You are on page 1of 20

PERANAN HADIS

DISEDIAKAN OLEH:
SITI NUR ABIRAH BT AZMEE
NABILAH FARHANAH BT NOH
Hadis sebagai pentafsir Al-Quran
• Hadis yang bertindak mentafsirkan serta
menjelaskan nas al-Quran adalah selaras
dengan perutusan Baginda sebagai pesuruh
Allah.
• Ini disebabkan Rasulullah sahaja yang lebih
mengetahui maksud sebenar ayat-ayat
tersebut.
• Keadaan hadis yang mentafsirkan al-Quran
dapat dibahagikan 3 keadaan lain pula,iaitu:
a) Hadis berperanan untuk menjelaskan nas-nas al-
Quran yang berbentuk mujmal.
- Hadis menjelaskan nas al-Quran yang masih
berbentuk umum
• Konsep mujmal menurut pengertian yang
dijelaskan oleh al-Amidi di dalam kitabnya:Al-
Ihkam Fi Usul Ahkam:iaitu nas yang tidak boleh
ditangguhkan terhadap salah satu daripada dua
maksud dan nas yang tidak jelas mana satukah
yang dimaksudkan.
• Lantaran itu,nas mujmal merupakan nas yang
ringkas sekaligus memerlukan penjelasan
Antara contohnya ialah sebagaimana berikut:

i. Ayat serta nas-nas al-Quran yang diturunkan oleh Allah


berkaitan dengan suruhan atau perintah kewajiban
mendirikan sembahnyang lima waktu.Sebagaimana
Firman Allah:
• Kalau dilihat,ayat tersebut berbentuk
mujmal,iaitu tidak diterangkan
cara,bentuk,syarat dan masa untuk
menunaikannya secara khusus.
• Oleh sebab itu,apa-apa sahaja keadaan yang
berkenaan dengan cara mengerjakan
sembahyang akan ditunjukkan oleh baginda
Rasulullah SAW melalui sunnah ‘Amaliah atau
praktikal baginda.
• Antara contohnya sebagaimana sabda baginda kepada
salah seorang sahabat lelaki yang tidak tahu cara
mendirikan sembahyang dengan cara sempurna dan
betul melalui hadis baginda s.a.w daripada Abu
Hurairah:
Maksudnya:Apabila kamu berdiri betul,maka
takbirlah,kemudian bacalah mana-mana ayat al-Quran
yang mudah bagi kamu,kemudian rukuklah hingga tetap
rukuk kamu,kemudian angkat kepala hingga kamu
berdiri dengan betul,kemudan kamu sujud hingga tetap
sujud kamu.Kemudian kamu angkat kepala kamu hingga
duduk tetap.Lakukanlah demikian dalam semua
sembahyang kamu.
ii) Begitu juga dengan firman Allah tentang kewajipan
atau tuntutan mengeluarkan zakat,sebagaimana
firman-Nya:

”‫خ ْذ ِم ْنأ َ ْم َوالِ ِه ْم َص َد َق ًة‬.....


ُ ”
Terjemahan; Ambillah sebahagian dari harta mereka sebagai
zakat…”(Surah Al-Taubah:103)
• Ayat tersebut tidak dijelaskan secara berkaitan jenis
harta yang dikenakan zakat serta kadarnya.Oleh
itu,Rasulullah s.a.w menjelaskan kepada umatnya
antara harta yang diwajibkan berzakat ialah:Binatang
ternakan seperti:Unta,lembu,Tanaman seperti :Buah
tamar, dan gandum.
• Sebagai contoh untuk penjelasannya ialah hadis
Rasulullah s.a.w mengenai perbezaan di antara
zakat tanaman yang tumbuh melalui siraman air
hujan dengan tanaman yang disirami dengan
menggunakan tenaga manusia
• Ia dinyatakan sebagaimana sabda Baginda daripada
Ibnu Umar:

Maksudnya:Tanaman yang disirami oleh air hujan


atau mata air atau menyerap air sendiri melalui
akarnya,zakatnya 1/10,manakala tanaman yang
tumbuh dengan disirami menggunakan
tenaga(kos)zakatnya 1/20
iii)Terdapat nas al-Quran yang masih tidak jelas
atau kesamaran pengertiannya
• Oleh itu,hadis bertindak menafsir dan
menjelaskan nas kesamaran tentang maksud
sebenarnya disebabkan ia sukar untuk difahami
oleh akal pemikiran manusia.
• Antara contohnya ialah sebagaimana firman
Allah:
“...‫ض ِم َن ْال َخ ْي ِط ا َأل ْس َو ِد‬
ُ َ‫ُوا َحتَّى َ يتَبَي ََّن َ ل ُك ُم ْال َخ ْيطُ ا َ ْبألي‬
ْ ‫وا َوا ْش َرب‬
ْ ُ‫َو ُكل‬
‫م َن ْالفَجْ ر‬....
ِ ”ِ
Terjemahan:Makan dan minumlah sehingga nyata kepada kamu
garis putih daripada garis hitam pada waktu fajar.
)Surah al-Baqarah:187)
• Yang dimaksudkan dengan perkataan :Benang putih
serta benang hitam sebagaimana termaktub dalam
ayat tersebut adalah berbentuk samar-samar.
• Untuk itu,tentu sekali melalui pemikiran dan akal
manusia yang terbatas amat sukar sekali untuk
memahami nas yang samar itu.
• Oleh itu,Rasulullah bertindak menjelaskan segala
kesamaran tersebut,sebagaimana riwayat ‘Adi bin
Hatim,sabda baginda s.a.w
‫انما ذلك سواد الليل وبياض النهار‬
Maksudnya:Sesungguhnya itu ialah kegelapan waktu
malam dan cerah waktu siang.
• Lantaran itu,hadis tersebut telah mentafsirkan
mksud sebenar perkataan:Benang putih ialah
dengan membawa maksud :Siang ,manakala
perkataan benang hitam pula membawa
maksud:malam
b) Hadis mengkhususkan nas al-Quran yang
berbentuk umum.
• Dalam al-Quran,terdapat banyak nas yang
disebut secara umum.Justeru itu,hadislah
yang mengkhususkan segala keumuman nas
tersebut.
• Hasil dan maksud sebenar yang dikehendaki
oleh nas al-Quran bukanlah dalam bentuk
keumumannya itu,tetapi hukum yang telah
dikhususkan oleh hadis Baginda.
• Antara contohnya ialah sebagaimana firman Allah yang berkaitan
dengan wasiat:

‫ظ األُنثَيَ ْي ِن‬
ِّ ‫صي ُك ُم هّللا ُ فِي أَ ْوالَ ِد ُك ْم لِل َّذ َك ِر ِم ْث ُل َح‬
ِ ‫ يُو‬.....
Terjemahan :Allah perintahkan kamu mengenai
(pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki
menyamai bahagian dua orang anak perempuan.(Surah Al-Nisa’:11)

