Professional Documents
Culture Documents
1. Latar belakang
i. Nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
ii. Mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah serta mahir bersilat
2. Faktor perjuangan
i. British mewajibkan petani bayar cukai tanah yang membebankan
ii. British memperkenalkan cukai baharu seperti cukai kelapa berbuah, sirih, pokok pinang dan
kerbau serta lembu
iii. Pembayaran cukai yang menyusahkan kerana pejabat bayaran terletak jauh di bandar
iv. Menyahut seruan jihad kerajaan Turki Uthmaniyah menentang British
3. Peristiwa penentangan
i. Pada 28 April 1915, Encil Abdul Latif menghantar Sarjan Che Wan menyaman Tok Janggut
kerana tidak membayar cukai dan dituduh penghasut. Sarjan Che Wan dibunuh
ii. Pada 29 April 1915, Tok Janggut, Penghulu Adam, Engku Besar Jeram dan Che Salak Merbol
mengetuai angkatan melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh. Mereka menduduki pasir
Puteh selama tiga hari dan mengisytiharkan Pasir Puteh bebas daripada cengkaman British
iii. British menawarkan 500 dolar untuk menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya
iv. Pada 23 Mei 1915, British membakar rumah Tok Janggut dan pengikutnya. Tindakan ini
menyebabkan Tok Janggur menyerang Pasir Puteh
v. Pada 24 Mei 1915, British menyerang Tok Janggut di kubu Kampung Dalam Papuh, Saring
4. Kesan
i. Tok Janggut terkorban dan mayatnya diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu. Kemudiannya,
digantung songsang di Padang Balai Besar, Kata Bharu selama empat jam
1. Latar belakang
i. Nama sebenar Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid
ii. Guru agama
iii. Membela nasib kaum petani di Terengganu
2. Faktor Kebangkitan Tani
i. Pengenalan pas kebenaran membuka tanah, bercucuk tanam dan mengutip hasil hutan amat
membebankan petani
ii. Pengaruh pemimpin agama. Haji Rahman Limbong mengasaskan bahawa tanah adalah hak
Allah dan rakyat bebas mengerjakannya tanpa membayar cukai kepada kerajaan. Haji Musa
Abdul Ghani menyifatkan peraturan British bertentangan dengan syariah Islam
iii. Peraturan pendaftaran tanah baharu
iv. Penguatkuasaan Undang-undang Binatang Buas. Undang-undang Kawalan Binatang Buas
pada tahun 1923 telah malarang penduduk memburu binatang liar. Mereka yang ingkar akan
dikenakan denda 500 dolar dan senapang turut dirampas
3. Peristiwa penentangan
i. Kebangkitan Tani 1922 – petani membuka tanah di Kuala Telemong tanpa pas kebenaran
ii. 43 orang petani ditangkap dan mereka dibela oleh Haji Abdul Rahman Limbong
iii. Pada tahun 1925, Haji Abdul Rahman mengetuai 300 hingga 500 orang petani membersihkan
tanah Tengku Nik Maimunah dan tanah kerajaan
iv. British mendesak Sultan Sulaiman bertindak terhadap Haji Abdul Rahman
v. Pada tahun 1828, seramai 1 000 orang petani berhimpun di Marang, Kuala Telemong dan
Kuala Berang. Mereka menduduki balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang
vi. Pertempuran berlaku di Padang Kacong
4. Kesan
i. Seramai 12 orang petani terkorban dan Haji Abdul Rahman dibuang ke negeri Makkah.
Beliau meninggal dunia di Makkah pada tahun 1929
ii. Semangat dan keberanian pejuang Terengganu membangkitkan semangat kebangsaan
seterusnya