You are on page 1of 16

PENGENALAN

Bismillahhirrahmanirrahim.Syukur Alhamdulillah dengan rahmat dan


keizinannya kami dapat menyempurnakan tugasan yang diberi.Kumpulan
kami mempunyai tiga orang terdiri dari Mohammad hafizi bin
roshidi,Mohammad fikri bin mat mislam,dan Mohamed hazwan bin mohd
hanafi.Setelah mendapat tajuk tugasan yang diberi,Kami berbincang dan
memberikan tugasan kepada setiap seorang agar dapat menyempurnakan
tugasan ini dengan adil dan lebih berkerjasama seperti yang dicadangkan
oleh pensyarah kami,Puan Rohaya.Kami telah sedaya upaya menyiapkan
tugasan ini dengan sempurnanya.Kami telah merujuk di perpustakaan
Institut Pertanian Ayer Hitam,Internet dan sumber-sumber yang
dipercayai.Kami berharap apa yang kami lakukan berkehendak dengan apa
yang dikehendaki oleh pensyarah kami dan kami telah menyenaraikan atau
melampirkan semua tugasan yang kami lakukan di helaian yang berikutnya.
PENGHARGAAN
Alhamdulillah.syukur ke hadrat Illahi,dengan izinNya kami dapat
menyiapkan tugasan yang telah diberikan.Dikesempatan ini kami ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ibu bapa kami yang banyak
membantu memberi peralatan yang perlu digunakan dalam menyiapkan
tugasan ini.Tidak lupa juga kepada Pensyarah Perlindungan Tanaman kami
iaitu Puan Rohaya yang banyak menolong kami menyempurnakan tugasan
yang telah diberikan.Ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan kami
yang banyak membantu dalam mencari maklumat dan cara-cara
menyempurnakan tugasan ini.
TANAMAN
Setelah kami mendapat tugasan kami terus melakukan pemilihan tanaman
dan kami telah memilih tanaman pisang.Dalam bahasa saintifiknya ialah (
Musa spp ).Ia tergolong dalam keluarga Musaceae.Pisang yang boleh
dimakan ialah dari spesis M.accuminata Colla dan M.Balbisiana Colla.Ianya
merupakan sumber makanan tersebar luas di kawasan
tropika.Filipina,Thailand,Indonesia,India, dan Malaysia merupakan negara
pengeluar pisang yang utama di Asia.Di Malaysia,kultivar Berangan, Mas
dan Cavendish ditanam secara komersil untuk pasaran eksport dan tempatan
manakala kultivar Raja,Rastali, dan Nangka ditanam untuk pasaran
tanaman.Penanaman pisang boleh dilaksanakan melalui tiga kaedah iaitu
dengan menggunakan sulur,teknik belahan(quartering) dan tisu
didik.Penanaman dengan menggunakan anak benih tisu didik menghasilkan
pertumbuhan dan pengeluaran hasil yang seragam.
KESESUAIAN
TANAH
Pada Amnya tanaman pisang memerlukan tanah yang subur,berstruktur
ringan serta kaya dengan bahan organan untuk tumbesaran dan pengeluaran
hasil yang baik.Ia juga memerlukan kelembapan yang mencukupi.Akar
tanaman pisang memerlukan oksigen yang tinggi.Tanah mesti mempunyai
pengudaraan dan saliran yang baik serta tidak berstruktur berat
terutamanya pada linkungan kedalaman 50 sm daripada permukaan
tanah.Tanah berstruktur berpasir ringan hingga lom sederhana adalah paling
sesuai untuk tanaman pisang.Jenis-jenis tanah yang sesuai ialah tanah yang
terbentuk daripada alluvium sungai (yang sederhana salir), tanah dari batuan
igneus yang dalam (melebihi 100 sm) dan tanah batuan mendapan yang
dalam.tanah yang berstruktur berat hendaklah dielakkan kerana ia mudah
