Pegangan yang menyimpulkan Malaysia sebuah negara sekular adalah berasaskankepada laporan Kertas Putih mengenai syor perlembagaan yang mencadangkanIslam dimartabatkan sebagai agama Persekutuan dalam perkara 3(1) dan di dalammasa yang sama memberi jaminan bahawa kebebasan beragama serta kedudukanRaja-raja Melayu sebagai ketua agama bagi negeri masing-masing tidak akanterjejas. Kertas Putih ini juga menyebut bahawa kedudukan Islam itu tidak akanmenjejaskan sifat sekular persekutuan. Atas jaminan ini MCA dan MIC dikatakan telahbersetuju untuk menerima perkara 3(1) itu dengan senang hati. Persoalannya adakah rujukan kepada Kertas Putih syor perlembagaan itu membantukita untuk mentafsirkan perkara 3(1) secara konklusif. Atau adakah kita terusdikelirukan pula dengan persoalan apakah yang dimaksudkan dengan sifat sekularitu? Apa yang berlaku sekarang ini adalah kelompok ini hakikatnya terus merujukkepada Kertas Putih itu. Mereka menerima jaminan itu seolah-olah jaminan itulah yantermaktub dalam perlembagaan yang seolah-olahnya berbunyi - "Islam adalahagama Persekutuan, namun ini tidaklah menghilangkan sifat sekular Persekutuan". Kekeliruan yang cuba ditegakkan oleh kelompok ini bukan sahaja bertujuan untukmenyerlahkan negara ini sebagai negara sekular, malah mereka terus menerusmenyisih, menghakis dan menghilangkan bahagian awal perkara 3(1) hingga iaseolah-olahnya berbunyi "Persekutuan adalah sebuah Negara sekular, namun adaptistiadat Islam dan Melayu boleh diamalkan dalam acara rasmi". Inilah pegangan yangmendominasi Majlis Peguam Malaysia dan diperjuang hebat oleh kelompok Artikel 11.Dalam kes LIna Joy diperingkat Mahkamah Persekutuan, Peguamnya berkata; "Sudah tiba masanya orang Melayu difahamkan bahawa kedudukan Islam adalahlebih rendah dari Perlembagaan kita dan mesej ini hendaklah dijelaskan kepadamereka oleh mahkamah yang mulia ini"
Cubaan Untuk Mendaulatkan Perkara 3 (1)
Cubaan untuk mendaulatkan kedudukan Islam sebagai agama Negara telahdilakukan oleh peguam-peguam bukan Islam yang pada hakikatnya hanya satu suatupembelaan bagi mengelakkan anakguam mereka dari dijatuhi hukuman mati bagikeslahan pengedaran dadah dan memiliki senjata api. Dalam kes Che’ Omar bin CheSoh v Public Prosecutor peguam-peguam T Mura Raju dan Ramdas Tikamdas