You are on page 1of 16

AA101 Pendidikan Islam 1 Beriman Kepada Qadha dan Qadar

ISI KANDUNGAN

1
ISI KANDUNGAN

2
PENGHARGAAN

3
PENDAHULUAN

5
BAB 1 : KONSEP QADHA DAN QADAR

6
BAB 2 : PENGERTIAN QADHA DAN QADAR

BAB 3 : HUBUNGAN ANTARA USAHA, DOA DAN 8


TAWAKAL

10
BAB 4 : PERATURAN SEBAB DAN MUSABAB

BAB 5 : HIKMAH BERIMAN DENGAN QADHA DAN 12


QADAR

13
KESIMPULAN

14
LAMPIRAN

16
RUJUKAN

PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim.

11
AA101 Pendidikan Islam 1 Beriman Kepada Qadha dan Qadar

Assalammulaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam ukhwah. Puji dan


syukur saya ke hadirat Allah, tuhan yang mencipta alam semesta, mengatur segala
urusan, memberi keampunan bagi segala dosa, mengabulkan semua doa, memberi
segala yang diminta oleh hambanya yang istiqamah mengerjakan solat tahajud.
Disebabkan solat sunat tahajud, Allah berkenan memberikan hidayat dan taufiknya
hingga saya dapat menghasilkan sebuah buku kerja kursus untuk tatapan semua.

Saya dapat menyelesaikan buku ini bukanlah atas usaha saya semata –
mata. Banyak pihak yang secara langsung ataupun tidak langsung membantu saya
hingga buku ini terhasil seperti apa yang ada di hadapan saudara ataupun saudari
sekarang.

Oleh sebab itu, pada kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada
ibu dan bapa tersayang. Berkat doa merekalah, saya berada di tahap ini. Melalui
buku ini, saya memohon kepada Allah semoga ibu dan bapa sentiasa sihat dan
bertenaga dalam melaksanakan ibadah yang dilakukan. Saya juga memohon Allah
meredainya dan memberikan keampunan kepadanya.

Kepada semua ustaz dan ustazah saya, saya memohon supaya Allah
memberikan rahmat, berkat dan keampunannya. Kepada saudara dan saudari yang
terlibat secara langsung ataupun tidak langsung, saya mengucapkan ribuan terima
kasih yang tidak terhingga kerana rela mengorbankan waktunya demi menghasilkan
buku ini. Tanpa bantuan dari rakan – rakan, mustahil buku ini terhasil. Semoga
semua usaha kepada yang terlibat secara langsung ataupun tidak dicatat sebagai
amal soleh yang membawa keredhaan padanya.

Akhirnya, saya mengucapkan setinggi – tinggi terima kasih sekali lagi dan
penghargaan kepada semua pihak yang tertibat dalam penhasilan buku ini. Saya
tidak dapat menyebut satu per satu di sini namun peranan saudara dalam
menjayakan buku ini bermakna bagi saya.

Sekian.

11
AA101 Pendidikan Islam 1 Beriman Kepada Qadha dan Qadar

PENDAHULUAN
Iman ialah menyakini dan membenarkan sesuatu di dalam hati, mengaku
dengan lidah dan mengamalkannya dengan seluruh anggota. Dasar – dasar Iman
ialah percaya kepada Allah, para malaikat, kitab – kitab, rasul – rasul, hari kiamat
dan qadha dan qadar.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

Maksudnya :
“...Iman itu ialah bahawa kamu percaya kepada Allah, malaikat-Nya, kitab – kitab-
Nya, rasul – rasul-Nya, hari akhirat ada qadar baik dan buruk...”
(Riwayat Muslim)

Akidah merupakan kepercayaan teguh kepada prinsip – prinsip agama iaitu


beriman kepada Allah, malaikat, kitab – kitab, rasul, hari kiamat, dan qadha dan
qadar Allah s.w.t. Kepercayaan ini dinamakan kepercayaan kepada rukun Iman.
Mereka yang percaya kepada keenam – enam rukun ini dipanggil mukmin. Akidah
seseorang tidak cukup hanya sekadar lafaz dan ucapan semata – mata kerana
akidah yang sebenar memerlukan keyakinan yang teguh dan amal soleh yang
menggambarkan sifat orang yang beriman sebenar – benarnya.

