You are on page 1of 15

Unit Penyelidikan dan Pembangunan SMK Kemumin 2010

STAIL PENGAJARAN GURU DAN GAYA PEMBELAJARAN MURID


Oleh
Nor Azizah Bt. Md. Nordin
Wan Hazura bt Wan Mohamed
Naizatul Akmal bt Mahmood
SMK Kemumin, Kota Bharu, Kelantan
e-mail: soiljees@msn.com

Abstrak:

Rencana ini bertujuan mengetengahkan pendapat bahawa pengajaran (teaching) tidak lagi
begitu menjadi tumpuan yang penting dalam corak perkembangan pembelajaran murid-murid
pada masa ini mungkin kerana sudah ada banyak kajian dan maklumat mengenai strategi,
model, dan kaedah pengajaran. Stail pengajaran guru pula menjadi milik personal guru. Setiap
guru ada gaya mengajar yang tersendiri. Namun begitu, stail pengajaran guru harus ada
hubung kait yang rapat dengan gaya pembelajaran murid. Maka sekarang ini berlaku
peralihan tumpuan kepada pembelajaran (learning) dan gaya pembelajaran (learning styles)
murid-murid. Mengapakah ada anjuran perubahan tumpuan kepada pembelajaran dan gaya
pembelajaran? Wajarkah strategi pembelajaran lebih difikirkan daripada strategi pengajaran?
Apabila tumpuan yang lebih diberikan kepada gaya pembelajaran murid-murid, bagaimanakah
pula dengan peranan dan stail pengajaran guru?

1.0 PENGENALAN

1.1 Konsep yang berkaitan dengan “perbezaan individu”, “pengajaran berpusatkan murid”, dan
“strategi pengajaran bersepadu” tentulah tidak asing lagi kepada golongan guru. Bidang
psikologi pendidikan yang dipelajari di maktab-maktab perguruan dari dahulu sehingga
sekarang pun masih mengutamakan pengetahuan guru mengenai perbezaan individu.

1.2 Begitu juga dalam bidang ilmu pedagogi. Guru-guru mempelajari pelbagai strategi dan
model pengajaran yang boleh memenuhi minat, keperluan, dan perbezaan individu murid-
murid.
1.3 Walaupun latihan perguruan sedemikian dijalankan, namun apabila guru berdepan dengan
situasi sebenar mendidik 35 hingga 55 murid pada sesuatu waktu dan dalam situasi saiz bilik
darjah yang kurang kondusif, sesak dan sempit, para guru berkemungkinan besar kurang dapat
memberi pertimbangan terhadap perbezaan individu dan segala strategi yang disarankan
semasa di maktab perguruan dahulu. Kesannya, guru akan menampilkan stail pengajarannya
yang mungkin berbalik kepada penggunaan kaedah pengajaran terus secara kelas daripada
strategi pengajaran berpusatkan murid.

1.4 Tindakan sedemikian lebih merupakan jalan penyelesaian yang mudah dengan
menganggap tumpuan pengajaran harus menyeluruh yang meliputi keperluan kebanyakan
murid yang berada di bilik darjah itu. Ada banyak factor yang menyebabkan keadaan ini
berlaku. Alasan utama yang barangkali sering diberikan ialah matlamat belajar di sekolah
adalah untuk berjaya dalam peperiksaan.