menakung air yang menyebabkan perkembangan akar pokok terbantut dan
juga kemungkinan pokok mati.Oleh itu,tanah di kawasan rendah dan
mengalami hujan lebat,sistem saliran yang sempurna hendaklah diadakan
bagi menyalirkan air yang berlebihan.
PENYEDIAAN
KAWASAN
Pokok hutan ditolak dan dikumpul dalam baris untuk pembakaran
kemudian.tiap-tiap 30 meter baris ditinggalkan ruang untuk memudahkan
pengaliran air di dalam ladang.Kerja-kerja memerun dan membakar
diulangi sekurang-kurangnya 3 kali.Pembinaan parit iaitu parit utama dan
parit sekunder.Pembinaan jalan ladang dengan meratakan tanah daripada
penggalian parit.Melakukan pengapuran dengan GML ditabur di permukaan
tanah sebelum dibuat pembajakan pertama.Selepas itu melakukan
pembajakan pertama dan kedua.Memasang paip utama pengairan dan pam
air dengan cara gali longkang sedalam 60 sm dan paip utama dipasang dalam
longkang.paip utama ditimbus semula “ take off ”dipasang ke
ladang.Kemudian membaris dengan cara pancangkan satu baris asas untuk
satu kawasan pisang dan baris berikutnya mengikut baris asas tersebut.
PENANAMAN
Pada permulaannya menggali lubang penanaman dengan secara
manual.Menimbus balik lubang dengan topsoil dengan cara gaulkan baja
CIRP 8:8:8 dan GML dengan topsoil dari lubang dan tanah sekeliling lubang
tanaman.Kemudian dengan campuran tanah tersebut.Merawat anak benih
pokok dengan cara celup kedalam air panas selama 5-10 minit dan ia
bertujuan memastikan sumber benih bebas daripada penyakit.Gali semula
lubang tanaman dengan lebih besar sedikit daripada polibeg anak
pokok.Anak pokok ditanam tegak dan paras pangkal mestilah kurang
daripada 5 sm daripada paras tanah di sekeliling lubang penanaman.Siram
sekali sehari selama seminggu selepas ditanam kecuali hujan.
PENJAGAAN
Memastikan tanaman disiram sehingga basah.Membuang pelepah tua dan
berpenyakit dengan menggunakan pisau tajam dan dikumpulkan di suatu
lokasi di antara barisan tanaman pisang atau dimusnahkan.Baja ditabur di
sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm
dengan jarak 30 sm dari pangkal pokok pisang atau menggunakan system
poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 30 sm dari
pangkal pokok pisang.Mengawal rumpai dengan cara membersihkan semua
rumpai yang terdapat di bawah kanopi pokok dengan menggunakan mesin
sandang.Pemangkasan sulur dengan cara memilih satu sulur yang sihat dan
tidak mempunyai kecacatan dan pangkas dengan menggunakan alat
pemotong yang tajam pada aras tanah.Pembungkusan tandan pisang
dijalankan secara manual dan dilakukan diperingkat akhir pembentukan
sisir akhir tandan buah dengan menggunakan sarung plastik polietilena
berwarna biru atau kertas perang.
MEMUNGUT HASIL
Tuai pada waktu pagi atau petang.Separuh cantasan batang dilakukan pada
pokok yang mempunyai buah yang telah mencapai indeks
kematangan.Lenturkan batang pisang dan potong tangkai tandan pisang
tersebut.Tandan pisang diletakkan diatas tempat yang beralas dengan bahan
lembut seperti daun–daun pisang atau span.Elakkan tandan pisang daripada
terhempap ke tanah.Indeks kematangan pisang terdiri dari 7 indeks iaitu :-

