You are on page 1of 25

POLITEKNIK JOHOR BAHRU

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK


SESI JULAI 2009

SKE 1A
PENDIDIKAN ISLAM
SENARAI
AHLI-AHLI
KUMPULAN
1
MUHAMAD ZAID BIN ABD RANI
09SKE09F1033
910615-01-5755
MOHAMMAD FAKHRUL FAHMI BIN ATAN
09SKE09F1019
910824-01-5671
MOHD ZURYN BIN MOHD DAUD
09SKE09F1018
910227-01-6027
KAMIL HAKIMI BIN ZUPRI
09SKE09F1005
910909-01-5945
KONSEP AKIDAH
~ DEFINISI AKIDAH DAN IMAN

~ HURAIAN RUKUN-RUKUN ISLAM

~ HUBUNGAN ANTARA IMAN, ISLAM & IHSAN

~ TARAF MANUSIA SEBAGAI MUKMIN, MUSLIM,


KAFIR, MUNAFIK & FASIK
DEFINISI AKIDAH

Akidah Islam dapat ditakrifkan sebagai


kepercayaan @ keimanan kepada hakikat-
hakikat&nilai-nilai yang mutlak yang tetap &
kekal yang pasti & hakiki lagi kudus & suci
seperti yang diwajibkan oleh Islam iaitu
kepercayaan yang tersimpul dengan teguh dalam
jiwa yang tidak mungkin terurai dalam apa jua
keaadan & suasana.
DEFINISI IMAN

Iman bererti mempercayai & menerima. Iman


letaknya di hati, disokong dengan pengakuan
melalui lidah & dibuktikan dengan amal &
perbuatan. Berdasarkan itu ulamak memberi
takrif iman sebagai:
- membenarkan dengan hati
- mengakui dengan lidah
- melakukan amalan dengan anggota
HURAIAN
RUKUN-RUKUN
IMAN
PERCAYA KEPADA ALLAH

Percaya kepada Allah adalah perkara asas dalam akidah Islam &
syariatnya. Erti beriman dengan Allah Taala itu ialah mengetahui
percaya & beritikad dengan perkara-perkara yang wajib,
perkara-perkara yang mustahil & perkara-perkara yang harus
bagi Allah Taala.

Beriman dengan Allah juga bermaksud:


1. Membenarkan dengan yakin akan adanya Allah
2. Membenarkan dengan yakin akan keesaan Allah, baik dalam
perbuatannya menjadikan alam & makhluk seluruhnya
dalam menerima ibadat setiap makhluk.
3. Membenarkan dengan yakin bahawa Allah bersifat dengan
segala sifat kesempurnaan, suci dari segala kekurangan &
suci juga dari menyerupai segala yang baharu.

PERCAYA KEPADA MALAIKAT

Maksudnya ialah bahawa kita percaya dengan sebenar-benarnya


bahawa malaikat itu benar-benar wujud, meraka diciptakan oleh
Allah dari Nur (Cahaya), mereka juga telah diakui oleh Allah
sebagai makhluk yang mulia, yang bertasbih sepanjang malam
serta tidak bosan untuk mereka berbuat demikian.
BERIMAN KEPADA KITAB

Maksudnya pengakuan yang benar-benar bahawa Allah


mempunyai kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi
& Rasulnya. Kitab-kitab itu adalah benar-benar kalam
Allah & ianya adalah Nur (Cahaya) & petunjuk secara
termaktub adalah benar, tiada yang mengetahui
bilangan kitab itu melainkan Allah
BERIMAN KEPADA RASUL

Maksudnya ialah bahawa kita membenarkan secara


bersungguh-sungguh bahawa Allah S.W.T telah
mengutuskan Rasulnya bagi mendidik & membimbing
manusia dalam urusan kehidupan manusia. Ia adalah
salah satu daripada kebijaksanaan Allah yang maha
lembut bahawa dia tidak akan membiarkan hambanya
bebas tanpa pembimbing.
BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT

Dari segi lughat (bahasa) ia bermaksud menggerakkan


& menentukan. Manakala dari segi syarak, ia
bermaksud mengembalikan tubuh & memasukkan roh
kedalamnya, sebagaimana firman Allah yang termaktub
dalam surah Yasin ayat 51.
BERIMAN KEPADA QADA’ & QADAR

Beriman dengan Qada’ itu pengakuan yang


bersungguh-sungguh bahawa semua kebaikan &
keburukan yang kita terima adalah Qada’ & Qadar
daripada Allah S.W.T.
HUBUNGAN ANTARA IMAN, ISLAM & EHSAN