1.5 Faktor lain yang mungkin jarang sekali difokuskan ialah kepada sikap berani para guru
untuk meneroka pelbagai cara dan aktiviti serta penyediaan ruang pembelajaran yang menjurus
kepada usaha bagi memenuhi minat dan keperluan individu walaupun perkara ini sebenarnya
sudah lama disarankan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
1.6 Kedua-dua kurikulum kebangsaan itu dengan jelas menyarankan pengajaran berpusatkan
murid supaya berlaku pembelajaran aktif (active learning). Adakah pembelajaran aktif berlaku di
sekolah-sekolah?
1.7 Senario sedemikian sengaja diketengahkan kerana ini berkait rapat dengan persoalan
sambutan atau respon para guru apabila mereka disogokkan pula dengan idea tentang stail
pengajaran guru yang harus mengambil kira gaya pembelajaran murid, kononnya sebagai
memenuhi perubahan corak dalam alam pendidikan masa kini! Mungkinkah saranan tentang
gaya pembelajaran akan beransur-ansur berkubur juga seperti sudut-sudut pembelajaran di
bilik-bilik darjah KBSR dan KBSM?
1.8 Pendapat dan senario yang dihuraikan di atas menampakkan pemikiran pesimistik terhadap
sesuatu tuntutan perubahan. Adakah ini bermakna para guru kita sukar menerima konsep
pembelajaran aktif? Adakah para guru akan menolak pula konsep gaya pembelajaran? Stail
pengajaran guru secara konvensional sudah berjaya, mengapakah pula perlu bersusah payah
menyulitkan guru dengan gaya pembelajaran individu?
1.9 Pegangan yang boleh diberi jaminan ialah mungkin masih ada para guru yang telah
mencapai kepuasan yang lebih setelah keluar dari kepompong guru kovensional untuk menjadi
guru inovatif dan kreatif. Usaha mereka itu pula telah dapat memberi impak kepada
peningkatan pembelajaran murid-murid khususnya dari segi keseronokan belajar (the joy of
learning).
1.10 Guru yang inovatif dan kreatif sentiasa bersedia mengubah stail pengajarannya
seperti kita menukar-nukar fesyen pakaian supaya sentiasa kelihatan tampan, segak, kacak,
dan kemaskini. Perubahan “fesyen” dalam pendidikan nampaknya semakin menjurus kepada
pembelajaran berpusatkan murid. Golongan guru yang ingin mengubah fesyen inilah yang
menjadi sasaran rencana ini.
1.11 Golongan inilah yang mungkin lebih optimistik, lebih yakin, dan lebih mudah menerima
konsep gaya pembelajaran yang dipopularkan oleh Rita Dunn dan Kenneth Dunn (1978),
Bernice McCarthy, dan David Kolb (1990) yang terkenal dengan Sistem 4MAT. Golongan inilah
diharapkan dapat menceriakan suasana pembelajaran di bilik darjah.
2.0 Konsep Gaya Pembelajaran Unsur-Unsur Asas Dalam Gaya Pembelajaran
2.1 Dunn, R. dan Dunn, K. (1978) dalam bukunya berjudul Teaching Students Through Their
Individual Learning Styles menyatakan kekaguman mereka apabila mendapati adanya begitu
banyak penulisan pada tahun 1970-an yang menyokong pendapat bahawa setiap murid belajar
mengikut cara-caranya yang tersendiri, berbeza dengan rakan sebayanya. “We were amazed to
find an abundance of literature that had been accumulated over an eighty-year period
repeatedly verifying that each student learns in ways that are different from his or her peers.”
(Dunn & Dunn, 1978:4)
2.2 Berdasarkan data yang diperoleh hasil daripada kajian mereka mengenai cara-cara
bagaimana kanak-kanak dan orang dewasa belajar, Dunn & Dunn (1978:4) mengkategori gaya
pembelajaran kepada 18 kategori berdasarkan unsure-unsur asas yang kemudiannya
diklasifikasikan kepada empat perkara sahaja berdasarkan rangsangan (stimuli).
2.3 Terjemahan Exhibit 1-1 daripada Dunn & Dunn (1978:4) adalah seperti dalam Jadual 1.
Jadual ini menerangkan lapan kategori gaya pembelajaran individu.

