You are on page 1of 40

10 Pengenalan

Pengurusan dan kepimpinan penting bagi sesebuah persatuan. Kuasa pengurusan


bersumberkan sesebuah persatuan, ia menggambarkan kestabilan, perintah, arahan dan
penyelesaian masalah dalam struktur tersebut. Kuasa kepimpinan pula menggambarkan
visi, kreativiti dan perubahan dalam sesebuah organisasi.

Kerbekesanan dan kecekapan pengurusan dan kepimpinan amat bergantung


kepada pengikut pengurus atau pengikut pemimpin. Walaupun daya pengurusan dan
kepimpinan dapat mempengaruhi tindakan pengikutnya, namun, kesanggupan dan
kerelaan seseorang pengikut untuk diperintah merupakan faktor yang terpenting dalam
memastikan kesinambungan organisasi.

Kepimpinan dam motivasi juga mempunyai kaitan yang rapat, dengan memahami
motivasi, kita boleh memahami dengan lebih mendalam apa yang dikehendaki oleh
seseorang itu dan mengapa mereka melakukan sesuatu seperti apa yang dilakukan.

Daripada kriteria di atas, persoalan dapat dikenal pasti. Apa yang membezakan
pengurusan dan kepimpinan? Dan, ciri-ciri kepimpinan yang manakah berkaitan dengan
motivasi?

Dalam setiap persatuan, setiap ahli mempunyai peluang untuk belajar bagaimana
menjadi pemimpin, dan memperoleh pelbagai jenis kepimpinan semasa memimpin.
Dengan itu, mereka dapat membangunkan organisasi yang mereka ceburi pada masa akan
datang.

20 Objektif dan tujuan

1
Tujuan tugasan ini adalah menjelaskan kepimpinan dalam persatuan untuk meningkatkan
ilmu pengetahuan tentang kepimpinan dalam organisasi seperti persatuan. Dalam tugasan
ini terdapat pelbagai maklumat yang amat berguna terhadap sesorang tentang bagaimana
menjadi seorang pemimpin yang berkesan. Ini bertujuan membolehkan mereka dapat
mempelajari dalam sesebuah persatuan seterusnya membangunkan sesebuah organisasi
yang besar apabila memasuki masyarakat pada masa akan datang. Selain itu, juga
terdapat kepimpinan moden dan kepimpinan islam dalam tugasan ini, terdapat beberapa
perbezaan dalam kedua-dua jenis kepimpinan tetapi kebanyakan adalah sama dari segi
cirri-ciri dan pendapatnya. Walaubagaimanapun, kami berharap agar tugasan ini dapat
memberikan maklumat dan ilmu yang berguna kepada pihak-pihak yang memerlukannya.

30 Definisi kepimpinan dan kepemimpinan

2
Kepimpinan

Kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang
berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah
pencapaian matlamat organisasi. Terdapat tiga faktor penting tentang definisi
kepimpinan.
Pertama, kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau pihak lain sama ada
pekenja-pekerja bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para pengikut. Ahli-ahli
kumpulan rnembantu mentakrifkan status pemimpin, dan mewujudkan proses
kepimpinan melalni kesanggupan mereka untuk menenima pengagihan kuasa yang tidak
seimbang di antara para pemimpin dan ahli-ahli kumpulan.
Kedua, para pemimpin rnempunyai autoriti untuk memberi arahan berkenaan
dengan setengah daripada kegiatan-kegiatan anggota kumpulan, manakala anggota-
anggota pula tidak boleh mengarah aktiviti-aktiviti pemimpin mereka.
Ketiga, selain daripada berkuasa untuk memberi arahan tentang apa yang perlu
dilakukan, pemimpin boleh juga mempengaruhi melalui arahan yang dilaksanakan oleb
pekerja-pekerjanya. Misalnya, seorang pengurus mungkin dapat mengarah stafnya untuk
melakukan sesuatu tugas, tetapi yang mungkin menentukan sampai ada tugas itu benar-
benar dikendalikan dengan betul ialah tahap pengaruhnya terhadap pihak yang
berkenaan.
Kepemimpinan
Kepemimpinan atau leadership adalah isu abadi manusia dan kemanusiaan. Menurut
Louis Allen yang secara jenius mengemukakan
The great question of tour times is haw to reconcile and integrate
human effort so people everywhere can work good and not their
common disaster. The answer largely upon on the capabilities
of leader in all positions in all segments of society.
Sehingga pemimpinlah yang akan menentukan arah sebuah bangsa dan Negara (atau
apapun namanya) menjadi maju atau justru semakin mundur. Terdapat lima karakter
kepemimpinan yang unggul, iaitu:
1. Karakter
Pemimpin adalah produk terunggul di lingkungannya. Rosabeth Moss-Kanter
mengedepankan individu dengan Triple-C : Consep atau kemampuan membuat

3
konsep akan masa datang, Competence atau kompetensi dan Connetectedness
atau kekuatan jaringan yang dimiliki.

2. Kredibilitas :
Steven M.Bornstein dan Anthony F.Sands (1996) menyebutkan lima inti (5C)
kredibilitas, antara lain Conviction yaitu keyakinan dan komitmen, Caracter yaitu
integritas, kejujuran, respek dan kepercayaan (trust) yang konsisten, Courage
yaitu keberanian, kemampuan untuk bertanggung jawab atas keyakinannya dan
bahkan kalau perlu berani mengubah diri, Composure adalah ketenangan bathin,
suatu kemampuan untuk memberikan reaksi dan emosi yang tepat dan konsisten,
khususnya dalam menghadapi situasi kristis. Competence adalah keahlian,
ketrampilan dan profesionalitas.

3. Nilai
Tugas kepimpinan adalah memberikan value nilai bagi organisasi yang
dipimpinnya. Memimpin adalah melakukan value creation sepanjang waktu. Nilai
ini adalah kemampuan membuat visi masa depan yang benar dan akurat,
kemampuan menata misi yang sesuai dengan kondisi yang dihadapi, menatanya
dalam strategi dan menjabarkan serta menjalankan secara operasional.

4. Keteladanan
Pemimpin harus mampu memberikan suri teladan dan dan panutan yang baik,
bukan dengan suara yang menggelegar atau ancaman yang terpampang di
dinding, karena keteladanan adalah simbol pertama kedewasaan yang
memerlukan toleransi, kerendahan hati dan kesabaran. Pemimpin adalah pamong,
bukan pangreh.

5. Harapan
Pemimpin harus memberikan harapan sehingga mampu membuka mata
pengikutnya akan tantangan masa depan dan bagaimana cara mengatasinya.

4
4.0 Fungsi-Fungsi kepimpinan

Konsep kepimpinan yang dibentangkan di atas adalah sangat luas dan sukar untuk kita
kaitkan dengan kepimpinan organisasi jika tidak melihat elemen asas kepada kepimpinan
tersebut. Tokoh-tokoh kepimpinan mengkaji peranan dan jenis pemimpin yang berkesan
merumuskan lima fungsi pemimpin iaitu:
i. Pengurusan kumpulan.
Pemimpin bertindak dengan tanggungjawab ke atas kumpulannya bagi
menggerakkan setiap perubahan. Peranan ini boleh dilaksanakan dalam
keadaan formal seperti memberi arahan dan juga tidak formal seperti
memberikan pendapat untuk melakukan tugas tertentu. Orientasi pemimpin
seperti ini ialah sangat mesra dengan ahli kumpulan dan bijak menggunakan
elemen sentuhan dan belaian bagi mempastikan ahli-ahlinya melaksanakan
peranan masing-masing.

ii. Memberi arah.


Wawasan 2020 adalah contoh idea seorang pemimpin yang memberi arah
kepada kumpulan. Arah tersebut adalah jelas, boleh dicapai dan memberi
keinginan yang meluap-luap untuk mencapainya. Keupayaan pemimpin
memberi panduan matlamat dapat menjadikan setiap usaha ahli kumpulan
dapat dijayakan bagi menyempurnakan arah tersebut.

iii. Pengurusan kerja.


merancang, melaksana dan mengurus memerlukan kebijaksanaan sinergi.
Tanpa keupayaan dan kematangan berfikir, sukar bagi mana-mana pemimpin
untuk mengembangkan ideanya. Jika dilihat dalam organisasi, Jepun berjaya
membentuk sebuah masyarakat yang mempunyai kaedah pengurusan kerjanya
sendiri, walaupun politik bergolak ekonomi mereka masih lagi stabil.

iv. Pembangunan ahli kumpulan.

5
Dalam konteks negara, ia bererti pembangunan modal insan. Sumber manusia
sangat penting dan kritikal kerana dapat menarik dan menjatuhkan kekuatan
sesebuah negara. Orientasi pemimpin jenis ini ialah mengutamakan semua
aspek pembangunan sumber manusia termasuk pendidikan, sosial dan
kebudayaan.
v. Penilaian.
Menilai adalah subjek yang sering diketepikan kerana sukar. Walau
bagaimanapun, proses penilaian boleh difokuskan kepada beberapa aspek yang
penting dan signifikan terhadap pembangunan kepimpinan pada masa depan.
Fungsi kepimpinan ini tidak semestinya seimbang pada semua pemimpin
kerana ada di antaranya sangat dominan dalam diri seseorang pemimpin. Kita
boleh memberi skala cemerlang, sederhana dan tidak berkesan kepada mana-
mana ketua atau pemimpin bagi menilai tahap kejayaan kepimpinannya.

