Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kepentingan Ict dalam pembangunan luar bandar-pendidikan

Kepentingan Ict dalam pembangunan luar bandar-pendidikan

Ratings: (0)|Views: 197 |Likes:
Published by Faizal Is

More info:

Published by: Faizal Is on Sep 17, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/27/2012

pdf

text

original

 
 KEPENTINGAN KEMAJUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASIDalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting. Teknologi ini sudah telah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita bolehmenguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Negara yang tidakmengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau katak di bawahtempurung. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu,masyarakat dan negara.Sesuatu perkara yang dicipta atau diwujudkan tentu sekali mendatangkan kebaikanserta keburukan. Perkara yang baik tentu sekali lebih mendatangkan faedah atau kepentingankepada pengguna. Begitu jugalah dengan ICT. Kemajuan ICT telah menyumbang dalammeningkatkan pengurusan dan pentadbiran negara ke arah lebih sistematilk dan teratur. Segalaurusan baik kerajaan mahupun swasta dapat dipercepat melalui kemajuan ICT. Keadaan inibukan sahaja menjimatkan masa, bahkan tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat sendiri.Kegunaan ICT sememangnya cukup mendewasakan Malaysia. Pentadbiran negara dan swastamenjadi lebih cepat dan cekap. Dengan itu, Malaysia akan lebih cepat mencapai wawasannyadan mencipta nama di persada dunia ini. Sebagai analoginya, kerja pengurusan dokumen,permohonan dan sebagainya menjadi tepat dan cekap. Dengan adanya ICT, data dapat diproses dan disimpan dengan segera tanpa membuang masa. Urusan kewangan melalui mesinteler automatik (ATM) dan Internet membolehkan kita menguruskan wang kita di seluruh duniadengan mudah dan lancar.Jika ditinjau secara lebih mendalam lagi, ICT bukan sahaja membantu dalampentadbiran dan pengurusan negara, malah ICT penting dalam ramalan cuaca dan panduanpelayaran. Jika dahulu, pelayar merujuk kepada kedudukan bintang dilangit untuk dijadikansebagai kompas semasa berlayar. Jika dahulu ada yang merujuk kepada keadaan langit danawan untuk meramal cuaca ataupun mempercayai ramalan ahli nujum. Sekarang, denganadanya satelit cuaca, fenomena alam dapat diramal dengan lebih tepat serta terperinci. Melaluistelit cuaca ini, siri gambar awan dapat diambil dan seterusnya kita dapat meramalkan cuacadunia. Persediaan awal dapat kita buat untuk mengelakkan berlakunya kerugian harta benda
 
dan pengorbanan nyawa. Banjir, ribut taufan, tsunami, dan gempa bumi adalah antara contohfenomena alam yang tidak dapat kita, manusia kawal. Dengan ramalan fenomena El Nino danLa Nina yang tepat itu, kita dapat membuat persediaan awal. Sebagai contohnya, sistem satelit aeronautik (USA) dapat menghubungi kapal terbang yang melintasi Lautan Atlantik dan Pasifik.Teknologi komunikasi pelayaran juga penting dalam system pengangkutan udara dan laut.Teknologi ini berfungsi sebagai panduan pelayaran. Sistem Satelit Laut (IMMARISAT) dapat mengesan kapal-kapal yang menghadapi masalah di samping berfungsi sebagai panduan.Sudah terang lagi bersuluh bahawa ICT memainkan peranan yang penting kepadadunia. Hal ini dapat dibuktikan apabila ICT mempercepat hubungan antarabangsa. Duniaseakan-akan menjadi semakin kecil dengan wujudnya ICT. Kita dapat menghubungi sesiapasahaja di seluruh dunia. Perkara ini ternyata sekali mengukuhkan ungkapan Dunia TanpaSempadan. Kita dapat berhubung dengan sesiapa sahaja sama ada di laman berbual, e-mail,system pesanan ringkas (SMS), Skype dan sebagainya. Kita juga dapat menghubungi sesiapasahaja di seluruh dunia dengan menggunakan telefon bimbit. Bukan itu sahaja, beritaterkini juga dapat diikuti dengan serta-merta. Siaran langsung seperti konsert, perlawanan bolasepak, dan siaran berita juga dapat dijalankan. Acara sukan, persidangan dan sebagainya yangberlangsung di sesebuah negara seperti di Korea, Japan, mahupun Amerika Syarikat dapat dipancarkan ke seluruh dunia secara langsung. Siaran ini dapat ditonton melalui Internet dan Astro. Telefon, faksimili, televisyen, dan persidangan video bergantung pada ICT untukmembolehkan kita merasa nikmat ini. Internet dan komputer riba turut berfungsi melaluiteknologi serba canggih ini. Sememangnya ICT ialah pembuka laluan yang luas kepada masadepan yang gemilang.Kewujudan ICT turut membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P).Sistem pendidikan di sekolah dimajukan oleh ICT sekaligus mewujudkan sekolah bestari. Pelajarmendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja atau projek-projek di sekolah. Pelajar akan belajar mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasiyang celik komputer. Pendidikan di sekolah atau institusi lebih bercirikan pendidikan jarak jauh.Peluang pendidikan menjadi lebih luas, selain menjimatkan kos. Pelajar pintar dan celik IT tidakdisekat oleh factor kelas dan usia. Hal ini melahirkan lebih ramai cendekiawan. Fakta initernyata terbukti apabila ada kanak-kanak yang baru berusia setahun jagung sudah boleh

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->