 Indeks 1 : Hijau tua keseluruhan.Buah belum matang untuk dituai.


 Indeks 2 : Hijau dengan sedikit kuning.Buah matang tetapi tidak sesuai
untuk penghantaran jauh menggunakan kapal laut.
 Indeks 3 : Lebih hijau daripada kuning dan buah matang tetapi tidak
sesuai penghantaran jauh menggunakan kapal laut.
 Indeks 4 : Lebih kuning daripada hijau.Buah hampir masak dan hanya
sesuai untuk pasaran tempatan.
 Indeks 5 : Kuning dengan sedikit hijau pada hujung buah.Buah masak
tetapi hanya sesuai untuk pasaran tempatan.
 Indeks 6 : Kuning keseluruhan.Buah masak tetapi hanya sesuai untuk
pasaran tempatan dan peringkat terbaik untuk dimakan segar.
 Indeks 7 : Kuning jingga.Hanya sesuai untuk pasaran tempatan dan
jangka hayat yang amat singkat.
PENGURUSAN
PEROSAK
TANAMAN

1 . Jenis-jenis perosak yang dikenalpasti dan tanda-tanda serangan adalah


seperti berikut :-

 Pengorek umbisi pisang (Cosmopoites sordidus Germ)

:: Tanda-tanda serangan ialah larva pengorek di bahagian umbisi dan


pangkal batang yang berhampiran dengan tanah.Tisu-tisu di sekeliling
lubang yang dikorek akan menjadi perang dan busuk.Akar baru tidak akan
tumbuh.Serangan teruk menyebabkan daun-daun menjadi kuning dan pokok
mudah tumbang.Sulur bahagian tengah terbantut.Anak pokok yang diserang
akan mati jika serangan merebak hingga ke bahagian pucuk.Pokok yang
diserang akan mengeluarkan tandan buah yang lebih kecil dari saiz biasa.

 Pengorek batang pisang (Odaiporus longicollis Oliv)

:: Tanda-tanda serangan larva menyerang dengan memakan tisu-tisu batang


dan bahagian tengah batang dengan alur-alur panjang.Bahagian yang
diserang akan berubah warna coklat dengan cepat.Daun menjadi kuning dan
batang pisang mudah patah apabila ditiup angin kencang.Peringkat dewasa
juga boleh melakukan kerosakan.
 Ulat gulung daun (Erionata thrax)

:: Tanda-tanda serangan ialah serangga ini bertelur sebiji-sebiji pada daun


muda.Apabila menetas larvanya akan bersembunyi dengan cara
menggulungkan daun ke arah tulang daun.Larvanya cergas pada waktu
malam,keluar dari gulungan daun untuk makan daun pisang.Ia
menggulungkan daun dan melekatkan dengan menggunakan bebenang
putih.Sekiranya gulungan daun terbuka,larva dan kepompong akan
terdedah.Daun yang bergulung akan menjadi kering dan tidak berfungsi.

 Trips

:: Tanda-tanda serangan ialah kutu trips boleh menyebabkan kerosakan pada


bahagian kulit pisang.Kulit pisang akan berkeruping dan proses kematangan
pisang terganggu.

 Lalat buah (Bactrocera musae)

:: Tanda-tanda serangan ialah apabila buah telah masak atau bewarna


kuning terdapat bintik-bintik hitam bekas tusukan ovipositor semasa lalat
buah dewasa bertelur.

 Nematod (Radpholus similis)

:: Tanda-tanda serangan kelihatan tompok-tompok hitam,berbintil-bintil dan


pecah serta menjadi reput terutamanya di bahagian umbisi.Kelihatan lubang-
lubang kecil pada rizom dan sulur.Apabila rizom dikerat melintang kelihatan
tompok-tompok hitam di tengah bulatan.Serangan dan kerosakan pada akar
boleh membawa kesan yang serupa dengan kekurangan air.Pada pokok
muda,tepi daun akan kelihatan kering.Pada pokok yang berbuah,buah akan
menjadi kecil,kering dan hitam semasa muda lagi.Pokok juga mudah
diserang oleh kulat Rhizoctonia solani dan Fusarium oxysporium.
2 . Jenis-jenis penyakit yang dikenalpasti dan tanda-tandanya :-

 Bintik daun sigatoka

:: Bintik-bintik kecil berwarna hitam dan jalur-jalur berwarna


kuning.Bintik-bintik membesar menjadi bujur seperti mata dengan bahagian
tengah berwarna perang gelap.Keseluruhan pokok kelihatan seperti terbakar.

