber’itiqad bahawa Al Quran itu Makhluq sehingga membawa kepada pembunuhan
Imam Ahmad Al Khazaie’, manakala Imam Ahnad b. Hambal pula disisksa dan
dipenjarakan kerana menentang I’tiwad yang bathil ini.

Syubahan Yang Ketiga

Meraka menyatakan SMAW dan para pengikutnya telah melarang daripada membaca
kitab: “Dalail Al khairat” dan “Syawariq Al Anwar” di man kitab ini banyak
menghimpunkan fadhilah-fadhilah berselawat ke ats nabi SAW dab berbagai lafaz
selawat.

Bantahan Syubahat Yang Ketiga

Kita seharusnya meneliti adakah larangan SMAW itu daripada membaca kedua-dua
kitab tersebut di atas adalah berdasarkan kepada larangan berselawat ke atas nabi Saw
atau sebaliknya.

Terlebih dahulu kita seharuslah menyedari bahawa kedua-dua kitab tersebut di ats
adalah di penuhi dengan hadith-hadith yang daif dan palsu (maudhu’) bahkan lafaz-
lafaz selawat di dalam kitab itu tidak warid daripada Al Quran dan As Sunnah. Ianya
hanyalah semata-mata ciptaan pengarang kitab tersebut.

Pengarang kitab di atas telah menjadikan selawat-selawat itu sebagai hizib yang perlu
dibaca pada hari-hari tertentu sepanjang minggu, sedangkan perbuatan menjuzu’kan
selawat-selawat serta membahagi-bahagikan selawat mengikut hari adalah merupakan
bid’ah yang tidak dilakukan oleh Nabi SAW, para sahabt, tabi’in serta para imam yang
mu’tabar.

Selawat kepada nabi SAW adalah merupaka ibahad dan perkara ‘qurbah’
(mendekatkan diri kepada Allah SWT) yang di bina atas tauqifiah di man ibadah itu
hendaklah berpunca daripada Al Quran dan As Sunnah dan bukannya dicipta ola\eh
manusia. Jesteru itu bagaimana mungkin kita menjadilak selawat-selawat yang di
hasilkan oleh pengarabg kitab tersebut sebagai ibadah kita setiap hari dan sepanjang
minggu.

Di sini kita kemukakan contoh hadith yang di sandarkan kepada Nabi SAW yang
terdapat di dalam kitab tersebut. Bersabda Nabi SAW:

“Tidak ada daripada seorang hamba yang berselawat kepadaku melainkan keluar
selawat daripada mulutnya dengan segera tidak daratan dan tidak lautan, tidak timur
dan tidak barat melainkan lalu selawat itu serta berkata: “Aku berselawatlah Fulan b.
Fulan dan ia telah berselawat ke atas Nabi pilihan”. Maka tidak ada sesuatu melainkan
berselawat ke atasnya. Dan Allah jadikan daripadanya seekor burung yang mempunyai
70 ribu sayap dan tiap-tiap sayap 70 ribu bulu dan tiap-tiap buku 70 ribu muka dan
pada tiap-tiap muka 70 ribu mulut dan tiap-tiap mulut ada 70 lidah dan setiap lidah itu
bertasbih bagi Allah dengan 70 ribu bahasa dan Allah menulis pahala semua itu untuk
orang tersebut.”

Jelaslah kepada kiata bahawa larangan SMAW daripada mengambil panduan dari kitab
“Dalail Al Khairat” dan ‘Syawarariq Al Anwar” adalah berdasarkan kepada beberapa
kaedah syarie dan bukannya kerana tidak suka berselawat ke Atas Nabi SAW.

Penutup

Setelah kita meninjau secara ringkas mengenai SMAW, dakwahnya serta beberapa
syubhat yang di lemparkan kepadanya, dapatkah kita membuat gambaran bahawa
SMAW adalah merupakan seorang ulama dan tokoh dakwah yang sentiasa
berusahagigih, tidak mengenal putus asa dan sentiisa bersabar dalam memperjuangkan
cita-cita beliau. Dakwahnya terus berkenbang sehingga ke negeri Sudan, Al Jazair,
Mesir, India , Hadral Maut, Asia Tengah dan lain-lain lagi.

Perlu juga diingikatkan bahawa para penentang belliau sentiasa membangkang usaha-
usaha Smaw dengan sebab-sebab politik dan bukannya agama seperti yang dinyatakan
oleh Syeikh Sidi Yusuf di dalam kitabnya “ Al Fikir As Saami Fi Al fiqhi Al Aslami:
“bahawasanya orang Turki Apabila merasa bimbang terhadab dakwah SMAW, lalu
mereka menyebarka fitnah-fitnah yang di buat- buat seluruh alam Islam di bawah
pemerintahannya. Lamtaran itu Sultan Maghribi telah menolak perintah atau seruan
kerajaan Turki itu keran mendapati ianya bukanlah masalah agama tetapi adalah
masalah politik.

MOHAMMAD ABDUL QADEER ALMANDEELY


Pejabat Am Hal Ehwal Agama Dan Masjid Al Haram
Makkah Al Mukaramah.

You might also like