5.0 Gaya Kepimpinan


Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang
dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapai
objektif organisasi. Gaya kepemimpinan yang dipergunakan pemimpin yang otokratik
antara lain:
a) menuntut ketaatan penuh dari para bawahannya
b. dalam menegakkan disiplin menunjukkan kelakuannya
c. bernada keras dalam pemberian perintah atau instruksi
d. menggunakan pendekatan punitif dalamhal terhadnya penyimpangan oleh
bawahan.
6
Pada dasarnya stail kepimpinan dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti yang
dijelaskan oleh Blake & Mouton (1964) iaitu:
5.1 Kepimpinan Autokratik
Seseorang pemimpin yang autokratik adalah mementingkan pelaksanaan tugas. Dia
memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin yang mengamalkan
stail ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan
memastikan arahan itu dipatuhi. Pemimpin akan menentukan syarat-syarat kerja dan
menentukan ganjaran dan hukuman kepada ahli-ahlinya.Atau kata lain, Pemimpin yang
autokratik merupakan sebarang yang dogmatik dan positif, memerlukan stafnya untuk
menurut perintah yang diarahkan, dan memimpin mengikut kebolehannya untuk memberi
atau menarik balik ganjaran kerja serta hukuman. Contoh kepimipnan seperti ini boleh
dilihat di dalam industri. Secara reaksinya,ahli-ahlinya akan berasa takut,gelisih dan
kecewa.Selain itu, ia akan menimbulkan atau mewujudkan ruang untuk berlaku
pertentangan.Dengan ini,ahli-ahlinya akan berasa kurang terjamin dan melarikan diri dari
pemimpin.Bagi situasi-situasinya:
a. Sesuai Diamalkan Kepada Pengikut yg Kurang Berpengalaman
b. Ahli-ahli yg Malas
c. Dalam Keadaan Mendesak/kecemasan
d. Pemimpin Sahaja yg Mengetahui Matlamat/ Jawapan Dari Arahan
5.2 Kepimpinan Berperikemanusiaan

Kepimpinan yang berperikemanusiaan menunjukkan minat yang lebih terhadap


kakitangannya. Dia mementingkan suasana kerja yang baik, dipupuk melalui jalinan
persahabatan yang mesra di kalangan semua kakitangan. Konflik cuba dihindarkan
dengan menganjurkan permuafakatan.

5.3 Kepimpinan Demokrasi


Stail kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan
kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya. Pendek katanya,
menggalakkan penglibatan dan penyertaan dan staf mereka tentang tindakan dan

7
pembuatan keputusannya,Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan
pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil.
Ciri-ciri
a) Pemimpin yang demokratik biasanya memandang peranannya selaku
koordinator dan integrator dari berbagai unsur dan komponen organisasi.
b) Menyadari bahwa mau tidak mau organisasi harus disusun sedemikian
rupa sehingga menggambarkan secara jelas aneka ragam tugas dan
kegiatan yang tidak bisa tidak harus dilakukan demi tercapainya tujuan.
c) Melihat kecenderungan adanya pembagian peranan sesuai dengan
tingkatnya.
d) Memperlakukan manusia dengan cara yang manusiawi dan menjunjung
harkat dan martabat manusia.
e) Seorang pemimpin demokratik disegani bukannya ditakuti.

Secara reaksinya,dalam suasana kurang formal.Kadang-kadang kala, dalam suasana rasa


tidak terjamin dan timbul perpecahan dan berpuak-puak.Bagi situasi-situasi yang
ditimbulkan ialah :

a. Penyertaan Pengikut Dalam Membuat Keputusan Diperlukan


b. Mempunyai Ramai Ahli yg Boleh Menjadi Pemimpin
c. Sering Wujud Di Kalangan Kelompok yg Boleh Bersuara Dan
Menyatakan Pendapat/ Hasrat Mereka
d. Pemimpin Tidak Mempunyai Kuasa ‘Khas Atau Khusus’ yg Tidak
Dimiliki Oleh Ahli yg Lain
Mengikut Vroom dan Vetton, terdapat lima bentuk perbezaan di dalam corak kepimpinan
demokratik. Gaya atau bentuk kepimpinan yang tertentu bergantung kepada keadaan
tertentu. Gaya kepimpinan ini adalah seperti berikut.
1. Pemimpin sendiri yang membuat keputusan dengan menggunakan maklumat yang ada
pada waktu tersebut.
2. Pemimpin mendapatkan maklumat yang diperlukan dan staf di bawah arahannya,
kemudian membuat keputusan sendiri. Peranan staf hanya setakat pemberian maklumat

8
yang diperlukan sahaja dan mereka tidak terlibat di dalam persoalan menyelesaikan
masalah.
3. Pemimpin menyampaikan masalah kepada mana-mana staf bawahannya yang relevan,
secara individu, untuk mengambil sesuatu keputusan.
4. Sesuatu masalah disampaikan oleh pemimpin kepada staf bawahannya, untuk
mendapatkan idea-idea dan cadangan-cadangan. Keputusan kemudiannya diambil tidak
semestinya hasil daripada pengaruh staf.
5. Pemimpin membincangkan sesuatu masalah bersaina staf bawahan untuk mencapai
persetujuan tentang penyelesaian masalab tersebut. Pemimpin tidak cuba mempengaruhi
apa juga keputusan yang perlu diambil, rnalah sanggup inenermia dan melaksanakan
keputusan yang mendapat sokongan sekalian ahli kumpulan.

5.4 Kepimpinan Laissez-Faire (kebebasan)


Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire, tidak begitu berminat
dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Beliau biasanya tidak peduli mengenai
kerja mahupun hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Pemimpin jenis ini
akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya. Pemimpin ini
berpandangan bahwa umumnya organisasi akan berjalan lancar dengan sendirinya karena
para anggota organisasi terdiri dari orang-orang yang sudah dewasa yang mengetahui apa
yang menjadi tujuan organisasi, sasaran-sasaran apa yang ingin dicapai, tugas apa yang
harus ditunaikan oleh masing-masing anggota dan pemimpin tidak terlalu sering
intervensi. Karakteristik dan gaya kepemimpinan tipe ini adalah:
a. pendelegasian wewenang terjadi secara ekstensif
b. pengambilan keputusan diserahkan kepada para pejabat pimpinan yang lebih
rendah dan kepada petugas operasional, kecuali dalam hal-hal tertentu yang
nyata-nyata menuntut keterlibatannya langsung.
c. Status quo organisasional tidak terganggu
d. Penumbuhan dan pengembangan kemampuan berpikir dan bertindah yang
inovatif diserahkan kepada para anggota organisasi yang bersangkutan sendiri.
e. Sepanjang dan selama para anggota organisasi menunjukkan perilaku dan
prestasi kerja yang memadai, intervensi pimpinan dalam organisasi

9
berada pada tingkat yang minimum.
Dalam reaksinya seperti keadaan berikut :
a) Pengikut mungkin rasa kabur
b) Rasa dipentingkan
c) mungkin timbul rasa serbasalah terhadap matlamat
d) mungkin timbul kurang rasa hormat terhadap pemimpin
Situasi-situasi yang boleh ditimbulkan adalah :
a. Sesuai terhadap pengikut yang mempunyai ‘self motivated’
b. Pengikut mempunyai kemahiran yang tidak diragukan terhadap
bidangnya dalam mencapai matlamat
c. Pengikut adalah dari kalangan yang setia kepada pemimpin
6.0 Kepimpinan Dalam Konteks Islam
6.1 Definisi kepimpinan dalam konteks islam
Dalam Islam, aspek kepimpinan diberi perhatian penting sehingga Rasulullah s.a.w.
menganjurkan agar dilantik seorang pemimpin walaupun dalam kumpulan yang kecil
sepertimana sabda Baginda yang bermaksud: “Apabila tiga orang keluar bermusafir,
maka hendaklah dilantik seorang daripadanya sebagai ketua”. Terdapat pelbagai definisi
diberi tentang “kepimpinan” iaitu antaranya:
1. Usaha untuk mempengaruhi individu atau sekumpulan individu untuk melakukan
sesuatu tugas bagi mencapai objektif tertentu
2. Tingkah laku individu apabila dia sedang mengarah aktiviti kumpulan ke arah
mencapai matlamat yang dikongsi bersama, dan
3. Seni menyusun hubungan antara individu dengan beberapa kumpulan yang
mengarah mereka ke arah sesuatu matlamat yang dirancangkan.Terdapat pelbagai
istilah yang dikaitkan dengan kepimpinan dalam Islam seperti ‘khalifah’,
‘imamah’, ‘qiyadah’, ‘za’mah’, ‘ri’ayah’, ‘ri’asah’ dan ‘siyadah’. Semua istilah
ini menunjukkan wujudnya hirarki dalam kepimpinan Islam.
Dalam bahasa Melayu pemimpin bermakna: mengepalai atau mengetuai serta
mengendalikan (badan, pertubuhan, pergerakan, negara dan lain-lain). (Kamus Dewan,
edisi3,hal.1037). Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilaku manusia, pengaruh, daya
tindakan serta penghalangnya ke arah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh
menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan.
10
"To lead is to control (a group of people) to be the person who
makes the decision or the most important person in the group".
(Cambrigde Dictionary of English, hal. 803).

Islam memandang isu kepimpinan sebagai perkara yang besar. Sirah telah memaparkan
kepada kita tindakan para sahabat r.a. berhimpun dan berbaiah memilih Abu Bakar r.a.
sebagai khalifah di Saqifah Bani Sa’adah demi untuk tidak membiarkan masyarakat tanpa
teraju, walaupun ketika itu jenazah baginda saw belum lagi disemadikanPara sahabat dan
tabi’in telah jimak bahawa amanah ini adalah tuntutan syarak selepas daripada kewafatan
Rasulullah. Oleh itu, kepimpinan dalam islam bukan sahaja merupakan satu TASHRIF
tetapi juga lebih daripada itu kerana ia hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar
layak dan memenuhi prasyarat kepimpinan untuk silaksanakan dengan penuh keikhlasan
dan tawakkal kepada Allah. Rasulullah pernah menegaskan:

‘Apabila berangkat tiga orang dalam perjalanan maka hendaklah mereka melantik
salah seorang daripada mereka menjadi ketua’ (al hadith). Inilah perintah baginda
terhadap perlantikan ketua (pemimpin) walaupun dalam situasi yang kecil (bermusafir)
dan maka apatah lagi dalam kumpulan yang besar atau organisasi yang khusus dan
mempunyai tugas, sudah pasti keperluan terhadap pemimpin adalah terserlah.