RANGSANGAN UNSUR-UNSUR

PERSEKITARAN BUNYI CAHAYA SUHU SUSUNATUR


DALAM BILIK
EMOSIONAL MOTIVASI KETEKUNAN
BERTANGGUNGJAWAB STRUKTUR
SOSIOLOGI RAKAN SEBAYA
SENDIRI, PASANGAN,PASUKAN
DEWASA
PELBAGAI ORANG
FIZIKAL PENGAMATAN (Persepsi)
MAKANAN MASA PERGERAKAN

Jadual 1: Unsur-unsur Utama Dalam Gaya Pembelajaran

2.4 Rencana Bernice McCarthy yang bertajuk “Using the 4MAT System to Bring Learning Styles
to Schools” dalam jurnal Educational Leadership Oktober 1990 mengemukakan satu carta yang
menerangkan gaya pembelajaran yang berasaskan idea asal oleh David Kolb.
2.5 Kolb (1990) menyatakan bahawa manusia belajar berdasarkan cara bagaimana dia
mengamati dan memproses sesuatu. Ada yang memberi respon atau mempelajari sesuatu
dengan cara menggunakan deria dan perasaan (sensing and feeling), manakala manusia lain
belajar dengan cara berfikir.
2.6 Satu cara belajar yang lain pula ialah manusia mempelajari sesuatu dengan cara
memproses pengalaman dan maklumat iaitu belajar secara memerhati orang lain melakukan
sesuatu. Ada pula dengan secara melakukannya sendiri.
2.7 Pengamatan (perceiving) sesuatu dan pemprosesannya dijadikan sebagai dua paksi
bersilang menegak. Ini menghasilkan Model Empat Kuadran yang dikenali sebagai Sistem
4MAT. Model dan sistem ini mengklasifikasikan pelajar (learners) kepada empat kategori, iaitu
Kuadran 1: Pelajar Imaginatif (berasa dan memerhati)
Kuadran 2: Pelajar Analitik (memerhati dan berfikir)
Kuadran 3: Pelajar menggunakan akal biasa (berfikir dan membuat)
Kuadran 4: Pelajar Dinamik (membuat dan menggunakan deria)
2.8 Berasaskan 4MAT itu kita dapat juga mengenali empat kategori cara belajar (Nelson, 1997)
iaitu cara belajar aktivis, pragmatis, reflektif, dan teoritis. Murid yang aktif misalnya akan terlibat
sepenuhnya dengan sesuatu pengalaman baru, sentiasa aktif, dan bersedia untuk mencuba
sesuatu yang dipelajari pada masa yang sama atau ketika itu juga.
2.9 Pelajar yang pragmatis suka mencuba terlebih dahulu sama ada sesuatu itu benar-benar
praktikal. Apabila didapati praktikal dan berguna, maka dianggapnya baik dan dia akan
mempelajarinya. Manakala pelajar yang reflektif akan mengasingkan diri tetapi masih melihat
sesuatu yang dipelajari itu daripada beberapa perspektif yakni mengambil masa untuk berfikir
sebelum membuat sesuatu keputusan. Pelajar yang teoritis pula suka mengambil pendekatan
logikal, tersusun serta membina teori-teorinya sendiri.
2.10 Satu perkara lagi yang mencabar guru ialah teori kepelbagaian kecerdasan (multiple
intelligence theory) oleh Howard Gardner (1983) yang berkaitan dengan kecerdasan spatial,
kinestetik, linguistik, muzikal, logik, interpersonal, intrapersonal dan kecerdasan naturalistik.
Guru-guru diminta pula untuk merancang pengajarannya dengan mengambil kira
kecenderungan murid-murid berdasarkan kecerdasan yang pelbagai.

Walaupun gaya pembelajaran itu wajar dipertimbangkan khususnya apabila guru bercadang
melaksanakan kerja-kerja pengajaran yang terarah kendiri (self-directed learning), “self-
propelling learning”, pembelajaran masteri dan lain-lain yang merupakan pembelajaran aktif
berpusatkan murid, maka satu perkara penting yang wajar ditekankan juga ialah “mempelajari
cara belajar”.

“The most important learning is learning to learn.