Hubungan antara iman, Islam & ehsan boleh diibaratkan seperti


sebatang pokok. Bahagian akarnya ibarat iman, dimana ia tidak
kelihatan. Akar di dalam tanah & iman di dalam hati. Sekiranya
akarnya baik tanpa sebarang cacat & tidak ada penyakit,
suburlah batang & daun-daunnya. Begitu juga iman yang sihat
akan melahirkan amalan yang baik. Batang & daun-daun yang
subur ibarat Islam. Batang ialah bahagian yang nampak dilihat
dari bahagian pokok tersebut. Begitu juga Islam dapat dilihat
melalui amalan-amalan zahir. Amalan yang bersungguh adalah
hasil dari iman yang kuat & kukuh. Ehsan diibarat buah dari
pokok. Pokok dari akar & batang yang sihat akan menghasilkan
buah yang juga baik. Ehsan adalah hasil dari iman & amalan
Islam yang bersungguh dimana akan terpancarlah akhlak yang
baik yang dikagumi oleh kawan & lawan.
Kesimpulannya, antara iman, Islam & ehsan mempunyai
hubungan yang rapat yang tidak dapat dipisahkan. Pengakuan
beriman tanpa ada amalan Islam adalah dusta. Amalan Islam
tanpa iamn adalah munafik. Begitu juga ehsan tidak wujud tanpa
iman & Islam.

PEMBAHAGIAN MANUSIA

Dari segi aqidah, manusia pada asasnya terbahagi kepada 3


bahagian:

- Manusia Mukmin
- Manusia Kafir
- Manusia Munafiq
Manusia Mukmin

Manusia mukmin ialah mereka yang beriman kepada rukun-rukun Iman yang 6.
Beriman dengan senarbenarnya dengan perbuatan & amalan sekali.

Sifat-sifat Manusia Mukmin

- Bertakwa
- Menerima & patuh kepada hukum Allah S.W.T
- Cintakan Allah
- Sembahyang dengan khusyuk
- Berjihad di jalan Allah
- Dakwah kepada kebaikan
Manusia Kafir

Dari segi bahasa ialah kufur bererti tutupan @ penutup. Oleh itu
orang menutup iman dari hatinya disebut kafir.

Dari segi istilah ialah kufur bereti tidak beriman kepada Allah @
kenabian @ syariat @ ketiga-tiganya sekali. Para ulama telah
membahagikan kufur kepada beberapa bahagian, antaranya:

- Kufur tauhid kepada Allah


- Kufur dengan makna juhud (menentang) Allah
- Kufur nikmat (tidak berterima kasih kepada Allah)
- Kufur bara’ah (melepaskan diri)
Sifat orang kafir :

~ Tidak yakin akan adanya hari kebangkitan & alam


akhirat
~ Memperolokkan Al-Quran & orang yang beriman
~ Menghalang manusia lain dari mengikut jalan Allah
~ Menjadi hamba kepada kebendaan
~ Merasa iri hati terhadap orang Islam yang menyeru
kepada kebenaran
~ Memperolokkan agama Allah, membenci &
menentang apa saja yang berkaitan dengan Islam
Manusia Munafik

Salah satu penyakit rohani yang amat merbahaya ialah nifak,


kemunafikan & orang yang memiliki sifat itu disebut munafik.
Asal makna nifak ialah menampakkan yang baik sedangkan
hatinya tidak. Munafik pada pengertian istilah ialah orang yang
menyembunyikan kekafiran di dalam hatinya tetapi menyatakan
iman dengan lidahnya.
Manusia munafik terbahagi kepada dua :

• Munafik Iktiqadi :
Iaitu iktikadnya terhadap pokok persoalan iman dengan bersikap
& bersifat nifak. Golongan ini akan kekal di dalam neraka,
sekiranya mati tanpa bertaubat kepada Allah & memperbetulkan
semula atikadnya.

• Munafik Amali :
Iaitu amalan-amalan dalam ibadatnya bersifat & bersifat nifak,
seperti seseorang itu beramal kerana selain dari Allah. Maka
golongan ini melakukan dosa yang memerlukan bertaubat
kepada Allah. Mereka akan dimasukkan ke dalam syurga
sesudah dimasukkan ke dalam neraka.
Sifat-sifat orang munafik :

• Penyakit hati
• Berbuat kerosakan di bumi
• Menuduh orang beriman sebagai bodoh
• Mengambil orang kafir sebagai pemimpin orang
mukmin
• Menipu, riyak, malas dalam mengerjakan ibadat
• Menyuruh yang mungkar & menentang perkara
makruf
SEKIAN
TERIMA KASIH

Written by
Mohd Zuryn Mohd Daud
Electrical Engineering Student

You might also like