Pemimpin, ada lima tanggungjawab bagi seseorang pemimpin untuk mencapai tahap
kesempurnaan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. Tanggungjawab tersebut adalah ;

- Pemimpin yang berkelayakkan dan berkemahiran menjadikan


Pertama
islam sebagai pedoman dan panduan dalam memperbaiki
masyarakat.
Kedua - Menegakkan kebenaran islam
Ketiga - Memelihara Karamatul-Insan (nilai-nilai kemuliaan manusia)
Keempat - Memakmurkan bumi Allah s.w.t
Kelima - Menjalankan urusan amar makruf nahi munkar

11
6.2 Ciri-ciri Utama Pemimpin Muslim Dalam Organisasi secara islam
Pada setiap pemimpin perlu memiliki cirri-ciri yang berikut:
1. Beriman dan Adil
Keimanan yang mantap akan menjelmakan peribadi yang luhur dan pastinya
dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji.pemimpin yang berimam akan
menghalakan orang-orang di bawah tanggungjawab ke arah matlamat yang benar.
Keadilan pula akan menjamin setiap hak individu terpelihara dan suasana yang
murni akan dapat dibentuk untuk memastikan kesejahteraan bersama.

2. Mengenali Dakwah
Ciri ini sangat penting kerana pemimpin sebenarnya adalah seorang daie yang
bertanggungjawab untuk menyeru ummat kea rah penghayatan islam yang
sebenar dan menyeluruh. Apabila seorang pemimpin dapat menampilkan imejnya
sebagai daie dan murabbi yang baik, peranannya akan menjadi lebih berkesan dan
matlamatnya untuk melahirkan generasi yang menjadikan Islam sebagai landasan
hidup akan lebih mudah tercapai. Oleh itu, aktiviti pengorganisasian dan gerakan
dakwah perlu diselaraskan dan sebatkan dalam kepinpinannya.

3. Mengenali Jiwa
Di antara kewajiban pemimpin ialah mengetahui segi-segi kekuatan dan
kelemahan yang ada pada dirinya. Pemimpin yang tidak tahu potensi-potensi dan
keupayaan tidak akan dapat menjadi pemimpin yang berjaya. Malah barangkali
akan menyebabkan kemudharatan dan malapetaka terhadap dakwah dan
kepimpinannya. Oleh itu seorang pemimpin mestilah:

a) Mengetahui titik kelemahan yang ada pada dirinya lalu memperbaikinya.


b) Memcari sudut kekuatan yang ada pada dirinya serta berusaha meningkat dan
memajukannya lagi.
c) Berusaha bersungguh-sungguh untuk memperkayakan pengetahuan umum
dan banyak mempelajari pelbagai topik, pendapat dan fikiran di dalam
lapangan politik, social, ekoni dan lain-lain.

12
d) Member perhatian dengan mengkaji peribadi pemimpin Islam dan bukan
Islam serta mengetahui cara kepimpinan mereka, sebab-sebab dan factor
kejayaan atau kegagalan mereka.

4. Perhatian kepada orang bawahan


Perhatian yang diberikan kepad pengikutnya adalah dengan mengenali mereka
sekadar yang perlu, mengambil tahu hal ehwal mereka, ikut serta bersama-sama
merasai riang dan duka dan bersungguh-sungguh mencari penyelesaian masalh
mereka. Semua ini dapat membantu pemimpin itu untuk mengawal serta membina
thiqah orang bawahan terhadap dirinya seterusnya dapat mengambil faedah
daripada suasana tersebut.

5. Teledan yang baik


Para pengikut sentiasa memerhatikan dan memandang kepada pemimpin sebagai
model yang baik untuk diikuti dan dicontohi. Telatah pimpinan, budi pekerti,
kata-kata dan segala perbuatannya mempunyai pengaruh yang sangat berkesan
kepada setiap pengikutnya. Rasulullah adalah merupakan satu teladan yang amat
baik bagi seluruh umat manusia.

6. Pandangan yang tajam


Kemampuan pemimpin dalam melakukan penyiasatan yang cepat dan tepat bagi
mana-mana masalah serta kemampuan mengambil keputusan yang tegas dalam
pelbagai situasi dan keadaan, semuanya akan menimbulkan kepercayaan dan
penghargaan orang bawahan terhadap dirinya.
‘Bahawa Allah suka pada pandangan yang tajam ketike berhadapan dengan
kekeliruan dan Allah suka pada akal yang matang ketika nafsu menyerang.”

7. Kemahuan dan Kekuatan


Kemahuan dan kekuatan adalah salah satu rukun daripada rukun-rukun
keperibadian pemimpin. Dengannya segala kepayahan akan dapat diatasi.
Kepimpinan dewasa ini memerlukan tekad dan tegas serta tidak mempendulikan
segala tribulasi yang mendatang. Kekuatan dan bersungguh-sungguh dalam setiap

13
perencanan perlaksanaan adalah untuk memastikan matlamat-matlamat yang telah
digariskan akan tercapai.

8. Hikmah dan Matang Dalam Tindakan


Dalam menangani permasalahan hidup, pemimpin adalah merupakan tempat
rujuk untuk menyelesaikan masalah. Apabila ini berlaku, pemimpin haruslah
menunjukkan kematangan dalam pendapat keputusan supaya wibawanya akan
meningkat.Hikmah bermaksud supaya semua tindakan dan keputusan yang
berhasil kesan yang positif dan perlaksanaannya tidak tidak bercanggah dengan
syarat.oleh itu sekiranya perlu kepada ketegasan atau kelembutan maka ia perlu
diberikan penekanan sepenuhnya.

9. Optimisme
Optimism adalah antara perkara-perkara dasar yang penting bagi peribadi yang
memimpin. Oleh yang demikian pemimpin harus bersifat optimis, berhadapan
penuh dan berlapang dada. Sikap berputus asa dan menunduk kepada tekanan
akan meruntuhkan sesebuah organisasi.

10. Mengamalkan Syura


Syura merupakan institusi teras dalam kepimpinan Islam. Perlaksanaan syura
melambangkan sikap terbuka seorang pemimpin dalam menentukan mautiq dan
pendirian secara bersama. Melalui syura dan mauqif dan keputusan yang dibuat
adalah lebih baik kerana wujud gabungan isea antara pemimpin dan pihak lain.

11. Komninasi nilai umara dan ulama


Umara ialah segolongan yang wajib ditaati seperti yang telah dinaskan di dalam
al-Quran iaitu pada perkara yang menepati syariat Islam. Ulama pula adalah
setinggi-tinggi darjat manusia kerana merupakan pewaris nabi. Maka cirri-ciri
umara dan ulama perlu diintegrasikan untuk melahirkan natijah kepimpinan yang
benar-benar mantap yang didokong oleh karisma kepimpinan , ketinggian ilmu
dan inayah daripada Allah.

14
12. Daya Tarikan semula jadi
Ia adalah satu tabia yang mana sekiranya ada pada diri maka dia dapat menarik
hati orang lain tanpa usaha yang banyak, kethiqahan, muka manis dan sikap yang
peramah merupakan penarik Zahiriah yang kuat pengaruhnya untuk mewujudkan
asa kepimpinan yang baik dan berkesan.
Tiga perkara-perkara perlu diberikan penekana oleh setiap pemimpin:
i) Kebersihan jiwa dan rohani
ii) Kesihatan badan dan kekuatannya
iii) Keupayaan mental dan pemikiran
6.3 Cabaran Membentuk Pemimpin dan Kepimpinan
Kepimpinan dari perspektif Islam tidaklah semata-mata merujuk kepada pemimpin
tertinggi terutama pemimpin-pemimpin negara, seperti yang terbayang dalam pemikiran
kebanyakkan orang bila membincangkan soal kepimpinan. Cabaran untuk membentuk
kemahiran kepimpinan dalam setiap individu Muslim adalah cabaran utama yang perlu
difahami. Mengikut hadis Rasulullah s.a.w., semua individu Muslim dianggap sebagai
pemimpin dan bertanggungjawab kepada mereka yang berada di bawah
tanggungjawabnya seperti sabda Baginda yang bermaksud:
“Tiap-Tiap seorang dari kamu adalah pemimpin dan akan diminta
bertanggungjawab kepada orang-orang yang berada di bawah jagaannya. Seorang ketua
negara bertanggungjawab ke atas rakyatnya dan akan disoal oleh Allah akan
kepimpinannya. Seorang isteri bertangung jawab di rumahnya dan akan disoal berkenaan
tanggungjawabnya, seorang anak bertanggungjawab ke atas harta bapanya dan dia juga
akan disoal, begitu juga seorang hamba atau yang bekerja dengan majikan,
bertanggungjawab kepada majikannya, setiap kamu adalah pemimpin, dan
bertanggungjawab kepada apa yang dipimpinnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Berdasarkan hadis di atas, boleh difahami bahawa tahap yang paling minimum,
seorang individu bertanggungjawab memimpin dirinya sendiri, kemudian hierarki
kepimpinan meningkat setahap demi setahap - bermula dalam diri sendiri, keluarga,
masyarakat sehinggalah kepada kepimpinan yang tertinggi di peringkat negara dan dunia.
Dalam semua peringkat kepimpinan ini, pemimpin bertanggungjawab penuh terhadap
pengikut-pengikut atau orang yang dipimpinnya. Lebih tinggi kedudukan kepimpinan