The most important knowledge is self-knowledge”
(Nisbet, J., 1988:vii)

3.0 Menangani Cabaran


3.1 Daripada kajiannya yang bertajuk “Survey of Research on Learning Styles” yang dimuat
dalam jurnal Educational Leadership, Mac 1989, Rita Dunn telah membuktikan bahawa murid-
murid berjaya belajar dengan lebih berkesan serta berupaya pula mengekalkan apa yang
dipelajari dalam ingatan mereka dengan lebih lama lagi apabila murid-murid diajar
berlandaskan kekuatan pengamatan dan persekitaran pengajaran yang mengambil kira cara-
cara atau gaya murid-murid belajar.
3.2 Guru yang optimistik sebenarnya boleh menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang
mengambil kira gaya pembelajaran yang diajukan oleh Dunn, R. dan Dunn, K. dan Kolb dan
McCarthy. Andaikata guru mengadakan aktiviti :

Hear the story,


Tell the story, and
Be The Story
(Leming, J.S. dalam Journal of Education Boston University, 1979)
Guru itu sudah nyata boleh menggarap gagasan idea pembelajaran yang mengambil kira gaya
pembelajaran murid. Aktiviti seperti ini membuka peluang kepada murid untuk bercakap (to
verbalize), satu perkara yang mungkin boleh dikatakan kurang berlaku dalam bilik darjah kita.
3.3 Guru harus mempunyai stail pengajarannya yang bitara akan menguruskan sesi
interaksinya itu. Guru itu mungkin mengelompokkan murid atau mengagihagihkan murid-
muridnya mengikut kesukaan mereka. Guru mengadakan pelbagai tugas (tasks) yang diberikan
kepada mereka. Ada pula pelbagai cara dan alat bagi guru memperdengarkan cerita. Ada
pelbagai teknik untuk meminta murid memperihalkan cerita. Ada pelbagai teknik pula untuk
membolehkan murid-murid “be the story”. Di sinilah terletaknya stail pengajaran guru iaitu
bagaimana guru menguruskan sesuatu situasi dan media pembelajaran ke arah pembelajaran
yang menyeronokkan dengan mengambilkira pelbagai gaya pembelajaran muridmuridnya.

3.4 Sebenarnya murid-murid ada kecenderungan untuk bercerita mengenai apa yang mereka
telah nampak, telah dengar, telah baca, dan apa yang mereka khayal atau imaginasikan. “To
promote thinking and valuing: teachers must allow students to do a great deal of verbalizing
about their experiences:

What they have seen


What they have heard
What they have read
What they have imagined”
(Pancella, R.J., 1971)

3.5 Apabila guru kurang menghiraukan perkara-perkara seperti ini ternyata guru kurang peka
kepada gaya pembelajaran murid dan akibatnya mereka mungkin jadi guru yang menjejaskan
minda murid-murid. Kata Pancella J. Raths et. Al (1971:257):
“As of late, more and more investigators of teaching are beginning to realize that poor teachers
have been inflicting intellectual injury upon students too.”
3.6 Pernyataan Pancella mungkin masih boleh diterima pakai pada hari ini kerana apabila guru-
guru masa kini tidak memberi tumpuan kepada gaya pembelajaran murid-murid, maka ini
merupakan sekatan kepada perkembangan pembelajaran murid-murid. Tidakkah ini merupakan
satu “intellectual injury”?
3.7 Guru yang sedar mengenai kepentingan gaya pembelajaran murid dan mahukan kejayaan
dan perkembangan dalam pembelajaran murid-muridnya harus boleh menjadi fasilitator yang
boleh menghakiskan mitos “Saya tak boleh, cikgu” dan “Saya tak tahu, cikgu”.
3.8 Bobbi DePorter (1992:15) mencadangkan sembilan cara untuk menghakiskan mitos “I can’t”
dan salah salah satu daripadanya ialah “menemui gaya pembelajaran kendiri”. Mitos ini perlu
diketepikan sekiranya guru mahu murid-muridnya mencapai “Quantum Learning” iaitu “…
interactions that transform energy into radiance”
(DePorter, 1992:16)
3.9 Guru yang konvensional barangkali tidak dapat berbuat begitu. Kelasnya muram. Muridnya
pasif. Sebaliknya guru yang inovatif, kreatif, dan prihatin terhadap “keselamatan minda” murid-
muridnya akan dapat mewujudkan suasana yang ceria, berseri-seri; dan riang ria di bilik
darjahnya. Guru ini dikatakan berjaya menggemblengkan potensi murid-murid untuk
menghidupkan suasana pembelajaran.
3.10 Perkembangan kini bukanlah sekadar “tranform energy” tetapi mensinergikan segala
tenaga yang ada dengan tenaga minda supaya berlaku pembelajaran yang berasaskan
pemikiran yang menggunakan semua bahagian otak.
3.11 Apabila ini dapat guru lakukan barulah selaras dengan hasrat Wan Mohd. Wahid
(1993:114) yang mengajukan konsep pendidikan dan latihan berasaskan akal yang beliau
ungkapkan sebagai