 Layu panama

:: Pucuk yang masih bergulung kelihatan layu dan mati.Bagi pokok


tua,pucuk kelihatan kekuningan dan daun-daun kelihatan patah terkulai.
KAWALAN
PEROSAK
TANAMAN
1. PENGOREK UMBISI PISANG (Cosmopoites sordidus Germ)

:: Secara kultura menggunakan sulur yang bebas penyakit.Jalankan rawatan


dengan cara memotong disekeliling umbisi dan celup ke dalam air
panas.Memasang perangkap seperti potong batang pisang tua sepanjang 2-3
kaki, dibelah dan ditelungkupkan.Pungut kumbang yang bersembunyi di
bawah batang pisang tersebut dan musnahkannya.Secara kimia pula boleh
menggunakan racun perosak yang sesuai seperti carbofuran mengikut kadar
yang disyorkan pada label.

2. ULAT PENGOREK BATANG PISANG (Odaiporus longicollis oliv)

:: Buang dan musnahkan batang-batang pisang dan sulur yang


diserang.Tanam sulur-sulur yang bebas dari perosak dan sembur racun
serangga yang sesuai mengikut kadar yang disyorkan pada pangkal batang
pisang yang diserang.

3. ULAT GULUNG DAUN ( Erionata thrax )

:: Pungut daun dan musnahkan larva.Serangga pemangsa semulajadi atau


parasit dapat memusnahkan larva ini contohnya Ooencyrtus sp,Agiommatus
sp,dan Anastatus sp.
4. TRIPS

:: Semburkan racun serangga yang sesuai mengikut kadar yang disyorkan


pada jantung pisang.

5. LALAT BUAH (Bactrocera musae)

:: Buah pisang hendaklah dibungkus pada peringkat muda.Masa yang sesuai


untuk pembungkusan ialah setelah sisir terakhir terbentuk dianggarkan 10-
14 hari selepas berjantung.

6. NEMATOD (Radpholus similis)

:: Menggunakan sulur yang sihat.bersihkan akar-akar dan umbisi dan


lakukan rawatan dengan merendam dalam air bersuhu 55 darjah celcius
selama 10 minit.Musnahkan batang-batang pisang yang lama dan pokok-
pokok pisang yang diserang oleh nematod.Tabur dengan racun Carbofuran
bagi kawalan nematod mengikut kadar yang disyorkan pada label.
KAWALAN
PENYAKIT
TANAMAN
1. BINTIK DAUN SIGATOKA

:: Menjaga kebersihan ladang dan pastikan saliran sempurna serta


pembajaan yang diberikan mestilah mencukupi.Gunakan racun kulat seperti
mancozeb,chlorothalonil,propiconazole,atau thiophanate-methyl.

2. LAYU PANAMA

:: Gunakan sulur bebas penyakit dan pastikan saliran dalam keadaan yang
baik.Tebang dan musnahkan pokok yang diserang.
KESIMPULAN
Pisang adalah merupakan tanaman yang banyak ditanam di kawasan
tropika,termasuklah di Asia.Dengan melakukan kerja kursus ini,kami dapat
mempelajari dan mempengetahui perosak-perosak dan penyakit yang
menyerang pokok pisang.Kami juga mengetahui simptom serangan dan cara-
cara mengatasi masalah perosak dan penyakit dengan cara
kultura,memasang perangkap atau secara kimia.Dengan menjalankan
kawalan perosak dan penyakit ini kita akan dapat mencegah pokok pisang
daripada mati atau terbantut dan dalam masa yang sama kita akan dapat
meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran.Kesimpulannya kawalan
perosak dan penyakit diperlukan dalam penanaman pisang agar ia dapat
mengelakkan pokok terbantut dan menjamin kualiti pengeluaran.Sekian
terima kasih.assalamualaikum.

You might also like