15
seseorang, lebih tinggilah amanah yang mesti dipikul olehnya. Pemimpinlah sebenarnya
yang bertanggungjawab menentukan ke arah mana pengikut-pengikutnya akan dibawa.
Keharmonian atau kegelisahan yang wujud dalam masyarakat berkait rapat dengan
agenda yang dibawa oleh pemimpin. Banyak nas syarak yang menekankan fungsi
pemimpin sebagai penggerak sosial dan mengakui pemimpin mempunyai implikasi besar
kepada corak atau pola perlakuan pengikut, misalnya disebut dalam Surah al-Baqarah,
ayat 257:
Maksudnya: “Allah pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang yang
beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan
orang-orang kafir, penolong-penolong mereka ialah thaghut, yang mengeluarkan mereka
dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di
dalamnya”. Para pengkaji kepimpinan selalunya cuba membezakan antara fungsi seorang
ketua dan pemimpin (Jaafar Muhammad, 1988). Bersikap sebagai pemimpin lebih unggul
berbanding dengan sikap seorang ketua. Suami misalannya ditentukan sebagai pemimpin
kepada keluarga dan rumahtangga yang bertanggungjawab memimpin isteri dan anak-
anak. Fungsi suami sebagai pemimpin kadangkala perlu berbeza dari fungsi seorang
ketua dalam organisasi tertentu. Seorang ketua mungkin mementingkan arahannya diikuti
oleh pekerjapekerjanya tanpa mengambil kira soal perasaan atau emosi. Sedangkan,
sebagai seorang suami yang memimpin keluarga, selain memastikan objektif yang
dikehendaki seperti membentuk suatu entiti keluarga bahagia tercapai, beliau mesti
mengurus orang atau manusia yang melibatkan perasaan dan emosi secara bijaksana. Pola
perlakuan pengikut banyak bergantung kepada kemahiran dan keupayaan pemimpin
dalam mengorganisasi dan memobilisasi pengikut mencapai matlamat yang dipersetujui
bersama (Mustafa Haji Daud 1994: 73-81).
Oleh kerana setiap individu Muslim dibebani dengan tanggungjawab memimpin,
mereka dibekalkan oleh Allah S.W.T. dengan potensi kepimpinan yang boleh
dikembangkan. Setiap Muslim mempunyai potensi tersendiri untuk menjadi seorang
pemimpin yang berkesan dalam lingkungan tanggungjawabnya. Ini kerana kepimpinan
bukanlah statik atau kaku dan tidak berkembang tetapi ia sebenarnya dinamik, boleh
berubah kepada tahap yang lebih baik dengan melalui beberapa proses tertentu. Memang
ada penulis yang beranggapan seorang pemimpin berpengaruh memang telah dilahirkan
dengan beberapa sifat yang melayakkan dirinya sebagai pemimpin. Dengan ertikata lain

16
mereka “born to be a leader” atau memang mereka dilahirkan untuk menjadi pemimpin
(Jaafar Muhammad, 1988). Bagaimanapun, pemimpin yang berpengaruh diakui perlu
juga melalui beberapa proses atau latihan yang boleh membentuk personalitinya sebagai
seorang pemimpin yang berjaya. Seorang pemimpin yang mencurahkan seluruh
pemikiran dan tenaganya bagi memastikan pengikut-pengikut memperolehi manfaat yang
banyak dari kepimpinannya dijanjikan oleh Allah dengan ganjaran yang besar (Ahmad
Ibrahim 1991). Dalam Musnad Imam Ahmad ada diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda yang bermaksudnya: “Makhluk yang paling dicintai Allah adalah imam
(pemimpin) yang adil dan yang paling dibenci Allah ialah imam yang zalim”.
6.4 Cabaran Melaksanakan Tanggungjawab Kepimpinan
Kepimpinan mengikut perspektif Islam bukanlah satu kedudukan yang boleh dianggap
istimewa atau perlu direbut-rebut kerana ia sebenarnya lebih bersifat amanah. Rasulullah
s.a.w. pernah mengingatkan Abu Dzar al-Ghifari yang memohon diberi suatu jawatan
mentadbir wilayah Islam dalam sabdanya yang bermaksudnya: “Sesungguhnya
kepimpinan itu adalah satu amanah, pada hari kiamat ia merupakan kehinaan dan
penyesalan, kecuali bagi mereka yang menunaikan amanahnya dengan sempurna seperti
yang telah dipertanggungjawabkan”.
Amanah menunaikan tanggungjawab bukan sahaja terhenti kepada
menyempurnakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya kepada pengikut-pengikut,
tetapi yang lebih penting dilihat oleh Islam ialah menyempurnakan amanah kepada Allah.
Ibn Taimiyyah dalam bukunya Siyasah al-Syar`iyyah (1988) menekankan bahawa kriteria
penting dalam melantik seorang pemimpin mengetuai sesuatu jawatan ialah memastikan
mereka mempunyai dua sifat penting iaitu quwwah (keupayaan mentadbir dan mengurus)
dan amanah. Menariknya, Ibn Taimiyyah sendiri, yang menulis buku berkenaan kira-kira
800 tahun dahulu, juga turut mengakui bahawa sukar memperolehi individu pemimpin
yang mempunyai kedua-dua sifat ini sekaligus.
Islam amat mementingkan kesejahteraan masyarakat dengan menentukan beberapa
kriteria dalam pembentukan kepimpinan. Pemimpin yang sentiasa menjaga amanah
kepimpinannya akan memiliki rasa tanggungjawab (sense of responsibility) yang tinggi
dan seterusnya mendorong dia mengambil berat apa yang benar-benar berlaku kepada
pengikut. Saidina Umar al-Khattab digambarkan sering memeriksa kehidupan rakyatnya,
adakalanya di waktu malam, untuk mendapat informasi yang benar dan direct tanpa

17
bergantung kepada laporan pegawainya semata-mata (Naceur Jabnoun 1994). Dengan
informasi berkenaan beliau dapat bertindak cepat menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Sebahagian besar masa dan kerja pemimpin berkait rapat dengan urusan menyelesaikan
masalah yang dihadapi pengikut di samping mewujudkan interaksi dengan para pengikut.
Mohd. Amin Saleh (1990) menggariskan lima tanggungjawab utama kepimpinan dalam
Islam yang perlu dipenuhi iaitu:
a. Menegakkan Kebenaran Islam.
Oleh kerana ilmu pengetahuan merupakan syarat utama untuk menjadi seorang
pemimpin, mereka sepatutnya mengetahui kebenaran hakiki di sisi Islam.
Kebenaran Islam perlu ditegakkan meskipun ia boleh menggugat kepimpinan atau
darjat seorang pemimpin ataupun mungkin akan menimbulkan kepayahan,
kepahitan dan kesukaran. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang
bermaksud: “Katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit”. Begitu juga Allah
S.W.T. berfirman dalam Surah al-Ahzab ayat 39: Maksudnya: “(Nabi-nabi yang
telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka
takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapapun
melainkan kepada Allah. Dan cukuplah Allah menjadi penghitung (segala yang
dilakukan oleh makhluk-makhluknya untuk membalas mereka)”.
b. Memelihara Karamatul Insan.
Manusia yang dicipta Allah mempunyai nilai yang tinggi di sisiNya. Kemuliaan
manusia bergantung kepada kemurnian akhlak yang diterjemahkan di dalam
kehidupan, menjaga kehormatan diri, memelihara moral dan keunggulan peribadi
dan tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat Islam kerana ia
akan merendahkan martabat insan. Syed Muhammad Naguib al-Attas
menjelaskan tentang hakikat manusia dengan menyatakan bahawa:
“Man has a dual nature, he is both soul and body, he is at once physical
being and spirit”.
Oleh kerana kerana manusia dicipta untuk menyembah Allah, tugas itu perlu
dilakukan kerana ianya sesuai dengan fitrah penciptaan manusia. Dengan
keupayaan intelegence dan huda (petunjuk) yang dibekalkan, manusia mesti
dipandu supaya menjadi makhluk yang mulia, yang tahu menggunakan akal untuk
mencari dan menemui kebenaran. Nafsu haiwan manusia yang rendah

18
kedudukannya perlu dikawal dan pemimpin perlu memastikan para pengikut
bukan sahaja dibentuk dalam konteks sosio-ekonomi, tetapi juga memenuhi tabii
kemanusiaan yang asal.

c. Memakmurkan Buminya.
Memakmurkan bumi Allah dalam ertikata membangunkan ekonomi negara,
membangunkan syakhsiah penduduknya dan menjaga keharmonian dan
kesejahteraan adalah tanggungjawab utama pemimpin. Segala urusan berkaitan
pembangunan negara hendaklah dipertimbangkan dari segi kemaslahatan umum,
bukannya hanya terhad kepada kelompok atau kumpulan tertentu. Pengagihan
kekayaan negara hendaklah dilakukan secara adil dengan memberi hak kepada
yang berhak menerimanya dan membuka peluang seluasluasnya kepada rakyat
untuk membina kehidupan di dunia dan tidak melupakan kebaikan di akhirat.
Kerana itu perlu disedari bahawa Allah menghalalkan jualbeli tetapi
mengharamkan riba (al-Baqarah: 275). Hasil-hasil bumi yang terdiri dari galian
dan tumbuh-tumbuhan perlu dimanfaat untuk kesejahteraan hidup manusia.

d. Menjalankan Urusan Amar Makruf dan Nahi Munkar


Menjadi tanggungjawab utama pemimpin mengarahkan dan melaksanakan
perkara-perkara yang baik dan berusaha mencegah kemungkaran untuk
memastikan para pengikut sentiasa berada di dalam kesentosaan dan memperoleh
nikmat secara maksima dalam kehidupan. Lubanglubang kemungkaran perlu
ditutup untuk mengelak merebaknya wabak keruntuhan akhlak dan masalah
sosial. Firman Allah dalam Surah al-Anbiya’, ayat 73: Maksudnya: “Dan Kami
jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang
benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan
kebaikan dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; dan mereka sentiasa
beribadat kepada Kami”.

e. Islah (memperbaiki) Masyarakat Melalui Gunatenaga yang Patut.