“Whole-brain Thinking,
Brain-based Education, dan
Brain-based Training”

4.0 Kesimpulan

Golongan guru yang inovatif, kreatif, prihatin, dan optimistik harus meneroka sebanyak mungkin
gaya pembelajaran murid-muridnya. Satu cara untuk meneroka adalah dengan mencuba. Kita
tidak menafikan banyak kesulitan yang akan dialami pada peringkat awal. Sebagai guru yang
hendak mengubah stail pengajarannya, apakah salahnya kalau guru mencuba sesuatu interaksi
pembelajaran yang benar-benar berasaskan gaya pembelajaran murid? Rugikah kalau guru
sanggup pula mencuba sesi-sesi interaksi pembelajaran berasaskan akal?
Kita seharusnya berupaya menjadi guru yang tidak memberi jawapan tetapi mendidik murid-
murid untuk mempersoalkan soalan dan jawapan. Untuk itu, kita harus membina insan murid
yang menguasai kemahiran-kemahiran belajar dan berfikir dengan mengikut gaya, cara, dan
rentak pembelajaran murid-murid.
Sebenarnya semua tuntutan perubahan dalam interaksi di bilik darjah itu terserah kepada stail
pengajaran masing-masing.
SMK KEMUMIN, 16100 KOTA BHARU, KELANTAN

KERTAS KERJA

KURSUS PERKEMBANGAN STAF

TAJUK

KREATIVITI DALAM PENGAJARAN

TARIKH

17 JULAI 2010

TEMPAT

BILIK WAWASAN SMKK

DISEDIAKAN OLEH:

UNIT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SMK KEMUMIN


Nama Program:

Kursus Perkembangan Staf

Metodologi

Ceramah Motivasi: Bertajuk “ Kreativiti dalam Pengajaran”

Pengenalan

Setiap guru ada gaya mengajar yang tersendiri. Namun begitu, stail pengajaran guru harus ada
hubung kait yang rapat dengan gaya pembelajaran murid. Maka sekarang ini berlaku
peralihan tumpuan kepada pembelajaran (learning) dan gaya pembelajaran (learning styles) murid-
murid.

Konsep yang berkaitan dengan “perbezaan individu”, “pengajaran berpusatkan murid”, dan
“strategi pengajaran bersepadu” tentulah tidak asing lagi kepada golongan guru. Bidang
psikologi pendidikan yang dipelajari di maktab-maktab perguruan dari dahulu sehingga sekarang
pun masih mengutamakan pengetahuan guru mengenai perbezaan individu.

Begitu juga dalam bidang ilmu pedagogi. Guru-guru mempelajari pelbagai strategi dan model
pengajaran yang boleh memenuhi minat, keperluan, dan perbezaan individu murid-murid.
Walaupun latihan perguruan sedemikian dijalankan, namun apabila guru berdepan dengan situasi
sebenar mendidik 35 hingga 55 murid pada sesuatu waktu dan dalam situasi saiz bilik darjah
yang kurang kondusif, sesak dan sempit, para guru berkemungkinan besar kurang dapat memberi
pertimbangan terhadap perbezaan individu dan segala strategi yang disarankan semasa di maktab
perguruan dahulu. Kesannya, guru akan menampilkan stail pengajarannya yang mungkin
berbalik kepada penggunaan kaedah pengajaran terus secara kelas daripada strategi pengajaran
berpusatkan murid.
Tindakan sedemikian lebih merupakan jalan penyelesaian yang mudah dengan menganggap
tumpuan pengajaran harus menyeluruh yang meliputi keperluan kebanyakan murid yang berada
di bilik darjah itu. Ada banyak factor yang menyebabkan keadaan ini berlaku. Alasan utama
yang barangkali sering diberikan ialah matlamat belajar di sekolah adalah untuk berjaya dalam
peperiksaan.