Firman Allah s.w.t :

Maksudnya :
“Di antara manusia itu ada yang menyatakan, kami beriman kepada Allah dan hari
kemudian, padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang beriman”.
(surah al – Baqarah : 8)

11
AA101 Pendidikan Islam 1 Beriman Kepada Qadha dan Qadar

Percaya kepada qadha dan qadar adalah mempercayai bahawa segala yang
berlaku, selepas seseorang berusaha, adalah ketentuan Allah semata-mata. Ini dapat dilihat
dalam satu hadis nabi yang berbunyi seperti berikut :-

Satu hari seorang sahabat datang berjumpa Rasul. Apabila baginda bertanya bagaimana kamu
datang, beliau menjawab, menaiki unta. Nabi tanya; di mana unta kamu, beliau menjawab saya
biarkan tanpa diikat sebab saya bertawakal kepada Allah. Nabi berkata; ikat unta kamu dulu
dan barulah bertawakal.

Ikat di sini maknanya berusaha dan berbuat sesuatu supaya unta tidak dapat lari.
Orang yang bertawakal sebenarnya sedang beribadat. Itulah namanya ibadat hati. Yakin
dengan bantuan Allah selepas bersusah adalah akhlak di kalangan nabi.

Sebagai seorang Islam wajiblah kita sedar bahawa kita adalah makluk yang


lemah, bahawa Allah itulah yang maha Perkasa dan maha Berkuasa dan segala
sesuatu adalah berlaku dengan ketetapan-Nya sahaja. Lantaran itu kita wajib
beriman kepada takdir, bahawa segala sesuatu telah ditentukan olehAllah.

Walaupun begitu kita masih boleh berusaha dan berdoa kerana dengan
limpah rahmatnya, Allah mampu mengubah takdir kita.

Beriman dengan qadha dan qadar adalah dengan menyakini bahawa segala
sesuatu yang terjadi dan peristiwa – peristiwa yang berlaku adalah menurut
ketentuan dan kehendak Allah.

Dalam mementukan ketetapan ke atas nasib hamba – hamba-Nya, Allah


memurkai sifat dan amalan manusia yang buruk. Ikhtiar dan usaha merupakan
kemampuan yang ada dalam diri manusia. Justeru itu, Allah mewajibkan manusia
berusaha kearah kebaikan dan menetapkan peranan usaha dalam penentuan nasib.

11
AA101 Pendidikan Islam 1 Beriman Kepada Qadha dan Qadar

BAB 1
KONSEP QADHA DAN QADAR
Qadha dan qadar merupakan ketentuan Allah s.w.t. ke atas setiap makhluk-
Nya sejak azali. Semua makhluk Allah s.w.t. yang terdapat di langit dan di bumi
terakluk di bawah ketentuan Allah s.w.t. yang maha kuasa.

Percaya dan yakin bahawa ketentuan Allah s.w.t. adalah rukun iman yang
wajib dipercayai oleh setiap orang Islam. Beriman kepada qadha dan qadar beerti
kita percaya dan yakin bahawa setiap kejadian atau peristiwa yang berlaku ke atas
makhluktelah ditetapkan oleh Allah s.w.t. sejak azali lagi, bahkan kewujudan alamini
adalah ketentuan Allah s.w.t. hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. dengan firman-Nya :-

Tiada sesiapa ysng boleh menolak ketentuan Allah s.w.t.. barangsiapa yang
menolak ketentuan Allah s.w.t. beerti dia menafikan kekuasaan-Nya. Sesiapa yang
tidak mempercayai Allah, maka dia telah terkeluar dari agama junjungan-Nya.

Manusia dianugerahkan akal fikiran, disuruh berikhtiar, dan berusaha bagi


mendapatkan sesuatu. Hasilnya adalah daripada Allah s.w.t. samaaada yang
diusahakan itu Berjaya ataupun tidak.

Sabda rasulullah s.a.w. :

11
AA101 Pendidikan Islam 1 Beriman Kepada Qadha dan Qadar

BAB 2
PENGERTIAN QADHA DAN QADAR
Qadar ialah ketentuan dan ketetapan Allah s.w.t. terhadap apa yang berlaku
ke atas setiap makhluknya – Nya sejak azali lagi.