19
Menjadi tanggungjawab kepimpinan mengorganisasi bidang-bidang kehidupan
para pengikut, terutama dengan menurunkan kuasa kepada yang layak.
Penyusunan jabatanjabatan, bahagian-bahagian, unit-unit dan sebagainya di dalam
struktur organisasi kepimpinan mesti dipandu supaya melakukan islah dengan
segala kemampuan yang ada. Firman Allah dalam Surah al-Qasas ayat 26:
Maksudnya: “Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: ‘Ya bapaku ambillah ia
sebagai orang yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya orang yang paling
baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat
dipercayai”.
6.5. Cabaran Melaksanakan Hak Pemimpin dan Pengikut
Kualiti kepimpinan memang diutamakan oleh Islam. Bagaimanapun kualiti berkenaan
tidaklah semata-mata terletak kepada pemimpin tetapi juga pengikut. Pengikut yang
berkualiti akan melahirkan pemimpin yang berkualiti. Kualiti kepimpinan dilihat oleh
Islam berhubung rapat dengan menunaikan amanah tanggungjawab kepimpinan.
Membetulkan barisan dalam sembahyang berjamaah mungkin dianggap remeh
oleh sebahagian orang, tetapi ia menggambarkan bagaimana seorang imam
mempraktikkan penjagaan kualiti makmum yang mengikutinya. Justeru itu, selain
pengikut, pemimpin juga berhak mendapat nasihat dan teguran yang baik dari pengikut
untuk membaiki prestasi kepimpinan seperti yang berlaku dalam sembahyang berjamaah.
Dalam hal ini, pemimpin mesti bersifat terbuka, sanggup menerima kritikan dan
mengubah praktik negatif yang merosakkan kesejahteraan pengikut atau rakyat. Islam
turut menggariskan hak-hak pemimpin dan yang dipimpin dan perlu dilaksanakan untuk
mencapai kecemerlangan dalam kehidupan. Satu yang perlu difahami dalam kepimpinan
Islam ialah ungkapan bahawa “Pemimpin yang baik juga adalah pengikut yang baik”.
Kenyataan ini adalah antara kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji kepimpinan merujuk
kepada seorang pemimpin yang berkesan di mana dalam masa yang sama dia juga
menjadi pengikut yang baik. Oleh kerana tugas memimpin merupakan satu amanah yang
penting lagi berat, Islam turut menggariskan hak-hak yang wajar diterima oleh pemimpin
dari pengikut-pengikutnya. Kalau pemimpin diminta melaksanakan urusan kepimpinan
dengan penuh amanah dan dedikasi, Islam juga meminta para pengikut melaksanakan
tugas mereka kepada pemimpin. Terdapat sekurang-kurangnya tiga hak yang wajar

20
dinikmati oleh pemimpin dari pengikut iaitu mendapat kepatuhan dan taat setia,
mendapat kerjasama, dan memperolehi teguran serta nasihat.
a. Mendapat Kepatuhan dan Taat Setia
Kepatuhan dan taat setia dari para pengikut akan menentukan segala urusan berkaitan
dengan kemasyarakatan berjalan lancar dan memastikan organisasi kepimpinan tidak
kucarkacir. Allah berfirman:
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan
taatlah kepada RasulNya serta pemerintah di kalangan kamu, kemudian jika kamu
berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah dan rasulNya, jika
kamu benarbenar beriman kepada Allah dan hari Kemudian. Yang demikian itu lebih
utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (al-Nisa': 59).
Perlu dijelaskan bahawa ketaatan bukan hanya sekadar meliputi kepada perkara-
perkara yang disukai, tetapi merangkumi juga perkara-perkara yang mungkin dibenci. Ini
kerana dari segi fitrahnya, manusia mudah taat kepada perkara yang disukai, tetapi sukar
mentaati perkara yang tidak disukai.
Perintah ketaatan kepada pemimpin bagaimanapun tidaklah mutlak sebagaimana
perintah ketaatan orang mukmin kepada Allah dan RasulNya. Ini kerana Rasulullah s.a.w.
menghadkan ketaatan kepada pemimpin hanya kepada perkara-perkara yang makruf
seperti sabda Baginda yang bermaksud: "Tidak ada ketaatan kepada perkara-perkara
maksiat kepada Allah, sesungguhnya ketaatan itu hanya pada perkara-perkara makruf".
Islam juga menekankan bahawa ketaatan kepada pemimpin bukan kerana kehebatan
personaliti atau kerana takut dan bimbang kepada sesuatu bentuk tindakan yang mungkin
akan berlaku, tetapi ketaatan diberikan adalah kerana jawatannya yang dianugerahkan
Allah untuk mentadbir urusan umat. Allah menyatakan bahawa orang yang beriman lelaki
dan wanita tidak akan teragak-agak untuk menerima segala perintah yang datang dari
Allah dan RasulNya seperti yang disebut dalam Surah al-Ahzab, ayat 36: Maksudnya:
“Dan tidak patut bagi lelaki yang mukmin dan wanita yang mukmin, apabila Allah dan
RasulNya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain)
tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan RasulNya maka
sesungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata”.
b. Memberi Kerjasama

21
Selain memberi ketaatan, para pengikut juga wajar memberi kerjasama dan memastikan
sesuatu perancangan atau program yang digerakkan oleh pemimpin berjaya mencapai
objektifnya. Pemimpin yang memimpin dalam lingkungan syariat wajar mendapat
kerjasama sepenuhnya dari para pengikut. Kerjasama kepada pemimpin boleh
dimanifestasikan dalam berbagai bentuk - dari berbentuk pengorbanan mempertahankan
kewibawaan pemimpin dengan lisan atau apa sahaja cara yang wajar sehingga kepada
pengorbanan harta dan keringat. Kerjasama dari pengikut bagaimanapun hendaklah
timbul dari rasa tanggungjawab terhadap pemimpin yang menunaikan amanahnya seperti
yang diperintahkan oleh Allah dan bukannya didorong oleh kepura-puraan atau kerana
ada kepentingan lain.
c. Mendapat Teguran dan Nasihat
Hak ketiga yang wajar dinikmati oleh pemimpin ialah mendapat nasihat dan teguran yang
baik dari para pengikut. Menyedari akan hakikat bahawa pemimpin juga bukanlah
perfect, Islam meminta umatnya menegur dan memberi nasihat kepada pemimpin
mereka. Dalam hal ini pemimpin juga wajar bersifat terbuka, bersedia menerima teguran
dan nasihat. Prinsip kepimpinan sebegini telah dibuktikan misalnya oleh Saidina Abu
Bakar yang membuka ruang kepada rakyat supaya ditegur seperti disebut dalam ucapan
dasarnya selepas dilantik sebagai khalifah Islam pertama menggantikan Rasulullah s.a.w.,
katanya yang bermaksud: "Jika sekiranya kamu lihat aku melakukan kebaikan, bantulah
aku, dan jika sekiranya kamu lihat aku melakukan kesalahan, betulkan aku". Saidina
Umar berpendapat bahawa khalifah tidak boleh menganggap dirinya mempunyai
keistimewaan-keistimewaan tertentu yang membezakannya dengan rakyat jelata sehingga
tidak ada orang yang berani menegur. Ini akan membawa kepada kekacauan dan
kemusnahan negara dan menyebabkan hubungan kasih sayang antara pemimpin dengan
rakyat menjadi jauh.
Sikap keterbukaan pemimpin amat penting kerana ia boleh mencipta suasana yang
harmoni antara pemimpin dengan para pengikut dan mewujudkan perasaan kasih sayang
sesama mereka. Kerana itu Islam juga mengajar supaya pemimpin tidak menganggap
dirinya mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang membezakan dirinya dengan para
pengikutnya. Di sisi Allah, ukuran perbezaan di antara manusia adalah ketakwaan
mereka, bukannya kedudukan dan kemewahan harta benda. Oleh kerana wujud sikap
keterbukaan pemimpin, umat Islam tidak ragu-ragu memberi nasihat, kerana menganggap

22
agama itu adalah nasihat sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Agama
itu adalah nasihat. Kami (para sahabat) berkata kepada siapa, ya Rasulullah? Sabda
Rasulullah s.a.w. Kepada Allah, kepada rasulNya, kepada KitabNya, dan kepada
pemimpin-pemimpin umat Islam dan masyarakat mereka.”
Sistem teguran yang dianjur oleh Islam dianggap unggul kerana ia tidak memihak
kepada pemimpin sepenuhnya dengan mengorbankan kepentingan ummah dan ia tidak
pula memihak kepada kumpulan atau ummah dengan mengorbankan kepentingan
pemimpin. Ia menjelaskan di antara tugas dan tanggungjawab seorang pemimpin di satu
pihak dan tugas dan tanggungjawab pengikut di satu pihak yang lain.
Sementara itu, para pengikut juga berhak memperolehi manfaat dari pemimpin
iaitu memperolehi perkhidmatan (service) yang terbaik. Pemimpin perlu meletakkan diri
mereka sebagai orang yang sentiasa bersedia memberi perkhidmatan dan penyelesaian
yang praktikal kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh pengikut-pengikut
sepertimana sabda Rasulullah s.a.w.yang bermaksud: “Pemimpin umat itu ialah khadam
kepada mereka”. Keputusan-keputusan dalam mengendalikan kepimpinan mesti
berorientasikan kemaslahatan pengikut dan pemimpin perlu banyak meransang,
mengambil inisiatif mengembleng tenaga, kepakaran dan sumber yang ada untuk
mencapai objektif. Kepimpinan yang positif dari pemimpin akan menghasilkan budaya
kualiti dan kehidupan cemerlang para pengikut.
6.6 contoh-contoh pandangan seseorang pemimpin Islam
1.

Al-Alusi seorang lagi ahli tafsir muktabar menerangkan tentang amanah, iaitu amanah
yang merangkumi hak terhadap Allah dan hak terhadap sesama makhluk. Manakala Ibn
Abbas, Ibn Mas’ud, Al-Barra’, Ibn ‘Azib dan majoriti ulama menyatakan berdasarkan
ayat-ayat ini, para pemimpin wajib melaksanakan kewajipan agama dan syariat. Ingatan
23
Rasulullah s.a.w. “bahawa tidak ada iman bagi mereka yang tidak amanah” menyangkuti
persoalan amanah agama, amanah dalam urusan harian, memberi nasihat kepada kerajaan
dan nasihat kerajaan kepada rakyat.
Amanah dan keadilan adalah dua konsep yang mesti diterap secara menyeluruh
tanpa mengira kepada perbezaan agama, mukmin atau tidak, sahabat atau musuh, apalagi
perbezaan sempadan yang subjektif seperti bangsa, warna kulit atau pemahaman politik
yang berbeza. Ini juga termasuk dalam maksud sepuluh prinsip Islam hadhari.
Surah al-Nisa’ ayat 59 sebagai huraian kepada surah al-Baqarah ayat 1-3 di mana takwa,
ibadat juga berkait dengan ketaatan. Takwa dan ibadat wujud apabila adanya ketaatan
kepada Allah, Rasul dan para pemimpin yang menjalankan perintah Allah dan Rasul.
2.

