You are on page 1of 3

BAB 8

Komen Dan Cadangan

8.1 Cadangan Untuk Telekom Malaysia Sibu

Di sini saya ingin kemukan sedikit cadangan untuk pihak Telekom Malaysia
Berhad ( TM ) agar pihak syarikat dapat membantu pelajar untuk mencapai 100%
objektif sebenar latihan:

a) Pihak TM kurang memberi maklumat berkenaan dengan organisasi seperti


latar belakang Telekom Malaysia bagi cawangan Sibu. Oleh itu, pihak TM
sepatutnya memberi penjelasan yang terperinci dan tepat walaupun ianya
hanya sebagai pengetahuan seseorang.

93
b) Pihak TM juga seharusnya menyediakan sijil kepada pelatih setelah tamat
latihan industri, sebagai bukti yang pelajar pernah menjalani latihan industri
di tempat berkenaan.

8.2 Komen Untuk TM Sibu

Secara amnya, Latihan Industri yang telah tamat saya jalankan di Telekom
Malaysia Berhad (TM) telah mencapai objektif sebenar latihan ini dijalankan
mengikut kehendak Politeknik bagi setiap pelajar yang berada di semester tiga bagi
peringkat Diploma dalam Sains Kesetiausahaan.

Semasa menjalani Latihan Industri ini, saya amat berpuas hati kerana
kebanyakan pekerjanya memberi kerjasama yang begitu baik terhadap kami dari
segi pergaulan dan dalam apa jua hal contohnya dalam menjelaskan sistem-sistem
yang digunakan secara terperinci. Sepanjang Latihan Industri ini banyak
pengalaman dan ilmu yang dapat saya pelajari walaupun pada mulanya saya
ditempatkan di bahagian teknikal.

8.3 Komen Dan Cadangan Untuk Latihan Industri

Komen saya tentang latihan industri ialah latihan industri adalah sangat baik
untuk semua pelajar Politeknik. Ini kerana, dengan adanya latihan industri pelajar
dapat didedahkan ke alam pekerjaan yang sebenar dan selepas lulus kelak pelajar
tidak menghadapi masalah di tempat kerja. Ia juga membolehkan pelajar faham
akan perbezaan antara teori yang dipelajari dengan kerja-kerja pratikal yang

94
sebenarnya. Latihan industri juga dapat mempratikalkan apa yang telah dipelajari
oleh pelajar semasa menjalani pelajaran di Politeknik berkenaan tentang keperluan
dan kelengkapan dalan jurusan Sains Kesetiausahaan.

Latihan industri juga untuk meluaskan lagi pergaulan dan persefahaman


antara pekerja dan masyarakat sekeliling lagi bagi mewujudkan interaksi yang sihat
antara satu sama lain. Ia juga membolehkan pelajar itu sendiri memahami dari segi
kesanggupan berkerja, kebolehan dan mempunyai sikap yang baik sewaktu bekerja
kepada bakal majikan. Dengan begitu, para pelajar dapat mengetahui kebolehan
kerja dan keselamatan kerja yang sebenarnya dan pada masa akan datang pelajar
dapat mengubahkan kelemahan menjadi kebolehan dalam alam pekerjaan.

Oleh itu, latihan industri adalah baik untuk para pelajar bagi meningkatkan
lagi prestasi pelajar. Dengan itu pelajar dapat membezakan antara teori yang telah
dipelajari di Politeknik dengan kerja-kerja yang dilakukan semasa menjalani latihan
industri.

95

You might also like