Qadha pula ialah perlaksanaan segala ketentuan terhadap makluk – Nya


sejak azali lagi. Contohnya : Dalam ketentuan Allah s.w.t., Salim akan mengalami
suatu kecederaan akibat kemalangan jalan raya.

Kejadian makhluk – makhluk lain di alam iniseperti kejadian air hujan, air
pasang dan surut, kejadian banjir, kemarau, dan sebagainya telah ditetapkan oleh
Allah s.w.t. (qadar-Nya) yang disebutsebagai sunnah Allah s.w.t..

Qadha terbahagi kepada dua jenis, iaitu :-

(a) Qadha mumbran iaitu qadha yang pelaksaannya tetap dan tidak berubah.
Contohnya : Hari kebangkitan (kiamat) pasti akan datang, dan setiap manusia
akan merasai mati.

(b) Qadha muallaq iaitu qadha yang perlaksaannya boleh berubah bergantung
pada keadaaa dan masa.
Contohnya : Seorang yang yang berusaha disertai dengan doa, dia akan
Berjaya.

Qadha dan qadar merupakan rahsia Allah s.w.t. kepada hamba - hamba-Nya.
Walaupun ia merupakan suatu ketetapan daripada Allah s.w.t. tetapi manusia
disuruh berusaha dan berikhtiar untuk memperoleh apa yang di cita - citakan.allah
s.w.t melarang seseorang itu semata - mata beserah kepada nasib atau ketentuan-
Nya tanpa berusaha.
Setiap orang Islam hendaklah memahami bahawa setiap pekara yang berlaku
ada sebab dan musababnya. sesiapa yang berusaha, dia akan beroleh kejayaan
dan siapa yang malas dia akan gagal dan kecewa.

11
AA101 Pendidikan Islam 1 Beriman Kepada Qadha dan Qadar

Umat Islam akan menjadi umat yang majuan disegani oleh umat - umat yang
lain sekiranya rajin berusaha. Janji Allah s.w.t kepada sesiapa yang berusaha ialah
kejayaan dan kemajuan. Sesiapa yang malas berusaha, dia akan ketiggalan.di
samping itu, kita hendaklah betawakal kepada allah s.w.t seperti dalam firman-Nya.

11
AA101 Pendidikan Islam 1 Beriman Kepada Qadha dan Qadar

BAB 3
HUBUNGAN ANTARA USAHA, DOA DAN
TAWAKAL
Manusia dianugerahkan dengan akal fikiran dan tenaga untuk berusaha.
Dengan akal fikiran dan tenaga, manusia diberikan kebebasan untuk berusaha dan
berikhtiar bagi mencapai kemajuan dan kebahagiaan dalam hidup.
Manusia dibekalkan dengan Al – Quran dan As – Sunnah sebagai panduan
hidupnya. Melalui kedua – duanya, manusia dapat mengatahui perkara yang di
suruh dan perkara – perkara yang dilarang bagi mencapai apa yang dihajati. Selain
itu, mereka akan berada dijalan yang lurus lagi telus sekiranya mereka sentiasa
berpegang dengan Al – Quran dan As – Sunnah.
Manusia hendaklah menggunakan segala kurnian Allah s.w.t. pada perkara
yang diredhai sahaja dan bukan perkara yang dilarang. Pelalui akal fikiran yang
dianugerahkan, Al – Quran dan As – Sunnah, terpulanglah kepada mereka untuk
memilih jalan yang dikehendakinya. Sekiranya mereka gagal memilih, maka peluang
hendak mendapat syurga amat jauh sekali. Perbezaan manusia dengan makhluk
lain yang diciptakan Allah s.w.t. adalah akal. Maka dengan pengurniaan itu, kita
hendaklah menggunakan akal dengan sebaik – baiknya dan jangan kita mempersia
– siakan pemberian Allah s.w.t. yang tinggi itu.
Manusia berhak mendapatkan sesuatu mengikut apa – apa yang telah
dilakukannya sama ada baik ataupun jahat. Allah s.w.t. menjelaskan hal yang
demikian dalam Al – Quran dengan firmannya :-