• Ketetapan hukum dalam ayat tersebut berbentuk


umum,dimana ia menjelaskan secara umum tentang anak
yang berhak mewarisi harta pusaka dengan merangkumi
semua anak,sama ada pembunuh kepada pewaris atau
tidak,anak para nabi atau sebaliknya.
• Lantaran itu,hadis telah bertindak mengkhususkan segala nas
yang berbentuk umum tersebut,antaranya ialah:
i. Menerusi hadis telah menjelaskan bahawa anak-anak Nabi
tidak mewarisi harta pusaka.Semua itu dijelaskan dalam
sabda Baginda yang diriwayatkan daripada Abu Bakar:
‫النورث ما تركنا صدقة‬
Maksudnya:Kami(Para nabi),tidak dipusakai,apa yang kami
tinggalkan menjadi sedekah.
ii. Selain itu,hadis juga telah mengkhususkan ayat atay nas
yang berbentuk umum tersebut.Di mana pembunuh tidak
dapat mempusakai harta peninggalan si mati.Hal itu
dinyatakan sebagaimana sabda Baginda daripada Abu
Hurairah:
‫القاتل ال يورث‬
Maksudnya:Pembunuh tidak dapat mewarisi.
iii. Hadis membataskan nas yang berbentuk mutlak.Dalam kata
lain,hadis yang bertindak sebagai muqayyad atau
membataskan terhadap hukum dan nas Al-Quran yang
berbentuk mutlak.
Antara contohnya ialah sebagaimana firman Allah s.w.t:
‫ُوا أَ ْي ِديَهُ َما‬
ْ ‫طع‬َ ‫َّارقَةُ فَا ْق‬ ُ ‫َّار‬
ِ ‫ق َوالس‬ ِ ‫َوالس‬
Terjemahan:Dan orang lelaki yang mencuri dan orang
perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah
tangan mereka .
• Ayat tersebut berbentuk mutlak.Ia tidak menjelaskan
kedudukan yang berkaitan dengan pencuri yang dikenakan
hukum potong tangan.
• Ketetapan tentang nilai atau kadar barang yang dicuri
terdapat hadis yang membataskan kadarnya.
• Hal itu dinyatakan sebagaimana hadis
Rasulullah s.a.w daripada A’isyah:
‫تقطع يد السارق في ربع دينار فصاعدا‬
Maksudnya:Dipotong tangan pencuri terhadap
barang curian bernilai ¼ dinar dan lebih
Hadis Sebagai Nasikh Hukum
• Hadis bertindak memainkan peranan penting
untuk menetapkannya serta bertindak sebagai
dalil untuk mensabitkan sudut nasikh dan
mansukh terhadap nas al-Quran.
• Jumhur ulama’ menyatakan bahwa hadis itu
kadangkala bertindak serta harus dan
menasakh dan mengganti hukum yang
ditetapkan atau thabit melalui al-Quran kecuali
Imam Syafi’I yang berpendapat sebaliknya.
• Menurut pendapat Imam Syafi’I,nas al-Quran
hanyalah boleh dibatalkan dengan al-Quran atau
nas al-Quran hanya bertindak membatalkan
hukum sahaja,bukan melauli hadis.
• Faktornya ialah kedudukan al-Quran adalah lebih
tinggi berbanding hadis.
• Walaubagaimanapun,pendapat sebahagian
daripada kalangan mazhab Syafi’I,seperti al-
Baydawi dan al-Asnawi
-Hadis bukan sahaja dapat bertindak sebagai dalil
dan bukti yang menetapkan konsep nasikh dan
mansukh dalam al-Quran.
• Namun,hadis juga boleh bertindak untuk
membatalkan al-Quran.Menurut mereka,hal ini telah
terbukti dan telah berlaku berdasarkan firman Allah:
‫صيَّةُ لِ ْل َوالِ َد ْي ِن‬
ِ ‫ك َخ ْيرًا ْال َو‬ ُ ‫ض َر أَ َح َد ُك ُم ْال َم ْو‬
َ ‫ت إِن تَ َر‬ َ ‫ُك ِت َب َعلَ ْي ُك ْم إِ َذا َح‬
َ ِ‫ُوف َحقًّا َعلَى ْال ُمتَّق‬
‫ين‬ ِ ‫ين بِ ْال َم ْعر‬ َ ‫َواأل ْق َر ِب‬
Terjemahan:Diwajibkan ke atas kamu berwasiat dengan cara
terbaik kepada ibubapa dan keluarga yang hampir apabila
seseorang kamu hampir mati dan sekiranya ada meninggalkan
harta. Itu adalah kewajipan orang yang bertaqwa. (Surah Al-
Baqarah:180)
• Ayat Al-Quran telah dinasakahkan oleh hadis Rasulullah s.a.w
sebagaimana sabda Baginda daripada ‘Amru bin Kharijah’:
‫الوصية لوارث‬
Maksudnya:Tiada wasiat bagi ahli waris (penerima pusaka).
• Keadaan tersebut telah membuktikan bahawa
Hadis boleh bertindak memansukhkan al-
Quran .
• Hukum yang mewajibkan berwasiat daripada
harta peninggalan kepada ibu bapa,ahli waris
dan kaum kerabat telah dibatalkan oleh hadis.
• Seseorang itu tidak boleh berwasiat untuk
memberikan hartanya kepada ibu bapa dan
ahli warisnya yang sememangnya berhak
menerima pusaka.

You might also like