Menurut Auni Abdullah “Daulat adalah kuasa dalaman berbentuk kerohanian yang lahir
dan terserlah pada diri seorang raja yang memiliki ciri kehebatan dan keunggulan
peribadi yang selari dengan kemahuan Islam.” Contohnya Sultan Ala’uddin Shah
(mangkat 1488M) di Melaka terkenal kerana baginda mencontohi khalifah ‘Umar Ibn al-
Khattab, apabila baginda keluar menyamar pada waktu malam untuk mengetahui
kehidupan sebenar rakyat jelata dan untuk memerangi kegiatan mencuri yang berleluasa
di Melaka pada waktu itu.
Maulana Sultan Sharif Hashim pengasas Kesultanan Sulu (mangkat1480) terkenal
kerana kebijaksanaan pemerintahan dan kepakarannya dalam bidang agama. Sultan
‘Alauddin Ri’ayah Shah (mangkat 1604M) dari Kesultanan Acheh pernah digelar sebagai
wali kerana pencapaian kerohanian di bidang Tasawwuf.
Islam telah menerapkan identiti kepada sistem pemerintahan di mana pemimpin
dianggap sebagai bayangan Allah di muka bumi. Pemberian taraf ini sesuai dengan
manusia sebagai khalifah Allah. Peranan pemimpin dikaitkan dengan fungsi mengawal
dan mengawasi dunia dan makhluk lain di sekitarnya.
24
Penekanan peranan ini bertujuan mengingatkan pemerintah/pemimpin kerajaan
yang segala kuasa yang ada bagi mentadbir dunia yang dipegang selama ini merupakan
amanah ilahi sepertimana peranan rakyat biasa sebagai khalifah Allah. Kesemuanya harus
menjalankan fungsi masing-masing mengikut kemampuan dan bidang tugas masing-
masing. Pemerintah terutama pemimpin tertingi berfungsi lebih besar untuk memberikan
perlindungan kepada rakyat jelata dan untuk melaksanakan hukum-hukum yang
ditetapkan Allah.
Peri pentingnya peranan kerajaan dalam usaha menegakkan agama Allah sering
ditekankan dalam buku-buku hikayat Melayu tradisional dan undang-undang Melayu
Lama. Raja dan nabi diibaratkan dua permata dalam sebentuk cincin. Sejarah Melayu
mengatakan “Raja Adil Raja di Sembah, Raja Zalim Raja disanggah”. Pemimpin yang
adil selalunya bertindak seiringan dengan para nabi, kerana apabila pemimpin
melaksanakan apa yang diperintah Sunnah Rasulullah samalah seperti dia memenuhi
tugas menurut perintah Allah. Bukan kah pemimpin yang adil itu dimakbulkan doa`nya
oleh Allah.
Justeru itu, para pemimpin kerajaan dan ulama hendaklah berganding bahu
memakmurkan alam ini atas sifat khalifah Allah. “Agama adalah Nasihat” yang
dianjurkan oleh Nabi bermaksud, kerajaan dari kalangan umat Islam wajib ditolong,
dibantu dan disokong dalam menegakkan kebenaran dan keadilan. Mereka mesti dipatuhi
dalam melaksanakan urusan yang baik dan jika ada teguran hendaklah secara yang
bersopan dan memperingati mereka di kala lalai. Bukannya teguran dalam bentuk cacian
dan maki hamun yang bercanggah dengan adab dan kesopanan. Apalagi jika teguran yang
sampai menggugat kesetabilan negara.
Jangan sama sekali ada mereka yang sengaja menghasut orang ramai supaya
menderhaka atau keluar dari ketaatan yang boleh membawa kehancuran kepada umat dan
negara. Justeru keamanan dan kemakmuran adalah hasil perancangan yang betul dan
pelaksanaan yang tepat.
Ada dua prinsip penting diingatkan kepada pemerintah iaitu Adil dan Syura.
Keadilan diberi keutamaan oleh Islam kerana ia membawa ciri kemanusiaan, kebebasan
dan persaudaraan serta kemuliaan diri insan yang kesemuanya berasaskan taqwa. Prinsip
adil pula adalah untuk mewujudkan hubungan yang harmonis di antara kerajaan dengan
rakyat.

25
Sementara prinsip syura menekankan semangat musyawarah. Semangat muafakat
antara kerajaan dan rakyat hendaklah sentiasa dipupuk, terutama antara kerajaan, ulama
dan pembesar negeri supaya menasihati kerajaan dengan nasihat yang betul. Sejarah
Melayu sekali lagi mengibaratkan pemimpin sebagai api dan pembesar sebagai kayu. Ini
bererti tanpa perundingan, pemimpin tidak akan bertenaga dan berwibawa dalam urusan
kerajaannya.
Sesungguhnya prinsip syura diberi perhatian khusus di bawah sistem pemerintahan
Kesultanan Melayu kerana ia dapat memupuk semangat muafakat dan kerjasama antara
pemerintah; raja dan pembesar serta rakyat jelata. Konsep ini adalah asas kepada
semangat gotong royong.
Menurut Ibn al-Azraq, seorang ulama besar mengingatkan ada beberapa perkara yang
menjadi hak kerajaan yang mesti dipenuhi oleh rakyat:
a. Taat, malah sesuatu perkara yang asalnya harus menjadi wajib apabila
diperintahkan kepada orang tertentu. Ini berkaitan dengan perintah yang
membawa kemaslahatan atau dihubungkan dengan siasah syar’iyyah.
b. Memberikan nasihat, dalam maksud bersabar jika tidak mendapat keadilan, malah
mengingatkan baginda apabila baginda terlalai.
c. Membayar kewajipan seperti zakat, justeru pemerintah lebih tahu siapa yang lebih
berhak menerima zakat itu. Keadaan akan menjadi mudarat apabila dana baitul
mal habis atau disalah gunakan.
d. Hendaklah sentiasa berdoa kepada pemimpin yang adil. Kata-kata al-Tartushi:
Kalaulah kami ada doa yang mustajab nescaya kami akan berdoa kepada
pemimpin.
e. Tidak boleh ingkar perintah pemimpin selagi ianya baik, asalkan sahaja pemimpin
itu mendirikan sembahyang.
f. Tidak boleh mencerca atau mencaci pemimpin. Hadis menerangkan maksud
“Pemimpin yang paling baik adalah pemimpin yang kamu kasihi dan pemimpin
itu mengasihi kamu. Pemimpin yang tidak baik ialah mereka yang kamu benci
dan ia membenci kamu.
g. Tidak melakukan perkara yang menunjukkan tidak hormat kamu kepada
pemimpin.

26
h. Tidak menyembunyikan perkara yang patut pemimpin tahu, iaitu perkara buruk
yang patut dihapuskan.
i. Beradab dengan pemimpin.
j. Menjauhi dari kezaliman.

7.0 Tanggungjawab dan tugas seseorang pemimpin dalam persatuan


Dalam sesebuah persatuan, terdiri daripada pelbagai jenis pemimpin yang dilaksanakan
dan mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing. Antaranya ialah seperti
berikut:

1. Pengerusi
a. Mempengerusikan semua mesyuarat jawatankuasa kerja
b. Menjadi ketua dan bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pengurusan
pertubuhan belia dengan persetujuan jawatankuasa Kerja
c. Melantik Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari pertubuhan belia
dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja.
d. Menandatangani cek pertubuhan belia bersama-sama Bendahari peertubuhan
belia.

27
2. Timbalan Pengerusi
a. Menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi
b. Membantu pengerusi melaksanakan tanggungjawab mentadbir dan mengurus
pertubuhan belia.
3. Naib-naib Pengerusi
a. Menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi.
b. Membantu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi melaksanakan tanggungjawab
mentadbir dan mengurus pertubuhan belia.
4. Setiausaha
a. Bertanggungjawab kepada Pengerusi.
b. Melaporkan kepada Pengerusi segala tindakan berkaitan pentadbiran dan
pengurusan pejabat pertubuhan belia.
c. Mengendalikan urusan surat-menyurat, penyimpana rekod, fail dan dokumen
pertubuhan belia.
d. Mengemaskini daftar ahli pertubuhan belia.
e. Menghadiri semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan membuat catatan minit
mesyuarat Agung Tahunan pertubuhan belia.
f. Menguruskan persediaan, pelaksanaan dan pelaporan Mesyuarat Agung
Tahunan pertubuhan belia.
g. Mengemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia dalam masa 60 hari
selepas mesyuarat Agung Tahunan atau sekiranya tiada mesyuarat Agung
Tahunan, 60 hari selepas berakhirnya setiap tahun calendar, penyata tahunan
pertubuhan belia sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 22, Akta
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia.
5. Bendahari
a. Menguruskan hal berkaitan kewangan pertubuhan belia.
b. Menyedia dan membentangkan Penyata Kewangan pertubuhan belia bagi
tujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.
c. Menandatangani cek pertubuhan belia bersama-sama pengerusi.
d. Mengemaskini semua rekod kewangan pertubuhan belia.
e. Mengutip semua jenis yuran atau bayaran yang dikenakan daripada ahli
pertubuhan belia.
6. Penolong Setiausaha
28
a. Membantu setiausaha dalam pelaksanaan tugas-tugasnya
b. Menjalankan tugas setiausaha semasa ketiadaan beliau.
7. Ahli jawatankuasa
a. Mempengerusikan Jawatankuasa Kecil yang dibentuk oleh Jawatankuasa
kerja pertubuhan belia
b. Mempengerusikan semua mesyuarat jawatankuasa kecil yang diketuainya.
c. Membantu dalam pentadbiran dan pengurusan pertubuhan belia secara
keseluruhan.
d. Memastikan Jawatankuasa Kecil yang dipengerusikan nya melaksanakan
aktiviti dan fungsinya.