11
AA101 Pendidikan Islam 1 Beriman Kepada Qadha dan Qadar

Di sampinag berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan, seseorang itu


hendaklah berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t. supaya apa – apa yang dicita
– citakan akan tercapai. Kita juga hendaklah sentiasa memohon petunjuk dan
hidayat kepada Allah s.w.t. supaya segala yang kita lakukan mendapat keredhaan-
Nya.
Ketiga – tiga elemen iaitu usaha, doa dan diiringi dengan tawakal adalah
menjadi amalan bagi orang – orang beriman dan bertaqwa dalam kehidupan
mereka. Mereka juga sentiasa berbuat kebaikan sekiranya mereka faham dan
mengamalkan ketiga – tiga elemen ini.

11
AA101 Pendidikan Islam 1 Beriman Kepada Qadha dan Qadar

BAB 4
PERATURAN SEBAB DAN MUSABAB
Setiap yang ada di dalam bumi ini adalah milik Allah s.w.t.. hal yang demikian
setiap yang diciptakan oleh Allah s.w.t. hendaklah sentiasa beriman dan mengikuti
kehendaknya. Allah s.w.t. menjadikan alam bersamanya peraturan dan undang –
undang yang menjadi landasan kepada perjalanan alam. Peraturan ini adalah sebab
dan musabab.
Dalil Allah :-

)48:23 ‫سنة هللا التى قد خلت من قبل ولن تجد لسنة هللا تبديال (الفتح‬
Maksudnya :-
“...(Kekalahan orang-orang yang menentang Rasul Allah sudah tetap menurut)
“Sunnatullah” (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan
engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan
Allah itu.”

Sunnah ini berlaku dalam semua perkara, Allah s.w.t.. memberi rezeki kepada
orang yang berusaha dan orang yang malas adalah sebaliknya. Allah s.w.t. juga
memasukkan ke dalam surge bagi orang yang beriman kepada-Nya dan
memesukkan keneraka bagi orang kufur kepadanya. Hal yang demikian adalah
sunnah Allah s.w.t.. Allah juga mensesatkan mereka yang melakukan kefasikkkan.
Firman-Nya :-

)26 : ‫يضل به كثيرا ويهدى به كثيرا وما يضل به اال الفاسقين (البقرة‬
Maksudnya :-
“...Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja,
(seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan
itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan
mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau
orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: “Apakah maksud Allah

11
AA101 Pendidikan Islam 1 Beriman Kepada Qadha dan Qadar

membuat perbandingan dengan ini?” (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan


banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan
banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan
menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang
yang fasik;..”

Allah memberi petunjuk kepada orang yang berusaha ke arah itu. Hal yang
demikian dapat dijelaskan di dalam Al – Quran dengan firman-Nya :-

)69 ‫ فينا لنهدينهم سبلنا (العنكبوت‬g‫والذين جاهدوا‬


Maksudnya :-
“...Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana
memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin
mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh
keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah
berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”

Qadha dan qadar ( takdir ) apa pun yang telah ditentukan kepada kita wajib
kita menerimanya dengan redha dan ikhlas, walaupun yang ditakdirkan untuk kita itu
mungkun merugikan atau menyedihkan kita, sebab kita menerima ( dengan baik )
atau tidak, takdir Allah s.w.t. itu pasti terjadi juga dan tentu berlaku pada diri kita.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud :-

“ Sesungguhnya besarnya pahala itu mengikuti besarnya cubaan. Dan


sesungguhnya Allah s.w.t. apabila senang pada golongan, dicobanya
golongan itu (dengan sesuatu cobaan). Siapa yang redha terhadapnya, ia akan
mendapat keredhaaan Allah s.w.t., dan siapa yang marah, ia juga akan
menerima kemurkaan Allah s.w.t”.

11
AA101 Pendidikan Islam 1 Beriman Kepada Qadha dan Qadar

BAB 5
HIKMAH BERIMAN KEPADA QADHA DAN
QADAR
Pelbagai hikmah yang boleh kita ambil dari beriman kepada qadha dan qadar.
Antaranya adalah :-

 Meningkatkat keimanan terhadap kekuasaaan Allah s.w.t..


