You are on page 1of 30

KECERDASAN PELBAGAI

&
GAYA PEMBELAJARAN
Definisi Kecerdasan Gardner

• Kebolehan menyelesaikan masalah


dalam kehidupan

• Kebolehan menjana masalah baru


untuk diselesaikan

• Kebolehan menghasilkan sesuatu atau


menyumbang khidmat yang dianggap
berguna dalam budaya masing-masing.
7 Jenis Kecerdasan
• Dalam ‘Frames of mind: The theory of multiple
intelligences’, 1983, Howard Gardner
mengemukakan 7 jenis kecerdasan.

• Tetapi, Bilangan kecerdasan tidak terhad kepada


yang dikemukakannya sahaja.

• Setiap satu daripada 7 kecerdasan mengandungi


sub-kecerdasan lagi.
1. Kecerdasan Verbal Linguistik

• Kebolehan berfikir dengan perkataan;


menggunakan bahasa untuk
menyatakan aray memahami maksud
yang kompleks.

• Penulis buku, penyajak, jurnalis,


pembaca berita, penceramah, ahli
politik – menunjukkan kecerdasan
linguistik yang tinggi.
Petunjuk:

• Suka mendengar dan bergerak balas kepada bunyi,


ritma, dan bahasa lisan.
• Suka permainan menggunakan perkataan.
• Belajar melalui bacaan, menulis, mendengar dan
berbincang.
• Boleh bercakap kepada pelbagai jenis pendengar –
meyakinkan, mempengaruhi, penuh perasaan dll.
• Menunjukkan kebolehan belajar bahasa asing.
2. Kecerdasan Logik-matematik

• Kecerdasan ini membolehkan


seseorang mengira dengan mudah, atau
menyelesaikan masalah matematik
yang kompleks.

• Saintis, ahli matematik, akauntan,


jurutera, pengaturcara komputer
menunjukkan kebolehan logik-
matematik yang tinggi.
Petunjuk:

• Mengguna simbol abstrak untuk menyatakan objek / konsep


konkrit.

• Menunjukkan kemahiran menyelesaikan masalah logikal.

• Boleh mengenali pola & hubungan.

• Suka operasi kompleks – kalkulus, fizik, pengaturcaraan


komputer, kaedah penyelidikan.

• Berfikir secara matematik – kumpul bukti, buat hipotesis, bina


model, beri contoh yang menentang, & bina hujah yang
meyakinkan.
3. Kecerdasan Visual Ruang

• Kebolehan berfikir dalam 3 dimensi.

• Kebolehan ‘melihat’ imej luar & dalam; mencipta,


menukar, atau mengubahsuai imej tersebut.

• Kebolehan ‘melayari’ ruang.

• Kebolehan menghasilkan / memahami maklumat


grafik.

• Pelaut, pilot, pelukis, arkitek, pengukir batu di


antara orang yang mempunyai kecerdasan visual
ruang.
Petunjuk:

• Belajar dengan melihat & memerhati. Kenal muka,


objek, bentuk, warna, & pemandangan.

• Boleh keluar dari hutan, memandu di jalan yang sebok,


melayari laut & sampai ke pantai.

• Melihat dalam bentuk imej – berfikir dalam bentuk


gambar – guna gambaran untuk ingat sesuatu.

• Suka melukis, mewarna, mengukir – hasilkan sesuatu


dalam bentuk yang boleh dilihat.

• Boleh fahami peta, rajah dan carta dengan mudah.


4. Kecerdasan kinesthetik

• Kebolehan memanipulasi objek dan


mencapai kemahiran fizikal yang tinggi.

• Kebolehan menggunakan tubuh badan


untuk survival.

• Ditemui di kalangan menari, pelakon,


ahli sukan, pencipta, doktor bedah,
pemandu kereta lumba dll.
Petunjuk:

• Belajar dengan sentuhan, pegang, manipulasi


bahan pembelajaran.

• Mempunyai pergerakan refleks yang baik –


imbangan, kelembutan, ketangkasan.

• Suka belajar melalui penglibatan & pengalaman


konkrit – lawatan, bina model, main peranan,
permainan dll.

• Menunjukkan kemahiran berlakon, bersukan,


menari, menjahit, mengukir dll.
5. Kecerdasan Muzik

• Jelas dapat dilihat pada individu


yang sensitif kepada bunyi,
melodi, ritma dan nada.

• Ditemui di kalangan penghibur,


pencipta, konduktor, jurutera
rekording, pembuat alat muzik dll.
Petunjuk:

• Perihatin & minat kepada bunyi – suara manusia,


bunti alam sekitar, muzik dll.

• Suka, seronok dan cari peluang untuk dengar muzik /


bunyi alam sekitar semasa belajar.

• Bergerak balas kepada muzik secara kinesthetik,


emosi dan intelek.

• Boleh bermain alat muzik.

• Kenal, perihatin dan bincang tentang pelbagai stail


muzik, pengaruh budaya dll.
6. Kecerdasan Interpesonal

• Kebolehan mamahami dan


berinteraksi dengan baik.

• Ditemui di kalangan ahli politik,


guru, pemimpin agama, kaunselor,
juru jual dll.
Petunjuk:

• Rapat dengan ibu bapa dan boleh berinteraksi dengan


orang lain.

• Bina dan jaga hubungan & pergaulan sosial.

• Sedar tentang dan guna pelbagai cara untuk berhubung


dengan orang lain.

• Memahami perasaan, pemikiran, motivasi, tingkah laku,


dan gaya hidup orang lain.