Faktor lain yang mungkin jarang sekali difokuskan ialah kepada sikap berani para guru untuk
meneroka pelbagai cara dan aktiviti serta penyediaan ruang pembelajaran yang menjurus kepada
usaha bagi memenuhi minat dan keperluan individu walaupun perkara ini sebenarnya sudah lama
disarankan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM).
Kedua-dua kurikulum kebangsaan itu dengan jelas menyarankan pengajaran berpusatkan murid
supaya berlaku pembelajaran aktif (active learning). Adakah pembelajaran aktif berlaku di
sekolah-sekolah?
Senario sedemikian sengaja diketengahkan kerana ini berkait rapat dengan persoalan sambutan
atau respon para guru apabila mereka disogokkan pula dengan idea tentang stail pengajaran
guru yang harus mengambil kira gaya pembelajaran murid, kononnya sebagai memenuhi
perubahan corak dalam alam pendidikan masa kini! Mungkinkah saranan tentang gaya
pembelajaran akan beransur-ansur berkubur juga seperti sudut-sudut pembelajaran di bilik-bilik
darjah KBSR dan KBSM?
Pendapat dan senario yang dihuraikan di atas menampakkan pemikiran pesimistik terhadap
sesuatu tuntutan perubahan. Adakah ini bermakna para guru kita sukar menerima konsep
pembelajaran aktif? Adakah para guru akan menolak pula konsep gaya pembelajaran? Stail
pengajaran guru secara konvensional sudah berjaya, mengapakah pula perlu bersusah payah
menyulitkan guru dengan gaya pembelajaran individu?
Pegangan yang boleh diberi jaminan ialah mungkin masih ada para guru yang telah mencapai
kepuasan yang lebih setelah keluar dari kepompong guru kovensional untuk menjadi guru
inovatif dan kreatif. Usaha mereka itu pula telah dapat memberi impak kepada peningkatan
pembelajaran murid-murid khususnya dari segi keseronokan belajar (the joy of learning).
Guru yang inovatif dan kreatif sentiasa bersedia mengubah stail pengajarannya seperti kita
menukar-nukar fesyen pakaian supaya sentiasa kelihatan tampan, segak, kacak, dan kemaskini.
Perubahan “fesyen” dalam pendidikan nampaknya semakin menjurus kepada pembelajaran
berpusatkan murid. Golongan guru yang ingin mengubah fesyen inilah yang menjadi sasaran
rencana ini.
Golongan inilah yang mungkin lebih optimistik, lebih yakin, dan lebih mudah menerima konsep
gaya pembelajaran yang dipopularkan oleh Rita Dunn dan Kenneth Dunn (1978), Bernice
McCarthy, dan David Kolb (1990) yang terkenal dengan Sistem 4MAT. Golongan inilah
diharapkan dapat menceriakan suasana pembelajaran di bilik darjah.
Justeru itu Jawatankuasa Kursus Perkembangan Staf SMK Kemumin merancang untuk
melaksanakan satu program untuk mencapai objektif yang digariskan di bawah.