8.0 Kepimpinan Yang Berkesan


Ketiga-tiga komponen kepimpinan (sifat-sifat, gaya dan kelakuan serta kepimpinan
mengikut situasi) memberi implikasi yang penting di dalam pengambilan dan latihan ke
arah mewujudkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber. Umpamanya, pemimpin-
pemimpin berkesan yang diketahui biasanya mempunyai sifat-sifat kebijaksanaan dan
keyakinan diri. Maka calon-calon bolehlah diuji untuk mencari sifat-sifat tersebut serta
sifat-sifat lain yang dikaitkan dengan prestasi kerja. Apa yang diketahui tentang gaya-
gaya kepimpinanjuga menunjukkan bahawa latihan-latihan boleh diadakan dengan
jayanya untuk menjadikan pemimpin lebih bertimbang rasa dan beroriensekali, gaya
pemimpin mestilali bersesuaian dengan tugas yang terlibat serta bersesuaian juga dengan
staf bawahannya. Pernah dinyatakan oleh Fiedler bahawa biasanya lebih mudah untuk
menyusun semula sesuatu tugas (kerja) daripada melatih semula pemimpin atau
mengambil pemimpin baru.
Berdasarkan keterangan yang dibincangkan di dalam bab ini, garis-garis panduan berikut
boleh digunakan untuk menjadi pemimpin yang berkesan.
1. Mengetahui dan melatih diri anda. Kebanyakan pemimpin terdiri daripada
mereka yang berpengaruh, pintar, agresif, herinisiatif dan mempunyai

29
keyakinan diri dan kebolehan menyelia. Maka, bagi bakal-bakal
pemimpin dan juga pemimpin kini, Latihan latihan dalam membuat
keputusan, penilaian diri dan peningkatan keyakinan diri adalah
berfaedah.
2. Mengetahui dan mengawal gaya anda. Gaya yang terbaik sekali
bergantung kepada banyak faktor (selain daripada berorientasikan tugas
dan berperikemanusiaan). Maka perlu bagi mereka menganalisis dan
memahami gaya tersendiri untuk mengekalkan suatu keadaan fleksibel
supaya dapat dipadankan kepada situasi berkenaan.
3. Mempercayai perkara-perkara terbaik tentang orang lain. Bakal-bakal
pemimpin harus mengikuti andaian-andaian Teori Y, McGregor. Dengan
mempercayai bahawa manusia adalah pandai, kreatif, sanggup bekerja,
bertanggungjawab dan ingin menyelesai kan masalah, dapat
meningkatkan lagi pertumbuhan sifat pemimpin yang berkesan.
4. Memenuhi keperluan-keperluan staf ini merupakan secara mudah
kenyataan pemikiran Maslow dan McGregor. Tetapi di dalam amalannya,
beraneka masalah dihadapi.
5. Umpamanya, bagaimanakah dia mendorong pekerja yang keperluan
mereka tidak dapat dipenuhi melalui kerja mereka? Bagaimanakah dia
dapat meyakinkan staf supaya mempersetujui matlamat organisasi?
McGregor telah mencadangkan suatu teknik seperti penyertaan staf dan
sesi-sesi dialog yang membincangkan perkara-perkara seperti matlamat-
matlamat organisasi.
6. Sesuaikan kepada ciri-ciri kerja. Kajian-kajian Fiedler mencadangkan
bahawa bagi tugas-tugas kreatif. dan yang berbentuk keusahawan (seperti
mencipta keluaran baru atau membuka syarikat baru) adalah lebih wajar
bagi anda untuk menubuhkan matlamat yang menyeluruh untuk dijadikan
panduan oleh staf, dan kemudiannya bergantung kepada budi bicara
mereka untuk menjalankan kerja. Bagi kerja yang dilakukan secara
berulang-ulang pula, pemimpin biasanya menguatkuasakan suatu set
peraturan yang terancang dan rapi, untuk melaksanakan kerja.

30
7. Bertindak sebagai pemimpin. Dalam semua hal, anda perlu bertindak
sebagaimana yang dijangka dan diingini oleh pengikut atau staf, agar
mendapat sanjungan yang setimpal dengan taraf pemimpin.
Selain itu, sesetengah pihak juga berpendapat bahawa pengikut menyumbang kuasa yang
besar kepada pemimpin mereka dan kepimpinan dikaitkan dengan kejayaan atau
kegagalan sesebuah organisasi.

6.1 Drucker (1985) berpendapat kejayaan sesebuah organisasi adalah tanggungjawab


eksekutif. Bagi organisasi seperti universiti, kejayaannya adalah tanggungjawab
Kumpulan Pengurusan. Mereka bertanggungjawab terhadap prestasi sendiri, pekerja,
hasil serta kualiti perkhidmatan.

6.2 Edmond (1978) berpendapat “principals can make a difference”, yang membawa
maksud bahawa sesebuah organisasi boleh dimajukan dan kemajuannya berpunca
daripada
kepimpinan pihak pengurusan. Keupayaan memupuk kerjasama antara pengurusan dan
pekerja di dalam pelbagai aktiviti organisasi merupakan prasyarat penting kepada
kepimpinan berkesan.

Penyelidikan yang dibuat oleh pakar-pakar pengurusan menyatakan ciri-ciri yang lazim
ada pada kepimpinan yang berkesan ialah :
i. Semangat – mereka mempunyai cita-cita, ketabahan, ketekunan, tekad, daya usaha,
tenaga dan hasrat untuk berjaya.

ii. Kejujuran dan integriti- mereka mempunyai sikap terbuka, boleh dipercayai, jujur dan
boleh diharapkan.

iii. Dorongan kepimpinan- mereka mempunyai hasrat yang tinggi mahu mempengaruhi
individu lain supaya menyokong usaha mencapai tujuan dan matlamat yang sudah
ditetapkan oleh pemimpin.

31
iv. Keyakinan diri- mereka sangat percaya pada keupayaan diri sendiri.

v. Kepintaran- mereka berupaya menggabungkan dan mentafsirkan maklumat-maklumat


yang banyak. Kajian mendapati otak yang sangat pintar belum tentu boleh membuatkan
seseorang itu menjadi pemimpin yang berjaya malah adakalanya menimbulkan kesan
negatif pula.

vi. Pengetahuan dalam bidang- mereka mempunyai ilmu dan kepakaran yang cukup
dalam bidang yang dipimpin.

vii. Kreativiti- mereka berupaya mencipta idea-idea baru yang


berguna.

viii. Fleksibiliti- mereka berupaya menyesuaikan diri kepada keperluan individu yang
mereka pimpin dengan keperluan situasi dan masa.

Guru leadership, Warren Bennis, seorang pemimpin harus professional seperti kaidah
yang diajarkan oleh Ki Hadjar Dewantara iaitu Ing Ngarso Sung Tulado, Ing Madya
Mangun Karsa, dan Tut Wuri Handayani, atau prasyarat dasar kepemimpinan yang
efektif iaitu :
1. Menjadi Pembimbing (guiding vision);
2. Memberi semangat (passion);
3. Integritas;
4. Dipercaya (trust);
5. Penuh rasa ingin tahu dan berani mencari jawabannya;
6. Prasyarat proses, dipilih melalui pemilu, baik memalui proses langsung
maupun tidak langsung, (dan di era Reformasi ditambah dengan international
acceptance)

32
9.0 Kuasa-kuasa Seseorang Pemimpin

Dalam kontek organisasi, kuasa secara formalnya diletakkan kepada pemimpin, yang
mana kuasa tersebut ditentukan mengikut struktur dan fungsi perjawatan. Namun begitu,
terdapat juga kuasa yang tidak semestinya dimiliki oleh individu dari kategori pemimpin
bilamana individu tersebut mempunyai pengaruh disebabkan kebolehan atau
kedudukannya yang tertentu. Umumnya, klasifikasi dan punca kuasa yang terdapat di
organisasi boleh dibahagi kepada lima kategori berikut:
1. Kuasa Otoriti
merupakan kuasa legitimate yang dimiliki oleh pemimpin disebabkan otoriti yang
terdapat pada peranan dan juga fungsi jawatan yang disandang. Kuasa ini
biasanya telah ditetapkan mengikut hiraki struktur perjawatan organisasi. Seorang
pengarah misalnya mempunyai kuasa otoriti ke atas subordinat serta kakitangan
lain di bawah lini otoritinya. Seorang pegawai kewangan pula mempunyai kuasa
otoriti mengenai perkara kewangan di pejabatnya.

Kuasa otoriti boleh dikatakan sebagai rights pemimpin untuk


mempraktikkannya, khususnya dalam hal pengurusan yang melibatkan
pengarahan dan membuat keputusan. Sebagai contoh, dengan kuasa otoritinya
pemimpin boleh bertindak ke atas subordinat supaya melaksanakan sesuatu tugas
sebagaimana dikehendakinya.

Memandangkan kuasa otoriti adalah berasaskan jawatan, pemimpin perlu


mengakuri kemungkinan bahawa penghormatan orang bawahan terhadapnya
mungkin tidak sama setelah tidak lagi memegang jawatan berkenaan. Isu
penghormatan ini, disamping faktor personaliti yang lain, sangat bergantung
kepada bagaimana pemimpin tersebut telah menggunakan kuasa otoritinya.

2. Kuasa Kepakaran

33
Kuasa ini adalah berasaskan kepada pengetahuan dan kebolehan. Ianya
merupakan fungsi daripada kapasiti kemahiran dalam sesuatu bidang yang
dimiliki oleh individu berbanding dengan orang lain. Oleh itu kuasa ini tidak
semestinya terletak pada seseorang dari kategori pemimpin sahaja, malah pada
kakitangan lain juga di organisasi.