 Seseorang itu akan rajin berusaha untuk mencapai apa yang dicita – citakan.
Hal ini demikian kerana Allah s.w.t. memberikan ganjaran terhadap sesiapa
yang rajin berusaha, berdoa dan bertawakal kepada-Nya.
 Menyebabkan seseorang itu tidak cepat berputus asa kerana yakin bahawa
Allah s.w.t. akan memberikan balasan yang baik kepada orang yang rajin
berusaha dan ikhlas kepada-Nya.
 Melahirkan individu yang bersifat penyabar dan tabah menghadapi dugaan
hidup kerana mereka faham bahawa setiap yang berlaku adalah ketentuan
Allah s.w.t. dan mempunyai hikmah disebaliknya.
 Membawa kemajuan kepada seseorang kerana dia tidak akan berputus asa
atau kecewa dengan ketentuan Allah s.w.t.. Hal ini demikian kerana setiap
yang terjadi ada hikmah disebaliknya sebagaimana firman Allah s.w.t.. :-

11
AA101 Pendidikan Islam 1 Beriman Kepada Qadha dan Qadar

KESIMPULAN

Setiap manusia pasti akan merasai mati. Allah s.w.t. menentukan qadha dan
qadar seseorang sejak azali lagi. Oleh itu, kita perlu berusaha, doa dan tawakal
kepada Allah s.w.t. agar apa yang kita buat semuanya diredhai oleh-Nya.
Manusia hendaklah sentiasa berusaha untuk mencari kebahagiaan hidup.
Orang yang berusaha kebiasaannya akan berjaya kelak. Peristiwa ini dapat kita
kaitan dengan peniagaan zaman sekarang. Orang yang mulakan perniagaan
dengan kecil – kecilan biasanya akan berjaya kelak berbanding dengan orang yang
mulakan perniagaan dengan besar – besaran akan berjaya juga tetapi tidak seteguh
orang yang pertama tadi. Hal ini menunjukkan bahawa jika kita berusaha dari
bawah, kita akan berjaya dan kita berusaha dengan sambil lewa, kita akan lingkup.
Percaya kepada qadha dan qadar dapat menhilangkan sifat putus asa adan
kecewa terhadap sesuatu kegagalan. Contoh yang paling hampir yang boleh kita
lihat ialah diri kita sebagai seorang pelajar. Sekiranya kita gagal ditempatkan di
dalam universiti, tidak semestinya kita tidak berguna. Kita juga tidak perlu
beranggapan bahawa orang yang masuk university ini adalah orang yang berjaya.
Ramai juga graduan lepasan universiti yang menganggur. Kita tidak perlu tanam
sifat putus asa dan kecewa kerana sifat ini akan memakan diri kita sendiri.
Cita – cita seseorang akan tercapai melalui usaha, doa, dan tawakal kepada
Allah s.w.t.. Sekiranya kita lupa mengerjakan salah satu daripada ketiga – tiga
elemen ini, maka kejayaan yang kita kecapi goyang atau tidak tetap. Pada bila – bila
masa sahaja kita akan jatuk.
Allah s.w.t. tidak akan merubah masib seseorang sehingga ia sendiri yang
berusaha untuk merubahnya. Hal ini dapat ditafsirkan dengan qadha muallaq. Jika
kita berusaha, kita berjaya dan jika tidak, kita malang.

11
AA101 Pendidikan Islam 1 Beriman Kepada Qadha dan Qadar

LAMPIRAN

11
AA101 Pendidikan Islam 1 Beriman Kepada Qadha dan Qadar

11
AA101 Pendidikan Islam 1 Beriman Kepada Qadha dan Qadar

RUJUKAN

1. Al – Quran Al – Karim dan terjemahan


2. Hadis – hadis Rasulullah s.a.w
3. Buku Pendidikan Islam PMR keluaran Sasbadi Sdn. Bhd. Cetakan 2004
4. Buku Sukatan Usrah Badar, Unit SMKA / KAA, Bahagian Pengurusan
Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
Kementerian Pelajaran Malaysia. Cetakan 29 Oktober 2004.
5. Modul Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia, A1001 Pendidikan Islam.
6. Kamus Dewan Edisi Keempat,Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur
2005.
7. http://ms.wikipedia.org/wiki/Qada_dan_qadar
8. http://www.alquran-melayu.com/

11

You might also like