Tema:

“Quantum Learning”

Rasional:

1. Sebahagian besar guru masih kabur dengan konsep “perbezaan individu”, “ pengajaran
berpusatkan murid” dan “Kemahiran belajar secara kreatif dan kritis (KBKK)”
2. Murid-murid tidak merasa keseronokan dalam belajar
3. Suasana belajar yang tidak kondusif

Objektif:

1. Melahirkan guru yang mempunyai stail pengajaran yang bitara


2. Menjana guru inovatif dan kreatif dan bersedia mevariasikan stail pengajarannya mengikut
kesesuaian masa dan kepelbagaian latar belakang kecerdasan murid
3. Menambahkan keyakinan dan keberanian guru untuk meneroka pelbagai cara dan aktiviti
dalam penyampaian isi pelajaran.
4. Menggalakkan pengajaran guru berpusatkan murid agar berlaku pembelajaran aktif
5. Melahirkan murid yang berupaya menghayati pengalaman baru, aktif dan bersedia untuk
mengaplikasi sesuatu yang dipelajari
6. Menggalakkan guru merancang pengajarannya dengan mengambil kira kecenderungan
murid-murid berdasarkan kecerdasan yang pelbagai.
7. Melahirkan guru-guru yang berupaya menyediakan peluang-peluang kepada murid untuk
bercakap dan berkreativiti.
8. Mengurangkan berlakunya “kecederaan intelek” dengan memelihara keselamatan minda
murid-muridnya.

Sasaran:
Semua guru SMK Kemumin

Tarikh :
17 Julai 2009 (Sabtu)

Tempat:
Bilik Wawasan SMK Kemumin

Masa :
9.00 pagi – 12.00 tgh

Ahli Jawatankuasa:

Pengerusi : Pn. Hj Fauziah Bt. Mohamed (Pengetua)


Timbalan Pengerusi : Tn. Tn Hj Mohd. Saudi B. Abd. Rahman
(Pen. Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi : Tn. Hj Mohamed Zulkifli B Hamzah (PK HEM)
Setiausaha : Pn. Naizatul Akmal (SU R&D)
Penolong Setiausaha : Pn. Wan Hazura bt W. Mohamed
Bendahari : Pn. Hjh Wan Azlini bt W. Abu Bakar
(Guru Kanan Teknik & Vokasional)
Penyelaras Program : Pn. Nor Azizah Bt. Md. Nordin
( Guru Kanan Sains dan Matematik)
AJK:
Semua guru kanan.

AJK Kerja:

Buku program dan persiapan : En. Badrol Hisham B. Basir Salleh


tempat (Bilik Wawasan) : Pn. Musyrifah bt Mustafa

Pengerusi majlis : Pn. Nurzila B. Omar

Dokumentasi: : En. Wan Din B Said

Siaraya : Tn. Hj. Wan Zainudin Wan Mohamad

Penceramah : Pn. W. Hazura bt W. Mohamed

Persegaran : Pn. Rohana bt. Ibrahim


: Pn. Rohani bt Hassan
: Pn. Asini bt Che Hussein

Cenderahati : Pn. Nerasiah bt. Abdullah

Tentatif program :

08.30 - 09.00 pg : Pendaftaran Peserta


09.00 – 12.00 tgh : Ceramah : “Kreativiti Dalam Pengajaran”
Oleh: Tn. Hj. Ismail b Mustafa
Pensyarah Kanan , Kolej Sastera dan Sains, UUM, Sintok, Kedah Darul Aman.

12.00 : Makan tengahari dan bersurai


Anggaran Perbelanjaan:

Persegaran guru 54 x RM 5.00 RM 270.00


Cenderahati penceramah RM 250.00

JUMLAH RM 520.00
Penutup:
Pihak sekolah mengharapkan agar kursus ini akan memberi impak yang positif terhadap persepsi
guru tentang kepentingan menggunakan kaedah pelbagai dalam pengajaran guru dan pembelajaran
murid dalam usaha meningkatkan minat murid untuk belajar seterusnya meningkatkan pencapaian
dalam peperiksaan umum.

Disediakan oleh : Disemak oleh: Disahkan oleh:

--------------------------------- ------------------------------------ ----------------

(NAIZATUL AKMAL BT MAHMOOD ) (HJ. MOHD. SAUDI B. ABD. RAHMAN) (HJH. FAUZIAH BT MOHAMED)

SU R&D Penolong Kanan Pentadbiran Pengetua

SMK Kemumin SMK Kemumin SMK Kemumin

You might also like