Dengan memiliki pengetahuan serta kemahiran yang tinggi dalam sesuatu


bidang menjadikan individu diiktiraf oleh orang lain sebagai mempunyai kuasa
kepakaran. Beliau menjadi rujukan oleh pihak atasan, rakan sekerja dan juga
orang bawahan dalam perkara yang spesifik kepada kepakarannya apabila
diperlukan.

Pemilikan kuasa kepakaran ini boleh menjadikan seseorang itu special dan
dalam keadaan tertentu boleh digunakan sebagai asas untuk peningkatan karier
dan imbuhan yang lebih baik. Bagaimana pun kuasa kepakaran ini amat terserlah
bilamana kepakaran individu berkenaan sangat diperlukan. Bila kepakarannya
tidak lagi diperlukan, kuasa kepakarannya boleh menjadi beransur pudar.

3. Kuasa Rujukan
Kuasa ini merupakan potensi pengaruh yang dimiliki oleh individu disebabkan
kekuatan hubungannya dengan orang lain di organisasi. Kekuatan hubungan
tersebut terbentuk disebabkan rasa hormat dan tertarik oleh orang lain terhadap
personaliti individu berkenaan. Pemimpin atau individu yang berkarisma biasanya
memiliki kuasa rujukan.

Dari satu perspektif lain pula, dikatakan kuasa rujukan ini dimiliki oleh
individu disebabkan kedudukan dan hubungannya dengan individu lain yang lebih
berpengaruh. Seorang pengurus yang ‘rapat’ dengan pengarah mempunyai
peluang yang baik untuk menrekomen kakitangannya dalam aspek penilaian dan
kenaikan pangkat. Seorang PA pengarah juga dianggap mempunyai kuasa rujukan
dan disegani oleh pegawai dan kakitangan lain disebabkan kedudukan serta
hubungan kerjanya dengan pengarah berkenaan. Dalam perspektif demikian kuasa

34
rujukan ini seolah-olah berkait dengan kata-kata: it’s not what you know, but who
you know’.

Kuasa rujukan yang bergantung kepada kapasiti interpersonal ini biasanya


mengambil masa untuk dibangunkan dan tahapnya berkemungkinan tidak
konsisten (turun-naik) terutamanya dalam situasi organisasi yang berubah.

4. Kuasa Ganjaran
Kuasa ini merupakan potensi untuk mempengaruhi orang lain melalui berbagai
sumber yang berbentuk ganjaran. Pemilikan kuasa ini adalah berasaskan kuasa
kawalan oleh individu keatas sumber ganjaran tersebut. Umumnya, kuasa
ganjaran terletak pada ketua (bahagian, seksyen atau unit pejabat) yang diberi
kuasa untuk menilai prestasi kakitangan di bawahnya.

Perlaksanaan kuasa ganjaran adalah bertujuan memotivasi kakitangan


yang cemerlang dan menjadikannya sebagai contoh kepada yang lain. Antara
bentuk ganjaran yang biasa dilaksanakan di organisasi ialah seperti pemberian
bonus, kenaikan gaji dan hadiah percutian, atau dalam bentuk pengiktirafan yang
lain seperti kenaikan pangkat, anugerah cemerlang, mengetuai sesuatu aktiviti
jabatan dan sebagainya.

35
5. Kuasa Hukuman
merupakan potensi untuk mempengaruhi orang lain melalui perlaksanaan
tindakan yang berupa hukuman apabila gagal mematuhi sesuatu arahan atau
keperluan yang ditetapkan. Sebagaimana juga kuasa otoriti dan kuasa ganjaran,
punca kepada kuasa ini adalah berasaskan jawatan dan peranan. Dalam
melaksanakan kuasa hukuman, seorang ketua misalnya boleh bertindak seperti
menahan kenaikan gaji, mengenakan tindakan disiplin, menurunkan pangkat dan
memberhentikan kerja kakitangan sesuai dengan peraturan dan undang-undang
yang ditetapkan organisasi supaya fungsi kuasa hukuman ini menjadi lebih efisen
dan bermakna, ianya perlu dilaksanakan dengan tujuan yang positif seperti
membetulkan kesilapan, menggalakkan komitmen pekerja atau memastikan
penguatkuasaan sesuatu peraturan. Kesilapan dalam penggunaan kuasa ini boleh
menjejaskan motivasi dan disiplin kakitangan.

10.0 Bentuk-bentuk konflik dihadapi oleh pemimpin dan cara mengatasinya

36
Konflik-konflik akan terwujud apabila terdapat komunikasi dalam kepimpinan.ini akan
meningkatkan tekanan yang dihadapi oleh seseorang pemimpin. Antaranya konflik-
konflik tersebut ialah:
1. Bentuk-Bentuk Konflik dalam Organisasi
2. Konflik dalam diri perorangan.
3. Konflik antara perorangan dalam satu organisasi.
4. Konflik antara perorangan-perorangan dan kelompok-kelompok dalam suatu
organisasi.
5. Konflik antara kelompok suatu organisasi.
6. Konflik antara organisasi-organisasi.

Cara-cara mengatasi konflik


1. Bersabar
Mengabaikan konflik (terutama untuk konflik ringan) meskipun hubungan yang
berkonflik tetap berlanjut, kerana pihak yang berkonflik kekurangan informasi
ataupun akibat hukumnya lemah.
2. Berikan kesempatan pada semua anggota kelompok untuk mengemukakan
pendapatnya tentang hal-hal yang didinginkan, yang menurut persepsi masing-
masing harus dipenuhi dengan memanfaatkan berbagai sumber daya.
3. Meminta satu pihak menempatkan diri pada posisi orang lain, dan berikan
argumentasi yang kuat mengenai posisi tersebut. Kemudian posisi peran itu
dibalik, pihak yang tadinya menentang satu gagasan seolah-olah mendukungnya.
Setelah itu masing-masing pihak diberi kesempatan untuk melihat posisi orang
lain dari sudut pandang pihak lain.
4. Menghindar
Tindakan yang dilakukan untuk mengakhiri hubungan dengan cara
meninggalkannya. Keputusan untuk meninggalkan konflik itu didasarkan pada
perhitungan bahwa konflik yang terjadi tidak memiliki kekuatan secara sosial,
ekonomi dan emosional.
5. Kekerasan/paksaan. Tindakan yang diambil dalam mengatasi konflik jika
dipandang bahawa dampak yang ditimbulkan membahayakan.

37
Selain itu, terdapat tiga pandangan tentang konflik dalam organisasi iaitu:

1. Pandangan Tradisional
konflik merupakan sesuatu hal yang tidak diperlukan dan membahayakan
organisasi.
2. Pandangan Perilaku : konflik merupakan kejadian yang dapat timbul berulang kali
dalam organisasi. Anggota –anggota dalam organisasi adalah manusia biasa yang
memiliki keperluan dan kepentingan yang tentu saja dapat saling bertentangan.
3. Pandangan Interaktif: konflik sebagai suatu hal yang tidak dapat dihindari dan
merupakan hal yang penting. Pandangan ini masih beranggapan bahwa konflik
dapat menghambat kelancaran kerja, dapat membahayakan perseorangan dan
lebih jauh lagi dapat mencegah tercapainya tujuan organisasi. Di sisi yang lain
beberapa konflik memang bermanfaat bagi organisasi, karena konflik tersebut
dapat membuat organisasi tersebut bekerja lebih efektif.

Kesimpulan
Secara kesimpulannya, pemimpin adalah seorang yang mempengaruhi orang lain untuk
mencapai matlamat dan menentukan arah tujuan organisasi dan memotivasikan pekerja
untuk menangani masalah dan menggerakkan organisasi ke arah masa depan yang cerah.

38
Pandangan lama yang mengatakan bahawa pemimpin yang mempunyai ciri-ciri
dan kemahiran tertentu tidak disenangi tetapi kini dihidupkan kembali. Ciri-ciri atau sifat-
sifat pemimpin yang penting merangkumi motivasi kepimpinan, integrasi, keyakinan diri
dan pengetahuan dalam perniagaan. Kemahiran yang paling penting adalah kebolehan
untuk mengenalpasti sesuatu situasi dengan tepat dan menyesuaikan gaya kepimpinan
berdasarkan keadaan. Kepimpinan dalam persatuan yang diamalkan oleh seseorang
pemimpin adalah lebih kurang sama dengan kepimpinan dalam sesebuah organisasi. Cara
dan gaya kepimpinan mereka adalah dipengaruhi situasi mereka semasa mengorganisasi
sesebuah persatuan. Maka mereka akan menggunakan ilmu yang mereka perolehi dalam
persatuan terhadap pembangunan organisasi tetapi bergantung kepada jenis kepimpinan
yang mereka perolehi. Kemungkinan akan meningkatkan potensi organisasi tersebut
ataupun sebaliknya. Walaubagaimanapun, haraplah tugasan ini dapat membantu mereka
dalam memimpin sesebuah persatuan dengan baik lalu memperkembangkan organisasi
yang mereka ceburi pada masa akan datang.

Rujukan
http://achie.blog.ugm.ac.id/2009/02/02/pemimipin-dan-kepemimpinan/PEMIMIPIN dan
KEPEMIMPINAN
http://infosky.wordpress.com/2008/05/27/klasifikasi-punca-kuasa-di-organisasi/
http://mambo15.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=80&Itemid
=1
http://mindamuslim.com/content/view/30/41/
http://presiden-pmi.blogspot.com/2008/10/kepimpinan-dalam-islam.html

39
http://serikasih.blogspot.com/2009/02/kualiti-kepimpinan.html
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17944&Ite
mid=91
http://www.scribd.com/doc/2158496/KEPIMPINAN-DALAM-ISLAM
http://www.usm.my/education/kaunseling/tips/kepimpinan-
%20islam%20di%20malaysia.doc.

40

You might also like