• Suka aktiviti kumpulan – ambil bahagian bekerjasama –


menjalankan tugas kumpulan.

• Boleh menerima perspektif orang lain.


7. Kecerdasan Intrapersonal

• Kebolehan membina persepsi tentang


diri sendiri dengan tepat dan
menggunakan pengetahuan tersebut
untuk merancang dan menentukan hala
tuju kendiri.

• Ditemui di kalangan novelis, kaunselor,


ahli falsafah, ahli psikologi dan ahli
mistik.
Petunjuk:

• Perihatin kepada emosi dan nilai-nilai kendiri.

• Dapat mencari pendekatan untuk sampaikan


perasaan atau pemikiran.

• Berusaha untuk kenal pasti & capai tujuan hidup


sendiri.

• Boleh bekerja bersendirian.

• Cuba memahami pengalaman dalaman.

• Berusaha untuk memenuhi hasrat sempurna kendiri.


• KP boleh dibahagi kepada 3 kategori:

• 1. Kecerdasan berkaitan objek


− Visual ruang
− Logikal-matematikal
− kinesthetik

• 2. Kecerdasan bebas
− verbal linguistik
− muzik

• 3. Kecerdasan berkaitan manusia


− Interpersonal
− intrapesonal
Kecerdasan Pelbagai

Kercedasan Kercedasan Kercedasan


berkaitan berkaitan bebas
manusia objek
Implikasi KP
• Persekitaran pembelajaran – menyediakan
penglaman pembelajaran yang melibatkan
pelajar untuk membina 7 kecerdasan.

• Kurikulum seimbang – memberi peluang


kepada pelajar untuk meneroka dan
mengembangkan 7 kecerdasan mereka.

• Guru menggunakan 7 kecerdasan dalam


menyediakan bahan pengajaran.

• Ibu bapa dilibatkan untuk mengajar anak


mereka kemahiran sosial.
Implikasi KP
• Matlamat kurikulum – mengajar supaya pelajar
faham. Skop kurikulum boleh disempitkan supaya
pelajar belajar lebih mendalam tentang konsep asas
bidang.

• Pelajar belajar arah kendiri dengan memulakan dan


menyiapkan projek pilihan mereka.

• Sekolah menekankan perkembangan kemahiran


tertentu melalui penerokaan.

• Sekolah menggalakkan pembinaan pengetahuan dan


kreativiti.
Implikasi KP
• Bakat dan minat pelajar individu boleh dikenal
pasti dan dikembangkan. Pelajar diberi peluang
untuk ambil bahagian dalam kokurikulum
pilihan mereka.

• Dengan kerjasama guru, pelajar kenal pasti


cara mereka harus dinilai.

• Maklum balas didapati daripada guru, rakan


sebaya, orang luar, dan refleksi.
Gaya Pembelajaran
• Dalam keadaan yang bagaimana pelajar
lebih mudah menerima maklumat?

• Dalam keadaan yang bagaimana pelajar


boleh menyusun dan memproses
maklumat?

• Dalam keadaan yang bagaimana pelajar


dapat menyimpan maklumat?
Dapatan Kajian
• 30% pelajar ingat 75% daripada yang didengar
dalam kelas biasa.

• 40% ingat 75% daripada apa yang dibaca & dilihat


(sama ada proses maklumat dalam bentuk
perkataan atau dalam bentuk gambar)

• 15% belajar melalui sentuhan – pegang, tulis, lukis


– pengalaman konkrit.

• 15% pelajar cerdas kinestetik – boleh belajar


dengan melakukan.
Bagaimana memproses maklumat

• Pelajar ‘otak kiri’ belajar dengan mudah


jika maklumat disusun secara logikal dan
berturutan.

• Pelajar ‘ otak kanan’ lebih suka kepada


gambaran keseluruhan terlebih dahulu, di
samping pengajaran yang melibatkan
gambaran, imaginasi, muzik, kesenian
dan intuisi.
Pengaruh keadaan
• Persekitaran fizikal – bunyi, cahaya,
suhu, tempat duduk, cara duduk
mempengaruhi kebolehan belajar

• Keperluan emosi – diri dan orang lain

• Keperluan sosial – kebanyakkan pelajar


prestasi rendah sangat memerlukan
galakkan dari rakan sebaya
Gaya Pembelajaran
Every human being has a learning style and every human
being has strengths.
It’s as individual as a signature.
No learning style is better or worse than any
other style.
All groups – cultural, academic, male, female
– include all types of learning styles.
Within each culture, socio-enomic strata or
classroom, there are as many differences as
there are between groups.
Ken & Rita Dunn
Soalan 1
Perkara di bawah merujuk kepada sejenis
kecerdasan :-

• Ingatan jangka panjang


• Analisis meta-linguistik
• Meyakinkan orang lain tentang jenis tindakan yang diambil.

A. Intrapersonal
B. Logikal/matematik
C. Lisan/linguistik
D. Interpersonal
Soalan 2
Gaya pembelajaran merujuk kepada cara atau gaya
seseorang memproses maklumat, membuat keputusan, dan
membentuk nilai. Gaya pembelajaran dapat dilihat melalui
tingkah laku seseorang.

• Apakah persamaan dan perbezaan utama antara


gaya pembelajaran dan kecerdasan pelbagai?
Rujukan

Campbell, Campbell & Dickinson. (1996).


Teaching and learning through multiple
intelligences. Massachusetts, USA: Allyn &
Bacon.

Dryden, G. & Vos, J. (1994). The learning


revolution. California: Jalmar Press.

You might also like